Wednesday, June 18, 2008

CONTOH KERTAS KERJA YANG PERTAMA DIBUAT SEPANJANG 8 TAHUN BERKHIDMAT DISEDIAKAN OLEH PENYELIA DI PDK

KERTAS KERJA

HARI KARNIVAL ORANG KURANG UPAYA NEGERI MELAKA 2008


PADA: 5 JULAI SEHINGGA 6 JULAI 2008

TEMPAT: DATARAN PAHLAWAN BANDA HILIR MELAKA

MASA: 8 PAGI HINGGA 6 PETANG



ANJURAN BERSAMA:

AHLI JAWATANKUASA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
DAERAH MELAKA TENGAH
DAN
PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MELAKA TENGAH
MELAKA


HARI KARNIVAL ORANG KURANG UOAYA
NEGERI MELAKA 2008

1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan bagi membenarkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ................. terlibat dan seterusnya mendapat peruntukan yang diperlukan untuk menjayakannya

2. PENGENALAN

Program hari Karnival OKU 2008 merupakan aktiviti yang dirancang bagi PDK negeri ........... . Program ini julungkali diadakan dan akan menjadi aktiviti tahunan di masa akan datang. semoga program ini mendapat kerjasama dan sambutan yang membanggakan dari semua pihak.

3. OBJEKTIF

3.1 mendedahkan golongan OKU dengan aktiviti yang membantu mereka meningkatkan proses sosialisasi dan normalisasi bersama masyarakat.

3.2 memberi peluang kepada OKU berhimpun di tempat terbuka dengan masyarakat supaya masyarakat sedar akan betapa pentingnya pendidikan dan pembanggunan terhadap golongan OKU

3.3 menigkatkan kecekapan golongan OKU khususnya dengan aktiviti dan Program yang dijalankan dan mewujudkan peluang antara pengajar, ibubapa, pegawai dan kakitangan yang terlibat serta masyarakat setempat bertukar idea untuk program bagi OKU dimasa depan.

3.4 membawa golongan OKU untuk menghadapi sendiri aktiviti yang dijalankan seperti mana golongan lain walaupun tahap pencapaian tidak sama setanding dengan mereka.

4. GOLONGAN SASARAN
sasaran program ini diadakan untuk mendekatkan golongan OKU, ibubapa, masyaraakt setempat dan badan-badan NGO yang lain.

5 FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM

Melalui program yang bakal dijalankan semua komuniti PDK dapat berkumpul Secara beramai-ramai meraikan Hari karnival OKU dengan menjalankan aktiviti perniagaan bersama-sama.

6. PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh Jawatan kuasa PDK negeri ............... dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

7. PENYERTAAN

Program ini disertai dari semua PDK Daerah Melaka ............ dan PDK ........... telah terpilih untuk terlibat sepenuhnya selama dua hari program ini berlangsung. Dalam program ini PDK ........... akan menjaga gerai menjual makanan ringan, membuka pusat karoeke dan menjual kupon bertuah.

8. KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Bagi menampung kos program yang akan dijalankan, beberapa sumber kewangan diusahakan antaranya;
A) Peruntukan kewangan PDK - memohon Jawatan Kuasa menyumbang Sedikit kewangan.
B) memohon peruntukan kewangan daripada orang perseorangan.

9. BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN
9.1 //Berkaroeke . Tarikan orang ramai untuk ke kedai PDK ........ . mencungkil bakat - bakat OKU. Memberi peluang kepada orang ramai menyanyi sambil menderma.
1 lagu = RM 1.00
9.2 Balang ajaib - Cabutan Bertuah . Tiket disediakan sebanyak 1000 keping
1 tiket = RM 2.00
200 tiket = 200 hadiah disediakan seperti alat tulis, beg sekolah, basikal dan berbagai lagi.
9.3 Makanan Ringan - memberi peluang kepada OKU untuk berniaga
Contoh barang yang dijual :
a. Air mineral
b. kekacang berpeket
c. Roti mini
d. buah tembikai berpotong
e. buah jambu berpotong

Setiap peket makanan dikenakan bayaran sebanyak 0.60 sen. Tidak termasuk air mineral

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. SEWA SET KAROEKE RM 350.00/////
2. BALANG AJAIB BERKUPON (HADIAH) RM 500.00
3. MAKANAN RINGAN RM 300.00

JUMLAH MODAL RM 1150.00/// RM 800
Jumlah modal yang dianggarkan adalah termasuk pembelian barang untuk menyediakan makanan ringan. bagi sewaan set karoeke pihak petugas PDK juga mendapat sumbangan dari Encik .....................

11 PENUTUP

Diharap program yang akan dilaksanakan mencapai segala maklumat dan objektif yang disasarkan. Terutamanya terhadap golongan sasaran OKU termasuk komuniti yang terlibat serta masyarakat. Bagaimanapun, program ini tidak akan berjalan lancar sekiranya tiada kerjasama dan perhatian pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab. Sekian terima kasih.

No comments: