Gaji Minimum 2013 : Berdasarkan laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menunjukkan bilangan penduduk di Malaysia adalah berjumlah 28.3juta. Daripada jumlah itu, tenaga kerja di Malaysia ini sudah pun mencecah 13 juta orang atau secara lebih tepat, kalau kita mengikut statistik September 2012 ialah 12.96 juta. Dan…..lebih daripada 50% atau enam juta terdiri daripada pekerja-pekerja dalam sektor swasta.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi) Malaysia bakal meninjak ke tahun baru, Tahun 2013. Dah tak lama sahaja lagi…..
Kalau sebelum ini heboh diperkatakan bahawa gaji minimum akan dilaksanakan pada tahun 2013. Akan tetapi, baru-baru ini keluar laporan berita diberitahu bahawa terdapat lebih daripada 4,500 majikan yang ada memohon supaya pelaksanaan gaji minimum 2013 ini ditangguhkan. Apabila mendengar berita ini, teringat kami dengan satu pepatah ini :
Kalau diikutkan sebenarnya :‘rumah siap, pahat berbunyi’.
Pada masa itu, Majlis Konsultasi Gaji Negara telah pun membahaskan, membincang dan merumus isu gaji minimum 2013, tetapi persoalannnya sekarang ini apakah tidak diambil kira pandangan- pandangan seluruh termasuk juga majikan-majikan yang “memberontak” supaya dasar gaji minimum dilambatkan daripada tempoh sepatutnya?
“Bagi kami angka 4,500 majikan bukanlah jumlah yang kecil sebenarnya”
Hakikatnya sekarang ini gaji pekerja di Malaysia sudah pun disahkan sebagai rendah. Berita Semasa, jangan pandai-pandai nak berikan kami fakta yang salah!!! Tidak, tidak sama sekali. Kami hanya tolong sampaikan sahaja. Siapa kata? Fakta ini disebut oleh Bank Dunia. Apa kata Bank Dunia lagi?
- Bank Dunia mengatakan dalam tempoh 10 tahun, kenaikan gaji pekerja di Malaysia hanyalah meningkat pada kadar 2.6% berbanding….
- Berbanding dengan produktiviti naik pada kadar 6.7%.
Fakta-fakta ini ada disebut dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April 2012 menjelang 1 Mei dan pada malam itulah pengumuman dibuat berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum 2013.
Besarlah harapan kami, supaya dasar gaji minimum 2013 ini tidak ditangguhkan lagi. Kalau ditangguhkan juga bermakna nasib kalangan pekerja-pekerja di Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan yang sudah pun ditetapkan atau dinyatakan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa lebih 34% pekerja bergaji RM700 sebulan masih tidak mampu dibela. Bagaimana mereka mahu medapat kos sara hidup masa akan-masa akan datang yang akan teru melambung tinggi? Beza kos sara hisup 20 tahun dahulu dengan sekarang (KLIK SINI)
Petikan laporan asal Berita Semasa : KLIK SINI
Seingat kami, pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, sewaktu krisis minyak tahun 1974, ada diperkenalkan apa yang dipanggil special relief allowance atau elaun bantuan khas. Walaupun secara relatif jumlahnya kecil, tetapi yang penting adalah ada ikhtiar dan usaha kerajaan pada ketika itu untuk memperkenalkan elaun biaya hidup.
Gaji Minimum 2013 : Cadangan & Harapan Berita Semasa?
- Kerajaan memperkenalkan satu elaun untuk membantu golongan pekerja yang berpendapatan rendah, tidak kisahlah apa nama sekalipun mahu diletakkan contohnya ___________ 1 Malaysia apa juga nama sekalipun.
- Dasar gaji minimum 2013 diteruskan seperti yang dirancang & dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia
- Setakat ini, lebih daripada 31,000 kes runding damai yang tidak dapat diselesaikan dan 10,000 kes ini tidak dirujuk ke mahkamah. Apa nasib pekerja yang terlibat dalam 10,000 kes ini? Harapan kami, Menteri yang bertanggungjawab mencari kaedah yang lebih baik dalam menangani kes-kes pekerja-pekerja yang dinafikan hak mereka