Tugas menyelia pada hari ini semakin bertambah kompleks dan mencabar.
Penyelia pada hari ini tidak lagi dianggap sebagai "boss" tetapi sebagai ketua yang memainkan peranan mewujudkan suatu suasana harmoni dan saling hormat-menghormati.
Selain perlu menguasai kemahiran teknikal.
mereka juga perlu mampu mengimbangi aspek-aspek kemahiran teknikal, mentadbir dan perhubungan manusia.
Kekurangan kemahiran di kalangan penyelia dalam aspek-aspek tersebut akan menjejaskan kelicinan jentera dan produktiviti organisasi pada keseluruhannya.
Oleh itu, adalah amat penting setiap penyelia dilengkapkan dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berkaitan kepimpinan, pengurusan, komunikasi, dan penyeliaan supaya mereka dapat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan lebih yakin dan berkesan lagi.
Leadership & Team Building
Developing A Strong Teamwork Culture within Your Organisation
Membina Budaya Kerja Berpasukan Cemerlang
Leadership, Motivation & Supervisory Skills
Kepimpinan, Motivasi & Penyeliaan Berkesan
Effective Time Management
Effective Stress Management
Effective Conflict Management
More Courses
Objektif - Faedah Program Selepas mengikuti kursus Kepimpinan, Motivasi & Penyeliaan Berkesan ini dengan jayanya, para peserta akan dapat meningkatkan:
Pengetahuan mereka tentang prinsip-prinsip dan proses-proses pengurusan serta peranan-peranan dan fungsi-fungsi seorang penyelia.
Kefahaman tentang kualiti-kualiti seorang pemimpin atau penyelia yang gemilang.
Kemahiran mereka dalam aspek perhubungan manusia untuk menjalinkan perhubungan yang harmoni serta sokongan dan kerjasama daripada subordinat mereka.
Kemahiran dalam aspek-aspek delegasi, menunjuk-ajar serta mendorong dan memotivasi pekerja.
Kemahiran dalam aspek membentuk dan mengendali pasukan dengan berkesan.
Pengetahuan serta kemahiran mereka dalam membuat keputusan menyelesaikan masalah.
Kemahiran mereka mengurus masa dan mengendalikan tekanan-tekanan di tempat kerja.
Topik-Topik Utama
PENGENALAN - PENYELIAAN, KEPIMPINAN & PROSES PENGURUSAN
KEPIMPINAN & KEMAHIRAN MEMIMPIN
KOMUNIKASI INTERPERSONAL & PERHUBUNGAN MANUSIA
MEMIMPIN & MENGURUS PASUKAN DENGAN CEMERLANG
MENUNJUK AJAR UNTUK MENCAPAI PRESTASI YANG BERKUALITI TINGGI
MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENYELESAI MASALAH DENGAN KREATIF
MENANGANI KONFLIK, KETIDAKPUASHATIAN & MENDISIPLINKAN PEKERJA
MEMOTIVASI & MENDORONG PEKERJA
MENGURUS MASA, DELEGASI & MENGENDALI STRES DENGAN BERKESAN
No comments:
Post a Comment