Monday, December 25, 2006

cuba fikirkan

hidup sekampung tolong menolong
hidup berjiran sama muafakat
kerja susah sama ditanggung
baru mudah mendapat berkat.


mata terjegil terbeliak-beliak
mulut bergetar terkumat kamit
jari telunjuk tuding menuding
kepala terangkat leher menggeleng

elaun vs gaji vs sukarela....jawablah.....










mengenai gaji pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti untuk makluman Yang Berhormat , guru yang bekerja di PDk adalah secara sukarela. Oleh itu, RM 445 yang dibayar kepada mereka adalah elaun bukannya gaji. Kini Kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM 7,122,00 kepada 1,187 oramg guru PDK....... petikan daripadaperbahasan persidangan Dewan Rakyat oleh Puan Chew Mei Fun DR 1.12.2003 page 65






Saya ingin bertanya apakah maksud sukarela kepada Puan Chew Mei Fun? Cuba takrifkan dan beri penjelasan.




Teringat saya dahulu semasa saya ditemuduga oleh sebuah syarikat dan apabila saya berkata saya bekerja sebagai Pekerja Sukarela di Jabatan Kebajikan Masyarakat... Beliau berkata...Oh kamu bekerja sukarela...Jadi ini bermakna suka suka hati kamu buat kerja kamu buat...dan jika tidak suka ...kamu tidak perlu buat dan boleh ponteng?




Untuk menepis tohmahan dia , saya berkata tidak. Kami walaupun bekerja sukarela tetapi terikat dengan masa yang telah ditetapkan. tidak ponteng kerja...Namun begitu amat sedih sekali apabila kami diperlakukan seperti ini hanya kerana kami tidak bertaraf sebagai pekerja pemulihan dalam komuniti bertaraf sukarela...malang sungguh apabila Yang Berhormat dan pegawai bijaksana di Jabatan Kebajikan Masyarakat diharapkan untuk membela nasib kami tetapi membuat seperti kami tidak wujud....Akan tetapi apabila kerja mereka tergendala ...kamilah bertaraf sukarela ini diharapkan untuk menyelesaikan..... Kasihan sungguh nasib kami diketepikan daripada perkataan gaji walaupun sepatutnya setiap pekerja berhak mendapat gaji bukannya elaun melainkan dia belajar sesuai mendapat elaun, tidak mendapat bonus tetapi wang ihsan, tiada cuti tahunan persekolahan walaupun dipanggil guru.... mc cuti sakit tidak diiktiraf jadi pada siapa perlu kami mengadu melainkan hanya di medan ini sahaja dapat berdiskusi....




Pada zaman sekarang dengan bergaji hanya RM 455 sudah tentu tidak mencukupi.....


Adakah pihak pentadbir membuka mata? Rasanya tidak.....sebab mata mereka telah dibutakan hanya kerana kami bertaraf sukarela.............

Friday, December 22, 2006

rancangan tajuk untuk pelatih pdk

pra bahasa kemahiran urus diri
________________ __________________

1. mengenali diri saya 1. penggunaan tandas
2. mengenali keluarga saya 2. cara berpakaian
3. mengenali rakan saya 3. menggunakan kasut
4. kebersihan diri saya 4. menggosok gigi
5. mengenali pdk saya 5. berdandan
6. mengenali haiwan 6. mengendalikan sewaktu kedatangan haid
7. mengenali zoo
8. ucapan bertatasusila

....bersambung ...... .........

makulmat pendidikan khas

pendidikan khas






© 2003 Jabatan Pendidikan Khas Malaysia Polisi

kalendar 2007

2007

Kumpulan A Kedah, Kelantan, Terengganu
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
02.01.2007
08.03.2007
48
Cuti Pertengahan Penggal
09.03.2007
17.03.2007
9
Hari Persekolahan
18.03.2007
24.05.2007
50
Cuti Pertengahan Tahun
25.05.2007
09.06.2007
16
II
Hari Persekolahan
10.06.2007
16.08.2007
50
Cuti Pertengahan Penggal
17.08.2007
25.08.2007
9
Hari Persekolahan
26.08.2007
15.11.2007
60
Cuti Akhir Tahun
16.11.2007
01.01.2008
47
Jumlah
289
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
208
Jumlah Hari Cuti Penggal
81

Kumpulan BPerlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2007
09.03.2007
48
Cuti Pertengahan Penggal
10.03.2007
18.03.2007
9
Hari Persekolahan
19.03.2007
25.05.2007
50
Cuti Pertengahan Tahun
26.05.2007
10.06.2007
16
II
Hari Persekolahan
11.06.2007
17.08.2007
50
Cuti Pertengahan Penggal
18.08.2007
26.08.2007
9
Hari Persekolahan
27.08.2007
16.11.2007
60
Cuti Akhir Tahun
17.11.2007
02.01.2008
47
Jumlah
289
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
208
Jumlah Hari Cuti Penggal
81

sekolah pendidikan khas kementerian pendidikan


Sekolah Pendidikan Khas

Takrif Sekolah KhasPendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.Di antara program yang ditawarkan ialah:PrasekolahSyarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.Pelajaran RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lainSemua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.Pelajaran MenengahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lainPelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.Pendidikan Teknik dan Vokasionali) Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah PendengaranSekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor BaruSekolah Menengah Teknik Langkawi, KedahSekolah Menengah Teknik Batu Pahat, JohorSekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, PerakSekolah Menengah Teknik Tanah Merah, KelantanSekolah Menengah Vokasional Keningau, SabahTempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.


Maklumat Lanjut :Jabatan Pendidikan KhasKementerian Pelajaran MalaysiaLaman ini telah dilihat : 53039 Laman ini dikemaskini : 05 April 2005


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKompleks Kerajaan Persekutuan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA, MALAYSIATel: 603-8884 6000 Faks: 603-8889 5235Hakcipta Terpelihara © 2005 - Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

Saturday, December 16, 2006

alkisah penghuni di rimba......

Pada suatu hari ...sang unggas di hutan belantara berkumpul dan bermesyuarat..... salah seorang bangun dan berkata...sang singa raja di rimba telah mangkat...kita perlu cari pengganti untuk menggantikan takhta dan mentadbir kerajaan ini.....

kemudian sasang mulalah dengan semangat berkobar-kobar bangkit dari kerusi dan memperkatakan permasalahan di dalam kerajaan sang singa di hutan rimba ini....
dengan kepetahan berkata dan tidak takut kepada sultan di hutan rimba , penghuni di hutan mulalah terbayang oh dialah yang kita cari untuk membela nasib kita.... dan dengan sebulat suara mengangkat dia menjadi raja di rimba...dia berjanji akan memperjuangkan nasib unggas di rimba....

kini....telah semusim berlalu dan perjumpaan pun tidak dibuat...majlis raya jauh sekali.... dan baru-baru ini kedengaran daripada rakan karibnya AH NANTI PENGHUNI DI HUTAN RIMBA PERLULAH BAYAR UFTI TAHUNAN KEPADA KELAB INI ..... SEBAB ALASANNYA KITA SEMUA SUDAH DAPAT BONUS WALAUPUN HAKIKATNYA BUKAN BONUS TETAPI IHSAN DARIPADA SULTAN DI RIMBA....
Kasihan nasib penghuni di rimba harapkan raja tetapi tiada apa yang dapat dibuat hinggalah sekarang... penghuni di rimba masih begitu dan hidup susah sebab wang diberi ciput dan pemimpin dilantik menjadi raja antara ada dan tiada saja.....
alkisah kehidupan penghuni di rimba...

rancangan tahun baru 2007

assalammualaikum dan salam sejahtera,

tahun baru 2007 menjelang tiba hanya tinggal dua minggu saja lagi. Apa rancangan pada tahun hadapan? saya di sini bukannhanya buat rancangan malah akan melaksanakannya demi kebaikan pdk dan budak oku 2... tak mahu la orang kata macam mat jenin aje pandai buat rancangan tapi tak buat... kan?

Saya di pdk sini dalam senyap-senyap dah terfikir untuk buat beberapa aktiviti bagi budak oku 2 dan juga mak budak mesti terlibat sama...kalau ada rancangan bolehlah e melkan kat saya di pekerjapdk@yahoo.com k ... mana le tahu boleh join venture....

sebenarnya bukan saja perlu buat perancangan untuk budak oku 2 tapi kita sebagai pekerja di pdk yang selama ini bergaji hanya rm 450 bersih nak tanya cukupkah dengan gaji 2 ooops majikan kita kata bukan gaji kan elaun je untuk kita bertahan tanpa dapat membeli barang, tanpa simpanan dan tanpa apa-apa untuk kita bawa ke tahun 2010? cukupkah ...itu pun kalau nasib kita baik ada perubahan jika tiada bagaimana?

1 lagi saya kat pdk ini pegawai tak bagi buat apa-apa , tak bagi bertanya pada pekerja pdk lain dan tak boleh buat sesuka hati...katanya.... bukan nak memburukkan sesiapa tetapi saya percaya semua berpelajaran kan.....dan kalau le dapat kita membuka minda membuka pandangan ke arah hadapan dan bukannya mengundur ke belakang....

budak oku sini dah berani ke hadapan dan mak mereka yang dulu takut ke hadapan pun dah mula berani.... niat bukan apa cuma untuk kesedaran ....SEBELUM MENGUBAH ORANG LAIN ...KITA SENDIRI PERLU BERUBAH ....sama le macam kita pekerja pdk itu sendiri perlu berubah bukannya pegawai atau majikan kita tetapi kita.... pegawai kita sudahlah bergaji tetap dan jawatan mereka tidak goyah macam kita yang rapuh ni.... mereka tak perlu takut .... jangan hanya hendak membuat kebajikan hingga kita sanggup mengabaikan kehendak dan keperluan kita malah kita ketinggalan apabila orang berlumba ke hadapan tetapi kita berlumba ke belakang......

FIKIRKANLAH ........ DAN JANGAN SALAH PULA SALAH TANGGAPAN HINGGA TAK DAPAT MEMBEZAKAN NIAT BAIK DAN NIAT BURUK....

Tuesday, December 12, 2006

bertanya salahkah ?????

punyalah cerita kisah bersambung......

terimbas di zaman dahulu semasa penjajahan British .....
guru sering mengingatkan, kita harus membenci penjajah yang telah menjajah negara kita...menjajah orang Melayu...menjajah diri kita....kata guru dasar diamalkan pecah dan perintah....

kini negara telah merdeka dari penjajah...diperintah oleh kita sendiri bangsa Melayu tetapi kenapa dalam diri sering bertanya...kenapa dalam pentadbiran tidak diberi kebebasan bertanya...kenapa perlu dilakukan dasar pecah dan perintah misalnya kau di daerah lain tidak boleh bersoal jawab dengan aku di daerah ini....kenapa tidak boleh bertanya dengan orang di daerah lain ....kenapa tidak boleh diberi galakan supaya pekerja lebih produktif, lebih berinovasi...mengapa?

bukankah bertanya itu membuka minda ....yang tidak faham akan faham...dan akan berfikiran terbuka....pemimpin yang menghalang kita daripada bertanya dengan orang lain adakah itu digelar pemimpin berkaliber ataupun diktator.... ataupun mencari jalan mudah supaya pekerja menjadi katak di bawah tempurung....ikut saja cakap aku dan jangan banyak soal....

apa pendapat kalian?

maklumat kurang upaya

) Kurang Upaya PenglihatanKurang Upaya Pendengaran Termasuk pekak dan bisu:
a)Minima (Mild) - (20 - < 30 db)
b)Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 db)
c) Teruk (Severe) - (60 - <> 90 db)

2) Kurang Upaya Penglihatan Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

3) Kurang Upaya Fizikal Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll

4) Cerebral Palsy a) Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badanb) Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kakic) Quadriplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki5) Masalah Pembelajaran Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:- Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur <> 3 tahun)- Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

kisah satu


tersebutlah satu kisah. pekerja pdk empunya cerita......

ke jkm ditemuduga untuk mencari sesuap nasi bagi menanggung diri sendiri, menanggung keluarga .

kini telah menumpang teduh hampir tiga tahun lamanya demi cinta untuk menolong oku tetapi malang sekali diri sendiri tak tertolong, majikan pula bermain tarik tali. Pada siapa ingin diserah rasa duka nestapa jika bukan pada saudara budiman.... Apabila ditanya jawapan majikan oh kamu buat kebajikan .... kebajikan..... di sebalik kebajikan terasa ingin seperti orang lain yang dapat mengumpul harta, membeli itu ini tetapi kami.... hai .... elaun kami terlalu tinggi kalahkan menteri kalahkan pegawai berkedudukan tinggi. hendak tahu elaun kami hanyalah rm 450 bersih. .... terasa sedih sekali apabila melihatkan elaun oku lebih tinggi daripada kami malahan oku kini telah boleh bergaji rm 700 ditambah lagi elaun oku rm 200. Pada siapa ingin mengadu nasib kami ??????

itupun dipanggil elaun walaupun sebenarnya istilah itu sudah bercanggah yang sepatutnya apabila pekerja bekerja mesti diberi gaji bukannya elaun. bukankah begitu tuan puan bijaksana ......


cerita akan bersambung bab demi bab kemudian....