Permohonan pekerja PDK:
a) potongan sosco..... keputusan di JKM masih tidak berjaya
b) slip gaji agar mudah membuat pinjaman atau jika ingin jadi penjamin kepada anak yang ingin ke IPTa/IPTS boleh dikemukakan... keputusan di JKM dalam proses
c) jawatan diserapkan... keputusan di JKM tiada jawapan
keputusan di pengerusi kamu sukarela dan berkerja 4 jam tak layak???? ye ke??????
bukankah itu boleh diubah?
d) menghargai Pekerja PDK dengan memberi gaji setimpal dengan:
i) pengalaman..... oops ada petugas PDK berpengalaman tetapi malas dan ada masalah disiplin... ini sukar dihargai.....
ii) kelulusan ... wajar kerana bukan mudah untuk memperoleh kelulusan tersebut.... jika tidak dihargai kesan akan dirasai.....kebiasaannya mereka yang berkelulusan dan telah didedahkan dengan ilmu di universiti mudah membuat sesuatu tugasan berbanding di tahap menengah rendah......
iii) usaha/ inisitif mereka... perlu dihargai kerana daya usaha itu akan menaikkan nama PDK itu sendiri
iv) kesetiaan mereka... kalau lama walaupun 10 ke 15 tahun tetapi ada masalah disiplin tidak boleh dipertimbangkan
e) kursus diiktiraf misalannya berkursus di maktab bahagian pemulihan khas... wajar untuk menaikkan pengetahuan pekerja pdk.... ini telah dibuat oleh guru sandaran semasa KDC (Kursus dalam cuti) dan mereka diserapkan jawatan
f) pekerja yang mempunyai ijazah dan diploma diberi peluang menjawat jawatan bersesuaian... wajar...
g) gaji dan bukannya elaun...wajar dilaksanakan
h) gaji dimasukkan ke dalam bank...sepatutnya dilakukan dari dulu lagi memudahkan pengerusi dan JKM itu sendiri
i)insuran berkelompok bukan hanya pelatih PDK sahaja... wajar dilaksanakan untuk kebajikan pekerja pdk
j) elaun tambahan (COLA)..wajar dilaksanakan
k) nama jawatan satu sahaja... memang seharusnya dilaksanakan dari dulu lagi.... namun jangalah keliru dengan istilah contonhnya daripada pekerja menjadi petugas... maknanya sama sahaja....
l) cuti akhir tahun... sepatutnya dilaksanakan dari dulu lagi ... memberi peluang kepada ibu bapa bermesra dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan jangan pula menjadikan PDk sbg tempat membuang/ melepaskan tanggungjawab mendidik, mengasuh anak mereka....
m) mc (cuti sakit) diperakui... wajar dan sepatutnya dilaksanakan ..... untuk kebajikan pekerja pdk dan menghargai kemahiran doktor... jika tidak memperakui mc maknanya tidak memperakui kemahiran doktor
n) cuti bersalin dibayar gaji
o) elaun millege(perjalanan)... sepatutnya dilaksanakan dari dulu lagi.... minyak dah naik .... kenapa kami tiada elaunmillage/ minyak ...lagipun kereta/ motor yang tiada minyak bukannya boleh bergerak.... fikir- fikirkanlah
p) ilmu dalam pemulihan sentiasa dikemaskini (up to date)...buat usahasama dengan maktab perguruan/ universiti dalam dan luar negara..... baik untuk pelatih itu sendiri...
ah satu lagi jangan pula pilih orangyang pandai membodek dan kemudian setelah dipilh berkursus pulang sahaja ke malaysia... ilmu itu menjadi hak mereka...tidak diagihkan kepada petugas lain.....
q) kelab pekerja pdk anjuran pekerja pdk itu mesti didaftarkan .... jika tidak ada kemungkinan boleh dipenjarakan 3 tahun dengan denda rm 2000... hah Jabatan Kebajikan Masyarakat buka bukalah mata dan luaskan pandangan tu... jangan biarkan kelab pekerja sesuka hati meminta yuran dan tidak didaftarkan... kesannya buruk bukan sahaja kepada pengerusi kelab pekerja tetapi juga kepada JKM itu sendiri....
ah hah jangan berlengah lagi segeralah mendaftarkan kelab itu sebelum mala petaka menimpa....
Bukannya terlalu demand tetapi ini hanyalah saranan....yang baik boleh digunakan untuk kebaikan dua pihak ...Jadi fikir-fikirkanlah ye....2.30 pagi ...sudah kekeringan idea dan terasa dah pening-pening ni.... jumpa lagi di arena seterusnya..........
No comments:
Post a Comment