KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
KENYATAAN AKHBAR
5 PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TANGGA BATU PERINTIS PROGRAM TERKINI PEMULIHAN ORANG KURANG UPAYA
TANGGA BATU, 30 MEI 2010 – YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini mengumumkan lima (5) PDK di Tangga Batu, Melaka telah dipilih menjadi perintis kepada program terkini pemulihan golongan orang kurang upaya (OKU). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan modul pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk golongan kurang upaya (OKU) seluruh negara.
Latihan dan kemahiran terbaru ini meliputi Terapi Muzik, Teknologi Pendidikan seperti komunikasi alternatif dan augmentatif, pengunaan Teknologi Bantuan seperti peralatan hidup seharian khusus, kerusi roda berciri, penggunaan ICT dan sebagainya.
Aplikasi kemahiran ini akan menggalakkan proses pembelajaran berdaya kreatif dan inovatif di kalangan pelatih PDK, menggalakkan tindakbalas antara PDK melalui rangkaian maklumat dan penilaian bercirikan holistik
1
2
dan rapi serta intervensi berspektrum komprehensif. Program akan dibahagikan mengikut peringkat umur di mana bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun penekanan akan diberikan kepada program intervensi awal. Bagi golongan remaja tumpuan akan diberi kepada pembangunan kerjaya dan kerja terlindung bergantung kepada kemampuan mereka.
Semua aktiviti akan ditumpukan kepada kedikarian fungsi, pengurangan beban keluarga dan mencegah kemiskinan untuk mengurangkan penggantungan kepada Kerajaan dan keluarga apabila mereka keluar daripada PDK kelak.
Pengumuman program PDK tersebut dibuat semasa Majlis Perasmian Program Juara Rakyat bulan Wanita dan Keluarga di Tangga Batu, Melaka.
Disediakan oleh : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato’ Onn, 50515 Kuala Lumpur.
No.Telefon : 03 – 2693 0095
Tarikh dikeluarkan : 30 Mei 2010
No comments:
Post a Comment