Wednesday, January 23, 2013

31 Cara Tingkatkan IQ

http://www.blogkencang.com/2012/01/31-cara-tingkatkan-iq.html

IQ ini sering kita dengar tetapi kurang kita faham. Secara ringkasnya ia adalah tahap penilaian kebijaksaan seseorang individu dari pelbagai sudut dan sehingga kini masih lagi dianggap asas terbaik dan termudah untuk membuat penilaian potensi (biasanya bagi majikan). Ramai menganggap bahawa IQ sudah tetap tetapi kajian membuktikan bahawa dengan latihan dan penjagaan yang betul, tahap IQ boleh MENINGKAT.

Artikel Newsweek edisi Jan 9 & 16 ini menyenaraikan 31 cara meningkatkan IQ. Aku bold yang aku rasa macam logik dibuat je:

1. Main word puzzles
2. Banyakkan pengambilan...kunyit.
3. Belajar tae kwon do...atau apa sahaja aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung DAN memerlukan banyak koordinasi badan
4. Serap maklumat daripada pelbagai sumber....seperti blogkencang.com
5. Kurangkan bermain smartphone
6. Banyakkan tidur...termasuk tidur di waktu siang (terutamanya tengah hari)
7. Tonton lebih banyak TED
8. Pergi ke pesta buku/ilmu
9. Bina "istana memori" dengan mengkaitkan perkara yang anda ingin ingat dengan imej yang sukar dilupakan
10. Belajar bahasa baru
11. Makan cokelat kasar
12. Menjahit
13. Jangan senyum sangat - kajian menunjukkan dengan hanya mengubah ke wajah serius, tahap analisa minda meningkat
14. Bermain video-game ganas
15. Mengikut pelbagai jenis individu dalam FB/Twitter
16. Makan yogurt'
17. Gunakan program SuperMemo yang bertugas memberi peringatan SEBELUM anda terlupa
18. Tonton teater
19. Fahami cara minda berfungsi dan membuat keputusan
20. Minum banyak air
21. Tengok video-video berunsur kuliah di YouTube
22. Melihat pameran seni
23. Main alatan muzik
24. Tulis menggunakan TANGAN
25. Gunakan teknik pomodoro
26. Kadangkala, berhenti berfikir dan biarkan minda mencari sendiri jawapan
27. Minum kopi
28. Kanak-kanak harus diajar untuk bersabar (jangan habiskan makanan)
29. Menjadi pakar dalam sesuatu bidang
30. Tulis rebiu/ulasan di Malaysia
31. Keluar dari bandar dan melepak di desa.