Thursday, February 21, 2013

Guru Prasekolah disaran Ikuti Diploma Pendidikan Awal

on Wednesday, October 31, 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menyarankan guru prasekolah Kemas dan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Negara (JPNIN) supaya mengikuti Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi meningkatkan standard dan kualiti pengajaran di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata saranan itu bagi membolehkan guru mempunyai pengetahuan dan kecekapan dalam bidang yang diceburi, seperti mana syarat yang ditetapkan Kementerian Pelajaran kepada guru prasekolah yang perlu mempunyai ijazah dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata untuk itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah antaranya membenarkan mereka membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Dengan ini, adalah diharapkan bahawa guru prasekolah Kemas dan JPNIN juga akan mencapai taraf seperti guru prasekolah dalam masa terdekat bagi memastikan standard dan kualiti guru adalah setara merentasi semua pusat asuhan dan prasekolah.

"Dalam hal ini, saya menyarankan para guru mengikuti sekurang-kurangnya Diploma dalam Pendidikan Kanak-Kanak di mana kerajaan juga sentiasa mengkaji bagaimana dapat membantu merealisasikan aspirasi itu," katanya ketika berucap merasmikan Minggu Kebangsaan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) di sini Rabu.

Hadir sama Presiden Majlis ECCE Datuk Dr Chiam Heng Keng.

Muhyiddin berkata bagi meningkatkan lagi kualiti asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, Kementerian Pelajaran dan Majlis ECCE sedang membangunkan standard kualiti untuk taska dan prasekolah.

Program pentaksiran kendiri itu bertujuan membantu pusat berkenaan mencapai tahap kualiti yang dikehendaki dalam memastikan minda kanak-kanak berkembang dan mencapai perkembangan holistik, katanya.

Beliau berkata penaksiran itu bukan bertujuan 'menghukum' mana-mana taska atau prasekolah, sebaliknya untuk membantu mengenal pasti aspek yang perlu dibaiki dan jurang perkhidmatan yang perlu dirapatkan.

Bagi meningkatkan kualiti guru prasekolah swasta yang dianggarkan hanya tiga peratus yang memiliki diploma atau ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak sekarang, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran telah mengambil inisiatif menyediakan kursus selama tiga minggu, secara percuma, bagi semua guru prasekolah daripada sektor swasta.

"Menjelang akhir tahun ini, Kemeterian Pelajaran menganggarkan seramai 20,000 guru prasekolah akan dilatih melalui kursus ini," katanya.

- BERNAMA
 
yang tu ialah berita tahun 2012 dan sememangnya wujud kursus tersebut tapi malang sekali hanya dikhaskan buat tadika swasra yang berdaftar dengan kementerian Pelajaran sahaja....bagi PDK malang sekali kenalah minta pada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ..... yang tarik tali antara satu sama lain ................
 
 
 
 
 
malang

Monday, February 11, 2013

Golongan pekerja yang manakah tidak terlibat dengan gaji minimum?


Perintah ini tidak meliputi pekerja dalam kategori berikut:

(i)
Pekhidmat domestik iaitu seseorang yang diambil bekerja berhubung dengan kerja suatu kediaman persendirian majikan dan tidak berhubung dengan mana-mana  
perusahaan, perniagaan atau profesion seperti pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dan sebagainya; atau


(ii)
Perantis iaitu seseorang yang memasuki Kontrak Perantisan dengan majikan di mana majikan mengaku akan mengambil bekerja dan melatihnya secara sistematik untuk satu perusahaan bagi suatu tempoh yang tidak kurang dua tahun.


                                       __________________

Cuba - cuba fikirkan soalan kuiz....

Adakah  petugas pdk di Malaysia ini adakah  termasuk dalam kenaikan gaji minimum ataupun tidak terlibat....................???????????

Jika ditanya pada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jawapannya tidak dan sudah pasti tidak boleh


kerja sukarela boleh walaupun elaun anda kecik ......... ???? tiada kebajikan ..........??? tiada kerja lebih masa.............???


fikir-fikirkanlah ye sebab kita ni di bawah  kloni Barisan Nasional .......



Majikan Soalan Lazim

Soalan Lazim
» Apakah yang dimaksudkan dengan faedah?

Faedah merupakan denda yang dikenakan kepada majikan mengikut peruntukan Seksyen 49(1) Akta KWSP 1991 kerana gagal membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan oleh KWSP.

» Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak perkhidmatan?

Kontrak perkhidmatan ialah suatu perjanjian, yang dipersetujui bersama antara majikan dengan pekerja untuk menyempurnakan sesuatu perkhidmatan. Perjanjian tersebut boleh dibuat secara bertulis, lisan, nyata atau tersirat.

» Apakah yang dimaksudkan dengan upah/gaji?

Upah ertinya semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian dan sebagainya termasuk bonus, komisyen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja.

» Apakah yang dimaksudkan dengan pekerja?

Pekerja bermaksud orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dibuat secara bertulis atau lisan, nyata atau tersirat.

» Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak untuk perkhidmatan?

Kontrak untuk perkhidmatan ialah suatu perjanjian untuk memberi perkhidmatan kepada seseorang atau kumpulan orang. Orang yang memberi perkhidmatan adalah bebas dari kawalan dan pengawasan orang atau kumpulan orang yang mendapat perkhidmatan.

» Siapakah wakil majikan?

Wakil majikan adalah orang yang dilantik untuk mewakili majikan, termasuk kakitangan majikan yang menguruskan pembayaran gaji / upah pekerja.

? Apakah insentif cukai yang diberi kepada majikan berhubung caruman KWSP?

Majikan akan diberi insentif / pelepasan cukai dengan jumlah tertentu yang ditetapkan dari masa ke semasa. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Tanggungjawab Majikan



Definisi
Majikan

Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Majikan termasuklah:

  • Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja';
  • Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan;
  • Mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991.

Pekerja

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

                                         fikirkanlah  siapa di atas dan siapa yang di bawah tu ............???


Upah

Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.

Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP:

  • Gaji
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya


Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP:

  • Caj perkhidmatan
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Ganjaran
  • Faedah persaraan
  • Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
  • Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
  • Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
  • Yuran Pengarah

Senarai di atas adalah tidak terhad. Sekiranya mempunyai kemusykilan, hubungi Pusat Pengurusan Panggilan di talian 03-89226000, enquiry atau mana-mana Pejabat KWSP.

Pemindahan Faedah Persaraan

Majikan boleh, dengan persetujuan pekerja, membuat pemindahan ke dalam akaun KWSP pekerja apa-apa wang dari skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja tersebut. Pemindahan tersebut boleh dibuat melalui Borang KWSP 16F.

Kadar Caruman 2012





Kadar Caruman
Berkuatkuasa 1 Januari 2012, caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000 dan ke bawah dinaikkan 1% daripada 12% kepada 13%. Kadar caruman syer pekerja kekal pada kadar 11%.

Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:

a. Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun

Kadar baru caruman syer majikan adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

b. Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun

Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5% (kenaikan 0.5%); tertakluk kepada jumlah upah dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kenaikan kadar caruman syer majikan ini berkuat kuasa mulai upah bulan Januari 2012 bagi caruman bulan Februari 2012.

Kadar caruman bahagian pekerja dan majikan adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bagi memudahkan pembayaran caruman, jumlah yang perlu dibayar boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kadar caruman pekerja dan majikan sejak 1952 adalah seperti berikut:

Tahun
Caruman Syer Majikan
Caruman Syer Pekerja
Jumlah
1952 - Jun 1975
5%
5%
10%
Jul 1975 - Nov 1980
7%
6%
13%
Dis 1980 - Dis 1992
11%
9%
20%
Jan 1993 - Dis 1995
12%
10%
22%
Jan 1996 - Mac 2001
12%
11%
23%
April 2001- Mac 2002
12%
9%
21%
April 2002 - Mei 2003
12%
11%
23%
Jun 2003 - Mei 2004
12%
9%
21%
Jun 2004 - Dis 2008
12%
11%
23%
Jan 2009 - Dis 2010
12%
8%
20%
Jan 2011 - Dis 2011
12%
11%
23%

Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai Ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.

Caruman Syer Pekerja

Majikan hendaklah memotong upah pekerja bagi caruman syer pekerja pada masa upah dibayar.

Caruman Syer Majikan

Caruman syer majikan adalah bayaran daripada majikan dan tidak boleh dipotong daripada upah pekerja.

Bila Caruman Mesti Dibayar

Caruman syer majikan dan pekerja hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 haribulan selepas bulan upah kena dibayar.

Contoh:

Caruman bulan Februari (potongan upah Januari) dan Borang KWSP 6 (Borang A) Bulan Februari hendaklah dibayar kepada KWSP sebelum atau pada 15 Februari.

JKM kemas kini pendaftaran OKU

                                   JKM kemas kini pendaftaran OKU



Adnan Abu Bakar (tiga dari kanan) menyampaikan kad OKU sempena program Cakna OKU di PDK Peringat, Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU 2 Nov. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengemaskini pendaftaran orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan golongan itu mendapat akses terbaik bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Pengarah Pembangunan OKU JKM, Adnan Abu Bakar berkata, di bawah pengurusan sistem maklumat orang kurang upaya (SMOKU) pendaftaran golongan berkenaan boleh dilakukan secara dalam talian bagi mempercepatkan mereka mendapat kad OKU.
Beliau berkata, hanya dengan mempunyai kad berkenaan, golongan OKU layak memohon pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mereka.
"Bantuan yang disediakan termasuk tambahan elaun untuk pekerja kurang upaya, elaun penjaga pesakit kronik dan insurans sebagaimana disebut dalam Bajet 2012 baru-baru ini," katanya.
Beliau berucap merasmikan Majlis Penutup Program Cakna Daftar OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringat di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik,
Sebanyak lima PDK menyertai program berkenaan dan berjaya mendaftarkan 300 permohonan. Pada majlis itu juga sebanyak 50 kad OKU telah diproses serta diserahkan kepada pemiliknya.
Adnan berkata, pelaksanaan SMOKU bertujuan meningkatkan kecekapan pendaftaran golongan OKU di kaunter, selain mempercepatkan kelulusan di peringkat negeri.
Beliau berkata, statistik pendaftaran golongan OKU di seluruh negara sehingga Jun lalu berjumlah 331,606 orang.
Menurutnya, OKU yang mempunyai masalah pembelajaran merupakan bilangan tertinggi didaftarkan iaitu seramai 126,000 orang, diikuti cacat fizikal (115,000), pendengaran (40,915), penglihatan (28,732), pelbagai (14,462), mental (5,873 ) dan pertuturan (505).
Di peringkat negeri pula katanya, Selangor mencatat bilangan OKU tertinggi didaftarkan iaitu seramai 48,924 orang, diikuti Johor (37,411), Perak (32,738), Kelantan (28,927) dan Kuala Lumpur (24,535).
"Mereka yang berkenaan perlu mendaftar semula di pejabat kebajikan berhampiran supaya dapat dikenal pasti bantuan lain yang boleh diberikan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm#ixzz2KfJ4zvzl
© Utusan Melayu (M) Bhd

STRUKTUR ORGANISASI PDK

 STRUKTUR ORGANISASI PDK







Tahukah anda bahawasanya PDK dtubuhkan melalui beberapa peringkat organisasi iaitu dari peringkat negara,negeri,daerah dan di kawasan anda. Mungkin ramai yang tidak tahu.. ramai yang berfikir PDK tertubuh tanpa pemantauan dari organisasi yang berwajib. Sebenarnya tidak... PDK ditubuhkan dengan kerjasama serta menjalani berbagai syarat dan peraturan dari organisasi-organisasi seperti berikut : -
Peringkat Negara
 
PENASIHAT
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

PENYELARAS PDK KEBANGSAAN
Bahagian Pembangunan OKU


Peringkat Negeri
 
PENGERUSI
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri

SETIAUSAHA
Penyelaras PDK Negeri

BENDAHARI
Pengerusi PDK

AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi-Pengerusi PDK & PKMD, Agensi Kerajaan/Swasta/NGO

EX-OFFICIO
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

Peringkat Daerah
PENGERUSI
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah

SETIAUSAHA
Pengerusi PDK

BENDAHARI
Bendahari PDK

AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi-Pengerusi PDK & Agensi Kerajaan/Swasta/NGO

EX-OFFICIO
Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah
Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah

Peringkat Kawasan Anda

PENASIHAT
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah

SETIAUSAHA
Ahli Masyarakat Setempat/OKU/Ibubapa OKU
(Yang Boleh Dilantik)

PENGERUSI
Ahli Masyarakat Setempat/OKU/Ibubapa OKU
(Yang Boleh Dilantik)

SETIAUSAHA
Ahli Masyarakat Setempat/OKU/Ibubapa OKU
(Yang Boleh Dilantik)

BENDAHARI
Ahli Masyarakat Setempat/OKU/Ibubapa OKU
(Yang Boleh Dilantik)

AHLI JAWATANKUASA
Ahli Masyarakat Setempat/OKU/Ibubapa OKU
(Yang Boleh Dilantik)

EX-OFFICIO
Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah
Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah
Jurupulih Anggota/Jurupulih Carakerja/Jurupulih Pertuturan

JURUAUDIT
Penolong Pegawai JKM/Agensi Kerajaan Lain

PENYELIA PDK

PETUGAS PDK
 
 
contoh gambar pdk
 

Petugas PDK Se Malaysia perlu pendedahan bimbing pelajar istimewa..............



Bacalah keratan akhbar ini...............  k?

Adakah PDK benar-benar memenuhi kehendak di atas atau hanya ilmu dicurahkan 100 peratus kepada Penyelia PDK sahaja.............. seolah -olah petugas PDK tidak wujud pun....... tak begitu ?

Kad OKU: Jom kenali warna kad dan kecacatan pemilik kad tersebut








Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia diberikan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya. Kad tersebut ada pelbagai warna mengikut jenis kecacatan pemilik.

 

i. Pengelihatan - Biru

ii. Pendengaran - Ungu

iii. Fizikal - Hijau

iv. Cerebral Palsy - Merah

v. Masalah Pembelajaran - Kuning

vi. Lain-lain - Oren




Yang ini pula sistem pangkalan data OKU ....memang ambil masa untuk key in data sebab masalah pangkalan data tu ..... siapa yang pernah memang dia tahu susah senang...

key in data SMP diserah bulat2 kepada petugas pemulihan dalam komuniti .........


fikir - fikir la ye antara kerja tetap dan kerja sukarela kontrak ..........????

PENGUASAAN EKONOMI MENGIKUT KAUM

Mari kita lihat pula statistik di bawah ini bagaimana penguasaan ekonomi mengikut KAUM dalam bidang ekonomi pula............





lihatlah dan fikirkanlah etnik mana yang menguasai ekonomi dan kadar pengangguran etnik mana pula yang palig ramai................ lihat dan fikirkanlah


statistik kemisikinan di malaysia

lihatlah taburan kemiskinan di bawah ini.... jom lihat....

 
 

 
 
 
LIHAT  DAN FIKIR - FIKIRKANLAH YE................?