Tuesday, June 22, 2010

Perkembangan motor bayi

Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku seperti gerakan pantulan, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

Gerakan pantulan atau refleks

- Pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan.
- Bersifat automatik
- Tidak dapat dikawal
- Wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yg terdapat di persekitaran.
- Melalui gerakan pantulan inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar.

Jenis gerakan pantulan yang boleh diperhatikan di kalangan bayi :

1. Tingkah laku menghisap

- Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yg dibekalkan sejak lahir bagi bayi, penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air , bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulutnya.
- Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia tiga atau empat bulan

2. Refleks mengesan punca atau rooting reflex

- Reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yg disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3. refleks moro

- Bayi didapati sering melakukan pergerakan menyentak atau startle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan.

4. Refleks menggenggam ( grasping or palmar reflex )

- Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat.
- Selepas bayi berusia tiga bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan.
- Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila ia melihat sesuatu objek


5. refleks babinski

- Apabila tapak kaki bayi disentuh dari tumit hingga ke jari.
- Jari kaki bayi akan mengembang.
- Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan.
- Manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat seperti batuk, bersin, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut.

6. Tingkah laku berirama

- Pergerakan-pergerakan yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama
- Seperti menendang, melambai, menggoyang, melantun, menghentak, menggosok, menggaru dsbnya.


Kemahiran motor kasar

- Melibatkan aktiviti otot yang besar seperti menggerakkan tangan dan kaki.
- Kemahiran motor kasar – dapat diperhatikan pada tahun pertama dalam perkembangan usia bayi.
- Perkembangan motor kasar bergantung kepada kematangan fizikal bayi terutamanya kematangan skeletal dan neural-otot



Kemahiran motor halus

- Melibatkan aktiviti yg dikendalikan oleh otot halus seperti lengan & jari. Contoh aktiviti bayi yg melibatkan kemahiran motor halus – mencapai objek, menggenggam, memanipulasi, menepuk, memutar, membuka, memusing, menarik, menyepit dan mencakar. Antara kemahiran di atas , kemahiran mencapai dan memegang objek memainkan peranan yang terpenting dlm perkembangan kognitif bayi kerana kemahiran ini membuka jalan kepada penerokaan terhadap rangsangan di persekitaran bayi (Piaget ,1936).
- Kemahiran memegang objek seterusnya dapat diselaraskan dengan tingkah laku lain untuk menghasilkan kemahiran-kemahiran lain yang lebih kompleks seperti menyusun blok, memasukkan objek ke dalam bekas, menyudu makanan.
- Kemahiran motor halus dikuasai dan dihalusi pada dua tahun yang pertama , bermula dengan keupayaan menggerakkan bahu dan siku, kemudian berkembang kepada pergerakan di bahagian pergelangan tangan, dan koordinasi ibu jari dan jari telunjuk.
- Perkembangan kawalan mencapai dan menggenggam objek merupakan contoh yang terbaik dlm menerangkan bagaimana kemahiran motor yg pada mulanya merupakan pergerakan yg kasar dan tidak terkawal berkembang menjadi pergerakan yg lebih halus, lebih kompleks dan lebih terkawal.
- Rumusan : Perkembangan motor meliputi kemahiran motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan motor kasar berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan otot dan saraf.
- Selain itu kemahiran motor kasar dapat dipercepatkan melalui latihan dan senaman.

Perkembangan deria dan persepsi bayi



Deria penglihatan dan persepsi visual

- Penglihatan bayi yg baru lahir agak kabur dan jarak penglihatannya ialah antara 5 hingga 7 inci.
- Bayi dapat memfokus kpd objek dgn tepat pada jarak lebih kurang 12 inci . (jarak antara bayi dgn wajah ibu ketika menyusu.)
- Daya penglihatan bayi baru lahir adalah satu pertiga daripada daya penglihatan orang dewasa. Keupayaan penglihatan bayi bertambah baik apabila usianya semakin meningkat.
- Ketajaman visual bayi hampir menyamai penglihatan orang dewasa apabila ia mencapai usia enam bulan.
- Penglihatan bayi telah dikaji dari pelbagai aspek seperti ketajaman visual,kebolehan memfokus dan kecenderungan penglihatan terhadap warna,corak,bentuk dan objek.
- Menurut Haith(1980), bayi sebenarnya tidak memandang sembarangan persekitarannya.
- Ia seolah-olah bergerak balas mengikut peraturan tertentu untuk membolehkannya mengoptimumkan maklumat yang diperolehinya. Oleh kerana bayi belum memperoleh kemahiran lisan dan mempunyai kemahiran motor yang terhad, perkembangan persepsi bayi amat sukar diukur. Oleh yg demikian , cara yg paling mudah untuk mengkaji persepsi bayi adalah dengan melihat kecenderungannya terhadap rangsangan visual

i. Persepsi terhadap objek

- sejak awal kelahiran lagi bayi dapat membezakan objek yang dekat dengan objek yang jauh serta dapat melihat objek dalam tiga dimensi. Bayi yang berusia enam minggu akan mengerdipkan mata atau mengelak apabila objek menghampiri mukanya. Pada usia lapan minggu mata bayi dapat mengikuti pergerakan objek.
- Lima bulan – ia dapat memperolehi dan menggenggam objek.
- Usia setahun – bayi dapat mengenali objek melalui sentuhan dan penglihatan .
- Keupayaan menghubung dan mengintegrasi maklumat dengan menggunakan dua atau lebih keupayaan deria seperti deria penglihatan dan deria pendengaran dikenali sebagai intermodal perception atau cross-modal perception
- Terdapat kajian yg menunjukkan bayi lebih suka melihat corak daripada warna objek. Misalnya bayi lebih suka melihat muka orang berbanding dgn warna-warna di atas kad yg ditunjukkan kepadanya. Sebagai bukti bayi lebih cenderung memandang muka ibunya berbanding dgn warna yg ditunjukkan kpdnya. Pada usia enam bulan bayi dpt membezakan muka orang yg biasa dilihat olehnya dgn muka orang yg tidak biasa dilihat olehnya dan bayi juga didapati lebih suka memandang muka ibunya berbanding dgn muka orang lain. Pada usia tujuh bulan bayi telah dapat membezakan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan gembira dan takut. Kebolehan persepsi bayi pada peringkat ini didapati agak kompleks.

ii. Persepsi terhadap dalaman (depth perception) atau ketinggian

- Idea tentang persepsi bayi terhadap ketinggian atau kecerunan telah diilhamkan oleh Gibson dan Walk (1960)
- Gibson dan Walk telah melakukan satu eksperimen untuk mengkaji persepsi bayi terhadap kedalaman atau ketinggian.
- Di makmal, Gibson dan Walk telah membina satu visual tebing cerun yang dinamakan miniature cliff dgn menggunakan sebuah meja yg dilapik dgn sehelai kain yg mempunyai corak jenis petak. Kain tersebut menutup permukaan meja hingga ke bawah utk memberikan sensasi kecerunan apabila dilihat dari atas.
- Sekeping kaca kemudian diletakkan di atas permukaan meja sehingga melepasi tebing meja. Bayi diletakkan di atas meja dan ibu bayi diminta memanggil bayi supaya merangkak ke arahnya. Dapatan kajian menunjukkan bayi yg berusia antara enam hingga empat belas bulan tidak mahu merangkak menyeberangi bahagian permukaan kaca di luar meja yang kelihatan seperti bercerun atau bergaung.Dia tetap berada di bahagian ‘cetek’ kerana takut jatuh ke bawah.
- Kajian ini menunjukkan bayi yg berusia enam bulan sudah pun mempunyai persepsi tentang kedalaman atau ketinggian.



kelab cikgu zul....

No comments: