Friday, October 15, 2010

belajar mathematik kiraan darab cara mudah dan belajar piano cara mudah

tak sangka rupanya ada cara mudah untuk bermain piano walaupun tanpa pergi belajar boleh juga main piano dengan guna komputer pun boleh juga...

satu lagi ada cara paling mudah untuk dapat jumlah kiraan darab cara paling mudah.... tak sangka semuanya boleh didapati dengan cara meneroka komputer dan internet.....

jika nak tahu carilah dalam internet semuanya tersedia....

ni untuk semua orang yang penting ada usaha mencari dan bukan untuk diri sendiri...ok???

jika dah surf internet dan tak tahu caranya, hubungilah e mel saya ...jangan malu sebab saya bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri....ok?

Thursday, October 7, 2010

Apakah yang diperlukan oleh PDK?

APAKAH YANG DIPERLUKAN OLEH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI????????????

FIkIR PUNYA FIKIR, BINCANG PUNYA BINCANG DENGAN BANYAK KONVENSYEN, SEMINAR PUNYA SEMINAR DAN MACAM MACAM LAGI LA ......TAPI ?????????

APA AGAKNYA YANG BENAR2 DIPERLUKAN OLEH PDK ?????????

JAWAPANNYA IALAH .........

KEPADA SIAPA DITUJUKAN SASARANNYA:KEPADA ORANG YANG ADA DALAM LINGKUNGAN PDK ITU SENDIRI..... TERMASUKLAH

1, OKU TAHAP.... KECIL...SEDERHANA....DEWASA..... TUA????
2, PENYELIA PDK
3. PETUGAS PDK
4. PENGERUSI PDK
5. AJK PDK
6, PRASARANA PDK
7. KELUARGA OKU..


DAN MACAM2 LAGI LA....

JAWAPANNYA LU FIKIRLAH SENDIRI SEBAB SETIAP SATU PDK KEHENDAKNYA BERBEZA.....

DI PDK A LAIN....DI PDK B LAIN..... DI PDK C LAIN.... DI PDK D LAIN....

BAGI KELUARGA OKU LAIN...BAGI OKU LAIN... BAGI PENGERUSI LAIN PULA... BAGI PENYELIA LAIN KEHENDAKNYA..BAGI PETUGAS LAIN KEHENDAKNYA ....

BAGI PENGERUSI PULA KATANYA JKM BUAT AKTIVITI TAK MINTA PANDANGAN KAMI? BAGI PENYELIA PULA YANG TERSEPIT DI TENGAH2 ANTARA PENGERUSI, JKM, DAN DEMI PERIUK NASI TAHLAH......... DAN MACAM2 CERITALAH BOLEH DIDENGAR

PENTINGNYA IALAH SEMUA PIHAK PERLU ADA.....



1. ILMU
2. PENGALAMAN
3. MUSYAWARAH
4. KEBERTANGGUNGJAWABAN SEMUA PIHAK
5. KOMITMEN
6. KESEPADUAN
7. KESEPEKATAN,
8. PERANCANGAN TELITI DALAM SETIAP AKTIVITI JANGAN MENYUSAHKAN OKU,
9. JANGAN MENYERAHKAN TANGGUNGJAWAB / PERANAN KEPADA ORANG LAIN BAIK PADA JKM, PENGERUSI, AJK, PENGERUSI,PENYELIA KEPADA PETUGAS DAN AKHIRNYA TERHIMPIT IALAH PETUGAS.
10. PEWUJUDAN PANITIA BIDANG ...KETUA BIDANG JANGAN PADA PENYELIA SEBAB DI SEKOLAH KETUA BIDANG ADALAH GURU YANG MENGAJAR......
11. MENGAMBILKIRA SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PETUGAS DAN AJK PULA,
12. MENYERAPKAN JAWATAN DARIPADA SUKARELA KEPADA JAWATAN TETAP,
13 PRASARANAN MENCUKUPI,
14. MENGETAHUI SIAPAKAH BAPA KEPADA PDK??? ADAKAH AAA ATAUPUN BBB...????
15. MENJAGA KEBAJIKAN PEKERJA PDK DAN OKU,
16. PANDANGAN KE HADAPAN KE MANA NAK PERGI SELEPAS PDK ADAKAH MENADAH TANGAN SELAMANYA ATAU BERGERAK KE DEPAN,
17. ILMU PETUGAS PDK MESTI DITINGKATKAN HINGGA KE TAHAP DIPLOMA SEKURANG2KURANGNYA DENGAN PENGKHUSUSAN DALAM 7 BIDANG PEMULIHAN UTAMA,
18. PEWUJUDAN IMEJ KORPORAT YANG SERAGAM BAGI SEMUA PDK
19. PENGAWALAN KUASA
20. OKU YANG DI TAHAP RENDAH PERLULAH DIBERI PENDIDIKAN ASAS SEPERTI DI SEKOLAH DENGAN MEMUDAHKAN LAGI SOALAN PENGUJIAN MEREKA.
21. MEMBERI ELAUN TAMBAHAN KEPADA PETUGAS/ PENYELIA YANG MEMBUAT KERJA TAMBAHAN LEBIH MASA/ KERJA LUAR
22. MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA PEKERJA PDK.... DAN KE MANA HALUAN MEREKA KELAK???? ADAKAH MENCARI KERJA LAIN SEBAB DAH PUTUS HARAP ATAU BAGAIMANA???
23. BANGUNAN BERTARAF TETAP BUKANNYA MENYEWA RUMAH ORANG LAIN
24. PEWUJUDAN BUKU HUBUNGAN 2 HALA ANTARA IBUBAPA DAN PETUGAS
25. PEWUJUDAN BUKU PROGRESIF ATAU KEMAJUAN MURID.
26. PEWUJUDAN LAMAN BLOG BAGI SETIAP PDK DAN DI DALAM LAMAN ITU WUJUDKAN KETUA EDITOR DAN SEBAGAINYA.... LEBIH BAIK PERANAN TURUT DIBERIKAN KEPADA OKU DAN PETUGAS ATAUPUN SESIAPA BERMINAT.
27. PETUGAS PDK DISERAPKAN KE SEKOLAH BEGITU JUGA BAGI KANAK2 OKU YANG BERUMUR ANTARA 7 HINGGA 17 TAHUN.
28. PENYELIA AKAN BEROPERASI DI PDK BAGI MEMANTAU PELATIH PDK YANG TELAH DEWASA .
29. WUJUDKAN KO KORIKULUM BAGI SETIAP PDK DENGAN UNIT KO KURIKULUM SEPERTI DI SEKOLAH MISALANNYA PERSATUAN PENGAKAP, PANDU PUTERI, BULAN SABIT MERAH, KELAB RAKAN SEBAYA DAN SEBAGAINYA
30. PETUGAS PDK DAN PELATIH PDK DIBERI PELUANG UNTUK MENDAPAT CUTI SAMA SEPERTI MURID DAN PELAJAR SEKOLAH BAGI SETIAP SEMESTER.
31. KETUA PENYELIA TIDAK PERLU DIWUJUDKAN KERANA SETIAP PDK TELAH ADA PENYELIA CUMA YANG PERLU MEMAINKAN PERANAN IALAH PEGAWAI JKM SENDIRI BUKANNYA DARI KALANGAN PENYELIA.
32. SETIAP PENYELIA DIKEHENDAKI LULUS DENGAN CEMERLANG UJIAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA MEREKA BAGI MERANGKUMI PEMAHAMAN TERHADAP TUGAS PETUGAS DAN PENYELIAAN. SEKARANG NI BORANG PRESTASI DIBERIKAN GRED SESUKA HATI SAHAJA.......
33. PENGAWALAN KUASA BAGI KEMASUKAN PETUGAS BARU KERANA ADA DI ANTARA PETUGAS YANG MEMPUNYAI KAITAN PERSAUDARAAN DENGAN PENGERUSI ATAUPUN MENGENALI PENGERUSI MELALUI KABEL.....

SEKARANG NI PDK DALAM SAMAR2 ??? BERGANTUNG PADA SIAPA???.. OKU DIBERI PELUANG BEKERJA DI PDK SAHAJA, KE ARAH PENGKORPORATAN.... TARIK TALI DI ANTARA PENGERUSI DAN JKM.... HAI TAHLAH...KITA LIHAT JE YE


Ini hanya utaraan idea sahaja yang boleh digunakan dan diciplak mengatakan idea sendiri sebab tidak dipatenkan dan boleh juga dibakulsampahkan sebab dianggap sebagai rubbish......... apapun sebagai orang bawah orang kerdil tak punya apa memang payah untuk mengutarakan sebab sistem hierarki dan birokrasi kuat......APAPUN KITA TONTON AJE LA YE....

Wednesday, August 18, 2010

cabaran melatih golongan OKU

Cabaran melatih golongan istimewa

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
editjohor@utusangroup.com.my


JULAIHA Mohd. Tap mengajar membuat kraf tangan menggunakan kain terpakai kepada pelajar baru-baru ini.
________________________________________

BATU PAHAT 2 Dis. – Mendidik dan menjaga anak-anak istimewa seperti hiper aktif, lembam dan lemah anggota memang bukan tugas mudah apatah lagi untuk mengajar sesuatu kepada mereka.
Tugas itu memerlukan kekuatan jiwa dan semangat yang kental sehingga mereka boleh berdikari atau menguruskan diri sendiri serta dapat bergaul dengan masyarakat tanpa rasa malu.
Ia juga memerlukan semua petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) harus sentiasa bersabar dan menjadikan kerja mereka sebagai sesuatu yang menyeronokkan walaupun ia amat menguji kesabaran.
Bagi tenaga kerja PDK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, melayan kerenah anak-anak istimewa yang berusia semuda enam sudah sebati dalam kehidupan seharian mereka.
Walaupun ada masanya kesabaran diuji dengan kerenah yang kadangkala amat sukar untuk dikawal, tetapi mereka tetap sentiasa prihatin dengan masalah anak-anak tersebut tanpa rasa jemu.
Penyelia PDK DUN Semerah, Salimah Dikin, 42, berkata, kesabaran dan kekuatan semangat mesti utuh kerana mereka sebenarnya tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
“Bertugas di PDK ini memang kena banyak bersabar dan sentiasa prihatin dengan apa yang mereka lakukan, ada ketikanya mereka mengamuk dan merajuk sehingga mengganggu rakan-rakan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, semua masalah itu harus ditangani dengan bijak dan kerjasama ibu bapa serta penjaga anak-anak istimewa ini amat diperlukan.
Setakat ini, PDK DUN Semerah mempunyai tiga tenaga pengajar yang bertanggungjawab melatih anak-anak tersebut melakukan pelbagai latihan dan aktiviti.
Julaiha Mohd. Tap, 40, yang bertanggungjawab mengajar pelatih PDK berusia 17 tahun ke atas membuat barangan kraf tangan dan sulaman yang dijadikan sebagai satu sumber pendapatan memberitahu, walaupun golongan berkenaan mempunyai pelbagai kelemahan, tetapi mereka mudah memahami tunjuk ajar yang diberikan.
“Kadang-kadang mereka leka sekejap tetapi kita kena pandai melayan dengan baik. Biasanya dalam usia 17 tahun ke atas agak mudah untuk mengawal dan melatih mereka,” katanya.
Bagi Zaliza Ahmad, 25, pula, melatih kanak-kanak istimewa yang berusia 13 tahun ke atas mengurus diri dan bertani amat menyeronokkan.
“Walaupun pada mulanya agak sukar untuk melatih mereka, tetapi saya seronok melakukan kerja ini kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa serta rakan-rakan lain.
A. Faisal A. Rahman, 29, yang melatih kanak-kanak istimewa berusia 12 tahun ke bawah dengan membantu mereka menjalani latihan fisioterapi di Klinik Kesihatan Tongkang Pecah merasa teruja kerana mereka mempunyai pelbagai keistimewaan.
“Keadaan mereka sering membuatkan saya insaf dan kini timbul kasih sayang terhadap mereka,” katanya.

praktik sistem terapi seramik bantu OKU

Praktik sistem terapi seramik bantu OKU

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive


KUALA KANGSAR 4 Julai - Sistem terapi seramik yang mampu menggerakkan saraf dan minda akan dipraktikkan dalam pemulihan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.
Setiausaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Perak, Datin Mastura Yazid berkata, buat permulaan terapi berkenaan telah diperkenalkan di Kinta.
''Terapi seramik yang menggunakan kepakaran Jepun mampu menghasilkan perkembangan positif terhadap OKU menerusi pemulihan minda, pergerakan dan urat saraf.
''Bagaimanapun, bukan semua OKU boleh dipulihkan melalui sistem ini," katanya berucap pada majlis penutup Pertandingan Talentime dan Hasil Produk Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsum di sini kelmarin.
Menurut Mastura, seramai 30 OKU yang mengikuti sistem yang dikenali sebagai 'Rehada' itu telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan dengan sebahagian pergerakan mereka semakin lancar.
''Kita bercadang mewujudkan sebuah lagi pusat yang sama di Bota, Parit dalam masa terdekat manakala daerah-daerah lain di Perak akan dilakukan berperingkat-peringkat," ujar beliau.
Usaha tersebut katanya, turut mendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

...................................

Pertanyaan terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan untuk pemulihan dan demi faedah OKU tetapi penyelia dan petugas mestilah berilmu ... dan paling penting adalah sumber utama membuat pemulihan ialah petugas pdk......barulah nanti OKU mendapat faedahnya..... betul tak????

Tingkat kualiti hidup, cungkil bakat baru golongan OKU

Tingkat kualiti hidup, cungkil bakat baru golongan OKU

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm


SEREMBAN 18 Mac - Penganjuran sukan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) diyakini mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baru selain meningkatkan kualiti hidup golongan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, ia selaras dengan penggubalan Akta OKU 2008.
Katanya, akta itu menggalakkan pembangunan kualiti hidup golongan terbabit dengan memberikan akses terhadap aktiviti rekreasi, santai dan sukan.
''Adalah menjadi hasrat kerajaan agar kemakmuran negara dapat dikongsi bersama oleh semua golongan dan lapisan masyarakat negara ini termasuk golongan OKU.
''Semangat kesukanan yang diterap ke dalam masyarakat OKU mampu meningkatkan kualiti hidup yang setanding dengan manusia yang normal selain ia mampu mencungkil kebolehan dan bakat baru di kalangan mereka," katanya.
Zainab berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kejohanan Special Olympics peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mizan Maulud dan Pengarah Serantau Yayasan CIMB, Noor Azam Abd Jalili.
Katanya lagi, penglibatan masyarakat melalui pihak korporat, NGO dan ibu bapa OKU penting dalam memajukan dan menentu hala tuju golongan OKU.
''Masyarakat perlu bekerjasama agar tidak berlaku penindasan, keciciran dan konflik kepada golongan OKU kerana mereka adalah anugerah tuhan," ujarnya.
Dalam pada itu, Yayasan CIMB turut telah menaja sejumlah RM50,000 bagi kejohanan sukan tersebut dan penyerahan cek telah disampaikan oleh Noor Azam kepada Zainab sendiri.
Kejohanan sukan tersebut telah disertai seramai 240 peserta OKU dari 35 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini.
Kejohanan sukan ini telah bermula pada 14 Mac lalu yang menyaksikan lapan acara dipertandingkan iaitu acara balapan seperti larian, lompat jauh, bola lisut dan bola sepak.

CACAT BUKAN HALANGAN oleh Idmansabu

http://idmansabu.blogspot.com/

CACAT BUKAN HALANGAN

Tidak ku minta lahir ke dunia.Tidak ku minta cacat jadinya.Tapi ini adalah anugerah Allah SWT.ALLAH MAHA mengetahui segala galanya.Setiap kelahiran ada hikmahnya.Kita semua kena terima.

Jangan pinggirkan OKU.OKU bukan kumpulan serpihan..OKU juga komposisi masyarakat yang bersama sama befungsi membangun Negara.Malangnya falsafah ini belum diterima sepenuhnya..Telah lama diwarwarkan bahawa satu peratus pekerja sector awam dan swasta mesti OKU.Namun polisi ini masih belum dilaksanaKenapa?Apakah masih belum ada keyakinan terhadapOKU? Adakah OKU tidak produktif? Masih ramai OKU yang berizajah masih terpinga pinga mencari pekerjaan.Apa fungsi Agensi yang relevan? JKM,JTK hai apa dah jadi.Kita perlukan Anjakan Bukan anjakan kenaikan gaji dan pangkat pegawai dan kakitangan agensi yang dipertanggungjawabkan.

Kini ditubuhkan pula Jabatan Pembangunan OKU di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Buat apa? Sedangkan begitu lama dalam JKM OKU masih ditakuk lama.OKU masih tercari cari,terpinga pinga ke arah mana mereka. OKU bukan perlukan simpati yang membuta tuli, mereka perlukan ruang dan kesempatan.Mereka perlukan pengiktirafan.

Baru baru ini KPWKM Malaysia menawarkan elaun RM150 sebulan kepada OKU.Apa ini? Apakah maruah OKU boleh dibeli dengan RM150 sebulan. Cukup menghairankan.Apakah dengan RM 150 sebulan boleh menutup mata OKU sedangkan
Orang normal lain mendapat habuan yang beribu ganda.Cukup pelik dan ajaib.

Di Malaysia ada Pemulihan Dalam Komuniti atau nama reingkasnya PDK.PDK adalah
institusi latihan harian untuk kanak kanak OKU.Fungsinya sangat baik jika benar benar
dimanfaatkan. Kita tidak mahu hanya MELEPAS BATUK DI TANGGA. Biarlah PDK ini benar benar menfaatkan OKU. Staf yang dilantik oleh JKM hendaklah komited. Jangan biarkan PDK seolah olah ZOO tempat latihan dan menjadi tempat kunjungan pelawat. Di Pokok Sena Kedah juga ada PDK. Saya selaku pengerusi amat berharap PDK ini mendapat perhatian JKM. Peruntukan yang diberikan hendaklah dipergunakan dengan sebenar benarnya untuk OKU. Jangan pula dipesongkan. Adalah satu DOSA yang besar jika hak OKU disalahgunakan. JKM pusat hendaklah PEKA dalam hal ini.


Kepada ibubapa yang ada anak OKU boleh hubungi PDK Pokok Sena menerusi alamat No 81 Jalan Sena Taman Bandar Baru Pokok Sena 06400 Pokok Sena Kedah.Atau melalui telefon 012 4318648 (Said Man –Pengerusi) atau 019-59369469 (Sakirah-Penyelia) ----SAID MAN Pengerusi PDK Pokok Sena Kedah.
Posted by IDMANSABU at 04:32 0 comments

HALA TUJU KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Sebelum tahun 2004, perkataan yang tertera di dalam ialah "Kementerian Pendidikan Malaysia".
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
• melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
• melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
• menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
• memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dengan Menteri terkini merupakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Pendidikan wajib
• 2 Halatuju pendidikan
o 2.1 Perundangan pendidikan
o 2.2 Laporan-laporan penting
o 2.3 Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
o 2.4 Peperiksaan Sekolah Rendah
o 2.5 Peperiksaan Sekolah Menengah
o 2.6 Kurikulum
o 2.7 Peperiksaan Khas
• 3 Rujukan
• 4 Lihat juga

[sunting] Pendidikan wajib
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
[sunting] Halatuju pendidikan
[sunting] Perundangan pendidikan
• 1957: The Education Ordinance, 1957
• 1961: Akta Pelajaran, 1961
• 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
• 1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
• 1974: Akta Politeknik Ungku Omar
• 1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
[sunting] Laporan-laporan penting
• 1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
• 1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)
• 1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
• 1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
• 1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
• 1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
[sunting] Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
• 1957: Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
• 1970: Bahasa pengantar Darjah 1
• 1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
• 1976: Bahasa pengantar Tingkatan 1
• 1979: Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
• 1980: Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
• 1981: Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
• 1982: Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
• 1983: Bahasa pengantar semua kursus di universiti
[sunting] Peperiksaan Sekolah Rendah
• 1957: MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
• 1963: MSSEE dimansuhkan
• 1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
• 1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
• 1982: UDT dimansuhkan
• 1988: PDL dimansuhkan
• 1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
[sunting] Peperiksaan Sekolah Menengah
• 1957: LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
• 1957: OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
• 1957: FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
• 1957: QT ( Qualifying Test) dimulakan
• 1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
• 1961: UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
• 1962: SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
• 1964: SPPTM dimansuhkan
• 1964: FMC dimansuhkan
• 1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
• 1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
• 1967: SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
• 1968: OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
• 1969: SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
• 1976: Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
• 1976: MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
• 1982: HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
• 1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
• 1983: LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
• 1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
• 1987: Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
• 1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
• 1991: KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
• 1992: Tahun terakhir bagi SRP
• 1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
• 1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
[sunting] Kurikulum
• 1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
• 1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
• 1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
• 1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
• 1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
• 1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
• 1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
• 1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
• 1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
• 1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
• 1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
• 1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
• 1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
• 1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
• 1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
• 1992: Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
• 1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
[sunting] Peperiksaan Khas
• 1964: Penubuhan Unit Pendidikan Khas
• 1978: Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
• 1981: Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi dan setiausaha)
• 1984: Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
• 1984: Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
• 1984: Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
• 1985: Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
• 1985: Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
• 1985: Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
• 1987: Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
• 1987: Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
• 1988: Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
• 1989: Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
• 1991: Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
• 1993: Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas.
[sunting] Rujukan
• Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
• Institut Terjemahan Negara Malaysia
• Institut Aminuddin Baki
[sunting] Lihat juga
• Menteri Pelajaran Malaysia
• Institut Terjemahan Negara Malaysia
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysia"
Kategori: Kementerian Malaysia


BAGAIMANA PULA HALA TUJU PDK?
BAGAIMANA PULA HALA TUJU PENYELIA PDK?
BAGAIMANA PULA HALA TUJU DAN MASA HADAPAN OKU DI PDK?
BAGAIMANA PULA HALA TUJU DAN MASA HADAPAN PETUGAS PDK?


HAH , FIKIR-FIKIRKANLAH

fikir-fikirkanlah ye.......

cuba fikir-fikirkan dengan minda yang terbuka ye dan jangan berat sebelah ok???

Sebagai contohnya di sekolah kerajaan ada pengetua/ guru besar, penolong pengetua/guru besar, guru-guru, dan murid-murid

murid-murid adalah klien utama kepada Kementerian Pendidikan dan mestilah diberi perhatian dan menerima ilmu yang sewajarnya supaya boleh bersaing..... di sekolah juga setiap orang mempunyai tugasan masing-masing....

yang guru besar akan mentadbir,
yang penolong guru besar akan membantu tugas pentadbiran,
yang kerani akan membuat kerja-kerja perkeranian
yang guru tugasannya pula memberi pengajaran, membimbing murid-murid supaya menjadi insan yang berguna dan dapat bersaing
yang tukang kebun membersihkan sekolah
semuanya mempunyai tugasan masing-masing dan menjalankan seperti diamanahkan....


sekarang berbalik semula kepada pusat pemulihan dalam komuniti.
kami ada pengerusi

ahli jawatankuasa

penyelia yang bertugas menyelia pdk ( sila lihat Buku Panduan PDK )

petugas yang berperanan untuk memberi pemulihan kepada kanak-kanak OKU, membuat kerja perkeranian dan penyeliaan, memasak, membersihkan OKU , membersihkan PDK, membuat baucer, memberi wang elaun kepada pelatih dan
multi tasking.....


sekarang yang menjadi permasalahannya ialah

a.Pihak bertanggungjawab perlu menyemak semula Buku Garis Panduan PDK dan tugasan penyelia kerana apa yang tertera dalam Buku Garis Panduan dan realiti di PDK adalah banyak perbezaannya...... kasihan petugas yang membuat kerja multi tasking.....

b. kursus diberikan kepada penyelia sahaja sedangkan ramai petugas mengadu kekurangan ilmu dalam membuat pemulihan kepada kanak-kanak OKU ini.

jadi yang seharusnya diberi keutamaan dalam pemberian kursus dan ilmu pemulihan adalah kepada petugas dan bukannya penyelia......

dicadangan kursus diberi kepada petugas bertaraf diploma pendidikan khas sekurang-kurangnya . jika dapat dibuat dalam bentuk program PJJ ataupun KDC lagi bagus

kursus yang harus diberi kepada penyelia ialah kursus penyeliaan dan bukannya kursus pengurusan. kursus pengurusan perlu mengikut tahap keperluan pendidikan yang bersesuaian.


oleh itu bagi pihak-pihak yang terbabit , diminta kalian membuka mata dan memberi pertimbangan yang wajar....


ah ye fikir-fikirkanlah ..... gunakan minda yang telah dianugerahi oleh Allah s.w.t supaya dapat memberi pertimbangan dan lebih kritis......




fikir- fikirkanlah ye.....................

Monday, July 12, 2010

pembantu guru untuk guru di sekolah

beruntunglah para guru sekelian jika nak diwujudkan pembantu guru untuk membantu tugas guru. Malangnya ......kasihan bagi kami di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sudahlah tiada jawatan tetap malahan kami terpaksalah melakukan multi tasking daripada mengemas PDK, memasak, membersihkan pelatih yang telah terberak dan terkencing, membuat alat bantu pemulihan hinggakan mengajar malahan ada di antara kami membuat kerja akaun, kewangan dan pentadbiran..................ini untuk membantu meringankan tugas........Jadi tolonglah pihak..... membuka mata untuk melihat keadaan kami ............bukannya banyak yang kami minta cuma jawatan yang diperakui oleh kementerian .... maksudnya jawatan tetap..... malahan selama ini pun elaun kami diberi oleh kementerian pembangunan wanita dan masyarakat...... tolonglah buka mata buka hati bagi membantu kami yang bekerja di pdk seluruh malaysia......tolonglah buka mata hati ........

Monday, June 28, 2010

Wujud Jawatan Pembantu Guru

Wednesday, November 25, 2009
Wujud Jawatan Pembantu Guru

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.

''Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.

Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.

''Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

''Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,'' katanya.

Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.

Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

Utusan Malaysia Online: 22 Jun 2009

Tuesday, June 22, 2010

MP PAS Pendang: Kementerian perlu memantau Pusat Pemulihan OKU di Setiap Parlimen

MP PAS Pendang: Kementerian perlu memantau Pusat Pemulihan OKU di Setiap Parlimen

Posted on April 1, 2009 by Pelapor

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) Peringkat Jawatankuasa Kepala B.48 (RM6,332,600) dan P.48 (RM10) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya dua perkara sahaja iaitu 00704 Pembesaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

Saya harap pihak kementerian dapat memerhati pusat pemulihan dalam komuniti ini terutama di setiap kawasan Parlimen kerana sekarang ini, Orang Kurang Upaya yang menjadi pelatih di situ bertambah tetapi pusat itu tidak bertambah.

Maknanya kesesakan di dalam pusat-pusat pemulihan dalam komuniti ini menjadi begitu kronik sekarang ini.

Yang keduanya tentang peralatan yang ada. Saya dapati banyak di antara pelatih-pelatih di sini mereka merupakan pelatih daripada pesakit cerebral palsy dan juga mikro kapilari.

Maknanya mereka mempunyai masalah pihak anggota. Jadi, peralatan untuk melakukan fisioterapi tidak ada langsung di pusat pemulihan di dalam komuniti ini. Saya harap pihak kementerian dapat memerhati perkara ini supaya diletakkan sekurang-kurangnya satu ataupun dua alat untuk digunakan oleh pelatih-pelatih yang mempunyai masalah anggota iaitu cerebral palsy atau anggota tidak dapat bergerak seperti biasa.

Jadi, saya harap ini dua perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian. Terima kasih.

5 PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TANGGA BATU PERINTIS PROGRAM TERKINI PEMULIHAN ORANG KURANG UPAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
KENYATAAN AKHBAR
5 PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TANGGA BATU PERINTIS PROGRAM TERKINI PEMULIHAN ORANG KURANG UPAYA
TANGGA BATU, 30 MEI 2010 – YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini mengumumkan lima (5) PDK di Tangga Batu, Melaka telah dipilih menjadi perintis kepada program terkini pemulihan golongan orang kurang upaya (OKU). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan modul pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk golongan kurang upaya (OKU) seluruh negara.
Latihan dan kemahiran terbaru ini meliputi Terapi Muzik, Teknologi Pendidikan seperti komunikasi alternatif dan augmentatif, pengunaan Teknologi Bantuan seperti peralatan hidup seharian khusus, kerusi roda berciri, penggunaan ICT dan sebagainya.
Aplikasi kemahiran ini akan menggalakkan proses pembelajaran berdaya kreatif dan inovatif di kalangan pelatih PDK, menggalakkan tindakbalas antara PDK melalui rangkaian maklumat dan penilaian bercirikan holistik
1
2
dan rapi serta intervensi berspektrum komprehensif. Program akan dibahagikan mengikut peringkat umur di mana bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun penekanan akan diberikan kepada program intervensi awal. Bagi golongan remaja tumpuan akan diberi kepada pembangunan kerjaya dan kerja terlindung bergantung kepada kemampuan mereka.
Semua aktiviti akan ditumpukan kepada kedikarian fungsi, pengurangan beban keluarga dan mencegah kemiskinan untuk mengurangkan penggantungan kepada Kerajaan dan keluarga apabila mereka keluar daripada PDK kelak.
Pengumuman program PDK tersebut dibuat semasa Majlis Perasmian Program Juara Rakyat bulan Wanita dan Keluarga di Tangga Batu, Melaka.


Disediakan oleh : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato’ Onn, 50515 Kuala Lumpur.
No.Telefon : 03 – 2693 0095
Tarikh dikeluarkan : 30 Mei 2010

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.



Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa.


Objektif PDK



Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.



Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.


Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.


Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.


Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.



Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

Home Based.
Centre Based.
Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

Kemahiran motor kasar.
Kemahiran motor halus.
Perkembangan sosial.
Perkembangan bahasa.
Pengurusan diri sendiri.
Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
Latihan Vokasional.
Terapi muzik.
Sukan dan rekreasi.

Peranan JKM

Bayaran sewa premis.
Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
Peralatan.
Utiliti.
Program / aktiviti
Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK.
Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV
(Japan Overseas Cooperation Volunteers - SET, PT , OT, SW)

Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.
PDKNet- www.pdknet.com.my
Pengiktirafan:
-
Anugerah Pusat PDK Cemerlang.
- Anugerah Petugas PDK Cemerlang.

- Anugerah Keluarga Cemerlang.



Konsep PDK 'One Stop Centre''

PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.



Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.



Peranan PDK 'One Stop Centre'' :


Pusat Intervensi Awal OKU.
Pusat Sumber maklumat OKU.
Pusat Rujukan OKU.
Pusat Pendaftaran OKU.
Pusat Advokasi.


PDKNet

PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.



Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.



Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.



Untuk capaian PDKNet, ianya boleh dilayari melalui laman web www.pdknet.com.my




Data PDK Sehingga Januari 2009


Bil Negeri
PDK
Penyelia PDK
Petugas PDK
Pelatih (OKU) PDK

1. Johor 59 59 257 2401
2. Kedah 23 23 117 1380
3. Kelantan 29 29 87 938
4. Melaka 17 17 77 584
5. Negeri Sembilan
36 36 230 1400
6. Pahang 41 41 103 1367
7. Perak
36 36 170 945
8. Perlis 4 4 14 165
9. Pulau Pinang
18 18 54 488
10. Sabah 23 23 85 1258
11. Sarawak 19 19 107 1380
12.
Selangor 35 35 168 1455
13. Terengganu 37 37 143 1099
14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
9 9 34 199
15. Wilayah Persekutuan Labuan
2 2 3 40
JUMLAH 388 388
1,649
15,099

Perkembangan motor bayi

Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku seperti gerakan pantulan, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

Gerakan pantulan atau refleks

- Pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan.
- Bersifat automatik
- Tidak dapat dikawal
- Wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yg terdapat di persekitaran.
- Melalui gerakan pantulan inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar.

Jenis gerakan pantulan yang boleh diperhatikan di kalangan bayi :

1. Tingkah laku menghisap

- Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yg dibekalkan sejak lahir bagi bayi, penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air , bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulutnya.
- Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia tiga atau empat bulan

2. Refleks mengesan punca atau rooting reflex

- Reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yg disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3. refleks moro

- Bayi didapati sering melakukan pergerakan menyentak atau startle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan.

4. Refleks menggenggam ( grasping or palmar reflex )

- Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat.
- Selepas bayi berusia tiga bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan.
- Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila ia melihat sesuatu objek


5. refleks babinski

- Apabila tapak kaki bayi disentuh dari tumit hingga ke jari.
- Jari kaki bayi akan mengembang.
- Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan.
- Manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat seperti batuk, bersin, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut.

6. Tingkah laku berirama

- Pergerakan-pergerakan yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama
- Seperti menendang, melambai, menggoyang, melantun, menghentak, menggosok, menggaru dsbnya.


Kemahiran motor kasar

- Melibatkan aktiviti otot yang besar seperti menggerakkan tangan dan kaki.
- Kemahiran motor kasar – dapat diperhatikan pada tahun pertama dalam perkembangan usia bayi.
- Perkembangan motor kasar bergantung kepada kematangan fizikal bayi terutamanya kematangan skeletal dan neural-otot



Kemahiran motor halus

- Melibatkan aktiviti yg dikendalikan oleh otot halus seperti lengan & jari. Contoh aktiviti bayi yg melibatkan kemahiran motor halus – mencapai objek, menggenggam, memanipulasi, menepuk, memutar, membuka, memusing, menarik, menyepit dan mencakar. Antara kemahiran di atas , kemahiran mencapai dan memegang objek memainkan peranan yang terpenting dlm perkembangan kognitif bayi kerana kemahiran ini membuka jalan kepada penerokaan terhadap rangsangan di persekitaran bayi (Piaget ,1936).
- Kemahiran memegang objek seterusnya dapat diselaraskan dengan tingkah laku lain untuk menghasilkan kemahiran-kemahiran lain yang lebih kompleks seperti menyusun blok, memasukkan objek ke dalam bekas, menyudu makanan.
- Kemahiran motor halus dikuasai dan dihalusi pada dua tahun yang pertama , bermula dengan keupayaan menggerakkan bahu dan siku, kemudian berkembang kepada pergerakan di bahagian pergelangan tangan, dan koordinasi ibu jari dan jari telunjuk.
- Perkembangan kawalan mencapai dan menggenggam objek merupakan contoh yang terbaik dlm menerangkan bagaimana kemahiran motor yg pada mulanya merupakan pergerakan yg kasar dan tidak terkawal berkembang menjadi pergerakan yg lebih halus, lebih kompleks dan lebih terkawal.
- Rumusan : Perkembangan motor meliputi kemahiran motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan motor kasar berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan otot dan saraf.
- Selain itu kemahiran motor kasar dapat dipercepatkan melalui latihan dan senaman.

Perkembangan deria dan persepsi bayi



Deria penglihatan dan persepsi visual

- Penglihatan bayi yg baru lahir agak kabur dan jarak penglihatannya ialah antara 5 hingga 7 inci.
- Bayi dapat memfokus kpd objek dgn tepat pada jarak lebih kurang 12 inci . (jarak antara bayi dgn wajah ibu ketika menyusu.)
- Daya penglihatan bayi baru lahir adalah satu pertiga daripada daya penglihatan orang dewasa. Keupayaan penglihatan bayi bertambah baik apabila usianya semakin meningkat.
- Ketajaman visual bayi hampir menyamai penglihatan orang dewasa apabila ia mencapai usia enam bulan.
- Penglihatan bayi telah dikaji dari pelbagai aspek seperti ketajaman visual,kebolehan memfokus dan kecenderungan penglihatan terhadap warna,corak,bentuk dan objek.
- Menurut Haith(1980), bayi sebenarnya tidak memandang sembarangan persekitarannya.
- Ia seolah-olah bergerak balas mengikut peraturan tertentu untuk membolehkannya mengoptimumkan maklumat yang diperolehinya. Oleh kerana bayi belum memperoleh kemahiran lisan dan mempunyai kemahiran motor yang terhad, perkembangan persepsi bayi amat sukar diukur. Oleh yg demikian , cara yg paling mudah untuk mengkaji persepsi bayi adalah dengan melihat kecenderungannya terhadap rangsangan visual

i. Persepsi terhadap objek

- sejak awal kelahiran lagi bayi dapat membezakan objek yang dekat dengan objek yang jauh serta dapat melihat objek dalam tiga dimensi. Bayi yang berusia enam minggu akan mengerdipkan mata atau mengelak apabila objek menghampiri mukanya. Pada usia lapan minggu mata bayi dapat mengikuti pergerakan objek.
- Lima bulan – ia dapat memperolehi dan menggenggam objek.
- Usia setahun – bayi dapat mengenali objek melalui sentuhan dan penglihatan .
- Keupayaan menghubung dan mengintegrasi maklumat dengan menggunakan dua atau lebih keupayaan deria seperti deria penglihatan dan deria pendengaran dikenali sebagai intermodal perception atau cross-modal perception
- Terdapat kajian yg menunjukkan bayi lebih suka melihat corak daripada warna objek. Misalnya bayi lebih suka melihat muka orang berbanding dgn warna-warna di atas kad yg ditunjukkan kepadanya. Sebagai bukti bayi lebih cenderung memandang muka ibunya berbanding dgn warna yg ditunjukkan kpdnya. Pada usia enam bulan bayi dpt membezakan muka orang yg biasa dilihat olehnya dgn muka orang yg tidak biasa dilihat olehnya dan bayi juga didapati lebih suka memandang muka ibunya berbanding dgn muka orang lain. Pada usia tujuh bulan bayi telah dapat membezakan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan gembira dan takut. Kebolehan persepsi bayi pada peringkat ini didapati agak kompleks.

ii. Persepsi terhadap dalaman (depth perception) atau ketinggian

- Idea tentang persepsi bayi terhadap ketinggian atau kecerunan telah diilhamkan oleh Gibson dan Walk (1960)
- Gibson dan Walk telah melakukan satu eksperimen untuk mengkaji persepsi bayi terhadap kedalaman atau ketinggian.
- Di makmal, Gibson dan Walk telah membina satu visual tebing cerun yang dinamakan miniature cliff dgn menggunakan sebuah meja yg dilapik dgn sehelai kain yg mempunyai corak jenis petak. Kain tersebut menutup permukaan meja hingga ke bawah utk memberikan sensasi kecerunan apabila dilihat dari atas.
- Sekeping kaca kemudian diletakkan di atas permukaan meja sehingga melepasi tebing meja. Bayi diletakkan di atas meja dan ibu bayi diminta memanggil bayi supaya merangkak ke arahnya. Dapatan kajian menunjukkan bayi yg berusia antara enam hingga empat belas bulan tidak mahu merangkak menyeberangi bahagian permukaan kaca di luar meja yang kelihatan seperti bercerun atau bergaung.Dia tetap berada di bahagian ‘cetek’ kerana takut jatuh ke bawah.
- Kajian ini menunjukkan bayi yg berusia enam bulan sudah pun mempunyai persepsi tentang kedalaman atau ketinggian.



kelab cikgu zul....

PERKEMBANGAN BAHASA BAYI

PERKEMBANGAN BAHASA BAYI


TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA

Tangisan : Komunikasi Pertama ( 6 - 8 minggu)
Tangisan merupakan satu bentuk komunikasi bayi
Tangisan boleh membawa kepada pelbagai maksud
Contoh : tangisan kerana lapar, marah, sakit

Perkataan Pertama

Apabila bayi berumur antara 12 hingga 20 bulan ia sudah boleh menyebut perkataan pertama

Kajian oleh Rice (1989) – perkataan-perkataan pertama kanak-kanak berkaitan dengan makanan , permainan, bahagian-bahagian tubuh badan, binatang dan orang.

Bloom (1973) mendapati kebanyakan perkataan- perkataan pertama bayi terhad kepada konteks yg spesifik . Contoh bayi yang berumur 9 bulan hanya akan menyebut “kereta” apabila ia nampak kereta di jalan raya, tetapi tidak di tempat letak kereta

Tidak semua perkataan difahami oleh kanak-kanak kerana kadang-kadang mereka hanya meniru bunyi-bunyi perkataan tersebut.

Ayat yang pertama

Kebanyakan bayi akan menunjukkan satu kebolehan perolehan bahasa yg pesat apabila berumur 18 bulan.Tempoh masa yg kritikal ini dikenali sebagai cetusan perbendaharaan kata (Barrett, 1985 ; Bloom 1973)

Bila berumur satu setengah tahun ,kanak-kanak sudah boleh menggunakan sekurang-kurangnya kombinasi dua perkataan .Ini dipanggil ayat-ayat telegrafik.

Kronologi perkembangan bahasa kanak-kanak

Umur Perkembangan bahasa

Lahir lebih suka kepada suara manusia
Boleh membezakan fonem
Menangis

1 – 4 bulan mendekut / “cooing”

6 bulan mericau / “babble”

9 – 12 bulan lebih banyak ricauan
Mula menunjukkan gerak tangan

12 – 18 bulan Menyebut perkataan
Faham dengan lebih kurang 50
Perkataan
18 -24 bulan berlaku cetusan perbendaharaan
Kata

2 tahun menyebut gabungan 2 perkataan

21/2 – 5 tahun menyebut gabungan 3 perkataan
Lebih banyak perkataan kata,
Mengunakan sintak
Faham lawak jenaka dan metafora
Faham pragmatik

6 tahun ke atas faham tentang metalinguistik

Apakah yang menentukan cepat atau lambat seseorang kanak-kanak boleh bertutur?

Teori- teori perkembangan bahasa

Teori Pemelajaran

Mengikut teori ini , kanak-kanak belajar bertutur hasil drp pemelajaran ibu bapa akan memberi peneguhan apabila kanak-kanak berkenaan berjaya mengikut bunyi dan cara orang dewasa bertutur.Skinner berpendapat bahawa perolehan bahasa adalah tingkah laku operan kanak-kanak yg kemudiannya diberi peneguhan positif.

Teori pemelajaran sosial

Kanak-kanak memperoleh keupayaan bertutur dengan cara memerhati dan meniru pertuturan orang dewasa. Kelemahan teori ini ialah walaupun peniruan berlaku . kadang-kadang kanak-kanak mencipta struktur ayatnya yang tersendiri.

Teori Nativisma

Diperkenalkan oleh chomsky (1969 , 1980,) – menyatakan otak manusia telah diprogramkan secara semula jadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa. Beliau mengenalpasti sistem ini sebagai (language Acquisition Device) LAD – yang bergantung kepada sel sel dalam serebrum korteks. LAD ini membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul

MASALAH TINGKAH LAKU / GANGGUAN EMOSI YANG SERIUS
MASALAH TINGKAH LAKU / GANGGUAN EMOSI YANG SERIUS

Behaviour Disorders
Severe Emotional Disturbance
Emotionally Handicapped
Behaviourally Handicapped

~ ketidaksetujuan professional mengenai istilah-istilah merupakan satu isu

DEFINISI (mengikut PL 94 – 142)
Masalah tingkahlaku / gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.

(PL 94 – 142)
Kriteria-kriteria untuk mengenalpasti masalah :
(a) Ketidakbolehan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor intelek, sensori (deria) dan kesihatan.
(b) Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain (“interpersonal relationships”) seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain.
(c) Jenis tingkahlaku dan perasaan yang tidak kurang sesuai dalam keadaan yang normal.
(d) Pada amnya, terdapat suasana yang kurang gembira atau penuh dengan kerisauan.
(e) Sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah.
(Termasuk kanak-kanak Schizophrenic di mana seseorang tidak mengenal realiti. Tidak termasuk kanak-kanak yang menghadapi masalah sosial, kecuali masalah sosial disebabkan gangguan emosi yang serius)


kelab cikgu zul

PETANDA-PETANDA AWAL MASALAH PENDENGARAN

Masalah pada telinga :
telinga yang bernanah
radang pada telinga luar
telinga yang berbau
sering menarik dan mencucuk telinga

Masalah pendengaran :
sukar menumpu perhatian
lebih sedar tentang pergerakan daripada bunyi
perhatian yang keterlaluan pada guru (misalnya membaca bibir)
menghalakan kepala ke sebelah dalam usaha cuba mendengar
sering meminta soalan diulang
sering mengelirukan perkataan-perkataan yang hampir sama bunyi
sering ‘memasuki’ perbualan tanpa sedar
sukar mengikuti arahan lisan
tidak dapat mengecam arah / punca bunyi semasa dalam kelas
sukar membunyi / menyebut perkataan
suara yang monotonous
‘mumble’ tanpa sedar
sering memasangkan volume tv / radio sehingga terlalu kuat
tidak memberi tumpuan / respons apabila orang lain bercakap dengan suara biasa
enggan melibatkan diri dalam aktiviti lisan

CIRI-CIRI PERSONALITI DAN EMOSI
(harus berjaga-jaga dalam membuat generalisasi)
‘temperament’ (faktor dalaman)
kecil hati
kurang kemungkinan bergurau
kurang peka terhadap kehendak sesuatu situasi
‘self – centered’
‘mood svoings’ lebih kerap dan lebih teruk
pemikiran lebih ‘compartmentalized’ - kadang kala mempunyai pandangan yang tidak konsisten apabila mengalih dari satu topik ke topik yang lain.
pandangan yang ‘rigid’ tentang penilaian buruk / baik , baik / salah

KESAN KEPEKAKAN TERHADAP KELUARGA DAN INDIVIDU
(a) Perbelanjaan meningkat :
- perbelanjaan perubatan / audiologikal
- perbelanjaan pendidikan dan latihan
- perbelanjaan peralatan / perkhidmatan khas

(b) Kekurangan pendapatan
- kadar pengangguran lebih tinggi
- dianggarkan bahawa secara purata pendapatan kurang sebanyak 30%

(c) Trauma emosi yang dialami oleh ibubapa / keluarga
Fasa-fasa emosi yang biasa dilalui oleh ibu bapa :
- ‘denial’ (sukar percaya)
- ‘anger’ (marah)
- ‘mourning’ (sedih)
- ‘acceptance’ (terima dengan redha)

(d) Gangguan dalam interaksi / komunikasi keluarga
- batasan dalam kefahaman antara ibu bapa kanak-kanak
- masalah dalam melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti senggang, permainan
- kurang masa untuk melayan anak lain yang normal mungkin menghasilkan perasaan cemburu dan lain-lain

(e) Masalah di sekolah
Kesukaran melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan, dan lain-lain perlu lebih perhatian daripada guru – perasaan “berbeza” walaupun boleh belajar dengan baik dalam program integrasi, tetapi mungkin rasa rendah diri, mampunyai imej kendiri yang kurang baik, penguasaan bahasa lemah menjejaskan komunikasi, pertuturan yang bermasalah, berbeza, susah difahami.

Akibatnya : PENGASINGAN SOSIAL (“SOCIAL ISOLATION”)

(f) Masalah peringkat dewasa
- taraf ekonomi yang lebih rendah
- pilihan terhad dalam mencari jodoh
- bagaimana menyelesaikan masalah-masalah yang perlu interaksi dengan pihak-pihak tertentu (seperti membuat rayuan, hal-hal cukai pendapatan, menerangkan penyakit kepada doktor, dll)

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN DAN SEBABNYA
JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN DAN SEBABNYA
(a) Kehilangan Konduktif (melibatkan telinga luar / dalam)
Sebab-sebab :
sekatan 100% salur telinga
kecederaan pada gegendang telinga
kecederaan pada telinga tengah : sekatan tiub eustachio, jangkitan virus / bakteria (otitis media), trauma pada osikel-osikel telinga tengah

Kehilangan Maksimum : 60dB (tahap kehilangan sederhana)

(b) Kehilangan Sensori – Neural
(melibatkan telinga dalam : koklea, saraf pendengaran)
Sebab-sebab :
keturunan
jangkitan virus / bakteria semasa dalam kandungan (contoh : Rubella, Cytomegalovirus, Toxoplasmolysis)
masalah semasa lahir (kurang oksigen)
berat badan rendah pada bayi yang baru lahir (kurang 1.5 kg)
ubat-ubat ototoksik : semasa dalam kandungan / selepas dilahirkan
jangkitan penyakit selepas lahir : mumps, measles, meningitis
tumor
trauma akuastik
kemalangan : kecederaan pada otak

Tahap Kehilangan : daripada tahap ringan – amat teruk, menjejaskan kebolehan memproses bunyi walaupun bunyi diamlifikasikan (kesukaran diskriminasi bunyi)

(c) Kehilangan Bercampur (‘mixed’)
(d) “Central Deafness” – punca masalah dilokasi pada otak

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN
JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN

ON SET :
(a) “Prelingual Deafness”
Masalah pendengaran yang wujud semasa bayi dilahirkan atau wujud sebelum kanak-kanak itu belajar bercakap.
program intervensi awal, alat-alat dan kurikulum khas.
(b) “Postlingual Deafness”
Masalah pendengaran wujud selepas belajar bercakap menguasai bahasa keperluan pendidikan berbeza.Tumpuan pada perawalan suara dan penggunaan bahasa

BAHAGIAN TELINGA :

(a) “Sensorineural Deafness”
Disebabkan kecederaan pada ‘bahagian dalam’ telinga pada saraf ke otak.
(b) “Conductive Deafness”
Disebabkan kecederaan pada bahagian luar atau tengah telinga (onter – middle ear).
(c) “Congenitally Deaf”
Hilang pendengaran sejak lahir.
(d) “Adventitoucly Deaf”
Hilang pendengaran selepas dilahir (acquired deafness at some time after birth)

MASALAH PENDENGARAN


“Pengukuran Kehilangan Pendengaran”

DECIBEL (dB) – unit pengukuran
Kepekaan pendengaran (hearing sensitivity)

“Kekuatan bandingan bunyi”
(relative loudness of sound)

(zero decibel)
0 dB merujuk kepada “point of which people with normal hearing can detect the faintest sound”

DEFINISI (dari aspek pendidikan) :
(a) Seseorang yang pekak (deaf) tidak berupaya memproses maklumat linguistic, dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran.
(b) Seseorang yang “separa pekak” (hard – of – hearing) mempunyai pendengaran sisa yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistic, dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran.

FOKUS pada KESAN / IMPAK kehilangan pendengaran ke atas
1. Keupayaan bertutur
2. Perkembangan bahasa

DEFINISI (dari aspek FISIOLOGI) :
Seseorang yang pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90 dB atau lebih.

Seseorang yang separa pekak (hard – of – hearing) mengalami kehilangan pengengaran yang kurang daripada 90 dB.

DEFINISI (menurut PL 94 – 142) :
Deaf means having a hearing impairment which is so SEVERE that the child is impaired in prosesing linguistic information through hearing, with or without amplifietion which adversely affects educational performance.
Hard of hearing means “as hearing impairment, whether permancnt of flunctnating, which adversely affects a child’s educational performance but which is not included under the definition of deafness”.



kelab cikgu zul....

KURIKULUM KANAK-KANAK KERENCATAN MENTAL

KURIKULUM KANAK-KANAK KERENCATAN MENTAL
( V ) KURIKULUM
Komponen-komponen am :
(a) Akademik
(b) Pengurusan diri
(c) Kehidupan dalam komuniti
(d) Kemahiran vokesyenal – untuk kerjaya

Perhubungan antara tahap kerencatan dan komponen kurikulum :
lebih RINGAN : lebihkan AKADEMIK

lebih SERIUS : lebihkan PENGURUSAN DIRI

(a) Kerencatan Ringan – Sederhana
Peringkat Awal Persekolahan :
Kemahiran-kemahiran yang diajar :
· duduk dan beri tumpuan kepada guru
· membezakan rangsangan visual dan auditori
· ikut arahan
· penggunaan bahasa
· koordinasi motor halus dan kasar
· pengurusan diri (ikat tali kasut, membutang,……….)
· bergaul dengan rakan sebaya

Peringkat Rendah Atas :
‘functional academics’
(menulis, membaca, mengira)
Contoh :
· baca tanda papan
· membeli barang
· menggunakan telefon
· menulis mesej ringkas

Peringkat Menengah Rendah :
· kehidupan dalam kommuniti
contoh : penggunaan kemudahan awam
· kemahiran vokesyenal

(b) Kerencatan Serius
· kurikulum mesti sesuai dengan umur mental
· aktiviti pengurusan diri
· aktiviti kommuniti
· terapi

( IV ) CIRI-CIRI TINGKAH LAKU KERENCATAN MENTAL
( IV ) CIRI-CIRI TINGKAH LAKU
Kekurangan ‘social sensitivity’ (tidak dapat mengintepretasi emosi lain misalnya tidak sedar orang lain marah / bimbang / ……..)
Kurang boleh mengintepretasi sesuatu situasi (contoh : tidak sedar tentang bahaya)
Selalu mengulangi strategi yang salah.
Terlalu bergantung kepada tanda-tanda daripada orang lain (kurang berdikari)
Kurang keyakinan / nilai kendiri
‘anxiety’ – terlalu takut gagal

Dalam bilik darjah :
Sukar memproses maklumat.
Sukar memberi tumpuan.
Kurang ingatan.
Kesukaran menggunakan bahasa.
Kesukaran memindahkan kemahiran yang telah dipelajari kepada tugasan baru.
Sukar menghabiskan tugasan.

dpd kelab OUM cikgu zul

SPECIFIC LEARNING DISBILITIES

SPECIFIC LEARNING DISBILITIES

Istilah “specific learning disbilities (SLD)” akan digunakan untuk membezakan kumpulan ini daripada kumpulan kanak-kanak yang mengalami ‘kerencatan akal’.

MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK :
…………merupakan kecelaruan dalam proses psikologi asas yang terlibat dalam penggunaan bahasa (keupayaan mendengar, memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, mengira)
Istilah-istilah lain yang berkaitan : perceptual handicap, brain distunction, dyslexia, developmental aphasia.
Tidak termasuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran akibat kecacatan pada organ deria, anggota kerencatan akal, masalah emosi kekurangan / perbezaan persekitaran.

4 unsur penting :
(a) Percanggahan antara ukuran kecerdasan (IQ score) dan prestasi
sebenarnya (IQ achievement alscrepancy)
(b) Punca masalah ini adalah kekurangan pada kefungsian /
kecekapan sistem saraf dan bukan kecederaan (brain, dysfuncition,
not brain damage)
(a) Kanak-kanak ini memerlukan latihan yang khusus untuk mengatasi masalah pemprosesan maklumat yang asas (basic processing problem)
(b) Masalah ini mungkin wujud bersama dengan persekitaran yang kurang sempurna, kecacatan akal atau kecelaruan emosi , ia tidak berpunca daripada perkara-perkara tersebut.

PUNCA-PUNCA “LEARNING DISBILITIES (LD)”
Punca yang sebenar masih belum diketahui dengan tepat, tetapi mesalah ini disyaki berpunca daripada :

1. Faktor-faktor organik dan biologi di mana ramai kanak-kanak yang
menghadapi masalah LD menghasilkan gelombang otak yang luar biasa.
Ada kemungkinan wujud gangguan proses perkembangan otak semasa
bayi dalam kandungan.
2. Faktor genetik, di mana masalah LD wujud dalam keluarga yang sama.
Masalah LD juga didapati wujud pada kedua-dua kembar seiras.
3. Faktor persekitaran, khususnya kualiti pengajaran yang kurang baik telah
menjejaskan proses penbelajaran.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK LD
(i) Masalah persepsi, persepsi motor dan koordinasi
Kanak-kanak ini mangalami kecelaruan menyusun dan mentafsirkan maklumat visual dan auditori. Ramai yang menghadapi masalah motor semasa melakukan aktiviti fizikal.
(ii) Didapati ramai kanak-kanak yang telah mengalami LD juga mengalami
masalah daya tumpuan dan hiperaktiviti, walaupun masalah ini juga wujud
di kalangan kanak-kanak yang bukan LD.
(iii) Kecelaruan daya ingatan dan fikiran
Ramai kanak-kanak LD mengalami kekurangan daya ingatan terhadap
rangsangan visual dan auditori mungkin disebabkan :
(a) kurang mahir menggunakan strategi-strategi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain
(b) masalah fonologinya mengakibatkan masalah mengingati maklumat lisan. Juga kurang kesedaran tentang kemahiran strategi.
(iv) Masalah penyesuaian sosial
Masalah “kurang penarimaan” oleh rakan sebaya, guru dan pihak
berpunca daripada kekurangupayanya memahami maksud orang lain dan
komunikasi kanak-kanak ini juga kurang motivasi dan berisiko tinggi
mengabaikan segala usaha mambantu dirinya.
(v) Menunjukkan kaedah pembelajaran yang efektif dan kekurangan strategi,
khasnya semasa menghadapi masalah akedemik.
(vi) Masalah prestasi akademik
Biasanya masalah wujud dalam semua bidang akademik seperti membaca,
bahasa (lisan atau bertulis) dan matematik atau dalam satu 2 bidang
sahaja.

PENDIDIKAN KANAK-KANAK MASALAH KOMUNIKASI

PENDIDIKAN KANAK-KANAK MASALAH KOMUNIKASI

Masalah komunikasi pelbagai masalah bahasa, peraturan dan pendengaran.

Kecacatan bahasa dan pertuturan termasuk :
Masalah sebutan
Masalah suara
Masalah keinginan (fluency) pertuturan (misalnya gagap)
Kelembapan dalam pertuturan dan / atau bahasa

Kelembapan bahasa dan pertuturan mungkin juga berkaitan dengan
kecacatan pendengaran
faktor-faktor persekitaran

Lain-lain sebab : Masalah komunikasi yang boleh wujud disebabkan
masalah pembelajaran spesifik
kerencatan akal
autisme
serebral palsy (spastik)

KALSIFIKASI MASALAH KOMUNIKASI

Masalah Komunikasi boleh dikatakan kepada
Masalah sebutan
Masalah kelincinan pertuturan
Masalah suara (misalnya kecederaan pada bahagian laryex)
Masalah penggunaan bahasa

Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah komunikasi :
sukar mengikuti arahan
pertuturan yang perlahan dan sukar difahami
masalah yang ketara dalam susunan ayat dan sebutan perkataan
gagap yang biasanya mula lebih kurang umur 3-4 tahun. Jika masih kekal semasa umur remaja mungkin memerlukan terapi pertuturan
kelembapan menguasai bahasa dan kemahiran bertutur
masalah suara kasar, bernafas dengan kuat, perubahan yang tiba-tiba pada kekuatan dan pic suara
masalah pendengaran (rujuk nota berkenaan)
murid yang menghadapi masalah bahasa disebabkan perbezaan bahasa yang digunakan

IMPLIKASI MASALAH KOMUNIKASI KE ATAS PENDIDIKAN

Kanak-kanak memerlukan :
latihan pertuturan dan bahasa
latihan audologi
alat-alat pendengaran, jika sesuai
perlakuan khas teknologi


http://zulmz65.freephphostonline.com

Majlis Kebangsaan Bagi OKU

KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

Keanggotaan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada agensi Kerajaan dan individu yang berikut:-

1. Pengerusi Majlis

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil


2. Timbalan Pengerusi

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YBhg. Datuk Nor Hayati Sulaiman


3. Setiausaha

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

YBhg. Dato' Meme Zainal Rashid


4. Peguam Negara Malaysia, atau wakilnya

YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail


5. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan

YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah


6. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

YBhg. Dato’ Long See Wool


7. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

YBhg. Dato’ R Segarajah


8. Ketua Pengarah Pendidikan

YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom


9. Ketua Pengarah Kesihatan

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Mohd Ismail Merican


10. Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan

YBhg. Datuk Halimah Mohamed Sadique





Individu


11. YBhg. Dato’ Dr. Zaliha Omar

12. Datin Paduka Khatijah Sulieman

13. Dr. Naziaty Mohd Yaacob

14. Encik Arikisamy Anthony @ Anthony Arokia

15. Encik Mah Hassan bin Hj Omar

16. Puan Sia Siew Chin

17. En. Teh Beng Choon

18. Encik James Lim Ming Koon

19. Encik Mohamad Sazali bin Shaari

20. Encik Chow Chee Kheong






LATAR BELAKANG DAN FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI OKU




Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008, sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis perlu mengadakan Mesyuaratnya sekurang-kurangnya 3 kali setahun.


6 Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membantu Majlis dalam memainkan peranan dan fungsinya dalam membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:




1. Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat Dan Alam Bina

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM)




2. Jawatankuasa Pengangkutan

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia




3. Jawatankuasa Quality Life Care

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia




4. Jawatankuasa Pendidikan

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia




5. Jawatankuasa Pekerjaan

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia




6. Jawatankuasa Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat







FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA


Fungsi-fungsi Majlis antaranya adalah seperti berikut :-




1. Untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU;


2. Untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU;


3. Untuk memantau aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan, kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan, dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU;


4. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh OKU dalam masyarakat;


5. Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan OKU;


6. Untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa;


7. Untuk mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan OKU;


8. Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi;


9. Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi OKU dalam pasaran buruh;


10. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya Akta ini.



BIL
ISU
MAKLUM BALAS

1
PENAMBAHBAIKAN PROGRAM JAWATANKUASA QUALITY LIFE CARE

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya Jawatankuasa Quality Life Care / Kesihatan menyediakan program baru bagi tahun 2010 yang memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi baru dalam menjalankan intervensi dan rehabilitasi kepada OKU.
Bagi meningkatkan kualiti penjagaan rehabilitasi OKU, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK) telah merancang Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur yang sekarang didalam proses pembangunan dan dijangka siap serta mula beroperasi secara berperingkat pada tahun 2011. Hospital ini akan menyediakan perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit luar dan pesakit dalam. Bagi RMK 10, KKM telah memasukkan penjagaan strok sebagai salah satu keutamaan.

KKM telah mengadakan dua bengkel khusus berkaitan intervensi dan rehabilitasi kepada OKU iaitu ”Wheelchair modification, seating and positioning” dan ”Play in management of Children With Special Needs”

(i) Bengkel “wheelchair modification, seating and positioning” telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran anggota kesihatan (jurupulih carakerja) dalam modification wheelchair, home modification and worksite modification.

(ii) Bengkel “Play in management of Children With Special Needs” telah diadakan bagi meningkatkan kemahiran anggota kesihatan dalam pengendalian kanak-kanak berkeperluan khas (KKKK). Bengkel ini dapat memberi impak terutama bagi KKKK kerana ia merupakan kaedah yang menyeronokkan semasa menjalani rehabilitasi. Ekoran dari bengkel ini, KKM sedang menyediakan manual dan bahan pendidikan berkaitan kaedah main dalam pengendalian KKKK.

Hasil bengkel-bengkel di atas berikut adalah cadangan bagi menambah baik perkhidmatan yang sedia ada;

(i) Modifikasi kerusi roda amat penting supaya OKU dapat mencapai tahap fungsi optima buat masa ini, modifikasi kerusi roda dilakukan oleh syarikat swasta. Perlu dikaji potensi oleh Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor untuk dijadikan sebagai pusat menyediakan modifikasi kerusi roda. Sekiranya berjaya, pusat seperti ini boleh diwujudkan mengikut zon bagi menampung keperluan OKU di Malaysia.

(ii) Kaedah main dalam pengendalian KKKK boleh digunakan oleh semua golongan seperti petugas PDK, guru, ibubapa dan sebagainya. Manual dan bahan pendidikan yang sedang disediakan oleh KKM boleh diguna pakai oleh mana-mana agensi.

2
PENYEDIAAN BUKU BRAILLE DI SEKOLAH

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Program Pinjaman Buku Teks Percuma oleh Kementerian Pelajaran tidak memberi manfaat kepada pelajar OKU penglihatan memandangkan tidak ada buku teks yang disediakan dalam bentuk braille dengan alasan tiada peruntukan.
Maklumat yang diberi adalah tidak benar dan untuk makluman buku teks braille ada disediakan secara percuma kepada semua murid bermasalah penglihatan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks percuma yang diberikan oleh KPM. Bilangan buku teks braille yang telah dicetak adalah seperti di bawah:

- Sekolah Rendah : 39 judul

- Sekolah Menengah : 28 judul

- Buku sastera : 26 judul

BBT tiada masalah dari segi kewangan tetapi pembayaran perlu dibayar mengikut tahun semasa.KPM juga menyediakan buku rujukan braille secara percuma kepada murid bermasalah penglihatan Tingkatan 6 iaitu sebanyak 23 judul termasuk buku sastera (buku teks percuma tidak diberi kepada murid Tingkatan 6 di aliran perdana).

Walau bagaimanapun KPM menghadapi kekangan berikut dalam menyediakan kemudahan ini:

1. Permintaan sekolah-sekolah khas untuk menghasilkan buku Braille mengikut zon pembekalan buku teks cetakan biasa (zon utara, zon tengah dan zon timur). Bahagian Buku Teks (BBT) hanya boleh mengurus pentranskripsian buku teks Braille bagi zon tengah sahaja.

2. Masalah tenaga kerja. Penerbit kekurangan tenaga kerja dan sesetengahnya tidak mahir dalam penerbitan buku teks braille.

3. Keupayaan Penerbit Braille yang terbatas. Buku banyak yang perlu dibraillekan tetapi jumlah penerbit sedia ada kurang berupaya untuk melaksanakan projek ini pada masa yang ditetapkan

4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kurikulum Baharu) akan dilaksanakan mulai tahun 2011 bermula untuk Tahun 1. BBT akan transkripsikan semua buku berkenaan ke dalam bentuk braille dan membekalkan buku-buku tersebut sebelum Disember 2010 serentak dengan buku teks cetakan biasa. Penerbit menghadapi kesukaran untuk melaksanakan cetakan. Kemungkinan buku teks braille lewat dibekalkan ke sekolah.

2012 – Tahun 2 dan Tingkatan 2

2013 – Tahun 3 dan Tingkatan 3

2014 – Tahun 4 dan Tingkatan 4

2015 – Tahun 5 dan Tingkatan 5



Jawatankuasa Pendidikan

3
PENYEDIAAN JURU BAHASA ISYARAT DI SEKOLAH INTEGRASI

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya sekolah-sekolah integrasi turut disediakan dengan kemudahan Juru Bahasa Isyarat. Jawatankuasa Pendidikan dimohon untuk meneliti cadangan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
KPM khususnya BPKhas sentiasa mengambil berat akan hal ini dan telah memohon peluasan jawatan bagi Guru Kod Tangan di Program Integrasi Pendidikan Khas. Walau bagaimanapun, Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2010 KPM tidak dapat memenuhi permintaan ini. Oleh yang demikian, BPKhas akan memohon sekali lagi bagi ABM 2011.

4
RUNGUTAN MENGENAI BAS RAPID KL

Mesyuarat mengambil maklum akan rungutan daripada OKU bahawa pemandu bas Rapid KL cuma memberi diskaun tambang kepada OKU fizikal sahaja, manakala kepada OKU kategori lain tidak diberikan keistimewaan tersebut walaupun mereka ada menunjukkan kad OKU yang dimilikki kepada pemandu bas berkenaan. Selain dari itu, kemudahan tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh Syarikat Prasarana Bhd. sering disalahgunakan oleh orang awam yang bukan OKU tanpa ada penguatkuasaan dari syarikat berkenaan.
Divisyen Komunikasi Kumpulan Prasarana akan mengedar memo peringatan kepada jabatan operasi bas dan rel yang berkenaan mengenai prosedur syarikat sedia-ada bersabit tambang konsesi OKU. Mengikut polisi sedia-ada, OKU yang memiliki kad pendaftaran OKU bersama JKM secara automatik boleh mendapat diskaun.

RapidKL juga akan memperuntuk serta menyediakan 2 petak tempat letak kereta OKU bagi setiap stesen yang menyediakan perkhidmatan tempat meletak kenderaan pada suku kedua tahun ini. Penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilaksanakan agar tidak ada penyalahgunaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Syarikat Prasarana Bhd.

5
CAJ TAMBAHAN KE ATAS KERUSI RODA OLEH SYARIKAT PENERBANGAN

Mesyuarat mengambil maklum bahawa pemandu teksi, Syarikat Penerbangan Air Asia dan Syarikat Penerbangan MAS mengenakan caj tambahan ke atas kerusi roda yang digunakan oleh OKU yang menggunakan perkhidmatan mereka. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kerusi roda tersebut merupakan 'kaki' kepada OKU yang berkerusi roda. Sehubungan itu, pihak yang berkenaan diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
Air Asia

Tiada apa-apa caj yang dikenakan ke atas penumpang OKU (untuk perkhidmatan kerusi roda), sekiranya mereka memegang "kad OKU". Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna kerusi roda tiada "kad OKU", mereka akan dikenakan caj sebanyak RM12.00 untuk perkhidmatan kerusi roda. Buat masa ini, perkhidmatan kerusi roda disediakan oleh pihak ketiga, dan bukan pihak AirAsia atau MAB sendiri.

MAS

Pihak MAS menyediakan perkhidmatan kerusi roda secara percuma dan tiada caj tambahan dikenakan. Perkhidmatan kerusi roda ini akan disediakan atas permintaan pengguna dan perkhidmatan ini ada disediakan di lapangan terbang dan juga di atas kapal terbang. Namun demikian, perkhidmatan ini hanya terdapat di beberapa kapal terbang sahaja dan pengguna perlu membuat tempahan lebih awal semasa melakukan reservation.



Kementerian / Jawatankuasa

6
PERMOHONAN LESEN KENDERAAN OKU

Mesyuarat mengambil maklum akan rungutan OKU bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta semua OKU yang ingin memohon lesen kenderaan mendapatkan pegesahan semula dari pegawai perubatan dan tidak menerima kad OKU yang dibawa oleh mereka. Keadaan ini menyukarkan OKU kerana terpaksa berurusan dengan banyak pihak sebelum dibenarkan untuk memohon lesen tersebut.
Keperluan bagi seseorang OKU untuk diperiksa oleh seseorang doktor adalah bagi mendapatkan laporan penilaian mengenai kecacatan seseorang yang memohon lesen memandu. Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 30 (1) dan (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 11 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 yang menetapkan pemohon diperiksa oleh seorang pengamal perubatan yang boleh mengesahkan bahawa pemohon tidak akan menjadi punca bahaya kepada orang awam sekiranya diberi kebenaran untuk memandu kenderaan berkenaan.

JPJ/Kementerian Pengangkutan

7
Modifikasi Kenderaan OKU

Mesyuarat mengambil maklum bahawa hanya Syarikat Tan Chong Motor sahaja yang diberikan lesen untuk mengubah suai kenderaan bagi OKU. Ini menyebabkan OKU terpaksa menunggu bagi tempoh masa yang lama sebelum modifikasi tersebut dapat disiapkan. Selain dari itu, harga yang dikenakan ke atas modifikasi tersebut adalah mahal dan semakin meningkat pada setiap tahun tanpa adanya kawalan dari pihak yang berkaitan.
Modifikasi kenderaan OKU boleh dilakukan di mana-mana bengkel kenderaan yang berdaftar dengan JPJ. Syarikat Tan Chong Motor merupakan salah sebuah syarikat yang mempunyai bengkel berdaftar dengan JPJ. Senarai bengkel boleh disemak di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. Harga yang dikenakan ke atas modifikasi kenderaan adalah di luar bidang kuasa JPJ.

J/K Pengangkutan

8
MENINGKATKAN KESEDARAN PEMANDU BAS RAPID KL TERHADAP OKU

Mesyuarat mengambil maklum akan keperluan untuk memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu bas Rapid KL agar lebih sensitif kepada OKU terutamanya dari segi cara berurusan dengan mereka.
Wakil RapidKL pernah menghadiri kursus Mobiliti Equiti yang dikendalikan Encik Anthony Arokia daripada Majlis OKU dan Persatuan Mobiliti Selangor & Kuala Lumpur. Kini terdapat satu jabatan dikenali sebagai ’School of Innovation’ di bawah Divisyen Pengurusan Pemegang Taruh SPNB (Stakeholder Management Division) yang dibahagikan kepada tiga jabatan kecil iaitu Akademi Rel, Akademi Bas serta Human Capital. Akademi Rel serta Akademi Bas akan dimaklum semula untuk menganjurkan kursus berkenaan untuk kakitangan barisan hadapan.

Selain itu, RapidKL bakal melancarkan perkhidmatan van OKU dalam masa terdekat ini (April 2010) dan telahpun mendapatkan perkhidmatan Encik Anthony Arokia untuk melatih 7 pemandu van mengenai cara-cara mengendalikan penumpang OKU ketika memberikan perkhidmatan.

Jawatankuasa Pengangkutan

Dan Syarikat Prasarana

9
BANTUAN SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN OKU

Mesyuarat mengambil maklum cadangan pemberian SBGP-OKU kepada OKU yang ingin memulakan perniagaan serta mengemukakan laporan mengenai kemajuan yang telah dicapai oleh penerima bantuan SPBG-OKU kepada anggota Majlis.
Untuk tahun 2010, KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tidak mempunyai cadangan untuk menggunakan Skim SBGP-OKU untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU yang ingin memulakan perniagaan.

Walau bagaimanapun, untuk RMK-10, KSM (JTK) telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar geran SBGP-OKU turut dipanjangkan kepada OKU yang ingin memulakan perniagaan dan bukan setakat mengembangkan perniagaan sahaja.

Jawatankuasa Pekerjaan

10
MENGKAJI SEMULA PROGRAM JAWATANKUASA

Jawatankuasa Pekerjaan juga diminta mengkaji semula program yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 supaya memberi fokus kepada isu-isu semasa terutamanya isu berkaitan pekerjaan OKU. Jawatankuasa juga diminta mengemukakan senarai jenis-jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan OKU kepada anggota Majlis pada Mesyuarat akan datang.
KSM melalui JTK akan meneruskan pelaksanaan program-program seperti berikut untuk menggalakkan penempatan warga OKU dalam sektor pekerjaan:

· Pendaftaran dan Penempatan OKU di sektor swasta;

· Program Promosi Penggalakan Penggajian OKU;

· Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU); dan

· Program Return to Work, PERKESO.

KSM akan sentiasa mengkaji serta memantau penggajian OKU di sektor swasta dan sektor awam serta akan melaksanakan sebarang penambahbaikan terhadap program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan penempatan pekerjaan OKU.

Senarai pekerjaan yang sesuai untuk OKU ditentukan berdasarkan kepada tahap keupayaan dan kemampuan OKU tersebut. Untuk makluman, hasil daripada program-program penempatan pekerjaan yang dijalankan oleh JTK, didapati bahawa OKU lazimnya ditempatkan dalam jenis-jenis pekerjaan seperti berikut:

· office assistants;

· operator;

· lift attendants;

· supermarket sales assistants;

· bakery assistants;

· data entry clerk;

· factory product operators;

· waiter/waitress;

· fast food restaurant crew;

· cleaners;

· laundry workers;

· professional artists;

· professionals (lawyer/accountant);

· receptionist;

· petrol station attendants;

· gardeners;

· hotels/resorts crews;

· sheltered workshop supervisors/ crew;

· childcare centre assistants;

· shop assistants;

· masseuse;

· masseurs;

· tutor / teacher; dan

· craftsmen.

Jawatankuasa Pekerjaan

11
PEMBERIAN INSENTIF KEPADA NGO

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya Kementerian Sumber manusia memberikan insentif kepada NGO untuk mendirikan Bengkel Terlindung bagi memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai OKU . Mesyuarat juga turut mencadangkan agar NGO turut diberi peruntukan untuk melatih OKU bagi menyediakan diri sebelum memasuki dunia pekerjaan.
KSM melalui JTK tidak mempunyai perancangan untuk memberikan insentif kepada NGO bagi mendirikan bengkel terlindung serta latihan kepada OKU bagi memasuki dunia pekerjaan.

Bagi NGO pula, di bawah SBGP-OKU, perniagaan berdaftar di bawah naungan persatuan OKU juga layak memohon dengan syarat perniagaan tersebut adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU.

Jawatankuasa Pekerjaan

12
MEWUJUDKAN JAWATANKUASA TEKNIKAL DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Mesyuarat mengambil maklum cadangan penubuhan Jawatankuasa Teknikal di semua PBT, di mana OKU turut dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut. Sehubungan itu, wakil KPKT diminta memberi perhatian mengenai perkara ini dan seterusnya berusaha untuk menjayakannya.
KPKT pada tahun 1990 telah meminda UKBS 1984 untuk memasukkan peruntukan di mana bangunan-bangunan yang mana orang awam mempunyai akses hendaklah disediakan kemudahan untuk OKU seperti ramp, tempat letak kereta khas OKU, tandas OKU dan sebagainya.

Mewartakan Undang-Undang Bangunan Seragam (UKBS) 1984 untuk mewajibkan keperluan kemudahan OKU bagi bangunan yang mempunyai akses orang awam sebagai syarat PBT untuk kelulusan pelan bangunan.

KPKT dalam program keselamatan awam turut menyediakan dan menyalurkan peruntukan kepada PBT dalam penyediaan kemudahan akses yang mesra OKU di taman-taman rekreasi.

Bagi langkah jangka panjang, Kementerian ini akan meneruskan pemantauan prestasi pelaksanaan kemudahan bangunan OKU melalui maklumbalas daripada PBT. Sesi rundingan bersama pegawai-pegawai teknikal PBT akan diteruskan dan latihan lebih mendalam untuk pegawai-pegawai PBT juga akan dilanjutkan.

KPKT

13
TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BARU

Mesyuarat mengambil maklum cadangan supaya perkembangan dan penambahbaikan terutamanya dari segi penjagaan ke atas penghuni di Taman Sinar Harapan KKB dilaporkan kepada Majlis untuk tujuan pemantauan.
JKM telah berusaha meningkatkan perkhidmatan dengan mengambil pelbagai tindakan penambahbaikan secara berterusan, diantaranya:-

1. Tambahan Kakitangan – seramai 40 orang Atendan Kesihatan Sambilan telah ditempatkan di TSH di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang telah ditempatkan di TSH KKB. Selain daripada itu, seorang Jurupulih Cara Kerja dan 2 orang jururawat serta seorang Ketua Pembantu Tadbir turut ditempatkan di sana bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan di institusi tersebut.

2. Mengklasifikasikan Semula Penghuni TSH – Pihak TSH dengan kerjasama Pakar Perubatan dan Pakar Rehabilitasi dari Jabatan Kesihatan telah mengklasifikasikan semula penghuni mengikut ketidakupayaan mereka. Ini membolehkan pihak pengurusan menyediakan rancangan pemulihan yang berkesan bagi setiap penghuni di sana. Ekoran daripada itu, seramai 22 orang penghuni yang dilaporkan oleh The Star sebagai tidak berpakaian, telah dapat dilatih untuk memakai pakaian sebagaimana penghuni yang lain.

3. Latihan Kepada Kakitangan – latihan kepaa kakitangan telah diadakan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) sebanyak 4 siri pada tahun 2010 yang melibatkan atendan hospital Gred U4 manakala latihan insitu turut dilaksanakan dengan melibatkan semua kategori kakitangan. Ianya bertujuan meningkatkan kemahiran semua kakitangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada OKU.

4. Outsource Perkhidmatan Pembersihan – JKM juga bercadang mengadakan outsource perkhidmatan pembersihan di dalam kawasan bangunan TSH. Dengan adanya inisiatif ini, kakitangan boleh memberikan tumpuan kepada perkhidmatan penjagaan dan pemulihan yang lebih berkualiti kepada penghuni di tempat tersebut.

JPOKU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI )

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI )

1. DEFINISI DAN KONSEP

Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

“RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut"
( Daniel P. Hallahan dan James M. Kauffman,1977)

Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.
“ RPI” ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya”
( William N. Bender, 1995 )
RPI penyataan ringkas mengenai :
a. Tahap prestasi seseorang murid
b. Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
c. Matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid
d. Maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenalpasti
e. Objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian
f. Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
g. Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan untuk murid
h. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam sekitar

- RPI adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

ELEMEN-ELEMEN RPI
1. Kerjasama
2. Berkongsi Maklumat
3. Keputusam Bersama
4. Kebolehpercayaan
5. Dokumentasi
6. Proses dan Hasil
· Merujuk pihak yang terbabit
· Mengumpul maklumat
· Mengadakan mesyuarat
· Membina rancangan bertulis
· Menjalankan apa yang dirancang
· Menilai pembelajaran yang telah dijalankan

CIRI-CIRI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
1. Komprehensif
2. Spesifik
3. Mengikut urutan
4. Bersesuaian dan realistik
5. Mudah difahami
6. Digubal semula

PERANAN DAN SUMBANGAN AJK RPI
1. Pihak Pentadbiran Sekolah
2. Ibu bapa
3. Guru Pendidikan Khas
4. Kumpulan Pelbagai Disiplin



KEPENTINGAN RPI
1. Murid
2. Guru-guru
3. Ibu Bapa
4. Agensi Yang Berkaitan
5. Semua Yang Terlibat

PENYEDIAAN RPI
1. Rujukan Pihak Yang Terlibat
2. Pengumpulan Data
3. Mesyuarat
4. Pelaksanaan
5. Penilaian

AGENDA MESYUARAT AJK RPI
a. Pengenalan dan agenda mesyuarat – peranan pengerusi dan ahli
b. Mengkaji kekuatan dan keperluan pembelajaran –
c. Pembentukan Matlamat dan Objektif
d. Keputusan untuk mendapat resos
e. Penulisan rancangan pengajaran





PENULISAN RPI
Mengandungi:-
· Nama AJK
· Matlamat
· Pencapaian Murid
· Objektif
· Prosedur dan kriteria penilaian
· Strategi pengajaran
· Resos
· Orang yang bertanggungjawab
· Inklusif
· Catatan

MATLAMAT
Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan kemampuan secara umum apa yang akanberlaku kepada murid.
Perkara-perkara yang perlu ialah :-
· Bersifat positif
· Kekuatan murid
· Tidak terhad kepada murid itu saja



OBJEKTIF
Ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran akan membantu mencapai matlamat.
· Objektif tingkahlaku
· Objektif pengajaran dan pembelajaran

Hampir Seribu Tenaga Pengajar Program PDK Akan Diberi Latihan Semula

Ahad Mei 30, 2010
Hampir Seribu Tenaga Pengajar Program PDK Akan Diberi Latihan Semula

Hampir Seribu Tenaga Pengajar Program PDK Akan Diberi Latihan Semula
MELAKA: Kesemua hampir 1,000 tenaga pengajar dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara akan diberi latihan semula untuk diajar teknik baru serta bantuan mengajar menggunakan peralatan terkini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pada masa kini terdapat lebih 400 buah PDK di seluruh negara dan latihan semula itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kita akan latih mereka dengan metadologi dan teknik terbaru termasuk terapi muzik dan alat-alat bantuan yang canggih untuk meningkatkan tahap pengajaran kepada golongan orang kurang upaya (OKU)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Tangga Batu di Pantai Puteri di sini hari ini.

Beliau berkata latihan kepada guru-guru PDK akan dilakukan di Kuala Lumpur dan kementerian telah menawarkan program pertama kepada 10 orang guru di PDK Parlimen Tangga Batu.

Katanya latihan semula kepada tenaga pengajar PDK juga akan memberi penekanan kepada langkah-langkah awal untuk memberi bantuan kepada OKU.

Program PDK yang bermula sejak 1984 dan antara objektifnya untuk mengalakkan pengunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima dalam program pemulihan OKU. - BERNAMA

Bantu OKU jalani kehidupan normal

ARKIB : 30/01/2008

Bantu OKU jalani kehidupan normal

Oleh MALIM HASNAN

PELANTIKAN Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh sebagai Senator pertama daripada orang kurang upaya (OKU) telah mencipta sejarah tetapi ia tidak patut terhenti dan sudah memadai dalam membantu golongan ini.

Ini kerana nasib sebilangan besar golongan OKU masih memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat yang sihat mental dan fizikal.

Hakikatnya, OKU bukan golongan kelas kedua. Ini kerana selepas Rang Undang-Undang OKU dibentangkan di Parlimen Disember lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya untuk menjaga kebajikan golongan itu.

“Penubuhan jabatan ini akan membolehkan OKU dapat dibantu dengan lebih sempurna dan teliti bagi memastikan mereka mendapat layanan yang sama seperti golongan masyarakat lain,” kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Langkah mewujudkan undang- undang khas itu akan membolehkan kerajaan menentukan hala tuju OKU dalam pembangunan negara dan komitmen kerajaan untuk menjayakannya.

Kata Shahrizat, peruntukan-peruntukan dalam undang-undang itu bukan sahaja menitikberatkan soal kualiti hidup OKU malah diskriminasi terhadap golongan tersebut dapat diatasi sebaik-baik sahaja ia diluluskan.

Kurangnya kemudahan, peluang pekerjaan dan pendidikan kepada OKU menyebabkan golongan tersebut terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Golongan OKU juga mahukan hak dan peluang yang sama seperti golongan yang lain supaya mereka tidak berasa terpinggir.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), 210,288 orang OKU sudah mendaftar dengan jabatan ini sehingga Oktober 2007.

Menurut perangkaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sehingga September 2006 pula menunjukkan pekerja OKU yang diterima bekerja di sektor awam ialah seramai 325 membabitkan mereka yang cacat penglihatan, anggota dan pekak di pelbagai kumpulan pekerjaan termasuklah profesional, dan kumpulan sokongan, manakala di sektor swasta pula seramai 6,691 orang.

Kerajaan memang menyediakan peluang latihan dan pekerjaan untuk membantu OKU berdikari melalui Pusat Pemulihan dan Latihan Industri, Bangi. Untuk menggalakkan OKU bekerja, kerajaan menaikkan elaun daripada RM200 kepada RM300 bagi yang berpendapatan kurang RM750.

Geran bantuan dan galakan OKU menceburi perniagaan berjumlah RM22 juta turut disediakan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Bagi sektor swasta memainkan peranan membantu OKU, kerajaan membenarkan potongan cukai kepada majikan yang mengeluarkan belanja mengubah suai tempat kerja untuk pekerja OKU.

Begitu juga kepada pemaju perumahan dikehendaki memperuntukkan 10 peratus daripada rumah pangsa yang dibina dilengkapi kemudahan mesra OKU. Malah banyak bantuan dan kemudahan disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan golongan OKU menjalani kehidupan normal terus dipergiatkan.

Sehubungan itu langkah Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) melalui Program Semai Bakti yang akan diperluaskan ke pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh negara amat dihargai. Sebelum ini program tersebut terhad kepada tanah rancangan Felda.

Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Jeanne Abdullah pada pertengahan bulan lalu berkata, projek khas itu memberi peluang kepada orang kurang upaya untuk berdikari selain menyediakan latihan kepada sukarelawan dan ibu bapa OKU.

Pelancaran program Semai Bakti akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Februari ini di Pulau Pinang.

“Program Semai Bakti bertepatan dengan objektif Bakti membantu OKU secara lebih berkesan,” kata Jeanne.

Melalui pusat-pusat PDK yang diwujudkan pada 2004, kebajikan OKU diurus bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.

Program PDK Fasa Kedua yang bertemakan ‘Masyarakat Prihatin dan Penyayang’ diusahakan bersama oleh Bakti dan rakan kongsi utamanya iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama badan-badan amal isteri pemimpin- pemimpin negeri, beberapa kementerian, badan bukan kerajaan (NGO) dan Pasukan Sukarelawan (skuad khas) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Untuk menyambung kemajuan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, yang mana kerajaan telah menubuhkan 313 buah pusat pemulihan berasaskan masyarakat untuk manfaat 8,453 OKU, kini terdapat 379 buah pusat PDK di seluruh negara untuk faedah 10,670 OKU.

Pusat PDK menyediakan tempat latihan dan kelas bimbingan bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit sindrom down, autisme ringan atau kecacatan anggota dan mengalami masalah pembelajaran spesifik yang tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya.

Terbukti program PDK berkesan dari segi kos dan merupakan kaedah yang berkesan dipilih oleh institusi pemulihan OKU.

Dengan Program Semai Bakti Fasa Kedua PDK yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri di Pulau Pinang Jumaat ini, lebih banyak pusat pemulihan komuniti akan dibangunkan sebagai pusat setempat yang menyediakan perkhidmatan komprehensif.

Dengan wujudnya pusat setempat ini ia boleh dimanfaatkan sebagai tempat pemeriksaan dan pengesahan ketidakupayaan, khidmat rujukan, penyebaran maklumat mengenai OKU, latihan vokasional, penempatan pekerjaan, pendaftaran OKU dan perkhidmatan sokongan.

Sesungguhnya Program Semai Bakti yang diilhamkan Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood dan disambung oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan kini Datin Seri Jeanne mempunyai hasrat murni untuk mengetengahkan bahawa golongan OKU berhak mendapat pembelaan, keistimewaan dan kemudahan.