Monday, January 21, 2013

undang undang buruh / kontrak pekerjaan






harus diingatkan bahawa undang-undang buruh/ pekerjaan digubal bagi tujuan kebajikan pekerja.
Maka dengan itu ia hanya terpakai buat pekerja sahaja.
mereka yang bekerja sendiri atau mana mana individu yang bukan pekerja tidak dilindungi di bawah undang undang ini.
Mereka yang dikategorikan sebagai PEKERJA dambil bekerja di bawah kontrak PEKERJAAN atau dikenali juga sebagai CONTRACT OF SERVICE.
adakalanya amat sukar untuk membezakan sama ada individu itu adalah pekerja di bawah contract of service atau hanya melakukan tugasan spesifik di bawah contract for service,

sekiranya sesebuah syarikat outsource sesebuah syarikat lain untuk melakukan tugasan membersih misalnya adalah midah bagi kita mengatakan syarikat yang diupah itu adalah kontraktor yang diupah di bawah contract for service atau kontrak untuk perkhidmatan. bagi khidmat yang dilakukan itu . Namun jika syarikat anda mengupah sesorang individu untuk membersihkan pejabat anda dengan niat tidak menjadikan dia pekerja di syarikat anda maka perbezaan ini amat sukar dilihat oleh orang orang luar yang pasti memikirkan makcik tersebut adalah pekerja di syarikat anda . Lebih lebih lagi jika dia diambil agak lama dan berterusan.

BAGAIMANAKAH MEMBEZAKAN DI ANTARA CONTRACT OF SERVICES ATAU CONTRACT FOR SERVICES????

Dalam menentukan status pekerja , mahkamah biasanya akan melihat beberapa perkara dan meletakkan beberapa ujian. Dalam kes HOH KIAN NGAN vs MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA DAN ANOR (1996) 3 AMR 3936 (1996) CLJ 687

MAHKAMAH PERSEKUTUAN menyatakan bahawa
 
" in all cases where it become necessary to determine whether a contract is one of service of for services the degree of control which an employer exercises over s claimant is an important factor although it may not be a sole criterion, The terms of the contract between the parties must therefore first be ascertained Where this is in writing the task is to interpret its terms in order to determine the nature of the latters duties and functions . Where it is not then its terms must be established and construed . But in the vast majorities of cases , there are facts which go to the nature degree and extent of control . These includes but are not confined to the cobduct of the parties at all relevant times . Their determination is a question of facts . When all the features of the engagement have been identified it becomes  necessary to determine whether the contract falls into one category or the others that is to say whether it is a contract of service or a contract for services" 



dengan kata lain persoalan ini adalah persoalan yang agak subjektif, mahkamah akan melihat fakta2 yang berada di hadapan mahkamah sebelum membuat keputusan sama ada sesuatu kontrak itu adalah contract of service atau contract for services.
Antara soalan yang biasa dikaji adalah termasuk :

1. sama ada majikan mempunyai kawalan terhadap bila, bagaimana, dan siapa yang menjalankan kerja.
lebih besar kawalan maka lebih kebarangkalian yang mereka diupah di bawah contract of services

2. sama ada majikan menyediakan peralatan, bahan mentah dan kelengkapan yang secukupnya  bagi kerja2 itu dijalankan . Biasanya (tidak semestinya) kontraktor akan menyediakan sendiri barang2 dan kelengkapan

3. Bagaimana upah dibayar ? Adakah secara tetap dan banyak kali atau setelah tamatnya kerja? adakah pihak2 yang menjalankan kerja perlu menghantar inbois bagi kerja2 yang dijalankan. Penghantaran inbois boleh menjadi bukti bahawa tugasan itu satu contract for service

4. Adakah caruma wajib statut dibuat seperti kepada KWSP ? Harus diingat bahawa hanya PEKERJA sahaja wajib dicarum bukannya kontraktor

5. Adakah terdapatya kontrak bertulis ?
Jika ada apakah terma2 yang dinyatakan. Terma dalam kontrak biasanya dapat menjelaskan dengan jelas status mereka

6. adakah mereka yang menjalankan tugasan wajib mengikuti aturan syarikat yang mengupah mereka? Pekerja biasanya wajib mengikuti aturan syarikat seperti memakai uniform dan waktu bekerja manakala kontraktor tidak


Rujukan
Akta pekerjaan 1955
Qn A Labour Laws in Malaysia
Malaysia Industrial Relations And Employment Law.