Monday, June 16, 2008

CINTAI TUBUH ANDA ..... CINTAI DIRI ANDA

Wanita sering obsesi dgn imej tubuh mereka. Anda berdiri di depan cermin dan menemui lemak di mana-mana. Sememangnya wanita ingin mempunyai perut yg langsing, pingul yg kecil dan punggung yg padat. Ini akan membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri dan tampil seksi di mata umum.Tetapi obsesi tidak akan membawa anda kpd tubuh yg diinginkan. Ini akhirnya tidak akan mendorong untuk melakukan tindakan apapun.

Langkah pertama untuk mengubah adalah mulai menerima diri sendiri dan mencintainya.Nikmatilah tubuh anda dan semua yg telah anda lakukan utk itu.

Berikut berbagai mana memperlakukan tubuh dgn cinta dan menghargainya.

1) Berhenti membicarakan lemakKetika anda mula membicarakan lemak dan makan berlebihan, keadaan ini menjadi sulit untuk dihentikan kerana anda mungkin akan berasa perlu pergi bersenam selepas itu.

2) Hindari menilai diri di cerminCubalah untuk menghindari mempelajari diri sendiri di cermin. Dan jika anda sedang melakukan yoga atau aerobik, cubalah untuk tidak memfokuskan pada bagaimana penampilan anda, tetapi bagaimana anda merasakannya.

3) Pakailah pakaian yg boleh membuatkan anda yakin pada diri sendiriBersenang-senanglah dgn tubuh anda dgn mengenakan pakaian yg terbaik utk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian yg lebih besar utk menutupi apa yg mereka miliki.

4) Berhenti menimbang diri sendiriCubalah hindari untuk menimbang diri sendiri utk sementara waktu dan lihat bagaimana anda merasakannya. Anda akan terkejut betapa bahagianya anda merasakan diri sendiri ketika itu seperti tidak ada jumlah yg berlebihan di hadapan anda.

5) Tubuh adalah teman anda.Fikirlah segala sesuatu yg baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh anda. Hormati tubuh anda, ini smeua adalah untuk anda. Jgn berasa kecewa jika anda berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hatilah dgn bentuk tubuh yg anda miliki.

6) Berhentilah membandingkan diri sendiriSifat untuk meniru memang ada pasa setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru gaya atau penampilan model yg anda lihat bergaya di dalam majalah. Anda mungkin berasa ingin menjadi seperti model atau artis tetapi membandingkan diri anda secara terus menerus dengan body image ideal tidak sesuai untuk anda. Belajarlah utk menghargai diri sendiri.

PETIKAN DARIPADA LAMAN http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=18&t=34065&st=15#entry2223406

OLEH EDIROSSA.... LAYARILAH LAMAN INI UNTUK PEDOMAN ANDA...

This post has been edited by edirossa: Jun 1 2006, 11:33 AM

No comments: