Thursday, June 12, 2008

CONTOH PROJEK2

Projek Kelas Pemulihan Kanak-Kanak
Article posted: 30 Okt, 2006 - 01:00 AM
Anjuran:Aman PalestinDengan kerjasama: Persatuan Bantuan Anak Yatim Bait LahamOrphan Care Society, Beth LehemMUKADDIMAH: Pada zaman sekarang wujud fenomena masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak seperti masalah tidak mahir menggunakan bahasa dan memahaminya, lemah dalam mendengar dan memproses maklumat, lemah dalam bercakap, membaca dan menulis dan lemah menyelesaikan masalah matematik yang agak mudah. Masalah-masalah tersebut kadang-kadang terdapat semuanya pada seorang kanak-kanak dan kadang-kadang kanak-kanak hanya mengalami salah satu dari masalah tersebut sahaja. MATLAMAT PROJEK: Menjaga golongan kanak-kanak yang mengalami masalah dalam belajar mengikut keadaan dan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan mengadakan kelas pemulihan untuk mereka dan mengembangkan kemampuan mereka dengan cara yang paling mudah dan murah.KEPENTINGAN PROJEK: 1- Menambah keprihatinan terhadap sebilangan kanak-kanak yang menghadapi masalah susah untuk belajar.2- Kekurangan pusat yang khusus untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak tersebut.3- Rakyat Palestin hidup dalam keadaan kemerudunan ekonomi disamping yuran pengajian yang tinggi untuk mengikuti kelas-kelas pemulihan kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran mereka.PELAKSANAAN: Pelaksanaan projek ini mengandungi tiga peringkat: 1- Peringkat bancian dan menentukan kanak-kanak yang mengalami masalah susah untuk belajar. Ia dilakukan oleh para doktor dan individu-individu yang layak. Selalunya masalah dapat dikesan apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.2- Peringkat kedua; persediaan tempat yang bersesuaian dan berada di lokasi yang strategik yang senang dihubungi dan dihadiri oleh penduduk setempat.3- Peringkat ketiga; pengambilan guru-guru pakar dalam permasalahan kanak-kanak.KOS PROJEK: Projek ini memerlukan kos untuk melaksanakannya sebanyak USD26,921.

No comments: