Monday, August 15, 2011

Buku Garis Panduan PDK yang terkini Siri 1

Buku Garis Panduan Pengurusan PDk yang terkini telahpun dikeluarkan untuk tatapan petugas PDK seMalaysia....
Di bawah ini disenaraikan perkara yang berkaitan dalam pengurusan PDK iaitu:

1.0 Pendahuluan
1.1 Latarbelakang Program Pemulihan Dalam Komuniti PDK
Program PDK atau CBR ini telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO .Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahahsuai perlaksanaan program ini. Pada tahun 1984 JKM telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan projek perintis PDK di Mukim Batu Rakit Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya . Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berkembang dengan pesatnya ke seluruh negara.

1.2 Definisi PDK

Menurut WHO Program PDK didefinisikan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi,Penyamaan peluang, dan intergrasi sosial OKU. Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga, dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional, dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

Program PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian. Program dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan dan semua peringkat umur. Pendekatan yang diamalkan adalah melalui kerjasama bersepadu pelbagai sektor dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan serta kemudahan yang diperlukan.. PDK juga merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi.


2.0 PEWUJUDAN PDK

2.1 Pewujudan Program PDK

(1) Program PDK boleh diwujudkan atas permohonan daripada mana-mana komuniti setempat dengan mendapat sokongan dan kelulusan dari JKM.

(ii) Pewujudan PDK hendaklah mengambil kira perkara berikut:

(a) bilangan OKU

Mepunyai sekurang-kurangnya 10 OKU yang memerlukan pemulihan di sesuatu komuniti. Sekiranya kurang daripada 10 OKu permohonan boleh dipertimbangkan melalui keperluan setempat.

(b) Lokasi PDK

Lokasi PDK mestilah di dalam kawasan komuniti yang strategik serta mudah diakses oleh OKU dan keluarga.

(c) Komuniti Pengerak

Individu atau kumpulan dalam komuniti yang mempunyai minat dan komitmen serta boleh menyumbang kepada perlaksanaan PDK.

(d) Nasihat PKMD

Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada PKMD mengenai pewujudan dan perlaksanaan PDK.


3.0 STRUKTUR ORGANISASI PDK

3.1 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Kebangsaan.

(i) Penasihat

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

(ii) Pengerusi

Pengarah Jabatan Pembangunan OKU

(iii) Setiausaha

Ketua Bahagian PDK

(iv) Ahli Jawatankuasa

* Semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri PKMN
* Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan
* Pengarah Bahagian Pembangunan komuniti
* Pengarah Bahagian Pembangunan Sosio -ekonomi dan Bantuan

3.2 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri /WP

(i) Penasihat

Pengarah Jabatan Pembangunan OKU

(ii) Pengerusi

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / WP

(iii) Setiausaha

Penyelaras PDK Negeri / WP

(iv) Bendahari

Dipilih dari kalangan Ahli Jawatankuasa.

(v) Ahli Jawatankuasa

* Pengarah Jabatan Kesihatan negeri
* Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (Unit Pendidikan KHas)
* Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri
* Wakil Jabatan / Agensi / NGO yang berkaitan
* Semua PKMD
* Seorang (1) Pengerusi PDK dipilih bagi mewakili setiap Daerah.

(vi) Juruaudit

Dua (2) orang juruaudit sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PDK Negeri

3.3 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Daerah

(i) Penasihat

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / WP

(ii) Pengerusi

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah

(iii) Setiausaha

Penyelaras PDK Daerah

(iv) Bendahari

Pengerusi PDK yang dilantik

(v) Ahli Jawatankuasa

* Pegawai Kesihatan Daerah
* Pegawai Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Khas)
* Pegawai Tenaga Kerja Daerah
* Wakil Jabatan / Agensi / NGO yang berkaitan
* Semua Pengerusi PDK

(vi) Juruaudit Dalaman

Dua (2) orang Juruaudit dalaman sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan PDK daerah.

3.4 Jawatankuasa PDK

(1) Penasihat

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)

(ii) Pengerusi

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(iii) Timbalan Pengerusi

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(iv) Setiausaha

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(v) Penolong Setiausaha

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(vi) Bendahari
Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(vii) Ahli-ahli Jawatankuasa

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(viii) Ex-Officio

1) Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Khas)
2) Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah
3) Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Daerah
4) Mana-mana pihak / agensi yang berkaitan