Wednesday, August 18, 2010

cabaran melatih golongan OKU

Cabaran melatih golongan istimewa

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
editjohor@utusangroup.com.my


JULAIHA Mohd. Tap mengajar membuat kraf tangan menggunakan kain terpakai kepada pelajar baru-baru ini.
________________________________________

BATU PAHAT 2 Dis. – Mendidik dan menjaga anak-anak istimewa seperti hiper aktif, lembam dan lemah anggota memang bukan tugas mudah apatah lagi untuk mengajar sesuatu kepada mereka.
Tugas itu memerlukan kekuatan jiwa dan semangat yang kental sehingga mereka boleh berdikari atau menguruskan diri sendiri serta dapat bergaul dengan masyarakat tanpa rasa malu.
Ia juga memerlukan semua petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) harus sentiasa bersabar dan menjadikan kerja mereka sebagai sesuatu yang menyeronokkan walaupun ia amat menguji kesabaran.
Bagi tenaga kerja PDK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, melayan kerenah anak-anak istimewa yang berusia semuda enam sudah sebati dalam kehidupan seharian mereka.
Walaupun ada masanya kesabaran diuji dengan kerenah yang kadangkala amat sukar untuk dikawal, tetapi mereka tetap sentiasa prihatin dengan masalah anak-anak tersebut tanpa rasa jemu.
Penyelia PDK DUN Semerah, Salimah Dikin, 42, berkata, kesabaran dan kekuatan semangat mesti utuh kerana mereka sebenarnya tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
“Bertugas di PDK ini memang kena banyak bersabar dan sentiasa prihatin dengan apa yang mereka lakukan, ada ketikanya mereka mengamuk dan merajuk sehingga mengganggu rakan-rakan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, semua masalah itu harus ditangani dengan bijak dan kerjasama ibu bapa serta penjaga anak-anak istimewa ini amat diperlukan.
Setakat ini, PDK DUN Semerah mempunyai tiga tenaga pengajar yang bertanggungjawab melatih anak-anak tersebut melakukan pelbagai latihan dan aktiviti.
Julaiha Mohd. Tap, 40, yang bertanggungjawab mengajar pelatih PDK berusia 17 tahun ke atas membuat barangan kraf tangan dan sulaman yang dijadikan sebagai satu sumber pendapatan memberitahu, walaupun golongan berkenaan mempunyai pelbagai kelemahan, tetapi mereka mudah memahami tunjuk ajar yang diberikan.
“Kadang-kadang mereka leka sekejap tetapi kita kena pandai melayan dengan baik. Biasanya dalam usia 17 tahun ke atas agak mudah untuk mengawal dan melatih mereka,” katanya.
Bagi Zaliza Ahmad, 25, pula, melatih kanak-kanak istimewa yang berusia 13 tahun ke atas mengurus diri dan bertani amat menyeronokkan.
“Walaupun pada mulanya agak sukar untuk melatih mereka, tetapi saya seronok melakukan kerja ini kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa serta rakan-rakan lain.
A. Faisal A. Rahman, 29, yang melatih kanak-kanak istimewa berusia 12 tahun ke bawah dengan membantu mereka menjalani latihan fisioterapi di Klinik Kesihatan Tongkang Pecah merasa teruja kerana mereka mempunyai pelbagai keistimewaan.
“Keadaan mereka sering membuatkan saya insaf dan kini timbul kasih sayang terhadap mereka,” katanya.

praktik sistem terapi seramik bantu OKU

Praktik sistem terapi seramik bantu OKU

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive


KUALA KANGSAR 4 Julai - Sistem terapi seramik yang mampu menggerakkan saraf dan minda akan dipraktikkan dalam pemulihan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.
Setiausaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Perak, Datin Mastura Yazid berkata, buat permulaan terapi berkenaan telah diperkenalkan di Kinta.
''Terapi seramik yang menggunakan kepakaran Jepun mampu menghasilkan perkembangan positif terhadap OKU menerusi pemulihan minda, pergerakan dan urat saraf.
''Bagaimanapun, bukan semua OKU boleh dipulihkan melalui sistem ini," katanya berucap pada majlis penutup Pertandingan Talentime dan Hasil Produk Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsum di sini kelmarin.
Menurut Mastura, seramai 30 OKU yang mengikuti sistem yang dikenali sebagai 'Rehada' itu telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan dengan sebahagian pergerakan mereka semakin lancar.
''Kita bercadang mewujudkan sebuah lagi pusat yang sama di Bota, Parit dalam masa terdekat manakala daerah-daerah lain di Perak akan dilakukan berperingkat-peringkat," ujar beliau.
Usaha tersebut katanya, turut mendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

...................................

Pertanyaan terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan untuk pemulihan dan demi faedah OKU tetapi penyelia dan petugas mestilah berilmu ... dan paling penting adalah sumber utama membuat pemulihan ialah petugas pdk......barulah nanti OKU mendapat faedahnya..... betul tak????

Tingkat kualiti hidup, cungkil bakat baru golongan OKU

Tingkat kualiti hidup, cungkil bakat baru golongan OKU

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm


SEREMBAN 18 Mac - Penganjuran sukan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) diyakini mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baru selain meningkatkan kualiti hidup golongan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, ia selaras dengan penggubalan Akta OKU 2008.
Katanya, akta itu menggalakkan pembangunan kualiti hidup golongan terbabit dengan memberikan akses terhadap aktiviti rekreasi, santai dan sukan.
''Adalah menjadi hasrat kerajaan agar kemakmuran negara dapat dikongsi bersama oleh semua golongan dan lapisan masyarakat negara ini termasuk golongan OKU.
''Semangat kesukanan yang diterap ke dalam masyarakat OKU mampu meningkatkan kualiti hidup yang setanding dengan manusia yang normal selain ia mampu mencungkil kebolehan dan bakat baru di kalangan mereka," katanya.
Zainab berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kejohanan Special Olympics peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mizan Maulud dan Pengarah Serantau Yayasan CIMB, Noor Azam Abd Jalili.
Katanya lagi, penglibatan masyarakat melalui pihak korporat, NGO dan ibu bapa OKU penting dalam memajukan dan menentu hala tuju golongan OKU.
''Masyarakat perlu bekerjasama agar tidak berlaku penindasan, keciciran dan konflik kepada golongan OKU kerana mereka adalah anugerah tuhan," ujarnya.
Dalam pada itu, Yayasan CIMB turut telah menaja sejumlah RM50,000 bagi kejohanan sukan tersebut dan penyerahan cek telah disampaikan oleh Noor Azam kepada Zainab sendiri.
Kejohanan sukan tersebut telah disertai seramai 240 peserta OKU dari 35 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini.
Kejohanan sukan ini telah bermula pada 14 Mac lalu yang menyaksikan lapan acara dipertandingkan iaitu acara balapan seperti larian, lompat jauh, bola lisut dan bola sepak.

CACAT BUKAN HALANGAN oleh Idmansabu

http://idmansabu.blogspot.com/

CACAT BUKAN HALANGAN

Tidak ku minta lahir ke dunia.Tidak ku minta cacat jadinya.Tapi ini adalah anugerah Allah SWT.ALLAH MAHA mengetahui segala galanya.Setiap kelahiran ada hikmahnya.Kita semua kena terima.

Jangan pinggirkan OKU.OKU bukan kumpulan serpihan..OKU juga komposisi masyarakat yang bersama sama befungsi membangun Negara.Malangnya falsafah ini belum diterima sepenuhnya..Telah lama diwarwarkan bahawa satu peratus pekerja sector awam dan swasta mesti OKU.Namun polisi ini masih belum dilaksanaKenapa?Apakah masih belum ada keyakinan terhadapOKU? Adakah OKU tidak produktif? Masih ramai OKU yang berizajah masih terpinga pinga mencari pekerjaan.Apa fungsi Agensi yang relevan? JKM,JTK hai apa dah jadi.Kita perlukan Anjakan Bukan anjakan kenaikan gaji dan pangkat pegawai dan kakitangan agensi yang dipertanggungjawabkan.

Kini ditubuhkan pula Jabatan Pembangunan OKU di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Buat apa? Sedangkan begitu lama dalam JKM OKU masih ditakuk lama.OKU masih tercari cari,terpinga pinga ke arah mana mereka. OKU bukan perlukan simpati yang membuta tuli, mereka perlukan ruang dan kesempatan.Mereka perlukan pengiktirafan.

Baru baru ini KPWKM Malaysia menawarkan elaun RM150 sebulan kepada OKU.Apa ini? Apakah maruah OKU boleh dibeli dengan RM150 sebulan. Cukup menghairankan.Apakah dengan RM 150 sebulan boleh menutup mata OKU sedangkan
Orang normal lain mendapat habuan yang beribu ganda.Cukup pelik dan ajaib.

Di Malaysia ada Pemulihan Dalam Komuniti atau nama reingkasnya PDK.PDK adalah
institusi latihan harian untuk kanak kanak OKU.Fungsinya sangat baik jika benar benar
dimanfaatkan. Kita tidak mahu hanya MELEPAS BATUK DI TANGGA. Biarlah PDK ini benar benar menfaatkan OKU. Staf yang dilantik oleh JKM hendaklah komited. Jangan biarkan PDK seolah olah ZOO tempat latihan dan menjadi tempat kunjungan pelawat. Di Pokok Sena Kedah juga ada PDK. Saya selaku pengerusi amat berharap PDK ini mendapat perhatian JKM. Peruntukan yang diberikan hendaklah dipergunakan dengan sebenar benarnya untuk OKU. Jangan pula dipesongkan. Adalah satu DOSA yang besar jika hak OKU disalahgunakan. JKM pusat hendaklah PEKA dalam hal ini.


Kepada ibubapa yang ada anak OKU boleh hubungi PDK Pokok Sena menerusi alamat No 81 Jalan Sena Taman Bandar Baru Pokok Sena 06400 Pokok Sena Kedah.Atau melalui telefon 012 4318648 (Said Man –Pengerusi) atau 019-59369469 (Sakirah-Penyelia) ----SAID MAN Pengerusi PDK Pokok Sena Kedah.
Posted by IDMANSABU at 04:32 0 comments

HALA TUJU KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Sebelum tahun 2004, perkataan yang tertera di dalam ialah "Kementerian Pendidikan Malaysia".
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
• melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
• melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
• menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
• memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dengan Menteri terkini merupakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Pendidikan wajib
• 2 Halatuju pendidikan
o 2.1 Perundangan pendidikan
o 2.2 Laporan-laporan penting
o 2.3 Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
o 2.4 Peperiksaan Sekolah Rendah
o 2.5 Peperiksaan Sekolah Menengah
o 2.6 Kurikulum
o 2.7 Peperiksaan Khas
• 3 Rujukan
• 4 Lihat juga

[sunting] Pendidikan wajib
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
[sunting] Halatuju pendidikan
[sunting] Perundangan pendidikan
• 1957: The Education Ordinance, 1957
• 1961: Akta Pelajaran, 1961
• 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
• 1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
• 1974: Akta Politeknik Ungku Omar
• 1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
[sunting] Laporan-laporan penting
• 1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
• 1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)
• 1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
• 1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
• 1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
• 1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
[sunting] Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
• 1957: Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
• 1970: Bahasa pengantar Darjah 1
• 1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
• 1976: Bahasa pengantar Tingkatan 1
• 1979: Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
• 1980: Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
• 1981: Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
• 1982: Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
• 1983: Bahasa pengantar semua kursus di universiti
[sunting] Peperiksaan Sekolah Rendah
• 1957: MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
• 1963: MSSEE dimansuhkan
• 1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
• 1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
• 1982: UDT dimansuhkan
• 1988: PDL dimansuhkan
• 1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
[sunting] Peperiksaan Sekolah Menengah
• 1957: LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
• 1957: OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
• 1957: FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
• 1957: QT ( Qualifying Test) dimulakan
• 1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
• 1961: UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
• 1962: SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
• 1964: SPPTM dimansuhkan
• 1964: FMC dimansuhkan
• 1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
• 1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
• 1967: SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
• 1968: OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
• 1969: SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
• 1976: Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
• 1976: MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
• 1982: HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
• 1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
• 1983: LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
• 1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
• 1987: Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
• 1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
• 1991: KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
• 1992: Tahun terakhir bagi SRP
• 1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
• 1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
[sunting] Kurikulum
• 1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
• 1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
• 1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
• 1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
• 1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
• 1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
• 1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
• 1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
• 1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
• 1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
• 1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
• 1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
• 1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
• 1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
• 1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
• 1992: Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
• 1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
[sunting] Peperiksaan Khas
• 1964: Penubuhan Unit Pendidikan Khas
• 1978: Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
• 1981: Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi dan setiausaha)
• 1984: Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
• 1984: Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
• 1984: Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
• 1985: Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
• 1985: Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
• 1985: Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
• 1987: Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
• 1987: Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
• 1988: Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
• 1989: Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
• 1991: Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
• 1993: Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas.
[sunting] Rujukan
• Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
• Institut Terjemahan Negara Malaysia
• Institut Aminuddin Baki
[sunting] Lihat juga
• Menteri Pelajaran Malaysia
• Institut Terjemahan Negara Malaysia
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysia"
Kategori: Kementerian Malaysia


BAGAIMANA PULA HALA TUJU PDK?
BAGAIMANA PULA HALA TUJU PENYELIA PDK?
BAGAIMANA PULA HALA TUJU DAN MASA HADAPAN OKU DI PDK?
BAGAIMANA PULA HALA TUJU DAN MASA HADAPAN PETUGAS PDK?


HAH , FIKIR-FIKIRKANLAH

fikir-fikirkanlah ye.......

cuba fikir-fikirkan dengan minda yang terbuka ye dan jangan berat sebelah ok???

Sebagai contohnya di sekolah kerajaan ada pengetua/ guru besar, penolong pengetua/guru besar, guru-guru, dan murid-murid

murid-murid adalah klien utama kepada Kementerian Pendidikan dan mestilah diberi perhatian dan menerima ilmu yang sewajarnya supaya boleh bersaing..... di sekolah juga setiap orang mempunyai tugasan masing-masing....

yang guru besar akan mentadbir,
yang penolong guru besar akan membantu tugas pentadbiran,
yang kerani akan membuat kerja-kerja perkeranian
yang guru tugasannya pula memberi pengajaran, membimbing murid-murid supaya menjadi insan yang berguna dan dapat bersaing
yang tukang kebun membersihkan sekolah
semuanya mempunyai tugasan masing-masing dan menjalankan seperti diamanahkan....


sekarang berbalik semula kepada pusat pemulihan dalam komuniti.
kami ada pengerusi

ahli jawatankuasa

penyelia yang bertugas menyelia pdk ( sila lihat Buku Panduan PDK )

petugas yang berperanan untuk memberi pemulihan kepada kanak-kanak OKU, membuat kerja perkeranian dan penyeliaan, memasak, membersihkan OKU , membersihkan PDK, membuat baucer, memberi wang elaun kepada pelatih dan
multi tasking.....


sekarang yang menjadi permasalahannya ialah

a.Pihak bertanggungjawab perlu menyemak semula Buku Garis Panduan PDK dan tugasan penyelia kerana apa yang tertera dalam Buku Garis Panduan dan realiti di PDK adalah banyak perbezaannya...... kasihan petugas yang membuat kerja multi tasking.....

b. kursus diberikan kepada penyelia sahaja sedangkan ramai petugas mengadu kekurangan ilmu dalam membuat pemulihan kepada kanak-kanak OKU ini.

jadi yang seharusnya diberi keutamaan dalam pemberian kursus dan ilmu pemulihan adalah kepada petugas dan bukannya penyelia......

dicadangan kursus diberi kepada petugas bertaraf diploma pendidikan khas sekurang-kurangnya . jika dapat dibuat dalam bentuk program PJJ ataupun KDC lagi bagus

kursus yang harus diberi kepada penyelia ialah kursus penyeliaan dan bukannya kursus pengurusan. kursus pengurusan perlu mengikut tahap keperluan pendidikan yang bersesuaian.


oleh itu bagi pihak-pihak yang terbabit , diminta kalian membuka mata dan memberi pertimbangan yang wajar....


ah ye fikir-fikirkanlah ..... gunakan minda yang telah dianugerahi oleh Allah s.w.t supaya dapat memberi pertimbangan dan lebih kritis......




fikir- fikirkanlah ye.....................