Monday, February 22, 2010

bezakah kita dengan KEMAS, Pendidikan Khas, JAIM, Institusi penjagaan yang lain????

bezakah kita dengan KEMAS, Pendidikan Khas, JAIM, Institusi penjagaan yang lain????

Jika dahulu KEMAS juga masih lagi bertaraf kontrak dan tidak tetap tetapi setelah pihak atasan, KEMAS membuka mata dan minda , cikgu di situ dapat diserapkan.

Begitu jugalah dengan JAIM. dahulu juga tidak ada taraf dan sekarang semuanya bertaraf tetap..

Kami bukannya minta bergaji mahal tetapi fikirkanlah ....sampai bila kami akan berelaun dan tidak berjawatan tetap.... adakah sehingga kami dah mendapat kerja lain atau seorang demi seorang keluar dan yang lain terperangkap..... sampai bilakah benda ini akan berterusan...????

TOLONGLAH PIHAK ATASAN.... BUKALAH MATA, BUKALAH MINDA, FIKIRLAH SEDIKIT DAN RENUNGKAN PADA MASA HADAPAN... SAMPAI BILAKAH KAMI PEKERJA PDK AKAN MENJADI SEPERTI INI TETAP BEKERJA DAN TAK PUNYA APA-APAPUN....

JANGANLAH SEORANG DEMI SEORANG DARIPADA PETUGAS PDK YANG BERWIBAWA MEMBAWA DIRI MENCARI TEMPAT BERLINDUNG YANG LEBIH KUKUH...

BERTINDAKLAH SEKARANG... FIKIRKANLAH KEBAJIKAN KAMI... JANGAN HANYA KERANA KAMI BEKERJA DI KEBAJIKAN (PDK) DAN KEBAJIKAN KAMI DIABAIKAN????

FIKIR FIKIRKANLAH...

INGATAN KEPADA PETUGAS PDK YANG BERTARAF SUKARELA DAN KONTRAK......???????DARIPADA PEGAWAI ......

kami pekerja sukarela pdk diingatkan lagi status kami yang bertaraf skarela dan kontrak dan siapakah majikan kami...

kami diingatkan dan disedarkan taraf kami yang tak ada apa-apa ni kepada semua.... walaupun majoriti ahli jawatankuasa mengharapkan agar JKM mengambil sedikit prihatin akan kebajikan kami dan jawatan kami namun ibarat melukut di tepi gantang sahaja tak berguna... kata pegawai lagi kami bukanlah seperti pusat jagaan lain.. bukan juga seperti KEMAS, bukan juga seperti JAIM dan bukan juga seperti guru di sekolah....

JADI SIAPAKAH KAMI?>>> ADAKAH HANTU SETAN YANG TIADA APA-APA MAKNA KEPADA KALIAN??? DIINGATKAN BAHAWA KONONNYA KAMI TIDAK MEMAHAMI SUSUR GALUR SEWAKTU PENUBUHAN PDK ... DIKATAKAN JUGA BAHAWA AHLI JAWATANKUASA TIDAK MEMAHAMI PENUBUHAN PDK...JADINYA???? ADAKAH ANDA DI PIHAK YANG MANA?????


SEKARANG INI TAHUN 2010 DAN SETERUSNYA... KITA PERLULAH BERUBAH DEMI KEBAIKAN SEMUA PIHAK... DEMI OKU...DEMI PEKERJA PDK...DEMI AJK DAN DEMI ILMU PEMULIHAN ITU SENDIRI....SUPAYA KEDUA-DUA PIHAK MENDAPAT KEJAYAAN..... BUKAN HANYA KEJAYAAN DI SATU PIHAK....

JIKA KATA ANDA JIKA KAMI HANYA MEMAKAI KERETA KANCIL KAMI TIDAK BOLEH MEMAKAI KERETA PAJERO....? PERKATAAN YANG ANDA LAFAZKAN ITU SUDAH MERENDAHKAN MARUAH ORANG LAIN TANPA ANDA SEDARI.... MALAHAN KAMI BOLEH SANGGAP TANGGAPAN ANDA ..... JIKA SEMUA PEKERJA PDK BEKERJA BERSUNGGUH - SUNGGUH TANPA MENGENAL ERTI KEKALAHAN DAN KEPENATAN MAKA SUDAH PASTI KAMI AKAN BERJAYA ....

OLEH ITU ANDA SELAKU PEGAWAI KERAJAAN TIDAK HARUS MERENDAHKAN MARUAH ORANG LAIN WALAUPUN MEREKA BERTARAF SUKARELA ATAU KONTRAK ....TANPA ANDA SEDARI TELAH TERCATAT SARU ..... DARIPADA ALLLAH....

DI PDK PULA ......

KITA PERLULAH MENAMBAHBAIKAN DAN JUGA PERLULAH MELAKUKAN PEMBAHARUAN ...BUKALAH KOTAK MINDA KALIAN SUPAYA LEBIH BERSIKAP TERBUKA.... MENDENGAR KEHENDAK PEKERJA YANG MEMBERI ILMU PEMULIHAN UNTUK OKU...



AH FIKIR-FIKIRKANLAH YE.... DEMI ILMU ... DEMI PENGORBANAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENYELIA PDK DAN PETUGAS PDK UNTUK ILMU PEMULIHAN DAN OKU ....

Thursday, February 18, 2010

permasalahan yang dihadapi oleh petugas pdk

jika itu adalah permasalahan yang dihadapi oleh ppm . ini pula permasalahan dihadapi oleh petugas PDK.

1. kebajikan kami semasa membuat lawatan ke rumah tiada kerana kami tiada perlindungan misalnya sosco ataupun insuran

2. kerja kami hanyalah bertaraf sukarela sahaja dan kami bukannya bertaraf tetap. jadi ini memang perbezaan ketara antara ppm dan petugas pdk

3. kami juga bagi yang baru mula bertugas ada kalanya hingga 2/3 bulan tidak mendapat elaun

4. kami hanya mendapat elaun dan bukannya gaji

5. kami juga perlu membuat sendiri alat bantuan mengajar / pemulihan untuk kanak-kanak OKU ini tanpa dibantu oleh sesiapa

6. penyelia kami juga selain dibebani dengan kerja-kerja pentadbiran terpaksa juga membuat pemulihan dan mengajar anak-anak OKU ini. Ditambah lagi dengan kerja pembersihan bilik air, ruang dalam dan ruang luar

7. kami juga tiad cuti sekolah . hanya satu minggu sahaja untuk pelatih di pdk dan jika kami nak bercuti terpaksalah menggunakan cuti daripada 14 hari yang diberi.

8. Di samping itu juga pihak PDK boleh diberi kebenaran untuk membuang kami andai mereka tidak suka. Dan kalian pun tahukan komuniti ada di antaranya pilih bulu. dan mereka boleh membuat sesuka hati mereka sahaja. Berlainan dengan saudari yang lebih terjamin kerjanya daripada kami di PDK.

9. Kami juga tiada pencen sedangkan saudari ada juga untuk simpanan yang boleh digunakan pada hari tua kelak. tapi kami tiada. Ini menyebabkan ramai di antara kami dalam bekerja terpaksalah mencari kerja tetap demi masa depan kami....

10 Pernah juga saya mendengar daripada mulut pegawai kerajaan mengatakan kami di pdk tiada masa depan berbanding dengan saudari yang bekerja tetap. Tapi apapun alahamdullilah kerana ada lagi teruk dan tidak berkerja. Ini tidak termasuk lagi yang bekerja di kilang-kilang. Malahan AKIBAT DARIPADA TINDAKAN KERAJAAN YANG MEMBEZAKAN DI ANTARA PEKERJA KERAJAAN BERTARAF TETAP, PEKERJA KEBAJIKAN YANG TIADA STATUS DAN PEKERJA SWASTA MENGAKIBATKAN SAYA ADA MENDENGAR DARIPADA MULUT MEREKA SENDIRI YANG MEREKA TIDAK AKAN MENYOKONG KERAJAAN KEPEMIMPINAN BN. MALAHAN ADA YANG SANGGUP MEMBUATKAN UNDI ROSAK HANYA KERANA TINDAKAN MEMBEZA-BEZAKAN INI.

Saya rasa jika ibubapa kita membezakan kita mesti jugalah anak - anak mereka marah dan macam2 berlaku... fikir-fikirkanlah ye...


jika ppm mengatakan yang dia adalah lebih teruk berbanding tugasan petugas di PDK jadi fikirlah ada lagi yang insan lebih teruk berbanding dengan saudari/saudara. jika cik ada gaji dan berjawatan tetap... kami tidak malahan wang untuk sakit semasa berada di hospital pun terpaksalah dibayar sendiri.


ah ye fikir - fikirkanlah ye sebab kita mempunyai satu tujuan yang sama iaitu membantu golongan OKU namun kita dibatasi kerana perbezaan tempat berkerja dan taraf jawatan


apapun kami di PDk mengucapkan ALHAMDULILLAH kepada Illahi kerana memberi kami rezeki dan dapat membantu kami menampung perbelanjaan harian dan perbelanjaan keluarga. Alhamdullillah

masalah yang dihadapi oleh PPM

Assalamualaikum w.b.t,
kami merupakan ppm bagi jawatan diatas ingin meminta kerjasama pihak pengurusan agar memberi kami senarai tugas yang sepatutunya kami laksanakan kerana terdapat beberapa kemusykilan dan pendapat yang bercanggah ketika kami diberi taklimat di orientasi. Ini membuatkan kami rungsing dan tertekan diatas kesempatan yang diambil oleh guru-guru. Contoh kerja-kerja yang diarahkan:-

-kerja- kerja guru yang sepatutnya disiapkan oleh guru telah ditolak kepada kami bulat- bulat tanpa penjelasan yang munasabah.
-kami juga diarahkan untuk memasak untuk meeting guru dan membasuh semua pinggan mangkuk yg telah digunakan dalam meeting tersebut ( tiada murid yang terlibat ).
-masa rehat kami juga tidak menentu. kami tidak diberi sebarang maklumat yang lengkap.
-kerja yang diberi tidak pernah diiringi guru, malah hanya melalui telefon.
-Inventori diserahkan bulat-bulat kami tanpa pengawasan guru.
-Tidak masuk mengajar, malahan membiarkan murid-murid hanya di bawah pengawsan ppm. Kalau masuk kelas pun, tanpa sebarang ABM dan ada cikgu yg hanya bermain sms.
-Kebajikan kami tidak dijaga, locker untuk meyimpan barang pun tiada. Hanya menumpang dibilik media yang selalu digunakan oleh murid-murid.
-Ada perbezaan di antara guru-guru dan ppm yang amat ketara.
-Adakah kami diberi sebarang perlindungan insuran ketika membuat sebarang kerja-kerja pembersihan kelas seperti memcuci kipas siling.
-Guru-guru memberi arahan yang tidak sepatutnya kepada murid, contoh:-
- JANGAN membuka dan menutup kelas
- JANGAN kemas kelas ketika hendak pulang
Sedangkan kami diamanahkan utk mendidik membantu murud-murid pendidikan khas dalam pengurusan diri.
-pertikaikan kewujudan kami di sekolah. Setahu kami, elaun diberikan kepada guru tetapi guru seolah-olah lepas tangan setelah kewujudan kami.
-Bukan sahaja guru-guru, malahan cleaner juga mengambil kesempatan. pembersiahan di tandas murid khas tidak memnuaskan malahan berbau berbeza dengan tandas murid aliran perdana. sampah di dalam tandas tidak diangkut selama sebulan dan menyatakan ITU BUKAN TUGAS MEREKA. HAMPEH.
Minta kerjasama secepat mungkin sebelum TERLAMBAT.



petikan ruangan forum pendidikan guru

persatuan ... bersatu dan disatukan dalam 1 malaysia

setujukah kalian semua jika semua petugas di Malaysia bersatu dan menubuhkan Persatuan Petugas PDK se Malaysia???


Fikirlah sendiri ye...

forum perlukah ditubuhkan persatuan ??????

liesa
Ahli #1 | Dikirim pada: 12 Jun 2009 21:12:38
Balas Quote
setujukah anda untuk kt tubuhkan persatuan ppm?
namy75
Ahli #2 | Dikirim pada: 12 Jun 2009 22:34:04
Balas Quote
Bagus juga kita berpersatuan
ppm mulia
Ahli #3 | Dikirim pada: 13 Jun 2009 16:33:18
Balas Quote
saya bersetuju dengan liesa ppm perak...saya sangat bersetuju... kita ni ppm kena la buat satu persatuan kita kena bergabung baru la kita boleh bersuara....sampai bila kita nak mcm ni asik ditindas je.........Q-pac pun tak dengar kalau kita tak bersatu
kalau bersatu mcm2 usul kita boleh buat supaya nasib semua ppm dibela... tengok mcm mana persatuan guru boleh buat...gaji asik naik je kaje entah mcm apa.........!!! ppm pun boleh setakat bg warma,sambung titik,pasang VCD tu je orang lulus upsr pun boleh mengajar......................
liesa
Ahli #4 | Dikirim pada: 14 Jun 2009 11:23:18
Balas Quote
sy berharap kalo kt tubuhkn persatuan sekurng2nye nasib kt terbila.apa yg sy tau ada d antara daerah2/negeri telah menubuhkan pesatuan begini.kita patut buat begini bkn utk org lain tp pd diri kita.hak kita sebagai ppm.
MOHD DATHARUDDIN
Ahli #5 | Dikirim pada: 15 Jun 2009 08:32:48
Balas Quote
SAYA SOKONG.(KAPIT,SARAWAK)

RANG UNDANG-UNDANG ORANG KURANG UPAYA

.R. 52/2007
RANG UNDANG-UNDANG ORANG KURANG UPAYA
2007
SUSUNAN FASAL
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Fasal
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA
3. Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
4. Anggota silih ganti
5. Pembatalan pelantikan
6. Keterhentian keanggotaan
7. Mesyuarat Majlis
8. Setiausaha Majlis
9. Fungsi Majlis
10. Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan
11. Penubuhan Jawatankuasa
12. Pewakilan fungsi dan kuasa
13. Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undang-undang
14. Tanggungjawab Kerajaan
15. Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dll.
16. Tanggungjawab sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
17. Tindakan susulan
18. Dana
19. Laporan tahunan
Orang Kurang Upaya 3
Fasal
36. Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya
37. Pengadaan personel kesihatan
Bab 4
Perlindungan. orang dengan ketidakupayaan teruk
38. Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial
39. Pengertian "orang dengan ketidakupayaan teruk"
Bab 5
Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan
40. Akses kepada bantuan
BAHAGIAN V
AM
41. Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
42. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
43. Kuasa membuat peraturan-peraturan
44. Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat
45. Kecualian dan peralihan
46. Pencegahan anomali
RANG UNDANG-UNDANG
*
b e r n a m a
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran,
perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang
kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang
Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[ ]
MENGIKTIRAF bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep
yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil
daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap
dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan
mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya:
MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai
yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan
kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya:
MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran
fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan
pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi
membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya
dalam masyarakat:
MENGIKTIRAF bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada
peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal
keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan
perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan:
MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan
sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan
penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan orang kurang upaya
dalam masyarakat:
6 Rang Undang-Undang
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen
Malaysia seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Orang Kurang Upaya
2007.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh
menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa
peruntukan yang berlainan Akta ini.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain รข€"
"bahasa" termasuklah bahasa pertuturan dan isyarat, Bahasa Isyarat
Malaysia dan bentuk bahasa bukan pertuturan lain;
"Bahasa Isyarat Malaysia" ertinya bahasa isyarat rasmi bagi orang
pekak di Malaysia;
"Daftar" ertinya Daftar Orang Kurang Upaya yang disimpan dan
disenggarakan di bawah seksyen 21;
"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini;
"habilitasi" merujuk kepada proses yang bertujuan untuk
membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan
mencapai serta mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental,
sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka
dalam semua aspek kehidupan;
Orang Kurang Upaya 1
"Jabatan" ertinya Jabatan Pembangunan bagi Orang Kurang Upaya
yang bertanggungjawab bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi,
perkembangan dan kesejahteraan orang kurang upaya;
"Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25;
"Kerajaan" ertinya Kerajaan Persekutuan;
"Ketua Pendaftar" dan "Timbalan Ketua Pendaftar" masing-masing
ertinya Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya dan Timbalan
Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah
perenggan 20(1 )(a) dan (b);
"komunikasi" termasuklah bahasa, paparan teks, Braille, bahasa
sentuhan, cetak besar, isyarat, multimedia boleh akses dan juga cara
dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa mudah,
jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat
boleh akses dan teknologi maklumat;
"Majlis" ertinya Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;
"orang kurang upaya" termasuklah mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria
yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat;
"Pegawai Kebajikan Masyarakat" ertinya mana-mana Pegawai
Kebajikan Masyarakat di Kementerian yang bertanggungjawab bagi
kebajikan masyarakat dan termasuklah mana-mana Penolong
Pegawai Kebajikan Masyarakat;
"Pendaftar" ertinya Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik
di bawah perenggan 20(1 )(c);
"penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta" ertinya penyedia
kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
8 Rang Undang-Undang
"penyesuaian munasabah" ertinya pengubahsuaian dan pelarasan
yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang
atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk
memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan
yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang
upaya;
"rehabilitasi" merujuk kepada proses yang bertujuan untuk
membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan
sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta
penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek
kehidupan;
"reka bentuk sejagat" ertinya reka bentuk produk, persekitaran,
program dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua orang,
ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau reka
bentuk khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan
orang kurang upaya tertentu jika ia diperlukan;
"sektor swasta" merujuk kepada mana-mana orang atau badan
sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan
atau Kerajaan Negeri, agensi, badan atau pertubuhan Kerajaan, tetapi
tidak termasuk apa-apa rujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan.
BAHAGIAN II
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA
Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
3. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan bagi
Orang Kurang Upaya hendaklah ditubuhkan bagi maksud Akta ini.
(2) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Menteri yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab
bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi
Timbalan Pengerusi;
(c) Peguam Negara Malaysia, atau wakilnya;
Orang Kurang Upaya 9
(d) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab
bagi kewangan;
(e) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab
bagi pengangkutan;
(f) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab
bagi sumber manusia;
(g) Ketua Pengarah Pendidikan;
(h) Ketua Pengarah Kesihatan;
(i) Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan;
(j) tidak lebih daripada sepuluh orang yang mempunyai
pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam
permasalahan dan isu yang berhubungan dengan orang
kurang upaya yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
(3) Anggota Majlis yang dilantik di bawah subseksyen (2) boleh
dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(4) Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan
(2)(j), melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau
mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu
dibatalkan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selama
tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.
Anggota silih ganti
4. (1) Menteri boleh melantik seseorang untuk menjadi anggota silih
ganti berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah
perenggan 3(2)(d), (e) dan (f) untuk menghadiri mesyuarat Majlis
sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir atas
apa-apa sebab.
(2) Apabila menghadiri mesyuarat Majlis seseorang anggota silih
ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota
Majlis.
10 Rang Undang-Undang
(3) Seseorang angota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia
terlebih dahulu melepaskan keanggotaannya atau pelantikannya
terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti
apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti
terhenti menjadi anggota Majlis.
Pembatalan pelantikan
5. Menteri hendaklah membatalkan pelantikan seseorang anggota
Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3(2)(j) รข€"
(a) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan
kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, telah
memburukkan nama Majlis;
(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan
atas, suatu pertuduhan berkenaan denganรข€"
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau
keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan
dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan
pemenjaraan;
(c) jika dia menjadi bankrap; atau
(d) jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak
berupaya menunaikan kewajipannya.
Keterhentian keanggotaan
6. Seseorang anggota Majlis yang dilant
Cikgu Khairul
Ahli #7 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:09:24
Balas Quote
Keterhentian keanggotaan
6. Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan
3(2)(j) hendaklah terhenti menjadi anggotaรข€"
(a) jika dia tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat Majlis
tanpa kebenaran Pengerusi;
(b) jika pelantikannya dibatalkan;
(c) jika dia mati; atau
Orang Kurang Upaya 11
(d) jika dia meletakkan jawatannya dengan memberi satu bulan
notis secara bertulis kepada Menteri.
Mesyuarat Majlis
7. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga
kali setahun bagi melaksanakan fungsinya pada bila-bila masa
dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pengerusi.
(2) Sebelas orang anggota hendaklah membentuk kuorum
mesyuarat Majlis.
(3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan kesemua
mesyuaratnya.
(4) Jika Pengerusi tidak berupaya atas apa-apa sebab untuk
mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, mesyuarat
hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi.
(5) Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri
mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud
menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan,
tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(6) Pada mana-mana mesyuarat Majlis, Pengerusi hendaklah
mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat persamaan
undi, mempunyai undi pemutus.
(7) Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(8) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh membuat
peraturan-peraturan bagi mengawal selia mesyuarat dan
prosidingnya.
Setiausaha Majlis
8. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat hendaklah menjadi
Setiausaha Majlis.
12 Rang Undang-Undang
Fungsi Majlis
9. (1) Fungsi Majlis adalah seperti yang berikut:
(a, untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan
tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang
upaya;
(b) untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua
aspek orang kurang upaya termasuk perkara-perkara yang
berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan,
rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang
upaya;
(c) untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara
dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang
kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau
pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan;
(d) untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan
aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh
dan berkesan orang kurang upaya dan dalam berbuat
demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan
kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan
sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang
difikirkannya perlu;
(e) untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi,
badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang
terlibat dalam pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan
negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;
(f) untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada
undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan
undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan
berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk
untuk memudahkan kebolehaksesan;
(g) untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan
untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan
kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada
peringkat keluarga, berhubung dengan orang kurang upaya
termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi
menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran sosial yang
tinggi serta memupuk rasa hormat kepada hak dan maruah
orang kurang upaya;
Orang Kurang Upaya 13
(h) untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai
bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan
kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di
tempat kerja dan pasaran buruh;
(i) untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang
upaya pada semua peringkat sistem pendidikan, termasuk
pada peringkat awal kanak-kanak;
(j) untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan
termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa;
(k) untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat,
dan menjalankan serta menggalakkan penyelidikan yang
berhubungan dengan orang kurang upaya;
(I) untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan
berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang
bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi;
(m) untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan
kerjaya bagi orang kurang upaya dalam pasaran buruh, dan
juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan pekerjaan
atas asas keserataan dengan orang upaya; dan
(n) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang
diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya Akta
ini.
(3) Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang
perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang bersampingan
dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Cikgu Khairul
Ahli #8 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:10:47
Balas Quote
Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan
10. Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan dalam pelaksanaan
fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
Penubuhan jawatankuasa
11. (1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana
yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam
pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
14 Rang Undang-Undang
(2) Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) รข€"
(a) hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis
yang dinyatakan di bawah perenggan 3(2)(b) hingga
(i);
(b) hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan
yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
(c) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(3) Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh dilantik daripada kalangan anggota Majlis atau mana-mana
orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
(4) Kecuali anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan
anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota
jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang
ditentukan oleh Menteri.
(5) Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apaapa
tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya
dan adalah layak untuk dilantik semula.
(6) Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota
jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(7) Anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan
jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi
jawatankuasa.
(8) Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau
mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(9) Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bilabila
masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan
oleh pengerusi jawatankuasa.
(10) Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk
menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud
menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi
orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(11) Mana-mana orang yang di undang di bawah subseksyen (10)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Orang Kurang Upaya 15
Perwakilan fungsi dan kuasa
12. (1) Majlis boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau
sekatan sebagaimana yang disifatkannya patut untuk dikenakan,
mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk
membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 43, kepadaรข€"
(a) Pengerusi Majlis;
(b) mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah
perenggan 3(2)(b) hingga (i); dan
(c) sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 11.
(2) Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan
apa-apa fungsi dan kuasa hendaklah menepati dan mengambil kira
semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan semua
kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis.
(3) Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen
ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Majlis.
(4) Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Majlis
daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa
mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.
Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undangundang
13. (1) Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, adalah
menjadi tanggungjawab Majlis untuk mengesyorkan kepada Kerajaan
perubahan yang dikehendaki dibuat pada mana-mana undang-undang
atau untuk mencadangkan pengadaan undang-undang baru bagi
menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam
masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan atau apaapa
perkara lain sebagaimana yang disifatkan perlu atau suai manfaat
oleh Majlis.
(2) Bagi maksud membuat apa-apa syor di bawah subseksyen (1),
Majlis รข€"
(a) hendaklah berunding dengan kementerian, agensi, badan
atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan; atau
16 Rang Undang-Undang
(b) boleh berunding dengan sektor swasta atau mana-mana
pertubuhan bukan kerajaan sebagaimana yang disifatkannya
perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian.
(3) Dalam merumuskan syor atau cadangannya di bawah
subseksyen (1), Majlis hendaklah mengambil kira apa-apa dasar,
maklumat dan pertimbangan lain yang diterima semasa perundingan
menurut subseksyen (2) yang didapatinya berkaitan.
Cikgu Khairul
Ahli #9 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:11:50
Balas Quote
Tanggungjawab Kerajaan
14. Tanggungjawab dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh
Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah bagi menjayakan dasarnya
yang berhubungan dengan orang kurang upaya dan hendaklah
ditunaikan sedemikian รข€"
(a) dengan mengambil kira sumber manusia dan kewangan
yang ada dan apa-apa faktor lain yang berkaitan; dan
(b) dengan mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang bertulis lain yang berkaitan.
Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dll.
15. Menjadi tanggungjawab dan kewajipan tiap-tiap kementerian,
agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan รข€"
(a) untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam
pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;
(b) untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara
dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang
kurang upaya; dan
(c) untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang
dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa
bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya
yang berhubungan dengan orang kurang upaya.
Orang Kurang Upaya 17
Tanggungjawab sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
16. Menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan รข€"
(a) untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam
pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;
(b) untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara
dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang
kurang upaya; dan
(c) untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang
dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa
bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya
yang berhubungan dengan orang kurang upaya.
Tindakan susulan
17. (1) Majlis boleh menghendaki kementerian, agensi, badan atau
pertubuhan kerajaan yang berkaitan untuk mengemukakan laporan
kepada Majlis mengenai langkah dan tindakan yang dikehendaki
diambil oleh kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan
yang berkaitan dalam mematuhi peruntukan Akta ini pada apa-apa
lat tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
(2) Menjadi kewajipan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan
kerajaan yang berkaitan yang disebut dalam subseksyen (1) untuk
mengemukakan laporan penuh berkenaan dengan kemajuan langkah
atau tindakan yang dijalankan oleh kementerian, agensi, badan atau
pertubuhan kerajaan yang berkaitan dan laporan itu hendaklah
diberikan sehingga langkah atau tindakan itu selesai.
(3) Majlis boleh menghendaki kementerian, agensi, badan atau
pertubuhan kerajaan yang berkaitan untuk memberikan penjelasan
jika Majlis berpendapat bahawa kemajuan langkah atau tindakan itu
tidak mencukupi atau tidak memuaskan.
Dana
18. Kerajaan hendaklah menguntukkan Majlis dengan dana yang
mencukupi secara tahunan untuk membolehkan Majlis melaksanakan
fungsinya di bawah Akta ini.
18 Rang Undang-Undang
Laporan tahunan
19. Majlis hendaklah memberikan suatu laporan tahunan mengenai
semua aktivitinya sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan
itu kepada Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam
sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
BAHAGIAN III
PELANTIKAN KETUA PENDAFTAR, DLL., DAN
PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
Pelantikan dan tugas Ketua Pendaftar dan Pendaftar
20. (1) Menteri hendaklah bagi maksud Akta ini melantik รข€"
(a) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang
bertanggungjawab bagi Jabatan sebagai Ketua Pendaftar;
(b) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan
sebagai Timbalan Ketua Pendaftar;
(c) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan
sebagai Pendaftar bagi setiap Negeri dan Wilayah
Persekutuan; dan
(d) apa-apa bilangan Penolong Pendaftar bagi mana-mana
daerah atau kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(2) Ketua Pendaftar hendaklah berada di bawah arahan dan
pengawasan am Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Ketua
Pendaftar hendaklah menjalankan kawalan dan pengawasan am atas
segala perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang kurang
upaya di bawah Akta ini.
(3) Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar
hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Ketua
Pendaftar.
(4) Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan
fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa
ketiadaannya, kuasa dan fungsi itu boleh dipunyai atau dijalankan
oleh Timbalan Ketua Pendaftar.
Orang Kurang Upaya 19
(5) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Ketua
Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar atau Pendaftar boleh
menjalankan segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua
Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini.
(6) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Pendaftar,
seseorang Penolong Pendaftar hendaklah membantu Pendaftar dalam
menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya dalam daerah
atau kawasan yang Penolong Pendaftar itu dilantik.
(7) Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar,
Pendaftar dan Penolong Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah
disiarkan dalam Warta.
Cikgu Khairul
Ahli #10 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:12:55
Balas Quote
Daftar Orang Kurang Upaya
21. (1) Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan dan
menyenggarakan Daftar Orang Kurang Upaya.
(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penyimpanan
dan penyenggaraan Daftar Orang Kurang Upaya dan peraturanperaturan
itu bolehlah termasuk peruntukan untuk memberi kuasa
kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar untuk mengemaskinikan
Daftar dengan membuat perubahan kepada butir-butir orang kurang
upaya atau memotong nama orang kurang upaya yang telah
meninggal dunia atau terhenti menjadi orang kurang upaya.
Permohonan bagi pendaftaran
22. (1) Permohonan bagi pendaftaran sebagai orang kurang upaya
hendaklah dibuat kepada Majlis.
(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran
orang kurang upaya dan bagi segala perkara yang bersampingan
dengannya.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), peraturanperaturan
itu boleh รข€"
(a) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti semasa
membuat suatu permohonan bagi pendaftaran;
20 Rang Undang-Undang
(b) menetapkan orang yang boleh didaftarkan sebagai orang
kurang upaya dan orang yang terhenti daripada didaftarkan
sebagai orang kurang upaya; dan
(c) menetapkan cara pengeluaran dan pembatalan Kad OKU.
Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat
tambahan
23. (1) Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan
yang dibuat di bawah seksyen 22, meminta supaya diberikan oleh
pemohon apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh
yang dinyatakan oleh Pendaftar.
(2) Jika seseorang yang membuat permohonan gagal untuk
memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang diminta dalam
tempoh yang dinyatakan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang
dilanjutkan oleh Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik
balik tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat.
Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftar
24. (1) Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah seksyen
22 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan
menurut seksyen 23, jika ada, Pendaftar hendaklahรข€"
(a) mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika
dia berpuas hati bahawa orang yang menjadi subjek
permohonan itu merupakan orang kurang upaya; atau
(b) enggan untuk mendaftarkan seseorang sebagai orang
kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang itu bukan
orang kurang upaya.
(2) Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah
perenggan (l)(b) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan
Menteri adalah muktamad.
Orang Kurang Upaya 21
Pengeluaran Kad OKU
25. (1) Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada
seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.
(2) Kad OKU yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi
keterangan muktamad bagi segala maksud bahawa orang itu telah
didaftarkan dengan sewajarnya sebagai orang kurang upaya di bawah
Akta ini.
(3) Kad OKU hendaklah diserahkan kepada Pendaftar apabila
seseorang terhenti menjadi orang kurang upaya.
BAHAGIAN IV
PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN
KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA
Bab I
Kebolehaksesan
Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan
awam
26. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk
akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan
dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang
ramai atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tetapi tertakluk
kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh
membahayakan keselamatan orang kurang upaya.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Kerajaan dan penyedia manamana
kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam
hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil
langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti,
perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan
kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat
bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang
upaya,
22
Cikgu Khairul
Ahli #11 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:13:59
Balas Quote
Akses kepada kemudahan pengangkutan awam
27. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses
kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti dan perkhidmatan
pengangkutan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang
ramai atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Kerajaan dan penyedia manamana
kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam
hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil
langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti
dan perkhidmatan pengangkutan awam itu menepati reka bentuk
sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang
kurang upaya.
Akses kepada pendidikan
28. (1) Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem
pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang
upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah,
rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau
kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran
sepanjang hayat.
(2) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi
membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan
pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan
keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain,
prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran,
kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai
keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.
(3) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah
mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan
kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan
pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh dan setara
mereka dalam pendidikan termasuk yang berikut:
(a) untuk memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif,
kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format
komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan
memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran;
Orang Kurang Upaya 23
(b) untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia
dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak;
dan
(c) untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya
kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan
dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling
sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang
memaksimumkan pembangunan akademik dan sosial.
Akses kepada pekerjaan
29. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses
kepada pekerjaan atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
(2) Majikan hendaklah melindungi hak orang kurang upaya, atas
asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana
kerja yang adil dan baik termasuk peluang sama rata dan saraan sama
rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja yang selamat dan sihat,
perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan
hati.
(3) Majikan hendaklah dalam melaksanakan kewajipan sosialnya
berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi orang
kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya,
menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan
pengurusan pekerjaan yang sesuai.
(4) Majlis hendaklah, bagi menggalakkan pengambilan kerja
orang kurang upaya dalam sektor swasta, merumuskan dasar dan
langkah yang sesuai yang boleh termasuk program tindakan afirmatif
dan langkah lain.
(5) Majlis hendaklah menggalakkan peluang bagi latihan kepada
orang kurang upaya dalam pasaran buruh dan juga peluang untuk
bekerja sendiri, keusahawanan, pembangunan koperasi, memulakan
perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang bekerja dari rumah.
(6) Bagi maksud seksyen ini, "majikan" termasuklah Kerajaan.
24 Rang Vndang-Undang
Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi
30. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses
kepada maklumat, komunikasi dan teknologi atas asas kesetaraan
dengan orang upaya.
(2) Kerajaan dan penyedia maklumat, komunikasi dan teknologi
hendaklah, bagi membolehkan orang kurang upaya mempunyai akses
sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi
dalam format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai
jenis ketidakupayaan mengikut cara yang tepat pada masanya dan
tanpa kos tambahan.
(3) Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan
memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille,
komunikasi augmentatif dan alternatif, dan semua cara, kaedah dan
format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang upaya dalam
urusan rasmi.
Akses kepada kehidupan berbudaya
31. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses
kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang
upaya.
(2) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk
menikmati akses รข€"
(a) kepada bahan kebudayaan dalam format boleh akses;
(b) kepada program televisyen, filem, teater dan aktiviti
kebudayaan lain, dalam format boleh akses; dan
(c) ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan
seperti teater, muzium, panggung wayang, perkhidmatan
perpustakaan dan pelancongan dan, seboleh mungkin, ke
monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan
kebudayaan kebangsaan.
(3) Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk
membolehkan orang kurang upaya mendapat peluang untuk
membangunkan dan menggunakan potensi kreatif, artistik dan
Orang Kurang Upaya 25
intelek mereka, bukan hanya untuk kepentingan mereka sendiri,
tetapi juga untuk memperkaya masyarakat.
(4) Orang kurang upaya adalah berhak atas asas kesetaraan dengan
orang upaya untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan
terhadap identiti khusus kebudayaan dan linguistik mereka, termasuk
Bahasa Isyarat Malaysia dan budaya orang pekak.
Cikgu Khairul
Ahli #12 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:15:02
Balas Quote
Akses kepada rekreasi, santai dan sukan
32. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk
menyertai aktiviti rekreasi, santai dan sukan atas asas kesetaraan
dengan orang upaya tetapi tertakluk kepada kewujudan atau
kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan
orang kurang upaya.
(2) Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai รข€"
(a) untuk menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin,
orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada
semua peringkat;
(b) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai
peluang untuk menganjurkan, membangunkan dan menyertai
aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang
upaya dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengadaan, atas
asas kesetaraan dengan orang upaya, tunjuk ajar, latihan
dan sumber yang sesuai;
(c) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai
akses ke tempat sukan, rekreasi dan pelancongan;
(d) untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya
mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain
kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan
santai serta sukan, termasuk aktiviti dalam sistem
persekolahan; dan
(e) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai
akses kepada perkhidmatan daripada mereka yang terlibat
dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan
pelancongan.
26 Rang Undang-Undang
Bab 2
Habilitasi dan rehabilitasi
Habilitasi dan rehabilitasi
33. (1) Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang
berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya
mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum,
keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional sepenuhnya serta
penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semua aspek
kehidupan.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Majlis, penyedia perkhidmatan
jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah
menganjurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan
program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya
dalam bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan
sosial mengikut sedemikian cara yang perkhidmatan dan program ini
bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan penilaian
pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.
(3) Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menggalakkan pengadaan,
pengetahuan dan penggunaan alat bantu dan teknologi yang direka
bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan
habilitasi dan rehabilitasi.
(4) Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan
mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk
menyediakan intervensi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang
kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan
aktif komuniti.
Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain
34. Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah
mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan penyediaan
rangkaian perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti
lain untuk mengelakkan pengasingan atau pemisahan orang kurang
upaya daripada komuniti.
Orang Kurang Upaya 27
Bab 3
Kesihatan
Akses kepada kesihatan
35. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk
menikmati kesihatan atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
(2) Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah
mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang
upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk
rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender.
Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya
36. (1) Kerajaan dan penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta hendaklah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang
perlu kepada orang kurang upaya yang hendaklah termasuk yang
berikut:
(a) pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya,
imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan
alam sekitar dan kaunseling genetik; dan
(b) pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat
pada masanya untuk mencegah ketidakupayaan dan
rawatan bagi rehabilitasi.
(2) Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya
ketidakupayaan selanjutnya, Kerajaan hendaklah รข€"
(a) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan,
penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab
berlakunya ketidakupayaan; dan
(b) menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran
dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan
maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah
pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan,
kesihatan dan sanitasi umum.
Pengadaan personel kesihatan
37. (1) Mana-mana sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya
hendaklah mengambil khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih
28 Rang Undang-Undang
anggota dan jurupulih kerja, atau mana-mana personel kesihatan
sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Menteri setelah mengambil
kira kehendak dan keupayaan institusi swasta itu, kekerapan
perkhidmatan dan apa-apa faktor lain yang berkaitan.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), institusi swastaรข€"
(a) yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta
506], hendaklah dalam masa enam bulan dari permulaan
kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis bilangan
personel itu dalam penggajiannya; atau
(b) yang memohon untuk didaftarkan di bawah Akta Pusat
Jagaan 1993 hendaklah pada dan selepas permulaan kuat
kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis, sebelum
memulakan operasi, bilangan personel itu dalam
penggajiannya.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengecualikan
mana-mana sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang
menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya, sebagaimana
yang disifatkannya patut dan perlu, daripada mengambil khidmat
personel kesihatan dalam institusi dan sebaliknya boleh membenarkan
lawatan berkala personel kesihatan itu ke institusi swasta itu.
Cikgu Khairul
Ahli #13 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:16:05
Balas Quote
Bab 4
Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk
Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial
38. (1) Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan sepanjang
hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu termasuk memastikan
bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap tidak
terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya
bagi membolehkan orang dengan ketidakupayaan teruk itu menjalani
kehidupan yang lebih berkualiti.
(2) Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berhasrat untuk
menyediakan atau sedang menyediakan jagaan institusi bagi orang
dengan ketidakupayaan teruk atau pemberi jagaan bagi orang dengan
ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif
untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis mengikut apaapa
bentuk dan cara yang ditetapkan.
Orang Kurang Upaya 29
(3) Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa permohonan
pertubuhan bukan kerajaan atau pemberi jagaan yang disebut dalam
subseksyen (2) patut dipertimbangkan, memberikan apa-apa insentif
yang disifatkannya sesuai dengan kelulusan Menteri yang
bertanggungjawab bagi kewangan.
Pengertian "orang dengan ketidakupayaan teruk"
39. Bagi maksud Bab ini, "orang dengan ketidakupayaan teruk"
ertinya seseorang yang mengalami satu atau lebih ketidakupayaan
yang bergantung pada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian yang
asas.
Bab 5
Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan
Akses kepada bantuan
40. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk
mendapat bantuan atas asas kesetaraan dan pengiktirafan dengan
orang upaya dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan,
termasuk konflik bersenjata dan kejadian bencana alam.
(2) Kerajaan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi
memastikan orang kurang upaya mempunyai hak untuk mendapat
bantuan dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan
melalui mekanisma perundangan dan juga pentadbiran.
BAHAGIAN V
AM
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undangundang
41. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain
boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam
mana-mana mahkamah terhadap รข€"
(a) Kerajaan;
30 Rang Undang-Undang
(b) Menteri;
(c) Majlis;
(d) mana-mana anggota Majlis atau mana-mana anggota
jawatankuasa; atau
(e) mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi
pihak Majlis,
berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang
dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa
peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat
yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
42. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau
prosiding terhadap Kerajaan, Majlis atau terhadap mana-mana
anggota Majlis, mana-mana anggota jawatankuasa, atau ejen Majlis
berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang
dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
43. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang didapatinya
perlu dan suai manfaat untuk menjalankan peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh
subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi
semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a) untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan
bagi orang kurang upaya;
(b) untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan
bagi orang dengan ketidakupayaan teruk;
(c) untuk memproses dan mengawal selia pendaftaran orang
kurang upaya dan apa-apa perkara yang berhubungan atau
bersampingan dengannya;
(d) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki
atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini; dan
Orang Kurang Upaya 31
(e) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain
yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi
maksud Akta ini.
Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini
diperbuat
44. Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak
Kerajaan atau Majlis sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan
pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan
berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di
bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara
yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta
ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung
akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa
perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah
pada permulaan kuat kuasa Akta ini disifatkan sebagai hak dan
obligasi Kerajaan atau Majlis.
Kecualian dan peralihan
45. (1) Mana-mana orang yang sebaik sebelum permulaan kuat
kuasa Akta ini didaftarkan sebagai orang kurang upaya dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah, pada permulaan kuat
kuasa Akta ini disifatkan sebagai orang kurang upaya yang
berdaftar di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang kurang upaya yang kepadanya suatu kad
pengenalan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikeluarkan
kepadanya suatu Kad OKU di bawah Akta ini.
(3) Semua daftar yang berhubungan dengan pendaftaran orang
kurang upaya yang disimpan dan disenggarakan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta
ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan
sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini
dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Daftar Orang
Kurang Upaya.
32 Rang Undang-Undang
Cikgu Khairul
Ahli #14 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:17:17
Balas Quote
Pencegahan anomali
46. (1) Merited boleh, melalui perintah, membuat apa-apa
pengubahsuaian dalam peruntukan Akta ini sebagaimana yang
didapatinya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apaapa
kesulitan yang disebabkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini
hanya berkenaan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa
oleh Majlis.
(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh
seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan
kuat kuasa Akta ini.
(3) Dalam seksyen ini, "pengubahsuaian" ertinya pindaan,
tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan
Akta ini.
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang
kurang upaya, dan pewujudan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang
akan dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menggalakkan kehidupan
yang berkualiti orang kurang upaya. Selain dasar dan pelan tindakan kebangsaan
Kerajaan berhubung orang kurang upaya, Konvensyen Mengenai Hak Orang
Kurang Upaya membentuk teras utama dan menjadi asas kepada Rang Undang-
Undang ini, walaupun Malaysia masih belum menjadi pihak kepada Konvensyen
itu.
BAHAGIAN I
2. Bahagian I Rang Undang-Undang mengandungi perkara permulaan.
3. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan
tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta
yang dicadangkan.
4. Fasal 2 mentakrifkan perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam
Akta yang dicadangkan. Antara takrif penting adalah seperti yang berikut:
(a) takrif "orang kurang upaya" yang merupakan fokus utama Akta; dan
(b) takrif "penyesuaian munasabah" dan "reka bentuk sejagat" yang
merupakan elemen penting dalam bidang kebolehaksesan.
Orang Kurang Upaya 33
BAHAGIAN II
5. Bahagian II mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan Majlis
Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya.
6. Fasal 3 mengadakan peruntukan mengenai pewujudan Majlis Kebangsaan
bagi Orang Kurang Upaya.
7. Fasal 4, 5 dan 6 memperkatakan anggota silih ganti anggota tertentu Majlis,
pembatalan pelantikan anggota Majlis dalam hal keadaan yang dinyatakan dan
peletakan jawatan mereka.
8. Fasal 7 mengadakan peruntukan mengenai mesyuarat Majlis yang termasuklah
kekerapan mesyuarat, kuorum, jawatan pengerusi, kehadiran atas undangan, hak
mengundi dan kuasa membuat peraturan-peraturan.
9. Fasal 8 menamakan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat sebagai
Setiausaha Majlis.
10. Fasal 9 berhubung dengan fungsi Majlis, antara lain adalah รข€"
(a) untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara
yang berhubungan dengan orang kurang upaya;
(b) untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek orang
kurang upaya termasuk perkara-perkara yang berhubungan dengan
sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan
kesejahteraan orang kurang upaya;
(c) untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan
tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya dengan
kementerian yang berkaitan;
(d) untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi
menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang
kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempat kerja dan pasaran
buruh; dan
(e) untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi
orang kurang upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam
mencari atau mendapatkan pekerjaan atas asas kesetaraan dengan orang
upaya.
11. Fasal 10 memperuntukkan bahawa Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan
bagi Pembangunan Orang Kurang Upaya dalam melaksanakan fungsinya dan
menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
12. Fasal 11 mengadakan peruntukan mengenai penubuhan jawatankuasa untuk
membantu Majlis. Anggota Jawatankuasa boleh dilantik daripada kalangan
anggota Majlis atau mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis.
13. Fasal 12 adalah berhubung dengan pewakilan fungsi dan kuasa Majlis.
14. Fasal 13 mengenakan kewajipan ke atas Majlis untuk mengesyorkan
perubahan kepada undang-undang sedia ada di negara ini atau untuk mencadangkan
34 Rang Undang-Undang
undang-undang baru khususnya mengenai perkara yang berhubungan dengan
kebolehaksesan. Tanggungjawab dan obligasi yang dikenakan ke atas orang atau
badan yang berwibawa melalui mekanisma perundangan akan menjamin
pematuhan yang berkesan pelbagai standard yang ditetapkan bagi mencapai
matlamat yang dihasratkan dalam menggalakkan kesejahteraan orang kurang
upaya.
15. Fasal 14 dengan khusus menyatakan bahawa dalam menunaikan
tanggungjawab dan kewajipannya, Kerajaan hendaklah mengambil kira sumber
kewangan dan sumber manusia yang ada dan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang bertulis lain.
16. Fasal 15 dan 16 menekankan tanggungjawab kementerian, agensi kerajaan
yang berkaitan, dll., sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam
memastikan akan adanya penyertaan penuh dan berkesan, serta penglibatan orang
kurang upaya dalam masyarakat.
17. Fasal 17 menghendaki kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan
yang berkaitan untuk mengemukakan laporan kepada Majlis mengenai langkah dan
tindakan yang dikehendaki diambil oleh kementerian, agensi, badan atau
pertubuhan kerajaan yang berkaitan dalam mematuhi peruntukan Akta ini dan
untuk memberikan penjelasan kepada Majlis jika Majlis berpendapat bahawa
kemajuan langkah dan tindakan itu tidak mencukupi atau tidak memuaskan.
18. Fasal 18 mengenakan tanggungjawab ke atas Kerajaan untuk menguntukkan
kepada Majlis dana yang mencukupi secara tahunan bagi membolehkan Majlis
melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
19. Fasal 19 menghendaki Majlis untuk mengemukakan suatu laporan tahunan
mengenai semua aktivitinya sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan itu
kepada Menteri atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam.
BAHAGIAN III
20. Bahagian III mengandungi peruntukan mengenai Ketua Pendaftar bagi Orang
Kurang Upaya, Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar serta
pendaftaran orang kurang upaya.
21. Fasal 20 mengadakan peruntukan bagi pelantikan dan tanggungjawab Ketua
Pendaftar dan Pendaftar.
22. Fasal 21 adalah berhubung dengan penyimpanan dan penyenggaraan Daftar
Orang Kurang Upaya.
23. Fasal 22 memperkatakan permohonan bagi pendaftaran sebagai orang
kurang upaya. Fasal ini juga memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturanperaturan
berkenaan dengannya.
24. Fasal 23 membenarkan Pendaftar meminta dokumen atau maklumat
tambahan sementara fasal 24 memberi pendaftar kuasa untuk mendaftar atau
menolak sesuatu permohonan.
Orang Kurang Upaya 35
25. Fasal 25 adalah berhubung dengan pengeluaran Kad OKU kepada orang
kurang upaya.
BAHAGIAN IV
26. Bahagian IV mengandungi lima bab yang memperkatakan penggalakan dan
pembangunan kualiti hidup dan kesejahteraan orang kurang upaya. Bab 1
memperkatakan perkara yang berhubungan dengan hak kebolehaksesan, Bab 2
mengenai habilitasi dan rehabilitasi, Bab 3 berhubung dengan kesihatan, Bab 4
mengenai perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk dan Bab 5
memperkatakan bantuan yang diberikan dalam keadaan berisiko dan kecemasan
kemanusiaan.
27. Fasal 26 bertujuan untuk memberikan kepada orang kurang upaya hak untuk
akses kepada dan penggunaan kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan
awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai, atas asas kesetaraan
dengan orang upaya.
28. Fasal 27 memperkatakan hak orang kurang upaya untuk akses kepada dan
menggunakan kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam yang
dibuka atau disediakan kepada orang ramai, juga atas asas kesetaraan dengan orang
upaya.
29. Fasal 28 mengadakan peruntukan mengenai penglibatan orang dan kanakkanak
kurang upaya dalam sistem pendidikan umum dan meletakkan kewajipan ke
atas penyedia pendidikan untuk menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai
dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya.
30. Fasal 29 adalah berhubung dengan hak akses kepada pekerjaan. Di bawah
fasal ini, majikan hendaklah memastikan bahawa orang kurang upaya diberikan
suasana kerja yang adil dan baik serta peluang sama rata dan saraan sama rata bagi
kerja yang sama nilai yang dinikmati oleh orang upaya.
31. Fasal 30 memberikan kepada orang kurang upaya hak untuk akses kepada
maklumat, komunikasi dan teknologi atas asas kesetaraan dengan orang upaya dan
meletakkan kewajipan ke atas Kerajaan dan penyedia maklumat, komunikasi dan
teknologi untuk menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi itu dalam
format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis
ketidakupayaan.
32. Fasal 31 memberikan kepada orang kurang upaya hak untuk akses kepada
kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Majlis hendaklah
mewujudkan peluang bagi orang kurang upaya untuk membangunkan dan
menggunakan potensi kreatif, artistik dan intelek mereka.
33. Fasal 32 memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai hak untuk
menyertai aktiviti rekreasi, santai dan sukan tertakluk bagaimanapun kepada
kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan
keselamatan mereka.
36 Rang Undang-Undang
34. Fasal 33 menghendaki Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengambil langkah berkesan dan
sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan
keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, sosial dan
vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semua
aspek kehidupan, untuk menggalakkan dan mengukuhkan progam rehabilitasi
berasaskan komuniti dan untuk menggalakkan pengadaan, pengetahuan dan
penggunaan alat bantu dan teknologi yang direka bagi orang kurang upaya.
35. Fasal 34 menghendaki Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
untuk menggalakkan penyediaan perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan
komuniti lain bagi mengelakkan orang kurang upaya diasingkan atau dipisahkan
daripada komuniti.
36. Fasal 35 memberikan kepada orang kurang upaya hak untuk menikmati
kesihatan dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perkhidmatan
kesihatan.
37. Fasal 36 meng
Cikgu Khairul
Ahli #15 | Dikirim pada: 4 Disember 2008 14:18:24
Balas Quote
37. Fasal 36 menghendaki Kerajaan, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengadakan perkhidmatan kesihatan
yang perlu kepada orang kurang upaya.
38. Fasal 37 meletakkan kewajipan ke atas sektor swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya untuk
mengambil khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja
sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Menteri. Menteri walau bagaimanapun
diberi kuasa untuk mengecualikan penyedia itu daripada kehendak seksyen ini.
39. Fasal 38 menghendaki Kerajaan untuk mengadakan perlindungan sepanjang
hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu bagi orang dengan ketidakupayaan
teruk. Insentif bolehlah diberikan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan
yang mengadakan jagaan institusi dan kepada pemberi jagaan bagi orang dengan
ketidakupayaan teruk, atas permohonan.
40. Fasal 39 mentakrifkan istilah "orang dengan ketidakupayaan teruk".
41. Fasal 40 memastikan bahawa orang kurang upaya mendapat bantuan dan
pengkitirafan sepenuhnya dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan.
BAHAGIAN V
42. Bahagian V mengandungi peruntukan am.
43. Fasal 41 memberikan perlindungan kepada Kerajaan, Menteri, Majlis dan
anggotanya dan orang lain yang bertindak secara sah bagi pihak Majlis daripada
tindakan, guaman atau pendakwaan jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati.
Orang Kurang Upaya 37
44. Fasal 42 mengadakan peruntukan mengenai pemakaian Akta Perlindungan
Pihak Berkuasa Awam 1948 bagi Kerajaan, Majlis atau anggotanya, mana-mana
anggota Jawatankuasa dan ejen Majlis.
45. Fasal 43 memperkatakan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan.
46. Fasal 44 mengadakan peruntukan mengenai perkara yang dilakukan dalam
menjangkakan pembuatan Akta yang dicadangkan.
47. Fasal 45 mengadakan peruntukan mengenai kecualian dan peralihan.
48. Fasal 46 memberi Menteri kuasa untuk membuat apa-apa pindaan,
penambahan, pemotongan atau penggantian kepada peruntukan Akta yang
dicadangkan untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang mungkin berbangkit.
IMPLIKAS1 KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang
tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.
[PN(U2)2617]


petikan daripada forum pendidikan khas

colors and personality

Here are some generalizations about colors that will show how color of clothes affects personality:
Red is symbolic of dominance, passion and sensuality. It is a color meant for bold and firm men who love to lead the world. If you want to make a distinctive fashion statement, red is the trick.
Peach and pink shades are indicative of coolness and calm. With pink, you'll look as fresh as a flower.
Black, an all time favorite represents power. Acting as a symbol of elegance, versatility and grace, this color can smoothly sail in all functions.
If your focus is on looking neat and clean, white is just apt for you. It indicates purity and simplicity. It is the perfect summer color.
Blue is a color of warmth and trust. It's a fabulous shade that can be found in almost every man's cupboard.
Yellow is the color of beautiful sunflower. It conveys anxiety and alertness of mind. But do not forget it is also the color of deadly fire.
Burgundy is indicative of spirituality. It is a rich color that decides how passionate you are. Burgundy shirt looks stylish.
Green comes from greenery. It is a color of nature with beautiful green leaves, fresh green vegetables. It represents freshness, relaxation and calm.
Brown is meant for classy informal styling. It conveys reliability and trust.
Gray is indicative of the fact tat you are a balanced person in life. It looks elegant and is considered to be brainy.
So, decide for yourself as in which type are you judging your personality traits.

http://www.indobase.com/fashion/men-fashion/apparels/western/informal-wear/philosophy-of-colors.html

Tuesday, February 16, 2010

The Disabled Just Want To Live Life Well

We refer to the letter written by Mr. Peter Tan in The Star dated 15th June 2009 regarding “The Disabled Just Want To Live Life Well”.


The term for persons with disabilities (PWDs) is a term internationally recognized as stated in The Convention On The Rights Of Persons With Disabilities.


Regarding the issues of accessibilities raised, we would like to inform that in the National Policy for PWDs, National Plan of Action for PWDs and Persons With Disabilities Act 2008. A major provision is on accessibility. In the National Policy, the provision on accessibility states that :-

Ensure a barrier-free environment including facilities within and outside buildings, at the workplace, in residential and in public areas
Enhance the availability of disabled-friendly public transport facilities and
Promote the availability of an access to information and communications technology (ICT)


National Council For Persons With Disabilities set up under the Act has formed a Committee on Accessibility and Universal Design to propose appropriate action to address issues on accessibility. Among the programmes that have been carried out include access auditing on all public places and facilities to determine how accessible the physical environment is to the PWDs. The Department for Development of PWDs will also undertake advocacy to local authorities, architects, engineers, and planners to raise awareness on barrier-free facilities and compliance to by-laws already in place. It is hoped that through these efforts, the issues of accessibility can be addressed.


Thank you.


Public Relation Officer
Department of Social Welfare


Siaran Akhbar :

The Disabled Just Want To Live Life Well (The Star, 15 June 2009, page N36)




We refer to the letter written by Mr. Peter Tan in The Star dated 15th June 2009 regarding “The Disabled Just Want To Live Life Well”.



The term for persons with disabilities (PWDs) is a term internationally recognized as stated in The Convention On The Rights Of Persons With Disabilities.




Regarding the issues of accessibilities raised, we would like to inform that in the National Policy for PWDs, National Plan of Action for PWDs and Persons With Disabilities Act 2008. A major provision is on accessibility. In the National Policy, the provision on accessibility states that :-

Ensure a barrier-free environment including facilities within and outside buildings, at the workplace, in residential and in public areas;
Enhance the availability of disabled-friendly public transport facilities ; and
Promote the availability of an access to information and communications technology (ICT)




National Council For Persons With Disabilities set up under the Act has formed a Committee on Accessibility and Universal Design to propose appropriate action to address issues on accessibility. Among the programmes that have been carried out include access auditing on all public places and facilities to determine how accessible the physical environment is to the PWDs. The Department for Development of PWDs will also undertake advocacy to local authorities, architects, engineers, and planners to raise awareness on barrier-free facilities and compliance to by-laws already in place. It is hoped that through these efforts, the issues of accessibility can be addressed.




Thank you.




Public Relation Officer
Department of Social Welfare







Siaran Akhbar :

The Disabled Just Want To Live Life Well (The Star, 15 June 2009, page N36)

MENYUSURI PROGRAM PDK

Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.


Objektif
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

Hari Orang Kurang Upaya

Hari Orang Kurang Upaya

Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut pada 3 Disember tiap-tiap tahun selaras dengan pengistiharan Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya oleh Resolusi Bangsa-bangsa Bersatu.

Objektif
Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna
Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk OKU
Mempertingkatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan serta kemahiran golongan OKU ke arah pencapaian yang cemerlang dan sekaligus manfaatkan pembangunan negara
Merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara Kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta sektor korporat dan komuniti di dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya
Mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi OKU

Realiti Kehidupan
(Lagu Tema Hari Orang Kurang Upaya)
Lihatlah realiti kehidupan
pasti tidak kesunyian
suka duka kehidupan
hadapilah dengan ketabahan

hati ini sering terusik
dalam syahdu kesyukuran
meskipun diriku ini
terbukti dalam serba kekurangan
yang amat memerlukan ketabahan

oh, insan mulia
hulurkan ruang simpati
keprihatinan mu
beri sinar harapan

sama berdiri
seiring kejar impian
jasa baktimu tiada bandingan
moga berkekalan

ayuh kita bergandingan
menuju satu wawasan
membina insan
warga yang penyayang

(corus)

moga berkekalan ....

Perlukah wujud hubungan di antara sekolah pendidikan khas dan PDK

Perlukah wujud hubungan di antara petugas di PDK dan guru di sekolah pendidikan khas?

Hubungan yang bagaimana?

Kenapa tidak wujud kerjasama yang erat di antara petugas di PDK dan guru pendidikan khas? adakah kerana perasaan rendah diri?

Adakah perlu dibawa pelatih dan petugas keseluruhannya ke sekolah pendidikan khas?

Kenapa ada perbezaan di antara Pembantu Pengurusan Murid dan petugas di PDK?

Bagaimana cara untuk mengatasi permasalahan tersebut secara lebih kreatif dan tuntas?

majoriti anak-anak di PDK boleh disekolahkan cuma mereka menghadapi masalah Pengurusan Diri tetapi jika dilatih insya allah dan di sini bagaimanakah tugas PPM pula ?

Adakah hendak dibiarkan anak di PDK terbiar dan tidak dapat menikmati hak yang sepatutnya kepada semua pelajar?

Perlukah diwujudkan hubungan yang lebih erat di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan bukannya hubungan yang di atas angin sahaja?

Jika PPM diberikan taraf sama rata dengan pegawai kerajaan dan diserapkan . Mengapakah guru di PDK yang ada di PDK termasuklah Pelatih di PDK diketepikan dari menikmati arus pendidikan sama seperti orang lain?


OH YE JKM DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN CUBALAH BUKA MINDA TU SEDIKIT DAN FIKIRKAN . JANGAN PULA DIKATAKAN PENDIDIKAN UNTUK SEMUA GOLONGAN TETAPI GOLONGAN YANG ADA DI PDK DIBIARKAN SAHAJA TERKAPAI-KAPAI.......



FIKIR-FIKIRKANLAH YE..............

Wednesday, February 10, 2010

kedatangan yang terpaksa ataupun dipaksa.....

oh ye... tajuk di atas unik begitu jugalah dengan anda di pdk?

untuk apakah anda mendaftarkan anak anda di PDK .... adakah adakah adakah .... oh ye hanya anda sahaja yang tahu kenapa anda mendaftarkan anak anda di PDK di bawah JKM....

saya tak berani memberi jawapannya .... tepuk dada tanya selera....

apabila ditanya anda mengatakan....

a. oh saya tak ada masa ..... 24 jam telah Allah berikan dan ini bukanlah alasannya jika nak semua boleh jadi... akan menjadi lebih tersiksa apabila anda disanggah oleh petugas anda sendiri dan petugas pula menyokong ibubapa....


Oh ye fikirlah fikirkanlah

bukankah Allah telah memberi anda akal dan niat anda sahaja dapat anda tetapkan ... cuma jangan jadikan anak anda sebagai barang pertaruhan... dia pun memerlukan sama seperti orang lain perlukan....


fikirkanlah ye

Monday, February 8, 2010

Pekerja Yang Berkualiti

untuk memastikan hubungan anda di tahap yang tinggi dan berkesan, berikut ialah beberapa cadangan yang boleh dikenalkan di tempat kerja anda:

1. menghormati kuasa ketua anda
...adakah anda sebagai petugas menghormati ketua anda ataupun anda menunjukkan anda lagi berkuasa daripada mereka dengan cara meninggikan suara anda

2. Melaksanakan Arahan dengan penuh tanggungjawab

....adakah anda melaksanakan arahan penyelia anda ataupun anda mengingkari arahan mereka dengan melaksanakan amalan pulau dan boikot

3. Memberi sokongan kepada ketua anda
....adakah anda memberi sokongan ataupuna anda membiarkan dia membuat semua kerja yang sepatutnya menjadi tugas anda

4. mempertahankan ketua anda
.....adakah anda mempertahankan ketua anda ataupun anda membiarkan sahaja dia difitnah ataupun anda terlibat sanma dalam komplot memfitnah dan menjatuhkan dia

5. memberi sokongan padu kepada ketua anda
.... adakah anda memberi sokongan pada dalam segala perancangan yang telah dirancang ataupun anda menentang dan membiarkan sahaja malahan mengutuk atas segala tindakan dia.


JADI ANDA SENDIRI PERLULAH BERFIKIR SAMA ADA ANDA MENJADI PEKERJA YANG BERKUALITI ATAUPUN TERLIBAT DALAM TINDAKAN NEGATIF..


FIKIR-FIKIRKANLAH YE.... ALLAH MEMBERI KITA FIKIRAN UNTUK BERFIKIR....

perjalanan hidup

Setiap insan yang bernama manusia perlu mengharungi liku-liku hidup dengan tabah dan yakin. Mereka perlu mengetahui ke mana arah dituju.

Untuk sampai ke arah yang hendak dituju anda perlu bijak memilih destinasi dan jalan yang hendak dilalui. Ramai yang mengetahui destinasi mereka dan ramai juga salah memilih destinasi mereka.

Mereka masih belum menemui pulau baru dalam hidup kita. Dengan kata lain, mereka masih lagi menggunakan pulau lama untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. WALAUPUN DAH ADA PERASAAN UNTUK MENCARI PULAU BARU ATAU MENGUBAHKAN PULAU LAMA MENJADI PULAU BARU TETAPI PIHAK PENGURUSAN SEAKAN-AKAN BATU DAN TIDAK PEDULI LANGSUNG KEBAJIKAN PETUGAS PDK.

TIADA USAHA MEMBUAT TRANSFORMASI KERANA KATANYA TIDAK PERLU BERUBAH.

BUKANKAH LAGI BAIK JIKA DIPUTAR MASA KEMBALI KE ZAMAN 1970 ATAU ZAMAN 1945. TIDAK PERLU WANG YANG BANYAK UNTUK MENGURUS PDK ......

Begitu juga dengan Pusat Pemulihan Dalam komuniti. Begitu banyak tesis PENYELIDIKAN, KERTAS KERJA, FORUM. DAN SARANAN CADANGAN dibuat, begitu banyak GESAAN dibuat dan akhirnya rumusan yang dibuat ialah:

a. kos pengurusan PDK dari 1 PDK di Bukit Rakit tanpa kos kini dah ada lebih 400 PDk mengakibatkan kos semakin meningkat menjadi RM 17, 000 lebih

b. Perlu anjakan paradigma dari model yang mula digunakan iaitu model kebajikan --- menjadi model perubatan --- dan kini menjadi model sosial

c. perlu strategi pembangunan yang mantap dari semua sektor

d. istilah berbeza digunakan di Indonesia dan di Malaysia..memang pun sebab tempat berbeza

e. kumpulan advokasi diri perlu diperbanyakkan

f. OKU ada potensi diri untuk dibangunkan

g. PDK sebagai perniagaan dengan ibubapa sebagai aset

h. Pergiatkan lebih banyak ko kurikulum

i. perlukah dibuat transformasi PDK. Jawapan dari JKM tak perlu tetapi perlu diperbuat penambahhaikan dari sudut kemahiran, modul latihan, sistem pentaksiran

j. Pendidikan mengikut sistem AAC

dan akhir sekali diingatkan dalam minda semua terlibat dalam PDK. Penyelia PDK dan Petugas PDK adalah bukan pegawai kerajaan dan mereka TIDAK BOLEH mendapat faedah seperti pegawai kerajaan, Mereka juga perdi diam jangan bising-bising untuk membuat perubahan dari sudut kebajikan mereka ataupun berkaitan kerja mereka.

STOP

FIKIR-FIKIRKANLAH YE... JANGAN ADA AKAL TETAPI DIMATIKAN DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...AKIBATNYA NANTI MEREKA YANG BERTUGAS DI PDK HANYA MENJADIKAN PDK SEBAGAI BATU LONCATAN SEBELUM MENDAPAT PEKERJAAN LAGI BAIK. DAN SEGALA WANG DITABURKAN DALAM MEMBERI KURSUS YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN IALAH ORANG/ORGANISASI LAIN.

JIKA BENAR JKM BANYAK WANG DAN TAK KISAH SIAPA YANG MENGURUSKANNAYA DAN TIDAK PEDULI MEREKA YANG TERLIBAT MENGAJAR ANAK OKU, MEMBUAT PEMULIHAN DAN MEMBANGUNKAN PDK...... BUKANKAH LAGI BAIK TABURKAN SAHAJA WANG TU DI JALANRAYA DAN TUTUPKAN MATA TUAN/PUAN DAN MATA HATI TUAN/PUAN DAN INI HANYA KERANA KAMI TIADA MAKNA DI SISI TUAN/PUAN...........

ADAKAH KERANA KONSEP KESUKARELAAN MAKNANYA KAMI MASIH MEMERLUKAN IBU BAPA MEMINTA WANG DARI MEREKA UNTUK MEMBELI MODESS?????


ATAUPUN YANG LAGI BAIK DAN TIDAK MELIBATKAN LANGSUNG WANG JKM ATAUPUN PERBENDAHARAAN NEGARA IAITU KORPORATKAN ATAU SWASTAKAN SAHAJA PDK . JADI PENGERUSI YANG HARUS MEMBAYAR GAJI KEPADA PETUGAS PDK DAN TIADA PEREBUTAN DI ANTARA PENGGERUSI, ATAUPUN JKM. KAMI TERHIMPIT APABILA DUA GAJAH BERGADUH DAN AKHIRNYA PELANDUK MATI DITENGAH-TENGAH.

FIKIR-FIKIRKANLAH YE.

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Perasmian Konvensyen Pusat Dalam Komunititi (PDK)

Perasmian Konvensyen Pusat Dalam Komunititi (PDK)

HQ/11/02/10




Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil akan merasmikan Majlis Perasmian Konvensyen Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kebangsaan 2009 Sempena 25 Tahun PDK di Dewan Manhattan, Tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2010 jam 8.00 malam.

Turut dipamerkan lgo baru PDK. Majlis ini turut menganugerahkan calon pelatih perempuan PDK Terbaik, calon pelatih lelaki PDK terbaik, calon petugas PDK terbaik dan PDk cemerlang sebanyak 3 anugerah.

Diperkenalkan juga dengan logo terbaru pdk.

Diakhiri dengan jamuan makan dan iringan dendangan muzik daripada Alleysats.

Perbanyak tempat latihan untuk OKU

Perbanyak tempat latihan untuk OKU

Oleh Nor Fariza Ramlan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk memperbanyakkan lagi Pusat Pemulihan Komuniti di seluruh negara yang akan bertindak sebagai pusat latihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata setakat ini kementerian sudah mewujudkan 409 Pusat Pemulihan Komuniti yang memberi faedah kepada 17,435 kanak-kanak dan OKU di seluruh negara.

"Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan masyarakat, malah bagi memperbanyakkan lagi pusat itu, kementerian memerlukan maklum balas pemimpin setempat bagi mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan.

"Bagi kanak-kanak kurang upaya yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti perumahan kos rendah, kewujudan pusat sebegini akan menyediakan aktiviti seperti kelas tambahan dan sesi kaunseling kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Parti Tahunan ke-12 Kanak-Kanak Kiwanis bertempat di Taman Tema Sunway Lagoon, di sini semalam.

Chew berkata, Pusat Pemulihan Komuniti ini memberi perkhidmatan seperti diagnosis, pemulihan, perawatan dan menyediakan pembelajaran khas serta kemahiran vokasional bagi membantu orang kurang upaya dalam mendapatkan pekerjaan.

Mengulas mengenai pembabitan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kiwanis dalam menjaga kebajikan kanak-kanak, beliau berkata, NGO perlu bersama menyokong usaha kerajaan dalam penyediaan perlindungan kepada golongan itu terutama mereka yang kurang bernasib baik dan kurang upaya.

"Jika kita lihat kembali, dalam Bajet 2010 pihak kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun dari RM50 ke RM150 bagi kanak-kanak kurang upaya yang mendaftar di bawah sekolah kelolaan NGO dan 4,000 kanak-kanak berdaftar mendapat manfaat itu.

Sementara itu sebagai menyokong usaha Kelab Kiwanis mengurus dan menjalankan 19 pusat khusus untuk penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik, Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM30,660 bagi mereka yang bernaung di bawah kelab itu

jubli perak ulang tahun ke 25 pdk dan Konvensyen PDK

TAHNIAH kepada semua pdk di Malaysia kerana menyambut ulang tahun ke 25 jubli perak pdk baru-baru ni

sudah 25 tahun berlalu dan dalam konvensyen yang diadakan di perbincangan sejarah pdk, dan peningkatan pdk seterusnya hala tuju pdk....

PERSOALANNYA KINI SUDAH 25 TAHUN PDK BERTAPAK DI MALAYSIA dan MASIH RAMAI LAGI TAK MENGETAHUI APA TU PDK?

YANG DAH TAHU PDK PUN HANYA HENDAK MENGHARAP ELAUN RM 150 YANG DIBERI OLEH JKM....

pelbagai perkara yang dibincangkan dan dibuat rumusan iaitu:

a. pdk bermula dari sebuah pdk di Batu Rakit dibantu oleh orang kampung bersifat kesukarelawan. kini berkembang menjadi lebih 400 pdk seluruh malaysia

b.

Monday, February 1, 2010

Berjalan seiringan

Berjalan seiringan ...

memang menarik tajuk ini. Sebabnya apabila pihak pengurusan dapat seringkali turun padang dan berjalan seiringan dengan pekerja bawahannya akan mewujudkan kemesraan dan pekerja bawahan tidak akan berasa takut apabila nak menyuarakan pandangan dan sebagainya.

Namun begitu ada juga keburukannya terutama apabila nilai menghormati hilang dan pekerja bawahan mengambil kesempatan di atas keramahan dan kemesraan dari pihak atasan ... Hah fikirlah sendiri....

Ini adalah kenyataan betul dan bukannya rekaan kerana ada juga di antara pekerja bawahan yang pandai membodek dan sering mengambil kesempatan..


FIKIRLAH SENDIRI YE