Saturday, May 23, 2009

anak kecil dan seketul batu

ANAK KECIL DAN SEKETUL BATU


Santapan Rohani

Written by Ommi Kalsom Hj Ibrahim
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

PENGAJARAN

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

rahsia personaliti diri

Rahsia Personaliti Diri


Santapan Rohani
Written by Ommi Kalsom Hj Ibrahim
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Petikan daripada Istimewa UntukMu

rahsia tulisan

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

User Rating: / 10
PoorBest
Santapan Rohani
Written by Ommi Kalsom Hj Ibrahim
Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...
SELAMAT CUBA MENILAI DIRI MASING - MASING dan
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU
"CUTI SEKOLAH ADALAH UMPAMA MASA UNTUK CIK GU CIK GU 'CHARGE' BATERI MASING - MASING"

disebalik pusat pemulihan dalam komuniti

 
Posted by Picasa

Tuesday, May 19, 2009

The 10 Basic Steps in Special Education http://www.nichcy.org

The 10 Basic Steps in Special Education
ShareThisPrint This Page


Children can have all sorts of difficulties growing up. Sometimes problems are obvious right from the start; and sometimes they don't appear until a child is in school. Some children have trouble learning to read or write. Others have a hard time remembering new information. Still others may have trouble with their behavior. For some children, growing up can be very hard to do!

When a child is having trouble in school, it's important to find out why. The child may have a disability. By law, schools must provide special help to eligible children with disabilities. This help is called special education and related services.

There's a lot to know about the process by which children are identified as having a disability and in need of special education and related services. This section of NICHCY's website is devoted to helping you learn about that process.

This brief overview is an excellent place to start. Here, we've distilled the process into 10 basic steps. Once you have the big picture of the process, it's easier to understand the many details under each step. We've indicated throughout this overview where, on our site, you can connect with that more detailed information.


Step 1. Child is identified as possibly needing special education and related services.
There are two primary ways in which children are identified as possibly needing special education and related services: the system known as Child Find (which operates in each state), and by referral of a parent or school personnel.

Child Find. Each state is required by IDEA to identify, locate, and evaluate all children with disabilities in the state who need special education and related services. To do so, states conduct what are known as Child Find activities.

When a child is identified by Child Find as possibly having a disability and as needing special education, parents may be asked for permission to evaluate their child. Parents can also call the Child Find office and ask that their child be evaluated.

Referral or request for evaluation. A school professional may ask that a child be evaluated to see if he or she has a disability. Parents may also contact the child’s teacher or other school professional to ask that their child be evaluated. This request may be verbal, but it's best to put it in writing.

Parental consent is needed before a child may be evaluated. Under the federal IDEA regulations, evaluation needs to be completed within 60 days after the parent gives consent. However, if a State's IDEA regulations give a different timeline for completion of the evaluation, the State's timeline is applied.



Step 2. Child is evaluated.
Evaluation is an essential early step in the special education process for a child. It's intended to answer these questions:

Does the child have a disability that requires the provision of special education and related services?
What are the child’s specific educational needs?
What special education services and related services, then, are appropriate for addressing those needs?
By law, the initial evaluation of the child must be "full and individual"—which is to say, focused on that child and that child alone. The evaluation must assess the child in all areas related to the child’s suspected disability.

The evaluation results will be used to decide the child’s eligibility for special education and related services and to make decisions about an appropriate educational program for the child.

If the parents disagree with the evaluation, they have the right to take their child for an Independent Educational Evaluation (IEE). They can ask that the school system pay for this IEE.



Step 3. Eligibility is decided.
A group of qualified professionals and the parents look at the child’s evaluation results. Together, they decide if the child is a "child with a disability," as defined by IDEA. If the parents do not agree with the eligibility decision, they may ask for a hearing to challenge the decision.



Step 4. Child is found eligible for services.
If the child is found to be a child with a disability, as defined by IDEA, he or she is eligible for special education and related services. Within 30 calendar days after a child is determined eligible, the IEP team must meet to write an IEP for the child.





Step 5. IEP meeting is scheduled.
The school system schedules and conducts the IEP meeting. School staff must:

contact the participants, including the parents;
notify parents early enough to make sure they have an opportunity to attend;
schedule the meeting at a time and place agreeable to parents and the school;
tell the parents the purpose, time, and location of the meeting;
tell the parents who will be attending; and
tell the parents that they may invite people to the meeting who have knowledge or special expertise about the child.

Step 6. IEP meeting is held and the IEP is written.
The IEP team gathers to talk about the child’s needs and write the student’s IEP. Parents and the student (when appropriate) are full participating members of the team. If the child’s placement is decided by a different group, the parents must be part of that group as well.

Before the school system may provide special education and related services to the child for the first time, the parents must give consent. The child begins to receive services as soon as possible after the IEP is written and this consent is given.

If the parents do not agree with the IEP and placement, they may discuss their concerns with other members of the IEP team and try to work out an agreement. If they still disagree, parents can ask for mediation, or the school may offer mediation. Parents may file a complaint with the state education agency and may request a due process hearing, at which time mediation must be available.


Step 7. After the IEP is written, services are provided.
The school makes sure that the child’s IEP is carried out as it was written. Parents are given a copy of the IEP. Each of the child’s teachers and service providers has access to the IEP and knows his or her specific responsibilities for carrying out the IEP. This includes the accommodations, modifications, and supports that must be provided to the child, in keeping with the IEP.



Step 8. Progress is measured and reported to parents.
The child’s progress toward the annual goals is measured, as stated in the IEP. His or her parents are regularly informed of their child’s progress and whether that progress is enough for the child to achieve the goals by the end of the year. These progress reports must be given to parents at least as often as parents are informed of their nondisabled children’s progress.



Step 9. IEP is reviewed.
The child’s IEP is reviewed by the IEP team at least once a year, or more often if the parents or school ask for a review. If necessary, the IEP is revised. Parents, as team members, must be invited to participate in these meetings. Parents can make suggestions for changes, can agree or disagree with the IEP, and agree or disagree with the placement.

If parents do not agree with the IEP and placement, they may discuss their concerns with other members of the IEP team and try to work out an agreement. There are several options, including additional testing, an independent evaluation, or asking for mediation, or a due process hearing. They may also file a complaint with the state education agency.



Step 10. Child is reevaluated.
At least every three years the child must be reevaluated. This evaluation is often called a "triennial." Its purpose is to find out if the child continues to be a child with a disability, as defined by IDEA, and what the child’s educational needs are. However, the child must be reevaluated more often if conditions warrant or if the child’s parent or teacher asks for a new evaluation.

Saturday, May 16, 2009

KOMEN YANG MERUNTUHKAN JATI DIRI

komen yang meruntuhkan diri, menjatuhkan maruah atau anda ingin memberi komen yang membina diri dan bersama-sama memajukan diri di dalam PDK...



Cubalah fikir-fikirkan


Janganlah menjadi musuh di dalam selimut di PDK atau sekam di dalam api......


fikir-fikirkanlah ye

Friday, May 15, 2009

lawatan daripada Pengarah JKM KL

semalam 14 mei 2009

ada lawatan daripada Pengarah JKM KL ....

ada berita yang gempak untuk petugas PDK tapi maaf tak dapat beritahu lagi sebab katanya dalam proses ... cuma kalian perlulah bersabar ye.....

Dalam kursus anjuran BAKTI menurutnya ada beberapa orang yang akan mencucuk petugas pdk supaya melakukan tindakan drastik tetapi sebagai orang yang telah matang ANDA PASTI BOLEH MENIMBANGKAN SAMA ADA JKM YANG BETUL, AJK YANG BETUL, PENGERUSI YANG BETUL ATAUPUN SEMAI BAKTI YANG BETUL ???

ANDA BOLEH JUGA MENGKAJI DAN MENYELIDIK DENGAN BERTANYA APAKAH YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENGERUSI, AJK PDK, JKMN, BAKTI DAN ANDA SENDIRI SELAMA INI ....

HAH SAYA NAK KALIAN BERFIKIRLAH DENGAN MATANG YE.....


ADAKAH ITU JANJI MANIS ATAU HANYA JANJI KOSONG...


AH FIKIRLAH SENDIRI YE...

you used your left brain or right brain the most?

Which Side Do You Use?
You responded as a right brained person to 0 questions, and you responded as a left brained person to 18questions. According to the Hemispheric Dominance test, you use your left brain the most. The summary briefly describes your dominance type. Remember, this only represents half of the picture. After you read the description, click on the link at the bottom of the page to find out how to use this information to improve your study strategies. Do not forget to print your results, if your instructor has requested you to do so.

Some of the traits associated with the left side of the brain are listed in the table. Not all of the traits will apply to you. Remember, we use both side of our brain, but your left sides gets the most exercise.

Type of Cognitive Processing
Brief Description

Linear Processing information from part to whole; in a straight forward logical progression.
Sequential Processing information in order from first to last.
Symbolic Processes symbols an pictures; likes to use letters, words and mathematical symbols.
Logical Processes information piece by piece using logic to solve a problem.
Verbal Processes thoughts and ideas with words.
Reality-Based Processes information based on reality; focuses on rules and regulations

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 16 MEI KEPADA SEMUA GURU SAMA ADA YANG BERADA DI SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, TADIKA ATAUPUN UNIVERSITI...

TERIMA KASIH KEPADA KALIAN KERANA MENDIDIK KAMI MENJADI ORANG YANG BERGUNA...

MEMBIMBING KAMI MENGENAL DIRI DAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA KAMI YANG BAIK DAN BURUK...



JASA KALIAN TIDAK AKAN AKU LUPAKAN....

TERIMA KASIH BUAT KALIAN...





OOPS NAK TANYA SEDIKIT TUGAS PETUGAS DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI BOLEHKAH DIANGGAP SEBAGAI GURU?

BOLEHKAH KAMI MERAIKAN HARI GURU???



FIKIR-FIKIRKANLAH YE

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU,KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA INI ...
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari.....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau...... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Tuesday, May 5, 2009

borang maklumbalas ke 2

BORANG SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN

Bahagian Khidmat Pengurusan sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan. Bagi mencapai tujuan tersebut dipohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memberi maklumbalas dan cadangan /komen dengan melengkapkan borang soal selidik ini. Sila kembalikan borang yang telah disempurnakan ke Bahagian ini melalui salah satu kaedah berikut:

i) Serahkan borang kepada Penyelia / Petugas
ii) Masukkan ke dalam peti cadangan atau
iii) Hantar melalui faksimili ke nombor 03-................

Bahagian I

Sila tandakan [] di PDK ................ yang anda telah berurusan:-
Kewangan Personel √ Pentadbiran Am dan Kualiti
Pemulihan di PDK Kaunseling Sumber maklumat tentang PDK.

Jenis Urusan : Perkhidmatan Kenderaan

Bahagian II

Sila berikan penilaian anda berdasarkan skala berikut dengan menandakan [ ] :-

= Tidak
memuaskan = Sederhana
=Baik
= Sangat baik
=Cemerlang

BIL. KUALITI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN 1 2 3 4 5
A KUALITI PERKHIDMATAN
1. Memenuhi keperluan anda
2. Menepati masa
B KUALITI PENYELIA DAN PETUGAS PDK
1. Mudah dihubungi
2. Mesra pelanggan
3. Berpengetahuan
4. Sedia membantu
C PERSEKITARAN PUSAT PEMULIHAN ..................
1. Bersih
2. Selesa
3. Teratur

Sila beri cadangan/ komen anda untuk penambahbaikan perkhidmatan kami
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Terima kasih di atas kerjasama anda.
No. Keluaran : 1

borang maklumbalas

BORANG SOALSELIDIK KEPUASAN PELANGGAN - PELAWAT

Jantina: Lelaki/Perempuan

Berikut adalah kenyataan berhubung dengan kemudahan di PDK KG PINANG. Sila nyatakan tahap kepuasan anda terhadap kemudahan yang disediakan dengan membulatkan nombor berkenaan berpandukan kepada skala berikut:

1 = Sangat Tidak Memuaskan (STM)
2 = Tidak Memuaskan (TM)
3 = Sederhana (S)
4 = Memuaskan (M)
5 = Sangat Memuaskan (SM)

Bil. Kenyataan STM TM S M SM
1. Direktori bangunan 1 2 3 4 5
2. Layanan di kaunter perkhidmatan 1 2 3 4 5
3. Kemudahan mendapatkan maklumat 1 2 3 4 5
4. Ketepatan maklumat yang diberi 1 2 3 4 5
5. Keselesaan di ruang menunggu 1 2 3 4 5
6. Kelengkapan dalam tandas (sabun & pengering tangan) 1 2 3 4 5
7. Kebersihan tandas 1 2 3 4 5
8. Kekemasan persekitaran PDK Kg Pinang 1 2 3 4 5
9. Lain-lain (sila nyatakan)
____________________________________________________ 1 2 3 4 5




“TERIMA KASIH”