Memang pahit untuk ditelan langkah BNM mengetat pinjaman sejak awal tahun 2012 termasuklah pinjaman kereta di Malaysia. Sehinggakan Perodua sendiri sudah mula terasa bahangnya….
Rekod terakhir hutang isi rumah di Malaysia pada akhir tahun 2010 sudah mencecah RM577 billion bersamaan dengan 74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah :
- Hutang isi rumah di Malaysia 2010 = RM577 billion (74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar)
- Hutang isi rumah di Malaysia 2009 = 76.6% KDNK
- Hutang isi rumah di Malaysia 2008 = 63.9% KDNK
- pinjaman perumahan
- pinjaman kereta
- penggunaan peribadi
- pembelian saham dan kad kredit.
Kalau sebelum ini penilaian untuk mendapatkan pinjaman kereta hanya berdasarkan pendapatan kasar semata, tetapi bermula 1 Januari 2012 yang lalu, Bank Negara (BNM) mengarahkan bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih, dalam usaha mengekang peningkatan paras hutang isi rumah.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berharap Bank Negara Malaysia melonggarkan kembali syarat baru pinjaman sewa beli kereta yang di kuat kuasa tahun ini kerana ia dilihat sudah mula menjejaskan jualan kenderaan di negara ini.Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata susulan syarat baru yang ‘ketat’ itu, pendaftaran kereta baru dalam bulan ini susut antara 15 hingga 20 peratus, manakala tempahan baru pula turun lima peratus.“Berikutan pelaksanaan syarat baru itu, ia menyebabkan tempahan baru kereta PERODUA serta pendaftarannya dalam bulan ini makin menurun. “Kami berharap Bank Negara boleh melakukan sesuatu mengenainya bagi menghalang prestasi semasa berkenaan berterusan merudum kerana ia boleh menjejaskan industri automotif tempatan,” katanya. (SUMBER : BERITA HARIAN)
Adakah Perodua sebelum ini terlepas pandang di mana Perodua contohnya sendiri jual model kereta mereka melalui agen dan kalangan kakitangan bank.
- Masih ingat lagi iklan-iklan VIVA baru tanpa downpayment; tetapi dalam pada masa yang sama diberikan duit lagi?
- Dan ingat tak juga Perodua, yang menjadikan model kereta anda mahal : Perodua Myvi diletakkan pada harga yang mahal bukan sahaja pada elemen cukai tetapi juga dikatakan ada sentuhan Jepun yang ada kualiti”, dan rakyat Malaysia dipaksa membeli pada harga yang tinggi untuk “kualiti” yang dimiliki Perodua setakat ini?
- Setakat ini, mereka hanya mempertikaikan faktor luar kawalan Perodua (BNM) tetapi faktor bawah kawalan Perodua sendiri masih lagi buat-buat tak nampak.
Sehingga berita ini dikeluarkan, daripada seramai 800 kalangan pembaca Berita Semasa yang mengundi pada laporan berita Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012. Respon Anda? 59% tidak bersetuju langkah yang diambil oleh BNM ketika ini.
Walaubagaimanapun, kami sokong usaha dan langkah BNM setakat. Tetapi tak cukup setakat berhenti di sini sahaja. Kenapa kereta banyak di jalanraya? Dan kenapa juga hutang isi rumah di Malaysia cukup tinggi. Sebab rakyat Malaysia tiada banyak pilihan :
- Puncanya tahap perkhidmatan awam di Malaysia masih lagi ditakuk lama dan cukup mengecewakan walalaupun kerajaan dah berjanji untuk peningkatkan prestasi perkhidmatan awam di Malaysia sejak langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak lagi pada tahun 2006. Tetapi apa hasilnya sekarang?
- Jadi, rakyat tiada banyak pilihan akhirnya majoriti rakyat Malaysia memerlukan kereta. Tetapi masalah sekali lagi menghantui rakyat Malaysia apabila harga kereta vs pendapatan di Malaysia terlalu mahal, rata-ratanya sehingga 40 kali gaji. Ada Perodua atau Proton prihatin dengan masalah ini? Kerajaan?
- Akhirnya, rakyat Malaysia “menurut” sahaja polisi yang tidak membantu mereka sehingga terpaksa membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun. Kalau kakitangan awam boleh dipanjangnya tempoh pinjaman keretanya sehingga 15 tahun.
Dan lain-lainnya perlu diakui penyakit rakyat Malaysia sendiri yang suka berhutang & juga polisi bank yang membenarkan mereka-mereka ini mudah berhutang.
P/S : Apa pandangan anda dengan langkah BNM yang sedang berlangsung ketika ini termasuklah melibatkan paraturan pinjaman kereta dan juga permintaan Perodua terhadap BNM?