Friday, November 14, 2008

ACTIVITIES FOR AUTISTIC CHILD

What Can Parents Do?
WHERE TO START
Read Help Your Child to Learn and pinpoint the immature areas in your child's development by answering the list of questions in each of the early chapters.

Take your child for any obviously needed assessment suggested in the book - but only one at a time.

Explain to your child what you have found so that the blame for failure can be taken off the child and on to the obstacles to his learning.

Use only positive words of encouragement and acknowledgement of their gifts.

Encourage gifted areas so that they can have the recognition for some special achievement.

The movement sequences as described in What Can Teachers Do? can easily be done at home, if necessary. They are fun and it is not hard to get your child to cooperate. It is especially good if the whole family does it together.

Fun Learning Activities:
Blowing whistles
Blowing ping pong balls
Clapping rhythms
Animal walks
Rolling on spine, arms around legs like a ball
Knuckle bone juggling

Rubbing parts of own body and identifying them eg left knee, right ear
Drawing letters on the back of student in front who then guesses what it is
Hugging yourself as hard as you can
Eye tracking - moving eyes to different places in the room on command
Tai chi twirls and slaps
Chewing
Tracing the figure eight (lying on its side) in the air

Standing on one leg with eyes closed
Tapping alternate feet while poking tongue out on opposite side
Tapping a balloon from student to student, every alternate student etc.
Playing 'Simon Says'
Drumming

Any fun thing! The students can be asked to suggest a lot more.

We have also added some additional suggestions for fun movement. See Suggestions from our Occupational Therapist Veronica.
VIDEO MOVES - ADDITIONAL MOVEMENTS TO
MOVE TO LEARN DVD/VIDEO

Controlling Nausea
Stand a good distance from a wall and do slow "push-ups".
Strong muscle work with arms, shoulders and neck also dampens down nausea.

Aeroplanes or Back Extensions
Keeping the arms flexed, the neck shoulders and upper back develop strength for hand skills and writing.

Curl Ups
By also strengthening tummy and neck flexor muscles children's trunk muscles, balance and sitting posture will better develop. This is a good activity to calm and centre children.

Rock and Roll
In addition to rocking backwards and forwards on hands and knees, rocking sideways and around in circles, both directions provides stronger shoulders and wrists and also builds up the muscles in the hands to develop the arches of the hand. This assists more versatile hand grasps.

Cat Stretches
These are good for stretching and relaxing the back and neck muscles and mobilising the spine.

Saturday, November 1, 2008

Kakitangan kontrak Kemas tak ditamat

Kakitangan kontrak Kemas tak ditamat


SUNGAI SIPUT: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak akan menamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjelang akhir tahun ini seperti digembar-gemburkan pihak tertentu, kata Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Sebaliknya, beliau berkata, kementerian itu berusaha menambah lagi kakitangan kontrak Kemas menjelang 2010.

"Saya tidak tahu siapa mengatakan kononnya Kemas nak berhentikan 13,965 kakitangan kontrak Kemas yang ada sekarang. Itu tidak benar," katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Sungai Siput di Felda Lasah dekat sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, yang dilaporkan berkata, sebahagian kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di negara ini mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, kakitangan kontrak untuk bertugas sebagai guru Tabika Kemas sentiasa diperlukan terutama di kawasan luar bandar.

"Saya sudah kata dakwaan itu tidak benar, kita nak tingkatkan lagi (kakitangan). Kampung-kampung perlukan kelas Tabika. Kalau Tabika tutup sebab nak berhentikan cikgu-cikgu, jadi budak-budak nak belajar dekat mana? Kelas itu sudah ada, macam mana kita nak tutup," katanya.

Katanya, kementerian itu juga berusaha meningkatkan taraf profesionalisme guru Kemas dengan kerjasama agensi lain seperti meningkatkan taraf akademik mereka sehingga ke taraf diploma melalui pengajian secara sepenuh masa di Institut Perguruan Malaysia.

MENAKUTKAN!:50,000 pekerja kontrak kerajaan hilang kerja

http://manjanik.wordpress.com/
BLOG NIK AZIZ NIK MAT

MENAKUTKAN!:50,000 pekerja kontrak kerajaan hilang kerja

Kalau benarlah dakwaan Presiden Cuepacs, Omar Osman bahawa musibah hilang mata pencarian yang akan melanda 50,000 orang pekerja kontrak di negara yang kita cintai ini maka tiada kata-kata yang dapat diucapkan lagi.

Persoalannya, mana janji-janji pemimpin BN yang tak lekang dek mulut dan penuh-penuh mulut berbicara soal ekonomi negara yang teguh dan tidak bergoncang walaupun ekonomi dunia gawat. “Negara tidak terkesan dengan kemeruduman ekonomi dunia”, kata TPM merangkap bakal PM. Nah! sekarang apa jadi?

Menurut Omar, alasan pemberhentian itu adalah kerana prestasi dan produktiviti pekerja. Beliau juga berkata “Mungkin disebabkan tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak”.

Kalaulah seramai itu orang yang bekerja dengan kerajaan boleh diberhentikan maka tiada jaminan pihak swasta tidak akan melakukan juga. Atas nama kegawatan ekonomi, seribu satu macam alasan sudah sedia ada untuk dipilih dan diberikan kepada mangsa-mangsa yang akan diberhentikan.

Sebenarnya, Kerajaan BN yang memerintah ala kadar sekarang ini bertekad untuk menyelamatkan jawatan dan pangkat yang mereka ada sahaja. Tiada ketelusan dan keterbukaan untuk membela nasib rakyat. Pembohongan sudah menjadi sunnah mereka. “Buatlah apa sahaja asalkan kita selamat memerintah”. Nasib rakyat kita fikirkan semula.

50,000 orang tiada pembelaan dari kerajaan. Kerajaan tidak mampu membela mereka. Kerajaan hanya mampu membela pendatang tanpa izin dan izin yang kini sudah melebihi 4 juta orang. Maka benarlah pepatah melayu : “kera dihutan disusukan anak dikendong mati kebuluran”. Melayulah juga yang matinya. “kera-kera” itulah yang hidupnya. Maka bertepatanlah juga dengan slogannya “Tradisi Membela Rakyat” dan “Dari Rakyat Kepada Rakyat”.

Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, kakitangan kontrak kemas tidak akan diberhentiKAN.....


« Status ISA: Adakan Pungutan SuaraMASJID CINA: KELANTAN TELAH MENDAHULUI »Respon
saya dah tahu lame pekara ini..
saya berasa bimbang dengan keadaan semasa ekonomi Malaysia.. aper kerajaan sudah lakukan kepada rakyat!!!!! kebajikan rakyat!!!! saya bukan pekerja kerajaan dan bukan pekerja swasta juga.Disini saya tidak berpuas hati dengan aper yang dilakukan oleh kerajaan. kenapa kerajaan nak kekalkan pekerja yang 58 tahun lagi.. bagilah peluang anak muda yang bekorba2x baru keluar universiti untuk berkhidmat kepada kerajaan. mpritikalkan ilmu yang dipelajari selama di universiti.disini saya ingin memberi sedikit cadangan membuat penapisan kepada pekerja yang 55 tahun untuk meneruskan untuk myambungkan perkhidmatan mereka kepada 58 tahun agar segala wang yang disalurkan kepada mereka tidak sia2. saya teringat lagi janji pm.. tidak akan ader pengangguran apabila kerajaan mewartakan pekerja 58 tahun baru besara.. tapi aper dah jadi..

FIKIRKAN LE KELUHAN PEKERJA KONTRAK TU JANGAN BUTA MATA...BUTA HATI

KELUHAN PEKERJA KONTRAK

KERAJAAN LEBIH BANYAK MEMBERI KEISTIMEWAAN KEPADA PEKERJA KONTRAK BANGSA ASING MISALNYA INDONESIA, BANGLADESH, NEPAL, DLL TETAPI WARGA NEGARA MALAYSIA DIANAKTIRIKAN .... BERKELULUSAN DAN MENDAPAT PENDIDIKAN DARI MALAYSIA TETAPI APABILA BEKERJA DIBERI TARAF KONTRAK ...

ORANG YANG BEKERJA KONTRAK INI TIADA KEISTIMEWAANNYA ... SAKIT PUN TIADA CUTI ... TIADA BONUS DAN TIDAK LANGSUNG DIPANDANG MALAHAN MEREKA INI SERING DIANGGAP TEMPELAN SAHAJA...


UMUR SEMAKIN MENIGKAT .... BILA DAH TUA NAK MOHON KERJA PUN TAK DAPAT ... AKHIRNYA JADILAH PENGANGGUR DAN APABILA TIADA WANG UNTUK MAKAN JADILAH .......


DAH PALING DIKHUATIRI APABILA MEREKA YANG BERJUMLAH 50,000 INI TIDAK DIJAGA HATINYA DALAM PENGUNDIAN AKAN DATANG .... MEREKA AKAN MEMBUAT UNDI ROSAK ... ATAUPUN MENGUNDI PARTI LAIN....

FIKIR-FIKIRKAN LE ADAKAH ITU YANG DIINGINI OLEH KERAJAAN ????


MACAM PEKERJA DAN PENYELIA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI INI PUN TERUK JUGA ...
NAK KATA SUKARELA BUKAN PULA... NAK KATA SAMBILAN PUN BUKAN .... NAK KATA KONTRAK PUN BUKAN ....
JADI MEREKA INI APA JAWATANNYA ... APA PEKERJAANNYA .... MAKHLUK ANGKASA LEPAS KE ????

FIKIR-FIKIRKAN LE .... JANGAN ANAK KERA DISUSUKAN ... ANAK MANUSIA DI RUMAH MATI KELAPARAN ...

ZALIM ZALIM ZALIM ...

JANGAN JADI BANGSA ZALIM .... ALLAH TAK SUKA




FIKIR-FIKIRKAN LE

CUEPACS GESA KAKITANGAN KONTRAK DISERAP JAWATAN TETAP

Selasa, 2008 Julai 15
CUEPACS GESA KAKITANGAN KONTRAK DISERAP JAWATAN TETAP
Petikan dari Berita Harian
Oleh Nasir Abd Wahab
12/7/2008

MELAKA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik segera kira-kira 45,000 kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun ke dalam jawatan tetap bagi mengelak diskriminasi berpanjangan majikan ke atas mereka. Presidennya, Omar Osman, berkata permintaan itu perlu dipertimbangkan berikutan makin banyak aduan diterima daripada pekerja kontrak yang mendakwa ada jabatan dan agensi kerajaan tertentu kini menukar status mereka sebagai pekerja sambilan. Beliau yang memandang serius perkara itu menggesa kerajaan menghentikan perkara itu segera berikutan pekerja berkenaan kini mula membuat perbandingan layanan yang diberikan ke atas pekerja kontrak asing yang menikmati pelbagai kemudahan dan elaun.
"Cuepacs amat kesal dengan perkembangan ini, setiap hari ada saja kalangan pekerja yang berkhidmat secara kontrak ini membuat aduan. "Imi amat penting kerana pekerja warga asing sibuk kita bela dan diberi keistimewaan dengan menyambung kontrak setiap dua tahun," katanya sebelum memberikan ceramah Pemantapan Pengurusan Kursus Kepimpinan Cuepacs,

TIMUR: JPN TAMAT KONTRAK 133 PEKERJA RENDAH .... RENUNGAN KE-3

Ahad, 2008 Ogos 03
TIMUR: JPN TAMAT KONTRAK 133 PEKERJA RENDAH
Petikan dari Berita Harian
Oleh Betty Subaryati dan Nor Fazlina Abd Rahim
bhkb@bharian.com.my

Semua kakitangan berusia antara 30 hingga 55 tahun kini terpaksa menganggur KOTA BHARU: Seramai 113 pekerja rendah awam kontrak yang sudah berkhidmat antara lima hingga 18 tahun dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, kehilangan pekerjaan selepas kontrak mereka ditamatkan berkuat kuasa semalam. Semua kakitangan kontrak berusia antara 30 hingga 55 tahun yang berkhidmat sebagai pekerja rendah awam di sekolah seluruh negeri di bawah JPN Kelantan itu kini terpaksa menganggur dan hilang mata pencarian bagi menyara keluarga.
Pengerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Kelantan, Shamsudin Mohd Noor, berkata kebanyakan mereka yang diberhentikan itu memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan masing-masing. Beliau berkata, pihaknya kesal kerana perkara itu sebelum ini pernah dibincangkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, yang berjanji menyelesaikan masalah terbabit. "Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang tindakan lanjut diambil pihak terbabit bagi membolehkan 113 pekerja kontrak berkenaan menyambung semula perkhidmatan. Jika masalah ini dibiar berlarutan, kita bimbang apa akan jadi kepada mereka selepas ini," katanya di sini, semalam.
Shamsudin yang juga Naib Presiden Cuepacs Kebangsaan berkata, pihaknya berharap Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan memberi perhatian terhadap isu ini supaya nasib semua pekerja terbabit dibela kerana mereka mempunyai tanggungan yang ramai untuk disara. "Sebahagian besar daripada pekerja terbabit terdiri di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tentunya menyukarkan mereka mencari pekerjaan lain dalam tempoh terdekat ini," katanya. Beliau berkata, kontrak 113 pekerja terbabit sepatutnya berakhir 31 Disember 2007, tetapi disambung mulai Februari lalu dan ada pihak tertentu sebelum ini berjanji mereka akan diserapkan sebagai kakitangan tetap selepas pilihan raya umum lalu. "Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran mengiklankan kekosongan jawatan pembantu am pejabat dan hampir semua pekerja terbabit mengisi borong permohonan tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan," katanya.
Sementara itu, seorang pekerja sambilan yang sudah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok sejak tujuh tahun lalu, Faridah Zakaria, 43, berkata beliau kehilangan punca pendapatan apabila menerima surat penamatan kontrak, mulai semalam. "Saya mempunyai tujuh anak yang masih bersekolah, manakala suami Sidik Ahmad, 64, hanya bekerja sebagai pemandu teksi dan tidak memiliki pendapatan tetap. "Saya buntu memikirkan masa depan keluarga... saya berharap pihak berkaitan dapat membantu kami kerana saya kehilangan pendapatan RM650 sebulan yang diperoleh dari gaji bulanan bekerja di sekolah terbabit," katanya.

Posted by CUEPACS at 11:22
1 comments:
janggut berkata...
APALAH KERAJAAN NIE BUAT MACAM NIE..KERAJAAN SKANG NIE DAH TERUK KE??MINYAK NAIK, BARANG NAIK TAPI GAJI NAIK PUN DAH TAK RASE APER2..BERSYUKUR MEMANGLAH BERSYUKUR TP SEBAGAI TAMPUK PEMERINTAH YANG MENGURUSTADBIR NEGARA PERLULAH PEKA DAN MEMAHAMI RAKYATNYA..BUKAN RAKYAT NAK MENANGGUK DI AIR KERUH TP HASIL NEGARA ADALAH UNTUK RAKYAT JUGA

DILEMA PEKERJA KONTRAK .... RENUNGAN KE-2

http://fizziedotcom.blogspot.com/2008/01/dilema-pekerja-kontrak.html
DILEMA PEKERJA KONTRAK
Siapakah itu pekerja kontrak?
Tidak terdapat definisi khusus bagi menjelaskan maksud pekerja kontrak di dalam Akta mahupun undang-undang bertulis yang lain. Namun, mengikut kamus Oxford, pekerja kontrak ditakrifkan sebagai buruh atau pekerja kontrak dan biasanya merujuk kepada pekerja yang diambil bekerja untuk tugas tertentu bagi suatu tempoh tertentu. Di Negara Dunia Ketiga, istilah ini kadang-kala merujuk kepada suatu sistem yang mana pekerja diambil bekerja oleh orang tengah yang turut dikenali sebagai kontraktor buruh. Kontraktor buruh inilah yang membekalkan tenaga buruh kepada majikan dengan suatu bayaran tertentu. Pekerja ini kebiasaannya terikat kepada kontraktor tersebut menerusi pelbagai mekanisme contohnya kebebasan mereka untuk bergerak turut dipantau oleh kontraktor buruh.
Ada pula yang mendefinisikan pekerja kontrak sebagai seseorang pekerja yang diambil bekerja berlandaskan suatu perjanjian untuk bekerja tetapi pekerja tersebut tidak diupah oleh syarikat yang mana pekerja tersebut melakukan kerja-kerja untuknya. Sebagai contoh, syarikat PLUS Exspresways Berhad telah melantik syarikat Propel Berhad bagi melakukan kerja-kerja pembersihan lebuhraya. Ini bermakna kerja-kerja pembersihan lebuhraya PLUS dilakukan oleh pekerja syarikat Propel Berhad. Ia lebih dikenali sebagai penyumberluaran atau istilah inggerisnya "outsourcing".
Berdasarkan pemahaman dan pengalaman saya bekerja di sebuah syarikat swasta buat masa ini, istilah pekerja kontrak yang diterimapakai oleh syarikat saya bekerja adalah seseorang yang diambil bekerja dan digaji oleh syarikat, yang mana tempoh perkhidmatannya telah ditetapkan dan akan dinilai berdasarkan tahap serta kemajuan prestasi seseorang pekerja itu. Tempoh perkhidmatan seseorang pekerja kontrak di syarikat ini mungkin akan disambung secara tahunan atau bulanan. Beliau juga berkemungkinan untuk diserap sebagai pekerja tetap atau lebih malang lagi, diberhentikan kerja. Ini semua bergantung sepenuhnya kepada kehendak syarikat dan selagi mana khidmatnya diperlukan oleh syarikat.
Bagi pihak majikan, mereka selalu beralasan bahawa pengambilan pekerja secara kontrak adalah bagus bagi meningkatkan produktiviti dan disiplin seseorang pekerja di syarikat mereka. Ia juga merupakan satu proses saringan bagi melahirkan pekerja yang berkualiti. Selain itu, ia bertujuan untuk menilai tahap prestasi seseorang pekerja samada ia bersesuaian dengan jawatan serta persekitaran kerjanya.
Dari perspektif pekerja pula, raut wajah kegembiraan teman saya tadi secara jelas menggambarkan bahawa status pekerja tetap adalah suatu perkara yang diimpikan oleh setiap pekerja kontrak. Asasnya adalah bertitik tolak dari soal jaminan kerja. Pada tahun 1997, krisis ekonomi telah melanda negara-negara di Asia Tenggara dan negara kita Malaysia adalah tidak terkecuali. Kesan daripada krisis tersebut, banyak syarikat-syarikat serta institusi kewangan telah bergabung (merged) bagi menangani masalah kerugian syarikat serta mengelak dari terpaksa gulung tikar.Sebagai contoh di dalam industri perbankan, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) dan Bank of Commerce (Malaysia) Berhad (BOCB) telah bergabung dan menjadi Bumiputera Commerce Bank (kini CIMB). Impak dari penggabungan ini adalah, ramai pekerja yang terpaksa dibuang sama ada secara paksa atau sukarela bagi mengecilkan skala tenaga kerja dengan alasan terdapatnya lebihan tenaga kerja di dalam syarikat yang telah bergabung itu. Pastinya, kumpulan pekerja yang mengalami risiko yang lebih tinggi untuk dibuang dalam situasi ini adalah pekerja kontrak berbanding pekerja tetap memandangkan perjanjian pekerjaan mereka yang lebih fleksibel, longgar serta banyak bergantung kepada budi bicara majikan. Lebih malang lagi apabila Mahkamah Perusahaan mengeluarkan ketetapan berhubung kes-kes pemberhentian, iaitu dasar "yang akhir datang akan pergi dulu".
Polisi pengambilan pekerja secara kontrak juga akan melahirkan budaya takut di kalangan pekerja-pekerja kontrak itu sendiri. Ini adalah kerana soal tuntas kerjaya mereka berada di dalam genggaman majikan. Seperti yang diketahui, pihak majikan mempunyai kuasa penuh di dalam menentukan status pengambilan pekerjanya. Justeru, adalah dikhuatiri sekiranya mereka melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh majikan contohnya bergiat cergas di dalam Kesatuan Sekerja, mereka akan mengalami risiko tidak disambungkan kontrak perkhidmatannya.Ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada gerakan pekerja dan boleh dianggap sebagai tindakan yang bersifat anti-kesatuan.
Selain soal jaminan kerja, kesulitan pekerja kontrak untuk mengakses kemudahan kewangan atau kredit sepertimana pekerja tetap turut menjadi satu masalah. Sebagai contoh, pekerja kontrak sukar membuat pinjaman peribadi atau perumahan dari pihak bank. Pihak bank secara terang menyatakan bahawa kelayakan para peminjam bagi pinjaman perumahan mestilah berstatus tetap dan membuktikan status ini melalui surat pengesahan jawatan daripada syarikat. Tidak dinafikan bahawa semua pekerja, tanpa mengira tetap atau kontrak, memerlukan bantuan pinjaman kewangan dari pihak bank untuk membeli rumah kediaman yang diimpikan. Status kontrak pekerja dalam hal ini, telah seolah-olah menghalang seseorang individu itu dari menikmati kemudahan paling asas di dalam hidupnya iaitu memiliki sebuah tempat kediaman.
Terdapat juga sebilangan kes di mana berlakunya amalan pilih kasih dan kronisma oleh syarikat di dalam menentukan pekerja yang layak diserapkan ke status tetap. Syarikat mempunyai budi bicara yang luas untuk membuat penentuan ini sehingga kadang-kala, kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang pekerja kontrak layak diserap ke status tetap bukanlah berlandaskan kualiti kerja yang ditonjolkan tetapi faktor lain yang tidak relevan. Bak kata pepatah, "It's not what you know, but who you know".
Pengambilan pekerja secara kontrak tidak hanya memberi kesan negatif kepada pekerja sahaja, malah ia turut memberi kesan negatif kepada pihak syarikat. Keinginan pekerja kontrak untuk kekal lama di syarikat adalah kurang berbanding pekerja berstatus tetap. Ini kerana mereka merasakan mereka adalah pekerja kelas kedua dan beranggapan bahawa khidmat mereka hanyalah sekadar mengisi kekosongan jawatan memandangkan faedah-faedah yang ditawarkan oleh pihak syarikat adalah kurang berbanding dengan pekerja tetap, walhal skop kerja mereka adalah sama. Senario berpindah-pindah tempat kerja akan berlaku dan syarikat akan kehilangan pekerja yang berpengalaman dan cekap. Ia juga akan meningkatkan kos syarikat bagi memberi latihan dan pendedahan kepada pekerja-pekerja baru. Ia juga akan membantutkan profesionalisme pekerja dan melahirkan tahap pekerja yang kurang berkualiti.
Bila dinilai semula permasalahan pekerja kontrak sepertimana yang dibincangkan di atas, jelas bahawa pihak kesatuan sekerja haruslah memainkan peranan aktif dalam memastikan pihak majikan tidak sewenang-wenangnya mengambil pekerja secara kontrak. Bagi syarikat yang pekerjanya mempunyai kesatuan sekerja, "perjanjian bersama" (CA) haruslah digunakan sebaik-baiknya oleh pihak kesatuan bagi membendung pengambilan pekerja secara kontrak. Pihak kesatuan haruslah meletakkan satu klausa khusus di dalam CA yang menyatakan bahawa pihak majikan tidak boleh mengambil pekerja secara kontrak sesuka hati melainkan atas pilihan pekerja itu sendiri atau setidak-tidaknya mewajibkan syarikat meletakkan satu jangkamasa yang minima untuk seseorang pekerja itu diberi status kontrak sebelum diserapkan ke status tetap.
Di peringkat nasional pula, MTUC haruslah mengesyorkan kepada pihak pemerintah agar Akta Kerja 1955 (Akta 265) dipinda bagi mengehadkan jangkamasa perkhidmatan seseorang pekerja diberi status kontrak serta hak mereka untuk diserapkan ke status tetap. MTUC juga harus menekankan soal kesaksamaan dari segi faedah-faedah yang diterima oleh pekerja tanpa mengikut status jawatan. Tindakan mahkamah terhadap majikan adalah wajib dilaksanakan jika terdapatnya syarikat yang melanggar undang-undang tersebut. Tindakan ini adalah bertujuan bagi melindungi hak-hak pekerja kontrak khususnya pekerja yang tidak boleh diwakili oleh kesatuan. Ini memandangkan pengambilan pekerja kontrak kini bukan hanya tertumpu pada jawatan bukan eksekutif sahaja malahan ia turut berlaku di peringkat pengurusan dan eksekutif.
Isu pekerja kontrak juga merupakan satu isu sejagat. Globalisasi yang diterajui oleh pergerakan syarikat multinasional di seluruh pelusuk dunia bagi mengaut keuntungan, menyaksikan peningkatan drastik jumlah bilangan pekerja kontrak bukan sahaja di Negara Dunia Ketiga bahkan ia berlaku di negara maju. Bagi memudahkan kegiatan ekonomi serta meminimakan kos pengeluaran, ramai pekerja diambil bekerja atas status kontrak agar syarikat-syarikat ini dapat beroperasi dengan lebih fleksibel serta tidak terikat dengan penguatkuasaan undang-undang nasional yang melindungi hak pekerja. Justeru, adalah amat wajar bagi badan antarabangsa seperti International Labour Organisation (ILO) melihat isu pekerja kontrak sebagai satu isu yang semakin kritikal serta menggubal satu konvensyen khas bagi melindungi hak pekerja kontrak. Ini dirasakan satu tindakan yang amat penting memandangkan ILO telahpun menggubal satu konvensyen mengenai isu pekerja sambilan (part-timer) pada tahun 1994 (C175: Part-Time Work Convention, 1994).
Kesimpulannya, isu pekerja kontrak adalah suatu isu pekerja yang harus dipandang serius oleh semua pihak. Ini adalah kerana ianya berkait rapat dengan pelbagai faktor contohnya, arus globalisasi, pasaran guna tenaga buruh yang semakin fleksibel serta keperluan terhadap guna tenaga yang semakin meningkat, maka, ia memerlukan tindakan serta komitmen daripada semua pihak terutamanya, Kementerian Sumber Manusia, majikan syarikat, agensi pekerjaan, kesatuan sekerja serta para pekerja sendiri. Undang-undang lapuk yang tidak memihak pekerja seperti Akta Kerja 1955 turut perlu dikaji semula agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeluruh serta meliputi masalah pekerja mutakhir ini termasuklah masalah pengambilan pekerja secara kontrak. Pengambilan pekerja secara kontrak haruslah ditakrifkan semula sebagai satu fasa bersifat sementara bagi majikan memantau kualiti kerja pekerja dan satu fasa bagi pekerja memahami selok belok kerjaya barunya. Ia tidak seharusnya menjadi satu justifikasi oleh majikan untuk mempergunakan pekerja atas tujuan mengaut keuntungan atau kepentingan syarikat semata-mata.

Nota: Aku adalah bekas pekerja kontrak MMU yang telah ditamatkan kontrak oleh MMU pada 30 November 2007.. Aku telah berkhidmat selama 4 tahun sebagai staff kontrak diperbaharui setiap 1 tahun..akhirnya aku ditamatkan kontrak begitu saja...

Dicatat oleh MOHAMAD FAUZI SAAD di 22:33