Wednesday, January 30, 2013

GARIS PANDUAN MAJLIS PERUNDINGAN GAJI MENGENAI KAEDAH PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012



GARIS PANDUAN

MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA

MENGENAI KAEDAH PELAKSANAAN

PERINTAH GAJI MINIMUM 2012


Urus Setia

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

6 September 2012 2


PENDAHULUAN

BAHAWASANYA

Majlis Perundingan Gaji Negara ("Majlis") yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) setelah menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 4(2) Akta 732, dengan ini membuat keputusan bahawa selain daripada perkara-perkara yang terkandung dalam Perintah Gaji Minimum 2012 [P.U.(A) 214] ("Perintah"), kaedah pelaksanaan Perintah adalah seperti berikut:

1. GAJI MINIMUM PEKERJA BERGAJI HARIAN


Selaras dengan objektif pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, pekerja sepenuh masa hendaklah memperoleh jumlah gaji secara purata tidak kurang daripada RM900 (Semenanjung Malaysia) atau RM800 (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) sebulan. Pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji secara harian dan telah hadir bekerja pada
hari-hari bekerja biasa yang ditetapkan dan memenuhi waktu bekerja biasa yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan tanpa mengira jumlah jam bekerja sehari hendaklah dibayar gaji minimum harian berasaskan formula pengiraan berikut:

Kadar Gaji Harian = Kadar Gaji Minimum Bulanan x 12 Bulan

52 Minggu x Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu

(i) Bagi Semenanjung Malaysia, kadar gaji minimum harian adalah seperti berikut:



Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu

Kadar Gaji Harian

Gaji Bulanan Purata

6

RM34.62

RM34.62 x 26 hari =RM900.12 ≈ RM900

5

RM41.54

RM41.54 x 21.67 hari =RM900.17 ≈ RM900

4

RM51.92

RM51.92 x 17.33 hari =RM899.77 ≈ RM900  




(ii) Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar gaji minimum harian adalah seperti berikut:


Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu


Kadar Gaji Harian


Gaji Bulanan Purata


6
RM30.77
RM30.77 x 26 hari =RM800.02 ≈ RM800
5
RM36.92
RM36.92 x 21.67 hari =RM800.06 ≈ RM800
4
RM46.15
RM46.15 x 17.33 hari =RM799.78 ≈ RM800

Nota: Pengiraan di atas adalah berdasarkan jumlah jam bekerja iaitu maksimum 48 jam seminggu.



2. GAJI MINIMUM BAGI PEKERJA YANG DIBAYAR GAJI SECARA PIECE-RATED, TONNAGE, TRIP ATAU KOMISYEN

Bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi gaji mereka dibayar secara
piece-rated, tonnage, trip atau komisyen, kaedah pelaksanaan gaji minimum adalah seperti berikut:

(i) Jika gaji yang dibayar melebihi gaji minimum, maka gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia atau RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dianggap sebagai telah dipatuhi;

(ii) Jika gaji yang dibayar adalah RM900 di Semenanjung Malaysia atau RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan maka gaji minimum RM900 atau RM800 dianggap sebagai telah dipatuhi; dan

(iii) Jika gaji yang dibayar kurang daripada RM900 di Semenanjung Malaysia atau RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, maka majikan hendaklah menambah apa jua yang kurang untuk memenuhi gaji minimum RM900 atau RM800.

Kaedah ini tidak menafikan hak majikan/pekerja daripada membayar/menerima gaji yang lebih baik mengikut terma-terma dalam kontrak perkhidmatan.

3. KAEDAH PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI



Tertakluk kepada rundingan antara majikan dan pekerja, kaedah penstrukturan gaji adalah berpandukan asas-asas berikut:

(i) proses penstrukturan semula dilakukan HANYA SEKALI SAHAJA iaitu SEBELUM Perintah ini mula berkuat kuasa dan BUKANNYA suatu proses yang berterusan selepas tarikh kuat kuasa Perintah;

(ii) penstrukturan semula gaji hanya melibatkan bayaran-bayaran tunai sebagaimana dalam takrifan "gaji" di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76];

(iii) apa-apa bayaran bukan gaji yang dikecualikan dalam takrifan "gaji" di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] tidak boleh diserap sebagai gaji minimum dalam penstrukturan semula gaji. Bayaran-bayaran bukan gaji tersebut adalah seperti berikut:

(a) nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau bekalan apa-apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian pekerja, mengurangkan pekerja, penamatan, rentikerja sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja;



(c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(d) apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis perniagaannya;

(e) apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau

(f) apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan.

(iv) elaun-elaun yang dibayar secara spesifik berdasarkan keadaan pekerjaan (
nature of work) iaitu elaun panas, elaun habuk, elaun bising, elaun berdiri dan lain-lain elaun seumpamanya yang diberikan kepada golongan pekerja tertentu tidak wajar untuk distrukturkan semula;

(v) bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian kutipan caj perkhidmatan itu yang diagihkan kepada pekerja sebagai sebahagian daripada gaji minimum;

(vi) bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas
(Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200 dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian daripada bayaran tersebut sebagai sebahagian daripada gaji minimum. Sebarang terma dan syarat berhubung dengan kelayakan menerima bayaran itu hendaklah terbatal. Walau bagaimanapun, jika terdapat baki bayaran tersebut, terma dan syarat berhubung dengan kelayakan menerima baki bayaran tersebut hendaklah terus terpakai;

(vii) bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif keselamatan dibayar kepada pekerja sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah


Peraturan Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta di Semenanjung Malaysia) 2011 dan Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta di Sabah dan Sarawak) 2011, ia dibenarkan distruktur sebagai gaji minimum;

(viii) elaun rumah dibenarkan distruktur semula sebagai gaji minimum dengan syarat bahawa elaun tersebut bukan bersifat gantian kepada nilai kemudahan yang disediakan oleh majikan, tetapi satu bayaran tunai yang diberikan oleh majikan berdasarkan kepada kontrak perkhidmatan; dan

(ix) penstrukturan semula itu hendaklah tidak akan mengurangkan jumlah keseluruhan gaji yang diterima sebelum penstrukturan semula.

Majlis Perundingan Gaji Negara dalam Mesyuarat Bil. 4/2012 pada 28 Ogos 2012 dengan ini membuat keputusan mengenai garis panduan seperti di atas dan disahkan oleh Pengerusi:

( TAN SRI DATUK AMAR STEVE SHIM LIP KIONG )

Pengerusi

Majlis Perundingan Gaji Negara

DIPERAKUKAN OLEH:



(DATUK SERI DR. SUBRAMANIAM A/L K.V. SATHASIVAM)

Menteri Sumber Manusia


PENERANGAN

1. TAFSIRAN


Bagi maksud pemakaian Akta 732 dan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 -

(i)

Gaji minimum adalah gaji pokok.

(ii) ‘
Pekerja’ bererti pekerja di bawah Akta 732 yang disandarkan kepada definisi ‘pekerja’ yang diliputi di bawah –

(a) Jadual Pertama Akta Kerja 1955 iaitu pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain seperti dalam
Lampiran A; atau

(b) Jadual Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] (
Lampiran B) atau Jadual Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] (Lampiran C) iaitu pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain,

kecuali pekhidmat domestik dan seseorang perantis.

(iii) ‘

Kontrak perkhidmatan’ –

(a) ertinya apa-apa perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja, tetapi tidak termasuk kontrak perantisan; dan

(b) termasuk ‘Perjanjian Kolektif’ iaitu suatu perjanjian bertulis yang dibuat antara majikan atau kesatuan majikan dengan kesatuan sekerja berhubung terma-terma dan syarat penggajian dan kerja yang berkaitan dengan perhubungan dengan kedua-dua pihak.



(iv) ‘kontrak perantisan’ mempunyai erti yang sama dalam Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76], iaitu suatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan majikan yang mengaku akan mengambil orang itu bekerja dan melatih atau menjadikan ia terlatih secara sistematik untuk satu tred bagi tempoh tertentu yang tidak kurang dari dua tahun dalam tempoh mana perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan.

2. PERMULAAN KUAT KUASA PERINTAH

Penjelasan Mengenai Subperenggan 2(1)(A) Perintah



(i) Perintah Gaji Minimum 2012 hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ke atas majikan yang mempunyai enam orang pekerja atau lebih.

(ii) Perintah tersebut akan terus terpakai kepada majikan itu walaupun bilangan pekerja telah menjadi kurang daripada enam orang selepas 1 Januari 2013.

(iii) Sekiranya pada 1 Januari 2013 majikan mempunyai lima orang pekerja atau kurang, tetapi selepas tarikh tersebut bilangan pekerja bertambah melebihi lima orang maka majikan tersebut hendaklah membayar gaji minimum kepada semua pekerjanya mulai tarikh pekerja tambahan tersebut digajikan.

Ilustrasi 1




Katakan:



Jika pada 1 Januari 2013, syarikat ABC Sdn Bhd mempunyai 6 orang pekerja, maka syarikat tersebut wajib membayar gaji minimum kepada semua pekerjanya.

Sekiranya pada bulan Februari 2013, bilangan pekerja menjadi kurang daripada 6 orang, syarikat tersebut masih berkewajipan mematuhi Perintah untuk baki pekerja yang masih ada.

Dalam contoh ini, majikan yang tertakluk kepada Perintah seperti ilustrasi di atas akan terus tertakluk sepertimana prinsip ‘once in, always in’.

Penjelasan Mengenai Pengkelasan Aktiviti Profesional Di Bawah
Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO)

(iv) Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional, contohnya seorang doktor yang menjalankan perniagaan klinik kesihatan, dikategorikan sebagai suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah MASCO dikehendaki mematuhi Perintah ini mulai 1 Januari 2013 tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

(v) Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat tujuh kumpulan sub utama iaitu:

(a) Profesional Sains dan Kejuruteraan;

(b) Profesional Kesihatan;

(c) Profesional Perguruan;

(d) Profesional Perniagaan dan Pentadbiran;

(e) Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi;

(f) Profesional Undang-undang, Sosial dan Kebudayaan; dan

(g) Profesional Perkhidmatan Hospitaliti, Runcit dan

Perkhidmatan Lain.

(vi) Maklumat terperinci berhubung kumpulan kecil di bawah kumpulan sub utama di atas boleh dirujuk di
Lampiran D.

Penjelasan Mengenai Subperenggan 2(2) Perintah Berhubung Permohonan Penundaan



(vii) Mana-mana orang atau golongan orang boleh memohon penundaan tarikh pelaksanaan Perintah ini. Permohonan yang mengandungi alasan dan justifikasi yang kukuh secara bertulis sama ada melalui surat atau email hendaklah


dialamatkan kepada Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) seperti berikut:

Setiausaha

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8886 5156/ 5162

Faks: 03-8889 2377

Email: mpgn@mohr.gov.my

(viii) Bagi majikan yang menggaji 6 orang pekerja atau lebih yang tarikh kuat kuasanya bermula pada 1 Januari 2013, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh Urus Setia MPGN
selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2012.

(ix) Bagi majikan yang menggaji 5 orang pekerja atau kurang yang tarikh kuat kuasanya bermula pada 1 Julai 2013, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh Urus Setia MPGN selewat-lewatnya pada 1 April 2013.

(x) Dokumen-dokumen yang perlu dikepilkan bagi permohonan penundaan adalah seperti berikut:

- Borang Maklumat Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

- Laporan Kewangan yang telah diaudit bagi 3 tahun terakhir; dan

- Maklumat bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing secara berasingan beserta gaji bagi bulan terakhir.

(xi) Mana-mana permohonan yang diterima oleh Urus Setia MPGN selepas tarikh-tarikh tersebut
TIDAK akan dipertimbangkan.



3. KETIDAKPAKAIAN


Perintah ini tidak terpakai kepada pekhidmat domestik dan perantis.


4. PENGURANGAN KADAR GAJI MINIMUM


Pekerja Dalam Tempoh Percubaan


(i) Pengurangan kadar bayaran gaji minimum tidak melebihi 30% bagi pekerja dalam tempoh percubaan adalah berasaskan kepada kontrak perkhidmatan pekerja tersebut.


Ilustrasi 2




Katakan

:

Pekerja A merupakan seorang pekerja di bawah majikan yang menggajikan 7 orang pekerja dan beliau dalam tempoh percubaan selama 12 bulan bermula pada 1 April 2012. Tempoh 6 bulan pertama percubaan akan genap pada 30 September 2012, maka kadar gaji minimum pada 1 Januari 2013 hendaklah terpakai dan tidak boleh dikurangkan.


Ilustrasi 3




Katakan

:

Pekerja B dalam tempoh percubaan di Semenanjung Malaysia mula bekerja pada 1 Oktober 2012 bagi tempoh 12 bulan dan dibayar gaji sebanyak RM500 sebulan. Sehingga 31 Disember 2012, beliau telah menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan. Ini bermakna baki tempoh percubaan adalah tiga bulan. Oleh itu, beliau hendaklah dibayar sekurang-kurangnya RM630 sebulan bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2013. Seterusnya mulai 1 April 2013, beliau hendaklah dibayar gaji minimum RM900 sebulan.
FORMULA PENSTRUKTURAN GAJI DAN ELAUN


GM = GP + (GM – GP)

ESP2 = ESP1 – (GM – GP)


GM = Gaji Minimum

GP = Gaji Pokok

ESP1 = Elaun Sebelum Perintah

ESP2 = Elaun Selepas Perintah


Ilustrasi 4





Bagi pekerja di
Semenanjung Malaysia yang bergaji pokok sebanyak RM625 dan dibayar elaun tunai sebanyak RM275, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai itu untuk dijadikan sebahagian daripada gaji minimum. Gaji semasa
Gaji selepas Perintah
RM625 (gaji pokok)
RM275 (elaun)
Jumlah=RM900


RM625+(RM900-RM625)
= RM900 (gaji minimum);
RM275 – (RM900-RM625) = RM0 (elaun)
Jumlah=RM900



Ilustrasi 6



Bagi pekerja di
Sarawak yang bergaji pokok sebanyak RM553 dan diberikan bayaran tunai RM547 berdasarkan kepada kutipan caj perkhidmatan, majikannya boleh mengubah sebahagian daripada bayaran tunai itu sebagai sebahagian daripada gaji minimum. Baki sebanyak RM300 itu hendaklah dikekalkan sebagai caj perkhidmatan. Gaji semasa
Gaji selepas Perintah


RM553 (gaji pokok)
RM547 (bayaran tunai daripada kutipan caj perkhidmatan)
Jumlah=RM1100


RM553+(RM800-RM553)
= RM800 (gaji minimum)
RM547 – (RM800-RM553) =
RM300 (bayaran tunai daripada kutipan caj perkhidmatan)
Jumlah=RM1100

Ilustrasi 8



Bagi pekerja di
Labuan yang bergaji pokok sebanyak RM700 tanpa bayaran elaun tunai, majikannya perlu menambah sebanyak RM100 sebagai sebahagian gaji minimum. Gaji semasa
Gaji selepas Perintah


RM700 (gaji pokok)
Jumlah=RM700


RM700+(RM800-RM700) = RM800 (gaji minimum)
Jumlah=RM800





pekerja dan ke atas, maka Perintah Majlis Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di bawah Akta 195 adalah terbatal dan digantikan dengan Perintah Gaji Minimum 2012.

(b) Namun begitu, dari 1 Januari 2013 hingga 30 Jun 2013 Perintah Majlis Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di bawah Akta 195 masih terpakai kepada syarikat pengawal keselamatan yang mempunyai 5 orang pekerja atau kurang.

(c) Jika syarikat kawalan keselamatan diberi penundaan tempoh pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, Perintah Majlis Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di bawah Akta 195 akan terus berkuat kuasa sehingga Perintah Gaji Minimum 2012 mula berkuat kuasa ke atas syarikat kawalan keselamatan tersebut.

RUJUKAN


Undang-undang berkaitan:

1. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

2. Akta Kerja 1955 (Akta 265)

3. Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

4. Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76)

5. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)

6. Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 (Akta 195)


LAMPIRAN

Lampiran A -

Jadual Pertama Akta Kerja 1955

Lampiran B -
Jadual Kepada Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

Lampiran C
- Jadual Kepada Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76)

Lampiran D
- Pengkelasan MASCO bagi Kumpulan Profesional

Disediakan oleh:


Urus Setia

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

Telefon: 03-8886 5156/ 5162

Faks: 03-88892377

Email: mpgn@mohr.gov.my


Lampiran A

FIRST SCHEDULE

EMPLOYMENT ACT 1955



[Subsection 2(1)]
Employee
Provision of the Act not applicable


1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand ringgit a month.

2. Any person who, irrespective of the amount of wages he earns in a month, has entered into a contract of service with an employer in pursuance of which—
(1) he is engaged in manual labour including such labour as an artisan or apprentice:
Provided that where a person is employed by one employer partly in manual labour and partly in some other capacity such person shall not be deemed to be performing manual labour unless the time during which he is required to perform manual labour in any one wage period exceeds one-half of the total time during which he is required to work in such wage period;
(2) he is engaged in the operation or maintenance of any mechanically propelled vehicle operated for the transport of passengers or goods or for reward or for commercial purposes;
(3) he supervises or oversees other employees engaged in manual labour employed by the same employer in and throughout the performance of their work;
 
(4) he is engaged in any capacity in any vessel
Part XII



registered in Malaysia and who—
(a)

is not an officer certificated under the Merchant Shipping Acts of the United Kingdom as amended from time to time;
(b)

is not the holder of a local certificate as defined in Part VII of the Merchant Shipping Ordinance 1952 [F.M. 70/1952]; or
(a) has not entered into an agreement under Part III of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
 
(5) he is engaged as a domestic servant.
Sections 12, 14, 16, 22, 61 and 64, and Parts IX, XII and XIIA
3. For the purpose of this Schedule "wages" means wages as defined in section 2, but shall not include any payment by way of commissions, subsistence allowance and overtime payment.

Lampiran B

SCHEDULE

LABOUR ORDINANCE (SABAH CAP. 67)



[Subsection (1) of section 2]
Employee
1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand five hundred ringgit a month.
2. Any person who, irrespective of the amount of wages he earns in a month, has entered into a contract of service with an employer in pursuance of which –


Provision of the Ordinance not applicable


(a) he is engaged in manual labour including such labour as an artisan or apprentice:
Provided that where a person is employed by one employer partly in manual labour and partly in some other capacity, such person shall not be deemed to be performing manual labour unless the time during which he is required to perform manual labour in any one wage period exceeds one half of the total time during which he is required to work in such wage period;

(b) he is engaged in the operation or maintenance of any mechanically propelled vehicle operated for the transport of passengers or goods or for reward or for commercial purpose



(c) he supervises or oversees other employees engaged in manual labour employed by the same employer in and throughout the performance of their work;
 
(d) he is engaged in recruiting employees;
 
(e) he is engaged in any capacity in any vessel registered in Malaysia and who -
(i) is not an officer certificated under the Merchant Shipping Acts of the United Kingdom as amended from time to time;
(ii) is not a holder of a local certificate as defined in Part VII of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
(iii) has not entered into an agreement under Part III of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 103, 104, 104A, 104B, 104C, 104D, 104E and subsection (2) of section 105
(f) he is engaged as a domestic servant.
Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 10 and 11, subsections (1) and (2) of section 13, sections 57, 58, Chapter XIB, sections 102, 103, 104,104A, 104B, 104C, 104D, 104E, 104F, subsection (2) of section 105 and Chapter XIVA except section 118.
3. For the purpose of this Schedule, "wages" means wages as defined in section 2, but shall not include any payment by way of commission, subsistence allowance and overtime payment.

Lampiran C

SCHEDULE

LABOUR ORDINANCE (SARAWAK CAP. 76)



[Subsection (1) of section 2]
Employee
1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand five hundred ringgit a month.
2. Any person who, irrespective of the amount of wages he earns in a month, has entered into a contract of service with an employer in pursuance of which –
(a) he is engaged in manual labour including such labour as an artisan or apprentice:
Provided that where a person is employed by one employer partly in manual labour and partly in some other capacity, such person shall not be deemed to be performing manual labour unless the time during which he is required to perform manual labour in any one wage period exceeds one half of the total time during which he is required to work in such wage period;
(b) he is engaged in the operation or maintenance of any mechanically propelled vehicle operated for the transport of passengers or goods or for reward or for commercial purposes;
Provision of the Ordinance not



(c) he supervises or oversees other employees engaged in manual labour employed by the same employer in and throughout the performance of their work;
(d) he is engaged in recruiting employees;
 
(e) he is engaged in any capacity in any vessel registered in Malaysia and who -
(i) is not an officer certificated under the Merchant Shipping Acts of the United Kingdom as amended from time to time;
(ii) is not a holder of a local certificate as defined in Part VII of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
(iii) has not entered into an agreement under Part III of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or

Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 104, 105, 105A, 105B, 105C, 105D, 105E and subsection (2) of section 106
(f) he is engaged as a domestic servant.
Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 11 and 12, subsections (1) and (2) of section 14, sections 58, 59, Chapter XIB, sections 103, 104, 105, 105A, 105B, 105C, 105D, 105E, 105F, sub section (2) of section 106 and Chapter XIVA.
3. For the purpose of this Schedule, "wages" means wages as defined in section 2, but shall not include any payment by way of commission, subsistence allowance and overtime payment.

Lampiran D

PIAWAIAN PENGELASAN PEKERJAAN MALAYSIA (MASCO) 2008 EDISI KETIGA

KUMPULAN UTAMA 2

- PROFESIONAL

Profesional meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada, mengaplikasikan konsep dan teori sains atau seni, mengajar tentang apa yang berlaku secara sistematik, atau melibatkan diri dalam mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga aktiviti ini. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan ini memerlukan kemahiran pada tahap yang keempat.


21 PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN


211 Ahli Fizik, Kimia, dan Profesional Berkaitan

212 Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan

213 Profesional Sains Hayat

214 Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi)

215 Jurutera Elektroteknologi

216 Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka

217 Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/Lokomotif

218 Profesional Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan


22 PROFESIONAL KESIHATAN


221 Doktor Perubatan

222 Profesional Kejururawatan dan Perbidanan

223 Profesional Perubatan Tradisional dan Komplementari

224 Pengamal Paramedikal

225 Pakar Veterinar

226 Profesional Kesihatan Lain


23 PROFESIONAL PERGURUAN


231 Profesional Perguruan Universiti Dan Pendidikan Tinggi

232 Guru Pendidikan Vokasional

233 Guru
Pendidikan Menengah
 
234 Guru Pendidikan Rendah Dan Prapendidikan Rendah

235 Guru Muzik, Seni, Dan Seni Persembahan

236 Guru Bahasa

237 Guru Agama

238 Pengajar Kemahiran Teknologi Dan Teknikal

239 Profesional Perguruan Lain

24 PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN

241 Profesional Kewangan

242 Profesional Pentadbiran

243 Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam

244 Profesional Badan Pengawalaturan

25 PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

251 Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi

252 Profesional Pangkalan Data dan Pentadbir Sistem

26 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEBUDAYAAN

261 Profesional Undang-Undang

262 Pustakawan, Juruarkib, dan Kurator

263 Profesional Sosial, Keagamaan dan Yang Berkaitan

264 Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik

265 Artis Kreatif dan Persembahan

27 PROFESIONAL PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT DAN PERKHIDMATAN LAIN

271 Profesional Hotel, Restoran, Hospitaliti dan Berkaitan