Tuesday, June 22, 2010

Majlis Kebangsaan Bagi OKU

KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

Keanggotaan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada agensi Kerajaan dan individu yang berikut:-

1. Pengerusi Majlis

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil


2. Timbalan Pengerusi

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YBhg. Datuk Nor Hayati Sulaiman


3. Setiausaha

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

YBhg. Dato' Meme Zainal Rashid


4. Peguam Negara Malaysia, atau wakilnya

YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail


5. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan

YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah


6. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

YBhg. Dato’ Long See Wool


7. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

YBhg. Dato’ R Segarajah


8. Ketua Pengarah Pendidikan

YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom


9. Ketua Pengarah Kesihatan

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Mohd Ismail Merican


10. Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan

YBhg. Datuk Halimah Mohamed Sadique





Individu


11. YBhg. Dato’ Dr. Zaliha Omar

12. Datin Paduka Khatijah Sulieman

13. Dr. Naziaty Mohd Yaacob

14. Encik Arikisamy Anthony @ Anthony Arokia

15. Encik Mah Hassan bin Hj Omar

16. Puan Sia Siew Chin

17. En. Teh Beng Choon

18. Encik James Lim Ming Koon

19. Encik Mohamad Sazali bin Shaari

20. Encik Chow Chee Kheong






LATAR BELAKANG DAN FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI OKU




Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008, sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis perlu mengadakan Mesyuaratnya sekurang-kurangnya 3 kali setahun.


6 Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membantu Majlis dalam memainkan peranan dan fungsinya dalam membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:




1. Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat Dan Alam Bina

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM)




2. Jawatankuasa Pengangkutan

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia




3. Jawatankuasa Quality Life Care

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia




4. Jawatankuasa Pendidikan

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia




5. Jawatankuasa Pekerjaan

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia




6. Jawatankuasa Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat







FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA


Fungsi-fungsi Majlis antaranya adalah seperti berikut :-




1. Untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU;


2. Untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU;


3. Untuk memantau aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan, kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan, dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU;


4. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh OKU dalam masyarakat;


5. Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan OKU;


6. Untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa;


7. Untuk mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan OKU;


8. Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi;


9. Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi OKU dalam pasaran buruh;


10. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya Akta ini.



BIL
ISU
MAKLUM BALAS

1
PENAMBAHBAIKAN PROGRAM JAWATANKUASA QUALITY LIFE CARE

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya Jawatankuasa Quality Life Care / Kesihatan menyediakan program baru bagi tahun 2010 yang memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi baru dalam menjalankan intervensi dan rehabilitasi kepada OKU.
Bagi meningkatkan kualiti penjagaan rehabilitasi OKU, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK) telah merancang Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur yang sekarang didalam proses pembangunan dan dijangka siap serta mula beroperasi secara berperingkat pada tahun 2011. Hospital ini akan menyediakan perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit luar dan pesakit dalam. Bagi RMK 10, KKM telah memasukkan penjagaan strok sebagai salah satu keutamaan.

KKM telah mengadakan dua bengkel khusus berkaitan intervensi dan rehabilitasi kepada OKU iaitu ”Wheelchair modification, seating and positioning” dan ”Play in management of Children With Special Needs”

(i) Bengkel “wheelchair modification, seating and positioning” telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran anggota kesihatan (jurupulih carakerja) dalam modification wheelchair, home modification and worksite modification.

(ii) Bengkel “Play in management of Children With Special Needs” telah diadakan bagi meningkatkan kemahiran anggota kesihatan dalam pengendalian kanak-kanak berkeperluan khas (KKKK). Bengkel ini dapat memberi impak terutama bagi KKKK kerana ia merupakan kaedah yang menyeronokkan semasa menjalani rehabilitasi. Ekoran dari bengkel ini, KKM sedang menyediakan manual dan bahan pendidikan berkaitan kaedah main dalam pengendalian KKKK.

Hasil bengkel-bengkel di atas berikut adalah cadangan bagi menambah baik perkhidmatan yang sedia ada;

(i) Modifikasi kerusi roda amat penting supaya OKU dapat mencapai tahap fungsi optima buat masa ini, modifikasi kerusi roda dilakukan oleh syarikat swasta. Perlu dikaji potensi oleh Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor untuk dijadikan sebagai pusat menyediakan modifikasi kerusi roda. Sekiranya berjaya, pusat seperti ini boleh diwujudkan mengikut zon bagi menampung keperluan OKU di Malaysia.

(ii) Kaedah main dalam pengendalian KKKK boleh digunakan oleh semua golongan seperti petugas PDK, guru, ibubapa dan sebagainya. Manual dan bahan pendidikan yang sedang disediakan oleh KKM boleh diguna pakai oleh mana-mana agensi.

2
PENYEDIAAN BUKU BRAILLE DI SEKOLAH

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Program Pinjaman Buku Teks Percuma oleh Kementerian Pelajaran tidak memberi manfaat kepada pelajar OKU penglihatan memandangkan tidak ada buku teks yang disediakan dalam bentuk braille dengan alasan tiada peruntukan.
Maklumat yang diberi adalah tidak benar dan untuk makluman buku teks braille ada disediakan secara percuma kepada semua murid bermasalah penglihatan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks percuma yang diberikan oleh KPM. Bilangan buku teks braille yang telah dicetak adalah seperti di bawah:

- Sekolah Rendah : 39 judul

- Sekolah Menengah : 28 judul

- Buku sastera : 26 judul

BBT tiada masalah dari segi kewangan tetapi pembayaran perlu dibayar mengikut tahun semasa.KPM juga menyediakan buku rujukan braille secara percuma kepada murid bermasalah penglihatan Tingkatan 6 iaitu sebanyak 23 judul termasuk buku sastera (buku teks percuma tidak diberi kepada murid Tingkatan 6 di aliran perdana).

Walau bagaimanapun KPM menghadapi kekangan berikut dalam menyediakan kemudahan ini:

1. Permintaan sekolah-sekolah khas untuk menghasilkan buku Braille mengikut zon pembekalan buku teks cetakan biasa (zon utara, zon tengah dan zon timur). Bahagian Buku Teks (BBT) hanya boleh mengurus pentranskripsian buku teks Braille bagi zon tengah sahaja.

2. Masalah tenaga kerja. Penerbit kekurangan tenaga kerja dan sesetengahnya tidak mahir dalam penerbitan buku teks braille.

3. Keupayaan Penerbit Braille yang terbatas. Buku banyak yang perlu dibraillekan tetapi jumlah penerbit sedia ada kurang berupaya untuk melaksanakan projek ini pada masa yang ditetapkan

4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kurikulum Baharu) akan dilaksanakan mulai tahun 2011 bermula untuk Tahun 1. BBT akan transkripsikan semua buku berkenaan ke dalam bentuk braille dan membekalkan buku-buku tersebut sebelum Disember 2010 serentak dengan buku teks cetakan biasa. Penerbit menghadapi kesukaran untuk melaksanakan cetakan. Kemungkinan buku teks braille lewat dibekalkan ke sekolah.

2012 – Tahun 2 dan Tingkatan 2

2013 – Tahun 3 dan Tingkatan 3

2014 – Tahun 4 dan Tingkatan 4

2015 – Tahun 5 dan Tingkatan 5



Jawatankuasa Pendidikan

3
PENYEDIAAN JURU BAHASA ISYARAT DI SEKOLAH INTEGRASI

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya sekolah-sekolah integrasi turut disediakan dengan kemudahan Juru Bahasa Isyarat. Jawatankuasa Pendidikan dimohon untuk meneliti cadangan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
KPM khususnya BPKhas sentiasa mengambil berat akan hal ini dan telah memohon peluasan jawatan bagi Guru Kod Tangan di Program Integrasi Pendidikan Khas. Walau bagaimanapun, Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2010 KPM tidak dapat memenuhi permintaan ini. Oleh yang demikian, BPKhas akan memohon sekali lagi bagi ABM 2011.

4
RUNGUTAN MENGENAI BAS RAPID KL

Mesyuarat mengambil maklum akan rungutan daripada OKU bahawa pemandu bas Rapid KL cuma memberi diskaun tambang kepada OKU fizikal sahaja, manakala kepada OKU kategori lain tidak diberikan keistimewaan tersebut walaupun mereka ada menunjukkan kad OKU yang dimilikki kepada pemandu bas berkenaan. Selain dari itu, kemudahan tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh Syarikat Prasarana Bhd. sering disalahgunakan oleh orang awam yang bukan OKU tanpa ada penguatkuasaan dari syarikat berkenaan.
Divisyen Komunikasi Kumpulan Prasarana akan mengedar memo peringatan kepada jabatan operasi bas dan rel yang berkenaan mengenai prosedur syarikat sedia-ada bersabit tambang konsesi OKU. Mengikut polisi sedia-ada, OKU yang memiliki kad pendaftaran OKU bersama JKM secara automatik boleh mendapat diskaun.

RapidKL juga akan memperuntuk serta menyediakan 2 petak tempat letak kereta OKU bagi setiap stesen yang menyediakan perkhidmatan tempat meletak kenderaan pada suku kedua tahun ini. Penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilaksanakan agar tidak ada penyalahgunaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Syarikat Prasarana Bhd.

5
CAJ TAMBAHAN KE ATAS KERUSI RODA OLEH SYARIKAT PENERBANGAN

Mesyuarat mengambil maklum bahawa pemandu teksi, Syarikat Penerbangan Air Asia dan Syarikat Penerbangan MAS mengenakan caj tambahan ke atas kerusi roda yang digunakan oleh OKU yang menggunakan perkhidmatan mereka. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kerusi roda tersebut merupakan 'kaki' kepada OKU yang berkerusi roda. Sehubungan itu, pihak yang berkenaan diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
Air Asia

Tiada apa-apa caj yang dikenakan ke atas penumpang OKU (untuk perkhidmatan kerusi roda), sekiranya mereka memegang "kad OKU". Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna kerusi roda tiada "kad OKU", mereka akan dikenakan caj sebanyak RM12.00 untuk perkhidmatan kerusi roda. Buat masa ini, perkhidmatan kerusi roda disediakan oleh pihak ketiga, dan bukan pihak AirAsia atau MAB sendiri.

MAS

Pihak MAS menyediakan perkhidmatan kerusi roda secara percuma dan tiada caj tambahan dikenakan. Perkhidmatan kerusi roda ini akan disediakan atas permintaan pengguna dan perkhidmatan ini ada disediakan di lapangan terbang dan juga di atas kapal terbang. Namun demikian, perkhidmatan ini hanya terdapat di beberapa kapal terbang sahaja dan pengguna perlu membuat tempahan lebih awal semasa melakukan reservation.



Kementerian / Jawatankuasa

6
PERMOHONAN LESEN KENDERAAN OKU

Mesyuarat mengambil maklum akan rungutan OKU bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta semua OKU yang ingin memohon lesen kenderaan mendapatkan pegesahan semula dari pegawai perubatan dan tidak menerima kad OKU yang dibawa oleh mereka. Keadaan ini menyukarkan OKU kerana terpaksa berurusan dengan banyak pihak sebelum dibenarkan untuk memohon lesen tersebut.
Keperluan bagi seseorang OKU untuk diperiksa oleh seseorang doktor adalah bagi mendapatkan laporan penilaian mengenai kecacatan seseorang yang memohon lesen memandu. Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 30 (1) dan (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 11 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 yang menetapkan pemohon diperiksa oleh seorang pengamal perubatan yang boleh mengesahkan bahawa pemohon tidak akan menjadi punca bahaya kepada orang awam sekiranya diberi kebenaran untuk memandu kenderaan berkenaan.

JPJ/Kementerian Pengangkutan

7
Modifikasi Kenderaan OKU

Mesyuarat mengambil maklum bahawa hanya Syarikat Tan Chong Motor sahaja yang diberikan lesen untuk mengubah suai kenderaan bagi OKU. Ini menyebabkan OKU terpaksa menunggu bagi tempoh masa yang lama sebelum modifikasi tersebut dapat disiapkan. Selain dari itu, harga yang dikenakan ke atas modifikasi tersebut adalah mahal dan semakin meningkat pada setiap tahun tanpa adanya kawalan dari pihak yang berkaitan.
Modifikasi kenderaan OKU boleh dilakukan di mana-mana bengkel kenderaan yang berdaftar dengan JPJ. Syarikat Tan Chong Motor merupakan salah sebuah syarikat yang mempunyai bengkel berdaftar dengan JPJ. Senarai bengkel boleh disemak di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. Harga yang dikenakan ke atas modifikasi kenderaan adalah di luar bidang kuasa JPJ.

J/K Pengangkutan

8
MENINGKATKAN KESEDARAN PEMANDU BAS RAPID KL TERHADAP OKU

Mesyuarat mengambil maklum akan keperluan untuk memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu bas Rapid KL agar lebih sensitif kepada OKU terutamanya dari segi cara berurusan dengan mereka.
Wakil RapidKL pernah menghadiri kursus Mobiliti Equiti yang dikendalikan Encik Anthony Arokia daripada Majlis OKU dan Persatuan Mobiliti Selangor & Kuala Lumpur. Kini terdapat satu jabatan dikenali sebagai ’School of Innovation’ di bawah Divisyen Pengurusan Pemegang Taruh SPNB (Stakeholder Management Division) yang dibahagikan kepada tiga jabatan kecil iaitu Akademi Rel, Akademi Bas serta Human Capital. Akademi Rel serta Akademi Bas akan dimaklum semula untuk menganjurkan kursus berkenaan untuk kakitangan barisan hadapan.

Selain itu, RapidKL bakal melancarkan perkhidmatan van OKU dalam masa terdekat ini (April 2010) dan telahpun mendapatkan perkhidmatan Encik Anthony Arokia untuk melatih 7 pemandu van mengenai cara-cara mengendalikan penumpang OKU ketika memberikan perkhidmatan.

Jawatankuasa Pengangkutan

Dan Syarikat Prasarana

9
BANTUAN SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN OKU

Mesyuarat mengambil maklum cadangan pemberian SBGP-OKU kepada OKU yang ingin memulakan perniagaan serta mengemukakan laporan mengenai kemajuan yang telah dicapai oleh penerima bantuan SPBG-OKU kepada anggota Majlis.
Untuk tahun 2010, KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tidak mempunyai cadangan untuk menggunakan Skim SBGP-OKU untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU yang ingin memulakan perniagaan.

Walau bagaimanapun, untuk RMK-10, KSM (JTK) telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar geran SBGP-OKU turut dipanjangkan kepada OKU yang ingin memulakan perniagaan dan bukan setakat mengembangkan perniagaan sahaja.

Jawatankuasa Pekerjaan

10
MENGKAJI SEMULA PROGRAM JAWATANKUASA

Jawatankuasa Pekerjaan juga diminta mengkaji semula program yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 supaya memberi fokus kepada isu-isu semasa terutamanya isu berkaitan pekerjaan OKU. Jawatankuasa juga diminta mengemukakan senarai jenis-jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan OKU kepada anggota Majlis pada Mesyuarat akan datang.
KSM melalui JTK akan meneruskan pelaksanaan program-program seperti berikut untuk menggalakkan penempatan warga OKU dalam sektor pekerjaan:

· Pendaftaran dan Penempatan OKU di sektor swasta;

· Program Promosi Penggalakan Penggajian OKU;

· Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU); dan

· Program Return to Work, PERKESO.

KSM akan sentiasa mengkaji serta memantau penggajian OKU di sektor swasta dan sektor awam serta akan melaksanakan sebarang penambahbaikan terhadap program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan penempatan pekerjaan OKU.

Senarai pekerjaan yang sesuai untuk OKU ditentukan berdasarkan kepada tahap keupayaan dan kemampuan OKU tersebut. Untuk makluman, hasil daripada program-program penempatan pekerjaan yang dijalankan oleh JTK, didapati bahawa OKU lazimnya ditempatkan dalam jenis-jenis pekerjaan seperti berikut:

· office assistants;

· operator;

· lift attendants;

· supermarket sales assistants;

· bakery assistants;

· data entry clerk;

· factory product operators;

· waiter/waitress;

· fast food restaurant crew;

· cleaners;

· laundry workers;

· professional artists;

· professionals (lawyer/accountant);

· receptionist;

· petrol station attendants;

· gardeners;

· hotels/resorts crews;

· sheltered workshop supervisors/ crew;

· childcare centre assistants;

· shop assistants;

· masseuse;

· masseurs;

· tutor / teacher; dan

· craftsmen.

Jawatankuasa Pekerjaan

11
PEMBERIAN INSENTIF KEPADA NGO

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya Kementerian Sumber manusia memberikan insentif kepada NGO untuk mendirikan Bengkel Terlindung bagi memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai OKU . Mesyuarat juga turut mencadangkan agar NGO turut diberi peruntukan untuk melatih OKU bagi menyediakan diri sebelum memasuki dunia pekerjaan.
KSM melalui JTK tidak mempunyai perancangan untuk memberikan insentif kepada NGO bagi mendirikan bengkel terlindung serta latihan kepada OKU bagi memasuki dunia pekerjaan.

Bagi NGO pula, di bawah SBGP-OKU, perniagaan berdaftar di bawah naungan persatuan OKU juga layak memohon dengan syarat perniagaan tersebut adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU.

Jawatankuasa Pekerjaan

12
MEWUJUDKAN JAWATANKUASA TEKNIKAL DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Mesyuarat mengambil maklum cadangan penubuhan Jawatankuasa Teknikal di semua PBT, di mana OKU turut dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut. Sehubungan itu, wakil KPKT diminta memberi perhatian mengenai perkara ini dan seterusnya berusaha untuk menjayakannya.
KPKT pada tahun 1990 telah meminda UKBS 1984 untuk memasukkan peruntukan di mana bangunan-bangunan yang mana orang awam mempunyai akses hendaklah disediakan kemudahan untuk OKU seperti ramp, tempat letak kereta khas OKU, tandas OKU dan sebagainya.

Mewartakan Undang-Undang Bangunan Seragam (UKBS) 1984 untuk mewajibkan keperluan kemudahan OKU bagi bangunan yang mempunyai akses orang awam sebagai syarat PBT untuk kelulusan pelan bangunan.

KPKT dalam program keselamatan awam turut menyediakan dan menyalurkan peruntukan kepada PBT dalam penyediaan kemudahan akses yang mesra OKU di taman-taman rekreasi.

Bagi langkah jangka panjang, Kementerian ini akan meneruskan pemantauan prestasi pelaksanaan kemudahan bangunan OKU melalui maklumbalas daripada PBT. Sesi rundingan bersama pegawai-pegawai teknikal PBT akan diteruskan dan latihan lebih mendalam untuk pegawai-pegawai PBT juga akan dilanjutkan.

KPKT

13
TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BARU

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya perkembangan dan penambahbaikan terutamanya dari segi penjagaan ke atas penghuni di Taman Sinar Harapan KKB dilaporkan kepada Majlis untuk tujuan pemantauan.
JKM telah berusaha meningkatkan perkhidmatan dengan mengambil pelbagai tindakan penambahbaikan secara berterusan, diantaranya:-

1. Tambahan Kakitangan – seramai 40 orang Atendan Kesihatan Sambilan telah ditempatkan di TSH di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang telah ditempatkan di TSH KKB. Selain daripada itu, seorang Jurupulih Cara Kerja dan 2 orang jururawat serta seorang Ketua Pembantu Tadbir turut ditempatkan di sana bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan di institusi tersebut.

2. Mengklasifikasikan Semula Penghuni TSH – Pihak TSH dengan kerjasama Pakar Perubatan dan Pakar Rehabilitasi dari Jabatan Kesihatan telah mengklasifikasikan semula penghuni mengikut ketidakupayaan mereka. Ini membolehkan pihak pengurusan menyediakan rancangan pemulihan yang berkesan bagi setiap penghuni di sana. Ekoran daripada itu, seramai 22 orang penghuni yang dilaporkan oleh The Star sebagai tidak berpakaian, telah dapat dilatih untuk memakai pakaian sebagaimana penghuni yang lain.

3. Latihan Kepada Kakitangan – latihan kepaa kakitangan telah diadakan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) sebanyak 4 siri pada tahun 2010 yang melibatkan atendan hospital Gred U4 manakala latihan insitu turut dilaksanakan dengan melibatkan semua kategori kakitangan. Ianya bertujuan meningkatkan kemahiran semua kakitangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada OKU.

4. Outsource Perkhidmatan Pembersihan – JKM juga bercadang mengadakan outsource perkhidmatan pembersihan di dalam kawasan bangunan TSH. Dengan adanya inisiatif ini, kakitangan boleh memberikan tumpuan kepada perkhidmatan penjagaan dan pemulihan yang lebih berkualiti kepada penghuni di tempat tersebut.

JPOKU

No comments: