Apakah petugas PDK perlukan untuk menjalankan tugas dengan cemerlang????
Apa agaknya ye??? Mari kita menilai dan berdiskusi dengan seadil mungkin dan profesional??
Ini hanyalah berdasarkan perbincangan saya . Saya tidak meminta semua menerima cadangan saya ini kerana setiap orang ada cadangan masing-masing yang berbeza dan isi perbincangan yang berbeza. Anda boleh menjadi pro atau kontra ataupun seminimal mungkin...cuma saya minta berfikirlah secara rasional dan ambillah laksanakan yang baik......
Petugas PDK memerlukan :
a. pengiktirafan
Petugas PDK meminta agar majikan mengakui petugas pdk adalah pekerja mereka dan majikan mengakui bahawa mereka adalah majikan kepada petugas pdk. perkara di bawah ini bukan berlaku di semua pdk tetapi hanya sebahagiaan sahaja.....
Ini adalah kerana pengerusi tidak mengakui sebab bukan mereka yang membayar gaji sedangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak mengakui kerana mereka kata PDK adalah di bawah komuniti dan perlu ditadbir dan kewangan dicari oleh pengerusi ..... sedangkan elaun petugas PDK dibayar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat...Jadi persoalannya yang mana satu MAJIKAN petugas PDK...Penyelesaian jika kedua2 tidak mahu mengakui mereka adalah majikan kepada petugas pdk biarlah petugas pdk berdikari sendiri , berpadu sesama sendiri dan menolong diri mereka sendiri kerana majikan tidak mahu mengakui diri mereka sedangkan mereka juga memerlukan sokongan kewangan,emosi, dan sebagainya.......
Lagipun tidak baik sekiranya kedua-duanya tidak mahu memikul tanggungjawab ini dan akibatnya nanti petugas pdk akan menjadi ibarat anak ..........
2. Ilmu yang lebih profesional dan lebih mendalam supaya dapat membantu OKU bukan hanya ilmu asas sahaja I lmu dicadangkan adalah peringkat diploma dan bukannya peringkat asas sahaja. dicadangkan mereka diberi peluang berkursus di maktab perguruan atau universiti perguruan.
Jika petugas berilmu mudahlah mereka membantu OKU. Ini ilmu yang diberi hanyalah peringkat asas sahaja. Contohnya nak dapat ilmu fisioterapi hanya belajar sehari sahaja. Kursus asas diberi dalam seminggu pun bercampur aduk semua nak dimasukkan . akhirnya ilmu yang didapati hanya nipis sahaja senipis sehelai kain aje..... kain pun lagi tebal.
3. Jawatan mereka diakui dan diserapkan dalam perkhidmatan awam.
Jika pendidikan khas bermula daripada konsep Pemulihan Dalam Komuniti dan pembantu pengurusan murid boleh diserapkan dan dimasukkan dalam perkhidmatan Awam mengapakah petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tidak boleh diberi kesempatan untuk diserapkan dalam perkhidmatan awam. Jika pdk dimasukkan dalam perkhidmatan awam banyak faedah akan doperolehi oleh kedua-dua belah pihak termasuklah OKU juga.
4. Peralatan mengajar dan pemulihan yang sesuai kerana ada macam2 kecacatan di pdk...tanpa mengira tahap umur. lagipun pdk tidak kira tahap umur sampai 70 tahun pun jika nak masuk pdk pun dibenarkan..... sekarang ni pun ada pelatih berumur 45 tahun ....seharusnya pdk ditetapkan had umur. Ini tidak semuanya diambil. Jika nak diambil pun dicadangkan perlulah diwujudkan satu lagi bahagian lain bagi membantu golongan OKU berusia 30 tahun ke atas....sepatutnya yang sesuai ialah bengkel dan bukannya PDK.
5. Buku Panduan yang ada sekarang ni dikaji semula kerana tidak sesuai dengan perkembangan semasa.....
Lagipun Buku Panduan itu digunakan sebagai kitab bagi JKM, Pengerusi, Penyelia dan Petugas PDK. Buku Panduan yang ada sekarang ni pun tidak memihak langsung kepada petugas pdk.....
6. Pelatih PDK diberi cuti sama seperti pelajar normal di sekolah. Jika pelajar di sekolah mendapat cuti seminggu maka pelatih juga berhak diberi cuti sama seperti pelajar di sekolah. Yang ada sekarang ini pun pelatih pdk menerima pemulihan melebihi daripada pelajar di sekolah hinggakan seolah-olah mereka super human. Akibatnya perhubungan dengan ibubapa amat renggang sebab ada di antara ibubapa yang menganggap pdk sebagai tempat jagaan aje.............
7. CCTV tidak dipasang di pdk tetapi membaiki prasarana pdk agar menunjukkan kredibiliti yang sesuai dengan OKU.misalnya ada tandas yang sesuai, laluan berkerusi roda, almari peralatan mengajar yang mencukupi dsb. Diberi alatan fisioterapi yang diperlukan oleh OKU. Pustaka pdk lengkap dengan alatan mengajar....
8. Pelatih pdk dalam sesebuah kelas melebihi bilangan ditetapkan misalnya ada 28 orang dalam sebuah kelas. dan kehadiran sampai melebihi 15 orang. Tempat kecil sedangkan pelatih ramai menyukarkan pergerakan. Bilangan pelatih ialah 5 orang untuk 1 petugas tetapi jika dah ramai menyebabkan 1 petugas dan 15 orang pelatih...Ah lu fikirlah sendiri ye........
9. Wujud sukatan pelajaran yang uptodate dan boleh digunakan oleh petugas pdk sebagai rujukan.rancangan mingguan, harian dan bulanan serta tahunan.
10. Nama petugas pdk ditukar kepada guru dan bukannya macam2 nama sesuka hati aje .
11. Petugas PDK juga memerlukan cuti yang melebihi daripada 14 hari dalam setahun . dengan hanya 14 hari sememangnya tidak mencukupi....
12. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengerusi, AJK, petugas perlu duduk semeja bagi menyelesaikan peranan dan kebertanggungjawaban masing2.
13. kasihan petugas pdk kerana di antara 1 negeri dengan negeri yang lain berbeza. Ada yang dibenarkan memakai lambang JKM ada yang dilarang...jadi macam mana ni ???? macam negera Jerman Barat vs Jerman Timhr, Negera Korea Utara vs Korea Selatan.
14. Petugas pdk diberi peluang untuk menyambut hari guru dan diberi 1 hari cuti umum untuk hari penubuhan pdk semalaysia.
15. Petugas pdk memang malang nasib mereka kerana mereka tidak berhak mendapat peluang seperti orang yang bekerja misalnya jika mereka sakit petugas pdk juga seperti swasta perlu membayar wang untuk mendapat perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan. Jika mereka dimasukkan ke hospital, petugas pdk juga seperti swasta perlu membayar bil hospital, jika mereka hendak mendapat pinjaman bank, petugas pdk tidak layak ....jadi inilah nasib mereka.... sebab tidak diterima......
16. petugas pdk memerlukan bangunan pdk yang tetap bukannya bangunan yang disewa dan dibayar setiap bulan. Jika ada bangunan sendiri bukankah menyenangkan JKM juga itupun jika JKM nak mengakuinya..... sebab alasan mungkin digunakan tiada dalam buku panduan...
17. Petugas pdk memerlukan transformasi dalam Buku Garis Panduan dan bukannya penambahbaikan ... tetapi kata JKM dalam konvensyen pdk kebangsaan tidak mahu transformasi tetapi hanya perlu dibuat penambahbaikan.... sememangnya perlu dibuat penambahbaikan tetapi tidak salah jika yang lemah baik dari segi pengurusan, buku panduan , bangunan, taraf, ilmu dsb perlu dibuat transformasi...janganlah hanya jadi seperti robot tidak boleh berfikir sedangkan sekarang ni pun robot dah ditambah memori untuk berfikir dan membuat keputusan tepat, cepat dsb...
18. petugas pdk juga memerlukan perlindungan keselamatan semasa membuat lawatan ke rumah pelatih. Ini dapat melindungi petugas pdk kerana malang tidak berbau misalnnya saya sewaktu pulang dari pdk pernah berlanggar dan dihantar ke hospital .disebabkan tiada perlindungan PERKESO dan INSURAN menyebabkan saya terlantar 3 hari di hospital dan JKM sendiri tidak tahu saya ke mana..... dan saya juga terpaksa membayar bil hospital. disebabkan masa tu elaun hanyalah RM 455 dan bil perlu dibayar bannyak jadi saya minta keluar hospital walaupun ditahan oleh doktor.
Malahan saya juga pernah dilanggar motosikal di laluan lampu isyarat semasa rehat tengah hari semasa waktu bekerja........
19. Penilai pdk diaktifkan ...jangan hanya isu lapuk ni tiada tindakan dibuat hingga sekarang.... pelatih yang sudah boleh dihantar ke pendidikan khas dihantar ke sana....yang sudah boleh bekerja pergilah bekerja.....
20. Pelatih yang tidak mahu ke Pendidikan Khas jika berupaya diberi peluang untuk mengambil peperiksaan seperti UPSR dsb tetapi soalan buat mereka perlulah dipermudahkan....
21. Petugas pdk seluruh Malaysia meminta agar semua penyelia memahami permasalahan yang dihadapi oleh petugas pdk. Jangan hanya tahu mengarah sahaja hinggakan tugas yang sepatut dibuat oleh penyelia diserahkan bulat2 kepada petugas. Ini sudah melanggar hak asasi kerana petugas juga ada tanggungjawab yang perlu dibuat misalnya fail pelatih, kemajuan pelatih, persediaan mengajar , alatan mengajar, menyemak kerja pelatih dsb....
Saya mencadangkan mewujudkan jawatan penyelia dahulu bukanlah untuk menyusahkan petugas tetapi untuk membantu mereka dan untuk mengiktiraf penyelia yang dah lama berkhidmat. Janganlah menyusahkan orang lain ataupun menikam petugas dari belakang ye...malahan petugas juga tidak boleh menikam penyelia dari belakang..... ini nasihat saya......
22. Ibubapa OKU juga perlulah diberi kursus motivasi kepada mereka supaya mereka mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh anak mereka dan permasalahan yang dihadapi oleh pdk. Janganlah hanya mendaftarkan anak OKU hanya untuk mendapatkan elauan daripada PDK sahaja. Tanggungjawablah kepada anak anda............
kesimpulannya kali ini ditekankan kepada aspek kebertanggungjawaban......
petugas pdk memohon agar pengerusi dan JKM mesti salah seorang bertanggungjawab dan mengakui bahawa dia adalah majikan kepada petugas pdk...janganlah membiarkan petugas pdk seperti ini...kasihan mereka...... dan tidak baik jika membuat mereka begini????? jika diikut AkTA BURUH sesiapa sahaja yang membayar upah kepada pekerja maka dialah dianggap sebagai MAJIKAN....Dalam kes ini yang membayar elaun petugas pdk ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat...jadi lu fikirlah sendiri ye....???????????
No comments:
Post a Comment