Wednesday, August 18, 2010

praktik sistem terapi seramik bantu OKU

Praktik sistem terapi seramik bantu OKU

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive


KUALA KANGSAR 4 Julai - Sistem terapi seramik yang mampu menggerakkan saraf dan minda akan dipraktikkan dalam pemulihan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.
Setiausaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Perak, Datin Mastura Yazid berkata, buat permulaan terapi berkenaan telah diperkenalkan di Kinta.
''Terapi seramik yang menggunakan kepakaran Jepun mampu menghasilkan perkembangan positif terhadap OKU menerusi pemulihan minda, pergerakan dan urat saraf.
''Bagaimanapun, bukan semua OKU boleh dipulihkan melalui sistem ini," katanya berucap pada majlis penutup Pertandingan Talentime dan Hasil Produk Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsum di sini kelmarin.
Menurut Mastura, seramai 30 OKU yang mengikuti sistem yang dikenali sebagai 'Rehada' itu telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan dengan sebahagian pergerakan mereka semakin lancar.
''Kita bercadang mewujudkan sebuah lagi pusat yang sama di Bota, Parit dalam masa terdekat manakala daerah-daerah lain di Perak akan dilakukan berperingkat-peringkat," ujar beliau.
Usaha tersebut katanya, turut mendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

...................................

Pertanyaan terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan untuk pemulihan dan demi faedah OKU tetapi penyelia dan petugas mestilah berilmu ... dan paling penting adalah sumber utama membuat pemulihan ialah petugas pdk......barulah nanti OKU mendapat faedahnya..... betul tak????

No comments: