Wednesday, January 30, 2013

Gaji minimum pekerja pdk ???????????? hanya telan air liur sahaja la ye.................

hai  hai   hai

Tahun 2013  ramai  pekerja yang telah mendapat gaji minimum RM 900 sedangkan Petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) seluruh Malaysia hanya menelan air liur dan mengigit jari sahaja kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan menggunakan pelbagai 100000000000 alasan untuk tidak memberi kami gaji minimum RM 900

sudahlah kebajikan  kami petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tidak dipedulikan , elaun perjalanan tiada,   sakit bayar sendiri, masuk wad bayar sendiri..... elaun kerja masa pun tiada ................alasannya berjuta juta untuk tidak mempedulikan kebajikan kami walaupun kami di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan komuniti setempat serta pihak isteri wakil rakyat............

 
 
 


biasalah pegawai yang di atas ...pekerja seperti kami pekerja kontrak tiada ertinya bagi mereka ............ hanya kerana kami kontrak ............dah le sukarela.....kontrak lagi tu ....seperti sudah jatuh ditimpa tangga tu ................

BELAJAR SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA
BELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA
BELAJAR SEKOLAH MENENGAH TINGGI PUN DI MALAYSIA
BERKAHWIN DI MALAYSIA
BERJUANG PUN DI MALAYSIA
MATI PUN DI BUMI MALAYSIA
NAMUN NAMUN NAMUN MALANG SEKALI
BEKERJA SEPERTI PENDATANG ASING ............ BEKERJA KONTRAK ...........???????????


EFFECTNYA NANTI UNDI UNDI .............?????
 


Gaji Minimum Pekerja 2012. Semenanjung Malaysia (RM900 Sebulan @ RM4.33 Sejam). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan @ RM3.85 Sejam)

http://beritasemasa.com/gaji-minimum

 
Gaji Minima 2012 Gaji Minimum Pekerja Swasta 2012. Semenanjung Malaysia (RM900 Sebulan @ RM4.33 Sejam). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan @ RM3.85 Sejam)
Hari ini adalah Hari Pekerja 2012. Semuanya bercuti pada hari ini. Pada asalnya ia lebih dikenali dengan nama Hari Buruh. Di mana hari buruh ini mula dirayakan di sekitar Australia dalam akhir tahun 1800 an. Tetapi kini terma buruh sudah lagi tidak sesuai digunapakai. Ini kerana semua pekerja tidak kira apa peringkat dan pangkat sekalipun, samada kakitangan rendah atau kakitangan atasan semuanya cuti rehat pada 1 Mei setiap tahun.
Masing-masing ada tanggungjawab dan peranannya yang tersendiri :
“Buruh dan majikan ibarat kulit dengan kuku”
Dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.
Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini
  1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
  2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
  3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.
Dan di atas semangat dan sumbangan besar daripada pelbagai peringkat inilah berpaksi kepada keadilan kepada peringkat bawahan ini, akhirnya kerajaan melalui pengumuman Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumankan butiran lengkap mengenai Dasar Gaji Minimum (Gaji minima) Pekerja Swasta 2012

Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya
  • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
  • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)
2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam
3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan
  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.
5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
  • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
  • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
  • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak
Bagi kami ia satu permulaan yang baik. Cuma mungkin kami mencadangkan di sini jika ada penambaikan untuk dasar gaji minimum (gaji minima ) pekerja swasta pada masa-masa akan datang, mungkin boleh dipertimbangkan gaji minimum sektor swasta di Malaysia diselaraskan mengikut peringkat dan pencapaian masing-masing :
  1. Sijil = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
  2. Diploma = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
  3. Degree = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?’
Dan penawaran gaji seperti ini ini perlulah merujuk kepada kewangan dan jumlah keuntungan tahunan syarikat tersebut. Dan kalau boleh selepas ini dasar gaji minimum fokus kepada gaji pokok semata.
Cuma diharapkan buat masa ini, kerajaan memantau dengan lebih ketat lagi turun naik harga barang di seluruh negara, kerana ada kemungkinan majikan ini tiada keberatan untuk menaikkan harga barang tetapi harga barang akhirnya terpaksa dinaikkan sekali lagi ganda atas nama untuk menampung kos operasi. Kerajaan juga dalam pada masa harus mengawal kemasukan bilangan pekerja asing daripada masa ke semasa, dan tidak tunduk dengan “desakan” taikun-taikun ini atas nama “penjimatan”.
“Pimai-pimai Tang Tu Juga “
Dan besarlah harapan kami, kerajaan perlulah menumpukan gaji golongan profesional selepas ini kerana dilihat ramai pakar kita berhijrah ke luar negara disebabkan gaji di Malaysia masih rendah untuk golongan berpendidikan tinggi ini. Apatah lagi kos sara hidup di Malaysia masih lagi dilihat sukar untuk dibendung.
Untuk menjadi negara maju & berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia harus memanggil balik ramai pakar-pakar Malaysia di luar negara terutama pelajar-pelajar Malaysia yang berat hati mahu pulang ke Malaysia dan terus menetap di luar negara selepas habis pengajian universiti kerana terima gaji lumayan di negara orang.

Gazet Perintah Gaji Minimum 2012

Sebagaimana yang sedia maklum, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 273) telah dikuatkuasakan mulai 15 September 2011. Bagi menguatkuasakan Akta tersebut, Menteri kini membuat Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214) yang telah diwartakan pada 16 Julai 2012 untuk menetapkan, antara lain, perkara-perkara berikut:
 




(i) Perintah Gaji Minimum 2012 ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013;
(ii) Kadar gaji minimum yang kena dibayar adalah RM900 sebulan bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah/Sarawak/Wil. Persekutuan Labuan;
(iii) Mana-mana pekerja/majikan boleh memohon penundaan dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh Perintah ini dikuatkuasakan kepada majikannya;
(iv) Majlis boleh mengkaji semula atau mengambil tindakan yang perlu menurut kuasa mereka di bawah sek. 21, 22 dan 23 Akta 273. 3.

Gazet Perintah Gaji Minimum 2012 boleh dimuat turun di sini.
Kredit Gambar : http://mynewshub.my/2011/04/26/ringgit-may-hit-2-93-per-dollar-soon/

GARIS PANDUAN MAJLIS PERUNDINGAN GAJI MENGENAI KAEDAH PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012



GARIS PANDUAN

MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA

MENGENAI KAEDAH PELAKSANAAN

PERINTAH GAJI MINIMUM 2012


Urus Setia

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

6 September 2012 2


PENDAHULUAN

BAHAWASANYA

Majlis Perundingan Gaji Negara ("Majlis") yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) setelah menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 4(2) Akta 732, dengan ini membuat keputusan bahawa selain daripada perkara-perkara yang terkandung dalam Perintah Gaji Minimum 2012 [P.U.(A) 214] ("Perintah"), kaedah pelaksanaan Perintah adalah seperti berikut:

1. GAJI MINIMUM PEKERJA BERGAJI HARIAN


Selaras dengan objektif pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, pekerja sepenuh masa hendaklah memperoleh jumlah gaji secara purata tidak kurang daripada RM900 (Semenanjung Malaysia) atau RM800 (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) sebulan. Pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji secara harian dan telah hadir bekerja pada
hari-hari bekerja biasa yang ditetapkan dan memenuhi waktu bekerja biasa yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan tanpa mengira jumlah jam bekerja sehari hendaklah dibayar gaji minimum harian berasaskan formula pengiraan berikut:

Kadar Gaji Harian = Kadar Gaji Minimum Bulanan x 12 Bulan

52 Minggu x Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu

(i) Bagi Semenanjung Malaysia, kadar gaji minimum harian adalah seperti berikut:



Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu

Kadar Gaji Harian

Gaji Bulanan Purata

6

RM34.62

RM34.62 x 26 hari =RM900.12 ≈ RM900

5

RM41.54

RM41.54 x 21.67 hari =RM900.17 ≈ RM900

4

RM51.92

RM51.92 x 17.33 hari =RM899.77 ≈ RM900  




(ii) Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar gaji minimum harian adalah seperti berikut:


Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu


Kadar Gaji Harian


Gaji Bulanan Purata


6
RM30.77
RM30.77 x 26 hari =RM800.02 ≈ RM800
5
RM36.92
RM36.92 x 21.67 hari =RM800.06 ≈ RM800
4
RM46.15
RM46.15 x 17.33 hari =RM799.78 ≈ RM800

Nota: Pengiraan di atas adalah berdasarkan jumlah jam bekerja iaitu maksimum 48 jam seminggu.



2. GAJI MINIMUM BAGI PEKERJA YANG DIBAYAR GAJI SECARA PIECE-RATED, TONNAGE, TRIP ATAU KOMISYEN

Bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi gaji mereka dibayar secara
piece-rated, tonnage, trip atau komisyen, kaedah pelaksanaan gaji minimum adalah seperti berikut:

(i) Jika gaji yang dibayar melebihi gaji minimum, maka gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia atau RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dianggap sebagai telah dipatuhi;

(ii) Jika gaji yang dibayar adalah RM900 di Semenanjung Malaysia atau RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan maka gaji minimum RM900 atau RM800 dianggap sebagai telah dipatuhi; dan

(iii) Jika gaji yang dibayar kurang daripada RM900 di Semenanjung Malaysia atau RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, maka majikan hendaklah menambah apa jua yang kurang untuk memenuhi gaji minimum RM900 atau RM800.

Kaedah ini tidak menafikan hak majikan/pekerja daripada membayar/menerima gaji yang lebih baik mengikut terma-terma dalam kontrak perkhidmatan.

3. KAEDAH PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI



Tertakluk kepada rundingan antara majikan dan pekerja, kaedah penstrukturan gaji adalah berpandukan asas-asas berikut:

(i) proses penstrukturan semula dilakukan HANYA SEKALI SAHAJA iaitu SEBELUM Perintah ini mula berkuat kuasa dan BUKANNYA suatu proses yang berterusan selepas tarikh kuat kuasa Perintah;

(ii) penstrukturan semula gaji hanya melibatkan bayaran-bayaran tunai sebagaimana dalam takrifan "gaji" di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76];

(iii) apa-apa bayaran bukan gaji yang dikecualikan dalam takrifan "gaji" di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] tidak boleh diserap sebagai gaji minimum dalam penstrukturan semula gaji. Bayaran-bayaran bukan gaji tersebut adalah seperti berikut:

(a) nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau bekalan apa-apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian pekerja, mengurangkan pekerja, penamatan, rentikerja sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja;



(c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(d) apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis perniagaannya;

(e) apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau

(f) apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan.

(iv) elaun-elaun yang dibayar secara spesifik berdasarkan keadaan pekerjaan (
nature of work) iaitu elaun panas, elaun habuk, elaun bising, elaun berdiri dan lain-lain elaun seumpamanya yang diberikan kepada golongan pekerja tertentu tidak wajar untuk distrukturkan semula;

(v) bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian kutipan caj perkhidmatan itu yang diagihkan kepada pekerja sebagai sebahagian daripada gaji minimum;

(vi) bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas
(Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200 dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian daripada bayaran tersebut sebagai sebahagian daripada gaji minimum. Sebarang terma dan syarat berhubung dengan kelayakan menerima bayaran itu hendaklah terbatal. Walau bagaimanapun, jika terdapat baki bayaran tersebut, terma dan syarat berhubung dengan kelayakan menerima baki bayaran tersebut hendaklah terus terpakai;

(vii) bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif keselamatan dibayar kepada pekerja sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah


Peraturan Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta di Semenanjung Malaysia) 2011 dan Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta di Sabah dan Sarawak) 2011, ia dibenarkan distruktur sebagai gaji minimum;

(viii) elaun rumah dibenarkan distruktur semula sebagai gaji minimum dengan syarat bahawa elaun tersebut bukan bersifat gantian kepada nilai kemudahan yang disediakan oleh majikan, tetapi satu bayaran tunai yang diberikan oleh majikan berdasarkan kepada kontrak perkhidmatan; dan

(ix) penstrukturan semula itu hendaklah tidak akan mengurangkan jumlah keseluruhan gaji yang diterima sebelum penstrukturan semula.

Majlis Perundingan Gaji Negara dalam Mesyuarat Bil. 4/2012 pada 28 Ogos 2012 dengan ini membuat keputusan mengenai garis panduan seperti di atas dan disahkan oleh Pengerusi:

( TAN SRI DATUK AMAR STEVE SHIM LIP KIONG )

Pengerusi

Majlis Perundingan Gaji Negara

DIPERAKUKAN OLEH:



(DATUK SERI DR. SUBRAMANIAM A/L K.V. SATHASIVAM)

Menteri Sumber Manusia


PENERANGAN

1. TAFSIRAN


Bagi maksud pemakaian Akta 732 dan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 -

(i)

Gaji minimum adalah gaji pokok.

(ii) ‘
Pekerja’ bererti pekerja di bawah Akta 732 yang disandarkan kepada definisi ‘pekerja’ yang diliputi di bawah –

(a) Jadual Pertama Akta Kerja 1955 iaitu pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain seperti dalam
Lampiran A; atau

(b) Jadual Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] (
Lampiran B) atau Jadual Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] (Lampiran C) iaitu pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain,

kecuali pekhidmat domestik dan seseorang perantis.

(iii) ‘

Kontrak perkhidmatan’ –

(a) ertinya apa-apa perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja, tetapi tidak termasuk kontrak perantisan; dan

(b) termasuk ‘Perjanjian Kolektif’ iaitu suatu perjanjian bertulis yang dibuat antara majikan atau kesatuan majikan dengan kesatuan sekerja berhubung terma-terma dan syarat penggajian dan kerja yang berkaitan dengan perhubungan dengan kedua-dua pihak.



(iv) ‘kontrak perantisan’ mempunyai erti yang sama dalam Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76], iaitu suatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan majikan yang mengaku akan mengambil orang itu bekerja dan melatih atau menjadikan ia terlatih secara sistematik untuk satu tred bagi tempoh tertentu yang tidak kurang dari dua tahun dalam tempoh mana perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan.

2. PERMULAAN KUAT KUASA PERINTAH

Penjelasan Mengenai Subperenggan 2(1)(A) Perintah



(i) Perintah Gaji Minimum 2012 hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ke atas majikan yang mempunyai enam orang pekerja atau lebih.

(ii) Perintah tersebut akan terus terpakai kepada majikan itu walaupun bilangan pekerja telah menjadi kurang daripada enam orang selepas 1 Januari 2013.

(iii) Sekiranya pada 1 Januari 2013 majikan mempunyai lima orang pekerja atau kurang, tetapi selepas tarikh tersebut bilangan pekerja bertambah melebihi lima orang maka majikan tersebut hendaklah membayar gaji minimum kepada semua pekerjanya mulai tarikh pekerja tambahan tersebut digajikan.

Ilustrasi 1




Katakan:



Jika pada 1 Januari 2013, syarikat ABC Sdn Bhd mempunyai 6 orang pekerja, maka syarikat tersebut wajib membayar gaji minimum kepada semua pekerjanya.

Sekiranya pada bulan Februari 2013, bilangan pekerja menjadi kurang daripada 6 orang, syarikat tersebut masih berkewajipan mematuhi Perintah untuk baki pekerja yang masih ada.

Dalam contoh ini, majikan yang tertakluk kepada Perintah seperti ilustrasi di atas akan terus tertakluk sepertimana prinsip ‘once in, always in’.

Penjelasan Mengenai Pengkelasan Aktiviti Profesional Di Bawah
Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO)

(iv) Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional, contohnya seorang doktor yang menjalankan perniagaan klinik kesihatan, dikategorikan sebagai suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah MASCO dikehendaki mematuhi Perintah ini mulai 1 Januari 2013 tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

(v) Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat tujuh kumpulan sub utama iaitu:

(a) Profesional Sains dan Kejuruteraan;

(b) Profesional Kesihatan;

(c) Profesional Perguruan;

(d) Profesional Perniagaan dan Pentadbiran;

(e) Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi;

(f) Profesional Undang-undang, Sosial dan Kebudayaan; dan

(g) Profesional Perkhidmatan Hospitaliti, Runcit dan

Perkhidmatan Lain.

(vi) Maklumat terperinci berhubung kumpulan kecil di bawah kumpulan sub utama di atas boleh dirujuk di
Lampiran D.

Penjelasan Mengenai Subperenggan 2(2) Perintah Berhubung Permohonan Penundaan



(vii) Mana-mana orang atau golongan orang boleh memohon penundaan tarikh pelaksanaan Perintah ini. Permohonan yang mengandungi alasan dan justifikasi yang kukuh secara bertulis sama ada melalui surat atau email hendaklah


dialamatkan kepada Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) seperti berikut:

Setiausaha

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8886 5156/ 5162

Faks: 03-8889 2377

Email: mpgn@mohr.gov.my

(viii) Bagi majikan yang menggaji 6 orang pekerja atau lebih yang tarikh kuat kuasanya bermula pada 1 Januari 2013, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh Urus Setia MPGN
selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2012.

(ix) Bagi majikan yang menggaji 5 orang pekerja atau kurang yang tarikh kuat kuasanya bermula pada 1 Julai 2013, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh Urus Setia MPGN selewat-lewatnya pada 1 April 2013.

(x) Dokumen-dokumen yang perlu dikepilkan bagi permohonan penundaan adalah seperti berikut:

- Borang Maklumat Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

- Laporan Kewangan yang telah diaudit bagi 3 tahun terakhir; dan

- Maklumat bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing secara berasingan beserta gaji bagi bulan terakhir.

(xi) Mana-mana permohonan yang diterima oleh Urus Setia MPGN selepas tarikh-tarikh tersebut
TIDAK akan dipertimbangkan.



3. KETIDAKPAKAIAN


Perintah ini tidak terpakai kepada pekhidmat domestik dan perantis.


4. PENGURANGAN KADAR GAJI MINIMUM


Pekerja Dalam Tempoh Percubaan


(i) Pengurangan kadar bayaran gaji minimum tidak melebihi 30% bagi pekerja dalam tempoh percubaan adalah berasaskan kepada kontrak perkhidmatan pekerja tersebut.


Ilustrasi 2




Katakan

:

Pekerja A merupakan seorang pekerja di bawah majikan yang menggajikan 7 orang pekerja dan beliau dalam tempoh percubaan selama 12 bulan bermula pada 1 April 2012. Tempoh 6 bulan pertama percubaan akan genap pada 30 September 2012, maka kadar gaji minimum pada 1 Januari 2013 hendaklah terpakai dan tidak boleh dikurangkan.


Ilustrasi 3




Katakan

:

Pekerja B dalam tempoh percubaan di Semenanjung Malaysia mula bekerja pada 1 Oktober 2012 bagi tempoh 12 bulan dan dibayar gaji sebanyak RM500 sebulan. Sehingga 31 Disember 2012, beliau telah menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan. Ini bermakna baki tempoh percubaan adalah tiga bulan. Oleh itu, beliau hendaklah dibayar sekurang-kurangnya RM630 sebulan bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2013. Seterusnya mulai 1 April 2013, beliau hendaklah dibayar gaji minimum RM900 sebulan.
FORMULA PENSTRUKTURAN GAJI DAN ELAUN


GM = GP + (GM – GP)

ESP2 = ESP1 – (GM – GP)


GM = Gaji Minimum

GP = Gaji Pokok

ESP1 = Elaun Sebelum Perintah

ESP2 = Elaun Selepas Perintah


Ilustrasi 4





Bagi pekerja di
Semenanjung Malaysia yang bergaji pokok sebanyak RM625 dan dibayar elaun tunai sebanyak RM275, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai itu untuk dijadikan sebahagian daripada gaji minimum. Gaji semasa
Gaji selepas Perintah
RM625 (gaji pokok)
RM275 (elaun)
Jumlah=RM900


RM625+(RM900-RM625)
= RM900 (gaji minimum);
RM275 – (RM900-RM625) = RM0 (elaun)
Jumlah=RM900



Ilustrasi 6



Bagi pekerja di
Sarawak yang bergaji pokok sebanyak RM553 dan diberikan bayaran tunai RM547 berdasarkan kepada kutipan caj perkhidmatan, majikannya boleh mengubah sebahagian daripada bayaran tunai itu sebagai sebahagian daripada gaji minimum. Baki sebanyak RM300 itu hendaklah dikekalkan sebagai caj perkhidmatan. Gaji semasa
Gaji selepas Perintah


RM553 (gaji pokok)
RM547 (bayaran tunai daripada kutipan caj perkhidmatan)
Jumlah=RM1100


RM553+(RM800-RM553)
= RM800 (gaji minimum)
RM547 – (RM800-RM553) =
RM300 (bayaran tunai daripada kutipan caj perkhidmatan)
Jumlah=RM1100

Ilustrasi 8



Bagi pekerja di
Labuan yang bergaji pokok sebanyak RM700 tanpa bayaran elaun tunai, majikannya perlu menambah sebanyak RM100 sebagai sebahagian gaji minimum. Gaji semasa
Gaji selepas Perintah


RM700 (gaji pokok)
Jumlah=RM700


RM700+(RM800-RM700) = RM800 (gaji minimum)
Jumlah=RM800





pekerja dan ke atas, maka Perintah Majlis Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di bawah Akta 195 adalah terbatal dan digantikan dengan Perintah Gaji Minimum 2012.

(b) Namun begitu, dari 1 Januari 2013 hingga 30 Jun 2013 Perintah Majlis Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di bawah Akta 195 masih terpakai kepada syarikat pengawal keselamatan yang mempunyai 5 orang pekerja atau kurang.

(c) Jika syarikat kawalan keselamatan diberi penundaan tempoh pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, Perintah Majlis Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di bawah Akta 195 akan terus berkuat kuasa sehingga Perintah Gaji Minimum 2012 mula berkuat kuasa ke atas syarikat kawalan keselamatan tersebut.

RUJUKAN


Undang-undang berkaitan:

1. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

2. Akta Kerja 1955 (Akta 265)

3. Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

4. Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76)

5. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)

6. Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 (Akta 195)


LAMPIRAN

Lampiran A -

Jadual Pertama Akta Kerja 1955

Lampiran B -
Jadual Kepada Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

Lampiran C
- Jadual Kepada Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76)

Lampiran D
- Pengkelasan MASCO bagi Kumpulan Profesional

Disediakan oleh:


Urus Setia

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

Telefon: 03-8886 5156/ 5162

Faks: 03-88892377

Email: mpgn@mohr.gov.my


Lampiran A

FIRST SCHEDULE

EMPLOYMENT ACT 1955



[Subsection 2(1)]
Employee
Provision of the Act not applicable


1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand ringgit a month.

2. Any person who, irrespective of the amount of wages he earns in a month, has entered into a contract of service with an employer in pursuance of which—
(1) he is engaged in manual labour including such labour as an artisan or apprentice:
Provided that where a person is employed by one employer partly in manual labour and partly in some other capacity such person shall not be deemed to be performing manual labour unless the time during which he is required to perform manual labour in any one wage period exceeds one-half of the total time during which he is required to work in such wage period;
(2) he is engaged in the operation or maintenance of any mechanically propelled vehicle operated for the transport of passengers or goods or for reward or for commercial purposes;
(3) he supervises or oversees other employees engaged in manual labour employed by the same employer in and throughout the performance of their work;
 
(4) he is engaged in any capacity in any vessel
Part XII



registered in Malaysia and who—
(a)

is not an officer certificated under the Merchant Shipping Acts of the United Kingdom as amended from time to time;
(b)

is not the holder of a local certificate as defined in Part VII of the Merchant Shipping Ordinance 1952 [F.M. 70/1952]; or
(a) has not entered into an agreement under Part III of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
 
(5) he is engaged as a domestic servant.
Sections 12, 14, 16, 22, 61 and 64, and Parts IX, XII and XIIA
3. For the purpose of this Schedule "wages" means wages as defined in section 2, but shall not include any payment by way of commissions, subsistence allowance and overtime payment.

Lampiran B

SCHEDULE

LABOUR ORDINANCE (SABAH CAP. 67)



[Subsection (1) of section 2]
Employee
1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand five hundred ringgit a month.
2. Any person who, irrespective of the amount of wages he earns in a month, has entered into a contract of service with an employer in pursuance of which –


Provision of the Ordinance not applicable


(a) he is engaged in manual labour including such labour as an artisan or apprentice:
Provided that where a person is employed by one employer partly in manual labour and partly in some other capacity, such person shall not be deemed to be performing manual labour unless the time during which he is required to perform manual labour in any one wage period exceeds one half of the total time during which he is required to work in such wage period;

(b) he is engaged in the operation or maintenance of any mechanically propelled vehicle operated for the transport of passengers or goods or for reward or for commercial purpose



(c) he supervises or oversees other employees engaged in manual labour employed by the same employer in and throughout the performance of their work;
 
(d) he is engaged in recruiting employees;
 
(e) he is engaged in any capacity in any vessel registered in Malaysia and who -
(i) is not an officer certificated under the Merchant Shipping Acts of the United Kingdom as amended from time to time;
(ii) is not a holder of a local certificate as defined in Part VII of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
(iii) has not entered into an agreement under Part III of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 103, 104, 104A, 104B, 104C, 104D, 104E and subsection (2) of section 105
(f) he is engaged as a domestic servant.
Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 10 and 11, subsections (1) and (2) of section 13, sections 57, 58, Chapter XIB, sections 102, 103, 104,104A, 104B, 104C, 104D, 104E, 104F, subsection (2) of section 105 and Chapter XIVA except section 118.
3. For the purpose of this Schedule, "wages" means wages as defined in section 2, but shall not include any payment by way of commission, subsistence allowance and overtime payment.

Lampiran C

SCHEDULE

LABOUR ORDINANCE (SARAWAK CAP. 76)



[Subsection (1) of section 2]
Employee
1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand five hundred ringgit a month.
2. Any person who, irrespective of the amount of wages he earns in a month, has entered into a contract of service with an employer in pursuance of which –
(a) he is engaged in manual labour including such labour as an artisan or apprentice:
Provided that where a person is employed by one employer partly in manual labour and partly in some other capacity, such person shall not be deemed to be performing manual labour unless the time during which he is required to perform manual labour in any one wage period exceeds one half of the total time during which he is required to work in such wage period;
(b) he is engaged in the operation or maintenance of any mechanically propelled vehicle operated for the transport of passengers or goods or for reward or for commercial purposes;
Provision of the Ordinance not



(c) he supervises or oversees other employees engaged in manual labour employed by the same employer in and throughout the performance of their work;
(d) he is engaged in recruiting employees;
 
(e) he is engaged in any capacity in any vessel registered in Malaysia and who -
(i) is not an officer certificated under the Merchant Shipping Acts of the United Kingdom as amended from time to time;
(ii) is not a holder of a local certificate as defined in Part VII of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or
(iii) has not entered into an agreement under Part III of the Merchant Shipping Ordinance 1952; or

Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 104, 105, 105A, 105B, 105C, 105D, 105E and subsection (2) of section 106
(f) he is engaged as a domestic servant.
Definition of "ordinary rate of pay" in section 2, sections 11 and 12, subsections (1) and (2) of section 14, sections 58, 59, Chapter XIB, sections 103, 104, 105, 105A, 105B, 105C, 105D, 105E, 105F, sub section (2) of section 106 and Chapter XIVA.
3. For the purpose of this Schedule, "wages" means wages as defined in section 2, but shall not include any payment by way of commission, subsistence allowance and overtime payment.

Lampiran D

PIAWAIAN PENGELASAN PEKERJAAN MALAYSIA (MASCO) 2008 EDISI KETIGA

KUMPULAN UTAMA 2

- PROFESIONAL

Profesional meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada, mengaplikasikan konsep dan teori sains atau seni, mengajar tentang apa yang berlaku secara sistematik, atau melibatkan diri dalam mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga aktiviti ini. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan ini memerlukan kemahiran pada tahap yang keempat.


21 PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN


211 Ahli Fizik, Kimia, dan Profesional Berkaitan

212 Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan

213 Profesional Sains Hayat

214 Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi)

215 Jurutera Elektroteknologi

216 Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka

217 Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/Lokomotif

218 Profesional Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan


22 PROFESIONAL KESIHATAN


221 Doktor Perubatan

222 Profesional Kejururawatan dan Perbidanan

223 Profesional Perubatan Tradisional dan Komplementari

224 Pengamal Paramedikal

225 Pakar Veterinar

226 Profesional Kesihatan Lain


23 PROFESIONAL PERGURUAN


231 Profesional Perguruan Universiti Dan Pendidikan Tinggi

232 Guru Pendidikan Vokasional

233 Guru
Pendidikan Menengah
 
234 Guru Pendidikan Rendah Dan Prapendidikan Rendah

235 Guru Muzik, Seni, Dan Seni Persembahan

236 Guru Bahasa

237 Guru Agama

238 Pengajar Kemahiran Teknologi Dan Teknikal

239 Profesional Perguruan Lain

24 PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN

241 Profesional Kewangan

242 Profesional Pentadbiran

243 Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam

244 Profesional Badan Pengawalaturan

25 PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

251 Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi

252 Profesional Pangkalan Data dan Pentadbir Sistem

26 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEBUDAYAAN

261 Profesional Undang-Undang

262 Pustakawan, Juruarkib, dan Kurator

263 Profesional Sosial, Keagamaan dan Yang Berkaitan

264 Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik

265 Artis Kreatif dan Persembahan

27 PROFESIONAL PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT DAN PERKHIDMATAN LAIN

271 Profesional Hotel, Restoran, Hospitaliti dan Berkaitan
 

PENAMATAN LATIHAN KAAK OLEH AGENSI LATIHAN

PENAMATAN LATIHAN KAAK OLEH AGENSI LATIHAN PDFPrintEmel



JKM ingin memaklumkan bahawa penganjuran KAAK oleh agensi latihan telah ditamatkan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA akan mula diperkenalkan pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Gaji Minimum Pekerja Swasta RM900 Dilaksana Julai – Pekerja Swasta bakal Dapat gaji Minimum RM900 Dilaksana Julai – rm900 gaji minimum swasta

http://www.nescafeais.com/gaji-minimum-swasta-rm900-dilaksana-julai/

Gaji Minimum Pekerja Swasta RM900 Dilaksana Julai – Pekerja Swasta bakal Dapat gaji Minimum RM900 Dilaksana Julai – rm900 gaji minimum swasta


jaji minimum
Alhamdulillah..Berita baik untuk pekerja Swasta, baru-baru ni,gaji pekerja awam dinaikkan..dan kini gaji pekerja swasta pulak bakal dinaikkan. Lebih lima juta pekerja swasta bakal menikmati manfaat gaji minimum RM900 Julai ini
KUALA LUMPUR: Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.
Ini bermakna lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan akan menerima manfaat itu, kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.
Sumber berkata, penetapan RM900 dipersetujui sebulat suara, termasuk wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala laporan terperinci MPGN sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia, baru-baru ini.
“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Pada 2010, bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.
MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.
Sumber itu berkata, pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.
“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum…, tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan lain mengenai elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 seperti diperjuangkan MTUC sebelum ini,” katanya.


Read more: http://www.nescafeais.com/gaji-minimum-swasta-rm900-dilaksana-julai/#ixzz2JT7YT93r

Sekarang kita lihat pula syarat perlantikan sebagai PETUGAS PDK SECARA SUKARELA DI BAWAH KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN

                                                      PDK ................
                                                     ALAMAT : ...........................................

 Nama Petugas : .......................
Alamat petugas : ...........................

LANTIKAN SEBAGAI PETUGAS PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SECARA SUKARELA DI BAWAH KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN (CONTRACT FOR SERVICE)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya dalam temuduga sebagai Petugas di PDK .......

3. Sekiranya tuan/puan bersetuju dengan syarat yang ditetapkan , tuan/puan diminta melaporkan diri daripada ............... dengan membawa bersama kad pengenalan ................ dan surat tawaran ini.

4. Syarat-syarat lantikan sebagai petugas adalah seperti berikut:
1. Perlantikan adalah secara sukarela di bawah kontrak untuk perkhidmatan

ii. menerima sagu hati sebnayak RM 800 sebulan

iii. Status petugas adalah bersifat sementara dan bukan merupakan penjawat awam serta tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan sebagai penjawat awam

Waktu bertugas adalah selama 6 jamsehari untuk 5 hari dalam seminggu.  Waktu bertugas ditetapkan oleh jawatankuasa PDK mengikut kesesuian komuniti setempat kecuali hari kelepasan am

i. Pelepasan daripada tugas sebanyak 10 hari dalam setahun

ii. Menghadiri latihan praktikal selama 3 minggu daripada pdk yang ditetapkan oleh jawatankuasa pdk bermula dari tarikh lantikan

iii. wajib menghadiri kursus asas petugas dan kursus 2 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat


                                                      SENARAI TUGASAN

1. Menedalikan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU mengikut modul latihan PDK

2  menguruskan dan mengendalikan rekod - rekod di PDK (yang berkaitan dengan tugasan petugas)

 a.   Buku Kehadiran OKU

 b.  Rekod Pendaftaran OKU

 c.  Rancangan pemulihan OKU

d.  Rekod penilaian kemajuan OKU

e.  Rekod aktiviti harian petugas  PDK

f.  Rekod  lawatan ke rumah

g. Rekod aktiviti pdk

3.  Memastikan program /aktiviti dikendalikan dengan teratur dan baik

4. membantu penyelia PDK menyediaka laporan penilaian kemajuan pelatih OKU untuk dibentangkan di mesyuarat panel penilai pdk

5.  mengadakan lawatan ke rumah OKU

6.  membantu mendaftarkan OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

7.  memberi maklumat, khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan perkhidmatan OKU kepada ibubapa OKU dan komuniti

8.  membantu penyelia pdk menyediakan senarai penyertaan pelan perlindungan berkelompok OKU dan senarai penyertaan pelan perlindungan berkelompok OKU (ibubapa/penjaga)



                                 ........................................................


 

Surat tawaran lantikan/ akujanji perlantikan

                                                                                                          Ruj. Kami : ......................
                                                                                                              Tarikh: ...........................

Pengerusi ...................
Jawatankuasa ....................
Negeri .......................

AKUJANJI PERLANTIKAN SEBAGAI PETUGAS PDK SECARA SUKARELA          
DI BAWAH KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN

            Sukacita dimaklumkan bahawa saya ........................................ No kad pengenalan ...................bersetuju menerima perlantikan sebagai petugas PDK secara sukarela di PDK ............... di bawah kontrak untuk perkhidmatan (Contract For Service)

             Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan dan syarat yang ditetapkan sebagaimana tertakluk dalam Surat Lantikan Dalam Garis Panduan Pengurusan PDK

Sekian, terima kasih.

Yan benar,

.....................
(.....................)

s.k  : PKMD (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah)
  

Wednesday, January 23, 2013

Cara Berpakaian Rasulullah SAW

http://cara-muhammad.com/perilaku/cara-berpakaian-rasulullah-saw/

bismillahirrahmanirrahim
Pakaian adalah kebutuhan hidup sekaligus cermin perilaku kita. Pakaian yang baik adalah pakaian yang diridhoi oleh Allah SWT. Berikut adalah pesan Rasulullah SAW dalam memilih pakaian yang baik:
  1. Pakaian yang dikenakan bersih, longgar (tidak ketat), tidak tembus pandang, dan menutupi aurat;
  2. Tinggalkan pakaian yang mewah walaupun kita mampu membelinya. Utamakan sikap tawadhu (rendah hati);
  3. Rasulullah SAW suka memakai gamis dan kain hibarah (pakaian bercorak yang terbuat dari bahan katun);
  4. Untuk laki-laki, Rasulullah SAW melarang menggunakan pakaian berbahan sutera dan emas;
  5. Jangan menggunakan pakaian yang terlalu panjang, apalagi hingga harus diseret (terkena lantai). Untuk laki-laki, Rasulullah SAW melarang pakaian yang menutupi mata kaki untuk laki-laki karena kesombongan;
  6. Untuk perempuan muslimah, panjangnya hingga menutupi telapak kaki, dan kerudungnya menutupi kepala, leher, dan dada;
  7. Untuk lelaki tidak berpakaian seperti perempuan, demikian juga sebaliknya;
  8. Tidak memakai pakaian yang bertambal atau yang lusuh, karena menurut Rasulullah, Allah senang melihat jejak nikmat Nya pada hamba-Nya;
  9. Mengutamakan pakaian yang berwarna putih, karena Rasulullah juga menyukai warna itu.
Dalam tata cara berpakaian secara umum, ada beberapa hal yang dicontohkan Rasulullah SAW:
  1. Berdo’alah ketika akan berpakaian. Salah satu contohnya adalah: “Alhamdulillahil ladzii kasaanii hadzat tauba warozaqqoniihi min ghoiri haulin minna walaa quwwah“, yang artinya: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rizki daripada-Nya tanta daya dan kekuatan dari-ku”;
  2. Berdo’alah ketika akan mengenakan pakaian baru. Doa yang dianjurkan adalah: “Allahumma laka al hamdu anta kasautani hi. As’aluka khairahu wa khaira ma suni’a lahu, wa a’u dzu bika min syarrihi wa syarri ma suni’a lahu“, yang artinya: “Ya Allah bagi Mu segala puji, Engkau telah me¬makaikan pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan akibatnya. Aku berlindung pula kepada Mu dari kejahatannya dan kejahatan akibatnya”;
  3. Disunahkan memakai pakaian dari sebelah kanan terlebih dahulu;
  4. Berpakaianlah dengan rapi dan indah disesuaikan dengan tempat, tanpa berlebihan dan tidak dipaksakan;
  5. Disunahkan melepaskan pakaian dari sebelah kiri terlebih dahulu.
alhamdulillahirabbilalaminReferensi:
  1. Mu’adz bin Anas Radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Siapa yang menanggalkan pakaian yang mewah karena tawadlu’ kepada Allah padahal ia dapat membelinya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di muka sekalian manusia untuk disuruh memilih sendiri pakaian iman yang mana yang ia kehendaki untuk dipakainya.” (HR. Tirmidzi)
  2. Hadis riwayat Barra’ bin Azib ra., ia berkata:Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk melaksanakan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin (mengucap yarhamukallah), melaksanakan sumpah dengan benar, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarkan salam. Beliau melarang kami dari cincin atau bercincin emas, minum dengan wadah dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qas (terbuat dari sutera) serta mengenakan pakaian sutera baik yang tebal dan tipis. (Shahih Muslim No.3848)
  3. Hadis riwayat Hudzaifah bin Yaman ra.: Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian minum dalam wadah emas dan perak dan jangan mengenakan pakaian sutera sebab pakaian sutera itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia dan untuk kalian di akhirat pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.3849)
  4. Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra., ia berkata: Dihadiahkan kepada Rasulullah saw. kain sutera bergaris. Rasulullah saw. mengirimkannya kepadaku maka aku pun memakainya. Tetapi aku melihat kemarahan di wajah beliau. Beliau bersabda: Sungguh, aku mengirimkan pakaian itu kepadamu bukannya untuk engkau pakai tetapi aku mengirimkannya agar engkau memotong-motongnya menjadi kerudung buat para wanita. (Shahih Muslim No.3862)
  5. Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Qatadah ia berkata: Kami bertanya kepada Anas bin Malik: Pakaian apakah yang paling disukai dan dikagumi Rasulullah saw.? Anas bin Malik ra. menjawab: Kain hibarah (pakaian bercorak terbuat dari kain katun). (Shahih Muslim No.3877)
  6. Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Allah tidak akan memandang orang yang menyeretkan pakaiannya dengan sombong. (Shahih Muslim No.3887)
  7. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Ia melihat seorang lelaki menyeret kainnya, ia menghentakkan kakinya ke bumi, lelaki itu adalah pangeran (penguasa) Bahrain. Ia berkata: Pangeran datang, pangeran datang! Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan memandang orang yang menyeretkan kainnya dengan kecongkakan. (Shahih Muslim No.3893)
  8. Doa berpakaian diatas diambil dari hadits riwayat seluruh penyusun kitab sunan, kecuali Nasa’i, lihat Irwaa’ul Ghalil 4/47
  9. Rasulullah SAW bersabda, ” Sesungguhnya dua benda ini (emas dan sutera) haram atas lelaki ummatku. (H.R.Abu Daud)”
  10. Rasulullah bersabda: Allah melaknati lelaki yang memakai pakaian perempuan, dan perempuan yang memakai pakaian laki-laki. (H.R. Bukhari)
  11. Doa yang dianjurkan adalah: “Allahumma laka al hamdu anta kasautani hi. As’aluka khairahu wa khaira ma suni’a lahu, wa a’u dzu bika min syarrihi wa syarri ma suni’a lahu”, yang artinya: “Ya Allah bagi Mu segala puji, Engkau telah me¬makaikan pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan akibatnya. Aku berlindung pula kepada Mu dari kejahatannya dan kejahatan akibatnya”.
  12. http://islam2u.bumicyber.org/index.php?option=com_content&view=article&id=147:36-terjemahan-hadits-shahih-muslim-kitab-pakaian-dan-perhiasan&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=13
  13. http://www.mail-archive.com/bicara@yahoogroups.com/msg03125.html