Monday, January 21, 2013

Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana.

Kenaikan Gaji Malaysia Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Ada 2 perkara yang kami ingin kongsikan dan sentuh hari ini iaitu melibatkan paras gaji di Malaysia. Pertama sekali, kami ingin kongsikan data yang dikeluarkan baru-baru oleh International Labour Organisation melalui laman BBC di mana meletakkan kedudukan Malaysia “dihimpit antara negara Belarus dan Botswana.

Nilai Gaji di Malaysia dengan 72 Negara Lain di Dunia

Gaji di Malaysia Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Sumber : bbc.co.uk
Apa yang perlu anda fahami di sini, data di atas melibatkan golongan yang makan gaji dan dalam pada masa yang sama tidak melibatkan keseluruhan populasi sesebuah negara. Apa yang boleh kami katakan berdasarkan penilaian ini, paras gaji di Malaysia masih lagi rendah. Dalam erti kata lainnya, “underpaid”.
  • Data di atas juga tidak termasuk kelompok yang simpan 40 juta di dalam rumah, sebagai contohnya
  • Yang berniaga juga tidak termasuk dalam data ini
Apa yang cuba ditonjolkan di dalam statistik ini adalah kos sara hidup di setiap negara termasuklah di Malaysia. Seperti kalangan anda yang biasa mengikuti Berita Semasa, pasti teringat laporan berita yang bertajuk “Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?”. Biasanya ramai yang kerapkali cuba membandingkan harga kereta di Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. Apa yang boleh kami katakan di sini, mungkin kami boleh berikan beberapa perbandingan untuk dijadikan contoh :
  • Gaji di Malaysia = RM2080 (PPP961)
  • Gaji di UK = £2080 (PPP3065)
  • Harga kereta Viva di Malaysia (sekitar RM30,000 – RM35,000)
  • Harga BMW di UK (sekitar £25,000 - £30,000)
Ini bermakna Purchasing Power Gaji di UK sebanyak 3 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia telah menyebabkan sudah mampu membeli sebuah BMW. Rakyat Malaysia hanya boleh “berbangga” membeli Viva dengan pinjaman kereta selama 5, 7, 9 ataupun 15 tahun (kakitangan kerajaan).
Satu lagi aspek/perkara yang menarik perhatian kami adalah melibatkan faktor produktiviti.
  • Purata GDP Botswana lebih rendah berbanding Malaysia
  • Tetapi Botswana boleh membayar lebih daripada Malaysia?
  • Ada sesuatu yang tidak kena di sini
Di bawah Malaysia dalam ranking terbaru ini ialah Belarus yang merupakan negara Eropah yang ekonominya agak serdahana, lebih kurang di antara negara-negara Scandinavia dan negara Balkan yang lain. Jadi jikalau sudah berada tahap sederhana di Eropah, maka maksudnya ia lebih tinggi daripada yang sederhana di Asia. Botswana pula, diakui antara negara termaju di Afrika. Nama sahaja negara itu datang daripada benua Aftika.
Gaji Malaysia Mahal Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Gaji Fresh Graduate Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah? Di satu sudut lain pula Jobstreet baru-baru ini telah mengeluarkan laporan dan kajian mereka di mana kalangan “fresh graduate” memohon gaji yang agak mahal dan adakalanya kurang realistik. Kurang realistik? Jikalau begitu, berapa sebenarnya gaji yang realistik untuk graduan ini sebenarnya?
  • Kami merasakan ada kalangan yang dilihat “terpaksa” bertindak drastik meminta kaji yang tinggi melihatkan faktor kos sara hidup di Malaysia yang terus melonjak tinggi tanpa ukur baju di badan sendiri (merujuk kepada kepada lokasi tempat kerja/kedudukan syarikat/kemahiran yang dimiliki pemohon). Benarkah begitu?
  • Jadi, berapakah paras gaji untuk pelajar lepasan diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana? Setakat ini apa yang kami perhatikan kalangan yang membuat kajian yang memberikan anggaran yang bukan berpandukan fakta dan panda aras yang sepatutnya. Dalam erti kata lain ” tiada hitam putih”
P/S : Apa respon anda pula? Berapa gaji anda semasa mula-mula berkerja dahulu jika dibandingkan dengan gaji anda ketika ini?