Thursday, May 1, 2014

Tinjauan Dan Reaksi Individu Terhadap Pekerjaan Dan Majikan






Ini tinjauan dibuat oleh wartawan Harian sinar bersempena Hari Pekerja 2014....




Di PDK memang lain daripada lain  ....   Kami bukan pekerja dan bukan kontraktor dan bukan juga majikan ...hah pelikkan ????   ....sebab kami ni memang istimewa dan dipilih di antara ramai ramai orang untuk bekerja untuk orang orang istimewa.... sebab itulah kami ni digelar sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan dan kami di antara orang yang terkaya dan hartawan di Malaysia walaupun berelaun RM 700 sebulan je ...




Alhamdulillah..........





Perbezaan Antara Majikan Dan Pekerja









video yang penuh makna tersirat..fikir fikirkanlah ye ....




beza antara majikan dan pekerja ..........





tips untuk para majikan mengelakkan daripada membayar gaji minimum seperti ditunjukkan oleh majikan kami ..kaedah tip top




Majikan Yang Tidak Mohon RM 900 Minima Perlu Didenda 


wahai majikan ......


buatlah seperti majikan kami buat untuk mengelakkan daripada membayar gaji minimum...nak tahu caranya ...baca hingga habis ye..ni tips yang ditunjukkan oleh majikan kami.....


1. apabila pekerja anda mohon kerja tawarkan dia jawatan sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan.


2. jika dia dah bekerja ubah sahaja skim bekerja dia kepada pekerja kontrak untuk perkhidmatan


kebaikannya ialah:


1. anda tak perlu potong kwsp (menyusahkan anda sahaja)
2. anda tak perlu potong sosco (menyusahkan anda sahaja)
3. anda tak perlu beri mereka duit untuk kerja lebih masa (menyusahkan anda sahaja) tetapi anda boleh paksa mereka bekerja lebih masa tanpa kira masa dan hari
4. anda tak perlu beri mereka bonus pun ( menyusahkan anda sahaja dengan tambahan bonus ni pada pekerja)
5. anda tak perlu beri mereka mileage tapi anda boleh paksa mereka buat mileage
6. anda boleh menggunakan kenderaan mereka sebab apa yang mereka ada itu adalah hak anda sebagai majikan mereka.
7. anda tak perlu mereka motivasi sebab jika mereka nak kerja mereka kerjalah
8. anda tak perlu memberi mereka latihan bekerja sebab jika anda bijak anda boleh paksa mereka bekerja atas daya inisiatif / kreativiti sendiri
9. anda boleh ugut mereka jika mereka tak nak bekerja you can get out from here....
10 . anda boleh salahkan mereka kerana kenapa mereka memohon kerja ni ...
11. pekerja anda tidak boleh mengadu pada mana mana kesatuan sekerja atau jabatan tenaga kerja kerana mereka tak termasuk dalam akta pekerja tahun 1955
12. anda boleh memberi mereka elaun sahaja tanpa perlu memberi mereka gaji . ini untuk mengelakkan mereka dapat gaji minimum
13. anda dibenarkan membuat apa sahaja ke atas mereka tanpa perlu khuatir tindakan undang undang ke atas anda....




Insya allah jika saya buka perniagaan sendiri ..saya akan gunakan cara ini sebab ini yang diajar oleh majikan saya .... jadi saya dapat elakkan bayar gaji minimum dan saya selaku majikan tak akan dikenakan denda atau ditangkap .


Oh ye satu lagi anda boleh beri mereka elaun RM 600 atau RM 700 terpulanglah sebab di Malaysia ini dengan kenaikan semua barangan dan perkhidmatan ...di tambah lagi gst cukai cukai dan TPPA ini akan memberi anda kelebihan berbanding mereka yang bekerja tetap ...best kan tip ni .... saya pun akan ikut cara ini... bak kata pepatah bapa borek anaknya rintik...hihihihi