Monday, June 16, 2008

APAKAH HALA TUJU ANDA SELAKU PENYELIA DAN PENGURUS DI PDK?

hari demi hari berlalu

kini telah 6 bulan bergeraknya masa di tahun 2008 .... dan seterusnya tahun 2009 akan menjelang tiba...........

dan dalam jangka masa 6 bulan ini...... persoalan bermain di minda...

1. apakah yang telah anda lakukan untuk meningkatkan lagi pengurusan anda sebagai penyelia efektif dan bagi pengurus adakah pengurusan anda semakin efektif?

2. apakah rancangan yang telah anda lakukan dan akan anda lakukan untuk pdk?
adakah rancangan itu hanya tinggal rancangan atau bagaimana?

3. cuba anda kaji semula mengapakah nama pdk anda tidak terserlah berbanding dengan pdk lain? cuba fikir-fikirkanlah

4. peranan anda sebagai penyelia adalah ibarat orang tengah bagi pengurusan pdk dan jkm. Adakah anda telah laksanakan?

5. pihak jkm ada mengutarakan mewujudkan produk bagi pdk..... adakah anda telah mengkaji pasaran, kekeredibiliti produk anda untuk bersaing?

6. adakah anda mewujudkan suasana gembira apabila bekerja di pdk atau anda hanya mewujudkan suasana berkelompok atau pecah dan perintah di pdk?

7. telah lama anda berkhidmat di pdk , bagaimanakah tahap ilmu anda bagi memajukan atau memulihkan pelatih pdk?

8. adakah pengurusan sistem fail anda terurus atau anda hanya mengharapkan orang bawahan anda menyiapkan kerja itu bagi anda.....?

9. adakah anda gemar mengaku kerja orang bawahan anda dan idea orang bawahan anda sebagai idea anda?

10. adakah anda seorang yang kreatif, berinovatif , berkomitmen dan berdedikasi dalam menjalankan tugas anda ?

11. adakah anda hanya mengharapkan idea orang lain dan tidak boleh memikirkan idea asli bagi pihak diri anda sendiri?


renung-renungkanlah dan tanya diri anda sendiri....

anda akan dapat jawapannya setelah merenung diri sendiri..............

No comments: