Tuesday, March 18, 2008

Jawatan penyelia akan diwujudkan disemua 379 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (P-D-K) di seluruh negara.

SHAHRIZAT-PDK



Jawatan penyelia akan diwujudkan disemua 379 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (P-D-K) di seluruh negara. la bagi memberi peluang kerjaya kepada lebih seribu 400 petugas yang kini menguruskan keperluan pendidikan Orang Kurang Upaya (O-K-U) di pusat-pusat itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebahagian daripada peruntukan yang diumum Perdana Menteri bagi pengurusan dan pemulihan O-K-U, akan digunakan untuk tujuan tersebut. Beliau bercakap kepada pemberita di ibunegara. Jumaat lepas, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukansebanyak 81.1 juta ringgit kepada kementerian berkenaan untuk aktiviti pengurusan dan pemulihan O-K-U.

((BERNAMA))

RM80 juta untuk OKU

RM80 juta untuk OKU
Oleh: HABIBAH OMAR dan WAN NAJIB WAN DAUD

NIBONG TEBAL 1 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk aktiviti pengurusan dan pemulihan orang kurang upaya (OKU).

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah berkenaan, RM20.9 juta merupakan peruntukan khas yang disalurkan kepada kementerian berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja amal membantu OKU bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara RM60.15 juta pula katanya, diperuntukkan untuk program pengurusan membantu OKU seluruh negara.

"Dasar kerajaan ialah mengamalkan dasar penyayang dengan mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin serta saling bantu-membantu.

''Sebab itu perbelanjaan dikeluarkan dan setelah dibincangkan oleh Kabinet semalam, maka kita keluarkan peruntukan untuk membantu OKU selain membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Semai Bakti Fasa Kedua Peringkat Nasional bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Hadir sama ialah isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah yang juga Yang Dipertua Bakti; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Program Semai Bakti diwujudkan sebagai strategi untuk membantu negara dalam membangunkan masyarakat dan manifestasi rasa prihatin serta penyayang kepada seluruh masyarakat termasuk golongan OKU.

Program pertama Semai Bakti itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri di Felda Jerangau Barat, Terengganu pada 18 April 2005.

Dalam ucapannya itu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan yang diberikan untuk aktiviti dan pengurusan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berkuat kuasa serta-merta.

Peruntukan itu katanya, meliputi sewa premis PDK yang diperuntukkan sebanyak RM500 sebulan kini dinaikkan sebanyak RM3,000, manakala untuk utiliti meliputi bayaran air dan elektrik pula diberikan sebanyak RM1,000.

"Untuk melaksanakan aktiviti dalam PDK, kita telah menaikkan peruntukan dari RM5,000 kepada RM30,000, elaun khas OKU dari RM50 dinaikkan kepada RM150, sementara untuk pekerja di PDK pula, mereka akan menerima bayaran RM800 sebulan dari RM500 ketika ini.

''Kerajaan juga mewujudkan jawatan penyelia PDK dengan memberi mereka gaji sebanyak RM1,200 sebulan, peruntukan membina bangunan PDK sebanyak RM2 juta sementara peruntukan pembelian peralatan PDK dinaikkan dari RM3,600 kepada RM50,000 untuk keseluruhannya,'' katanya.

Beliau berkata, dengan adanya peruntukan tersebut, kerajaan berharap ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka yang mempunyai ahli keluarga dalam kategori golongan OKU.

Ini kerana katanya, kerajaan memahami beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan terutama ketika OKU tersebut menghadapi masalah kesihatan.

''Ada golongan OKU yang menjadi profesor, ahli muzik serta guru dan mereka ini kalau berusaha akan menjadi orang yang pandai, jadi kita sentiasa berusaha dengan melaksanakan kaedah tertentu untuk membantu mereka," katanya.

pdk net

entah dah berapa kali sudha surf pdk net....

hai malu malu malu masih lagi ditakuk lama..... harapkan muka hadapan sahaja cantik tetapi di dalam tiada isi ..... kenapa jadi macam ni......


usahalah lebih keras lagi demi memajukan pdk net... nanti tidaklah malu kalau orang lain atau orang di negeri lain ke atau negara lain ke surf pdk net... mesti dia kata pekerja pdk berilmulah.,..pegawai jkm cekap dan berilmulah....

Tak kan tak nak lihat dan dapat pujian macam tu..?????

perangai berubah.......???????....

HAI... dengarlah cerita tuan dan puan ..... Pekerja PDk yang ada sekarang ini perangai mereka berubah seratus peratus setelah elaun mereka dinaikkan.....dahulu mereka malas sekarang ini berlumba-lumba pula untuk dinaikkan pangkat ....kononnya la.......nak dapat elaun rm 1200 la katakan...

ada tu pula memang tak boleh berkomunikasi dengan pengerusi tetapi disebabkan orang lama dan dah kerja lebih daripada 8 tahun jadi mengakulah AKU YANG PALING LAYAK MENJADI KETUA.... YE KE????


Pada aku ..... aku tak kisah siapa pun boleh jadi ketua.....kalau berkemampuan , orang itulah yang layak dinaikkan jawatannya.... bukankah begitu kawan.....

Tapi blog untuk pekerja pdk ini akan diteruskan sampai bila-bila melainkan aku dapat kerja lain ataupun aku dah berhenti kerja sebagai pekerja sukarela pdk.......

selagi aku termampu aku akan memberikan idea kepada pegawai JKM yang ciplak bulat-bulat idea aku ini....untuk membawa perubahan kepada organisasi PDK ini. INSYAALLAH.....

Kelab pekerja PDK

Entah berapa kali dah isu kelab pekerja PDK ini diutarakan pada ruangan perdebatan ini.... Saya pun dah rasa muak mendengarnya....

Setiap kali ada sahaja perjumpaan cerita yang lama juga dinyatakan oleh pengerusi Kelab Pekerja PDK....

HAi Pengerusi tahukah kamu adalah menjadi satu kesalahan dalam undang-undang pertubuhan sekiranya minta wang daripada pekerja PDK tetapi kelab kamu itu beroperasi secara HARAM tidak didaftarkan.....

Kamu dan Ahli jawatankuasa boleh dikenakan denda maksimum serta 2 tahun penjara..

Jadi TOLONGLAH jangan membuli pekerja PDK dengan meminta yuran dan sebagainya sedangkan tindakan kamu yang tidak mendaftarkan kelab ini adalah satu kesalahan....

PEGAWAI JKM TOLONGLAH BUAT PEMANTAUAN ATAS KELAB PEKERJA PDK INI YANG TIDAK DIDAFTARKAN LAGI TETAPI MEMINTA YURAN DARIPADA AHLI KELAB......

kenaikan elaun pekerja pdk

Terima kasih teramat sangat kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyrakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana menaikkan elaun kami daripada rm 445 bersih kepada rm 710 bersih.

Kami pekerja PDK ingin melihat perubahan ke atas PDk... bukan sahaja daripada elaun tetapi merangkumi semua sekali termasuklah kebajikan kami yang selama ini diabaikan daripada waktu bekerja, elaun, cuti sakit, cuti akhir tahun , nama jawatan hinggalah kepada taraf jawatan kami.

Hari itu ada juga berbincang dengan pihak pentadbiran merayu agar kami diberikan elaun kerja lebih masa, slip gaji tetapi alasannya kamu SUKARELA.... tidak layak.....aduh, sakitnya sampai menusuk jiwa....


Cubalah buka mata kepada kami ini.....
Kami juga ingin jadi seperti orang lain yang ada slip gaji, ada jawatan tetap .....
jangan hanya kerana kami bekerja dengan OKu kami yang bukan OKU ini pun taraf disamakan seperti OKU.....

Tolonglah buka mata dan renung-renungkanlah...

disleksia

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Senarai kandungan [tutup]
1 Ciri-ciri penghidapnya
2 Punca-punca Disleksia
3 Rawatan
4 Pautan luar



[sunting] Ciri-ciri penghidapnya
Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan snediri tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

[sunting] Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


[sunting] Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.





[sunting] Pautan luar
Lebih lanjut mengenai Dyslexia.
The Dyslexia Guide - A to Z and FAQ Knowledgebase
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia"
Kategori: Kesihatan | Penyakit | Gangguan kanak-kanak

jawatan penyelia di pdk

Jawatan penyelia untuk petugas PDK
03 Feb 2008 04:23 PM


KUALA LUMPUR: Jawatan penyelia akan diwujudkan di semua 379 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara bagi memberi peluang kerjaya kepada lebih 1,400 petugas yang kini menguruskan keperluan pendidikan orang kurang upaya (OKU) di pusat-pusat itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebahagian daripada peruntukan yang diumum Perdana Menteri bagi pengurusan dan pemulihan OKU, akan digunakan untuk tujuan itu.

Jumaat lepas, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan sebanyak RM81.1 juta kepada kementerian berkenaan untuk aktiviti pengurusan dan pemulihan OKU.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 181 penduduk di kawasan parlimen Lembah Pantai di bawah Program Mayang di sini Ahad, Shahrizat berkata daripada jumlah peruntukan itu, RM60.15 juta adalah untuk belanja mengurus tahunan manakala RM20.95 juta lagi ialah peruntukan sekaligus.

Peruntukan belanja mengurus meliputi sewa premis (yang dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000), utiliti (RM1,000), aktiviti dan penganjuran program PDK (dari RM5,000 kepada RM30,000) elaun khas OKU yang hadir ke PDK (daripada RM50 kepada RM150), elaun pekerja PDK (daripada RM500 kepada RM800) serta elaun penyelia PDK (RM1,200).

Beliau berkata peruntukan sekaligus pula meliputi belanja menaik taraf peralatan pemulihan setiap PDK yang dinaikkan dari RM3,600 kepada RM50,000.

Shahrizat berkata dengan adanya peruntukan itu setiap kawasan Dewan Undangan Negeri disasar mempunyai sekurang-kurangnya satu PDK. BERNAMA