Monday, June 16, 2008

bekerja sebagai ibadah

Bekerja Itu Sebagai Satu Ibadah


Sempena Perhimpunan bulan September 2007 yang baru diadakan pada 6hb September 2007 bertempat di Auditorium Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.

Ucapan yang sungguh bermakna dan memberikan pengertian yang cukup luas disampaikan oleh En. Ariffin Bin Sutan, Ketua Program Pembantu Farmasi. Ulasan teks ..


Thema yang dipilih adalah "BEKERJA ITU SEBAGAI SATU IBADAH" bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang akan disambut dalam masa terdekat.Ungkapan Kerja itu satu Ibadah Mungkin seringkali kita dengar dan sering diucapkan oleh ahli agama, pakar motivasi dan rakan sekerja kita. Persoalan yang timbul, apakah perkaitannya sehinggakan kedua-dua ungkapan tersebut tidak dapat dipisahkan antara Kerja dan Ibadah
Kita bekerja kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Bila kita berkerja kerana Allah, bermakna kerja itu dianggap satu ibadah dan yang terpentingnya setiap kerja atau perbuatan yang dilakukan perlu disertai dengan "Nawai tu" atau niat yang suci supaya usaha yang dibuat itu di berkati agar ianya menjadi ibadah.Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu dirancang terlebih dahulu, kerja yang dilakukan bukan sahaja untuk hari ini, bukan kerana gaji dan wang tetapi ianya adalah kerana tanggungjawab kita terhadap yang diamanahkan kepada kita.Berharap pada diri dan sama samlah kita Bekerja dengan Sebaik Mungkin bukan sekadar sambil lewa kerana dikuatiri jika kita tidak menjalankan tugas, tanggungjawab dan apa yang diamanahkan dengan sepenuhnya, maka jika pekerjaan yang dilaksanakan tanpa adanya keikhlasan ianya tidak lagi mendatangkan keberkatan dan ibadah yang diharapkan.Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas dan pupuklah semangat suka bekerja, Hargai masa bekerja dengan betul-betul bekerja agar gaji atau apa yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan supaya rezeki yang diterima diberkati hendaknya.Sama-sama kita ingat bahawa setiap perkerjaan dan perlakuan yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita dihadapan Tuhan dan masyarakat kelak. Oleh itu jangan menutupi kesalahan diri dengan melemparkan kesalahan kepada orang lain kerana kita perlu ingat setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan menampakkan perbuatan baik untuk diri sendiri, sebaliknya setiap perbuatan jahat kita itu akan memaparkan balik kejahatan diri kita sendiri juga.Dalam kita bekerja sehari hari perlulah ada perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sikap sedia membantu dan sedia berbincang supaya setiap permasalahan dapat ditangani dengan lebih harmoni dan bersepakatan". Penerapan nilai-nilai murni dan Elemen penting dalam tunggak 12, perlu kita patuhi dan pertingkatkan agar ianya menjadi pedoman kita dalam bekerja.

Dalam melaksanakan tunggak 12, Kita disarankan supaya Sentiasa berdaya saing dan jujur, Berbelanja secara berhemah, Tingkatkan ketinggian peribadi, perkukuhkan kekuatan sifat baik hati, amalkan kemuliaan sederhana, utamakan kesabaran, Peningkatan bakat, perkayakan nikmat mencipta, Amanahkan kewajipan menjalankan tugas, Pengaruh teladan, ketekunan Membawa kejayaan, dapatkan keseronokan bekerja dan sentiasa Komited pada tugas dan tanggungjawab dengan sepenuhnya adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam bekerjaSama-samalah kita mempertingkatkan mutu dan nilai kerja kita kearah kecemerlangan dan kejayaan dan sama-samalah kita amalkan

konsep TUJUH S sepertimana yang disarankan seperti berikut :

SEGAK - cara berpakaian, keterampilan diri

SOPAN - dalam pertuturan, peradaban, budi pekerti

SALAM - sentiasa mulakan dengan ucapan salam, bersalaman antara kita untuk mengeratkan kemesraaan ditempat kerja

SENYUM - sentiasa senyum, berakhlak mulia ditempat kerja

SENSITIF - sentiasa peka kepada pelanggan dan kehendak orang lain

SEDIA - sentiasa sedia untuk berkhidmat tanpa pilih kasih

SETIA - setia berkhidmat, akur perintah dan komited pada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan

Dan diakhiri dengan serangkap pantun Buat Baik Berpada-padaBuat jahat jangan sekaliBekerjalah dengan penuh mesraAgar keberkatan bekerja dapat diperolehiNote: Ulasan dari Teks Ucapan En. Ariffin Bin Sutan, Ketua Program Pembantu Farmasi. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.

No comments: