Monday, January 21, 2013

kakitangan awam kontak CUEPACS AKAN BINCANG DENGAN

Thursday, 12 April 2012

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini bagi membincangkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu membabitkan kakitangan kategori tersebut yang tidak diserap ke jawatan tetap mahupun yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Presiden Cuepacs
Katanya, CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.Pihaknya, kata beliau, telah bertemu Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berhubung isu tersebut namun, tiada sebarang kata putus diberi."CUEPACS berharap Perdana Menteri akan bersetuju mengadakan perbincangan mengenai perkara ini, jika keputusan kelak menyebelahi kakitangan kontrak, ia akan menjadi berita gembira kepada mereka menjelang Hari Pekerja 1 Mei nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) berstatus kontrak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.Menurut Omar, ketika ini terdapat hampir 700 PTD berstatus kontrak kebanyakannya lepasan institusi pengajian tinggi awam mahupun universiti luar negara yang memperoleh tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Saya juga hairan mengapa pegawai PTD lepasan IPTA tempatan dan universiti luar negara yang mendapat tajaan biasiswa dan tajaan JPA tidak mendapat status pekerja tetap walaupun mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan agensi-agensi kerajaan."Jika alasan tiada jawatan kosong ia tidak munasabah kerana tiada pengambilan pekerja baru dibuat selepas pembekuan jawatan Jun tahun lalu, bayangkan berapa ramai penjawat awam yang berhenti dalam tempoh tersebut," katanya.
Oleh itu, katanya, CUEPACS menggesa supaya kerajaan menilai sedalam-dalamnya mengenai perkara itu selain menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap."Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga 10 tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap," katanya.Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.
"Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.
Utusan Malaysia
Oleh HAKIMI ISMAIL