Saturday, March 30, 2013

PERBINCANGAN MENGENAI PEMULIHAN DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) DARI ASPEK TERTENTU .

 
PENDIDIKAN PEMULIHAN DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI : SUATU PERBINCANGAN .....

FIKIR-FIKIRKANLAH


A.          KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

# Program pendidikan pemulihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti merupakan suatu langkah khusus yang dijalankan untuk membantu pelatih - pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti yang menghadapi permasalahan dalam aspek pergaulan, pengurusan diri, pembelajaran , sosial, fisio terapi. Yang amat dipentingkan di PDK ialah pengurusan diri .

#  Namun permasalahan timbul apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak ingin anak mereka diberi pemulihan pengurusan diri kerana pada pendapat mereka boleh diajar oleh ibubapa sendiri di rumah dan bukannya diajar oleh petugas pdk

B. PEMILIHAN DIKSI YANG TIDAK TEPAT ANTARA PELATIH , PETUGAS, PDK

# Permasalahan seterusnya ialah apabila dilakukan kajian didapati berlaku pertelingkahan dari segi diksi penggunaan perkataan pelatih . Sekarang perhatikan makna di bawah

PELATIH = ORANG YANG BERLATIH

IMBUHAN PE BERMAKSUD ORANG

dari Kamus Dewan Edisi 4 makna pelatih

Kata Takrif Sumber
pelatih 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelatih 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). Kamus Dewan Edisi Empat
pelatih 1. orang yg melatih (mengajar, mendidik):~ bola keranjang. 2. orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan:jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. Kamus Pelajar
guru 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. Kamus Dewan Edisi Empat
guru pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. Kamus Pelajar Edisi Kedua
doktor pelatih doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). Kamus Dewan Edisi Empat
guru pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; Kamus Dewan Edisi Empat

sekarang jika dilihat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti , tahap umur pelatih di pdk serendah usia 4 tahun dan paling tua berumur 40 tahun . Adakah sesuai digunakan istilah pelatih kepada kanak-kanak berusia 3/ 4 tahun ini ataupun memang sesuai jika digunakan untuk yang telah dewasa ? Jawablah sendiri ..... Fikir-fikirkanlah ye..........


Menonton cerita Juvana terpapar di baju remaja bertulis PELATIH ........... hai  kasihan apabila dipandang wajah sayu kanak- kanak di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

ISTILAH YANG SESUAI  IALAH   MURID  jika masih kecil
dan besar  ialah  PELAJAR




SETERUSNYA DI BINCANGKAN ISTILAH YANG MANA SESUAI .....?

                                  PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI  (PDK)

                                                                   ATAUPUN

                                    PUSAT PEMULIHAN INSAN ISTIMEWA  (OKU)

                                                                  ATAUPUN

                                 PUSAT  INTERVENSI  INSAN  ISTIMEWA  ( OKU)


Fikir-fikirkanlah yang mana sesuai dan buat pemilihan yang terbaik ............. OOps  jangan pula tersilap kerana makna melambang keseluruhan organisasi tersebut


SETERUSNYA  BUATLAH PERBINCANGAN ISTILAH YANG MANA SESUAI ,,,,,,?

PETUGAS  PUSAT  PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
Yang ini pelatih nak sebut pun susah dan ramai tak sebut pun istilah ini.....pelik

                                                       ATAUPUN

                                  GURU  PEMULIHAN  INSAN  ISTIMEWA  (OKU)

                                                       ATAUPUN

                                   GURU   INTERVENSI  INSAN  ISTIMEWA

Majoriti  99 %  pelatih  dan ibubapa memanggil kami dengan gelaran GURU / CIKGU.

Tidak  pernah pun mereka  memanggil kami dengan gelaran PETUGAS.  Beberapa tahun bekerja di PDK dan mengajar mereka gelaran petugas tapi yang dipanggil adalah Cikgu juga .........


C. ILMU PEMULIHAN DI PDK

Ilmu  yang  diberikan  kepada pelatih - pelatih  @  murid - murid  di PDK  disampaikan  oleh  Petugas @ guru  PDK .  Sekiranya petugas @ guru itu berilmu maka pelatihnya akan mendapat faedah dan sekiranya ilmu yang dimiliki oleh petugas secetek air dalam gelas bukan seperti di lautan maka itulah ilmu yang diperolehi oleh pelatih @ murid pdk .......

Majoriti 99 % ilmu diserahkan bulat- bulat kepada  penyelia pdk seluruh malaysia dan petugas pdk ternganga.............. jika niat mereka ikhlas maka mereka (petugas ) akan berusaha mencari ilmu di internet dan jika tidak sebab sibuk hal rumahtangga maka hanya itu sahajalah ilmu mereka............

Jadi DIHARAPKAN PADA MASA HADAPAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT/ BAKTI/ MAKPEM / INSTITUSI PENDIDIKAN BERILAH ILMU KEPADA GOLONGAN SASARAN BUKAN MELALUI ORANG TENGAH ( PENYELIA)  FIKIR-FIKIRKANLAH YE

Ilmu dikehendaki biarlah PROFESIONAL SEPERTI DIPLOMA  bukan setakat tahap atas air sahaja ...............


D. PERUNTUKAN MENYELENGGARA PDK : UTILITI


dahulu  utiliti yang diperuntukkan kepada PDK sebanyak RM 500 sebulan tetapu sekarang ini telah merosot menjadi

RM 300  sedangkan bil air/elektrik/ astro/ telekom/ sewa rumah dll  melebihi RM 300 sebulan ............Akhirnya semua aspek terpaksa dijimatkan ..............akibatnya budak 2 OKU, petugas, ibubapa, juga terima kesannya...................

Fikir-fikirkanlah .........................

untuk kepastian  mengenai hal ini tanyalah pada : ..................

a. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat unit OKU
b. Pengerusi PDK
c. Bendahari PDK
d. Penyelia PDK

Fikir- fikirkanlah ..............................

E. PEMILIHAN  JADUAL WAKTU

jika dilihat dalam jadual  waktu di PDK ada ruangan  Bidang  Moto Kasar/ Moto Halus / Pengurusan Diri

Adakah sesuai jika digunakan Bidang Moto Kasar sebagai satu bidang pemulihan......?
Adakah sesuai jika digunakan Bidang Moto Halus sebagai satu bidang pemulihan......?
Adakah sesuai jika digunakan Bidang Pengurusan Diri sebagai satu bidang pemulihan......?
Adakah sesuai jika digunakan Bidang Pergaulan Sosial  sebagai satu bidang pemulihan......?

sama jugalah di sekolah pembelajaran Seks bukan dinamakan sebagai satu bidang utama pembelajaran tetapi dimasukkan dalam bidang pembelajaran yang lain ............seperti dimasukkan dalam pembelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu dll ............

Begitu jugalah dengan di atas......... bidang Moto Kasar/ moto halus/ pengaulan sosial perlu dimasukkan dalam bidang lain bukan dijadikan satu bidang utama
Fikir-fikirkanlah ye..........

F. Keterlibatan Jabatan berkaitan

Baiklah usaha yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan perlulah dipuji kerana memberikan komitmen kepada PDK dalam usaha terapi kepada pelatih @ murid di pdk .

Fisioterapi/ pemakanan/ cara kerja/ pergigian  perlulah diberi pujian 99.5 % kerana usaha murni mereka membantu pdk

Namun malang sekali jika diukur  rating antara Jabatan Kesihatan / Jabatan Pendidikan / Jabatan Kebajikan Masyarakat / Jabatan Tenaga Kerja

Jabatan Pendidikan adalah lebih rendah rating walaupun mereka acapkali menghantar murid mereka yang teruk kepada pdk ........ ataupun menyerahkan murid mereka yang telah habis belajar (tingkatan 5/ darjah 6 ) kepada PDK .......... sedangkan pdk tidak pula menyerahkan pelatih / murid yang teruk kepada mereka .............. Hanya iNSTITUSI PENDIDIKAN (MAKTAB PERGURUAN ) SAHAJA ikhlas terlibat dan membantu PDK...itupun kerana ada kursus pdk ......jika tidak wallahhualam la............

Untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat .............fikir-fikirkanlah sendiri
Untuk Jabatan Tenaga Kerja ................................ fikir-fikirkanlah sendiri

ii)  keterlibatan komuniti

ini  lagi best ........ walaupun pdk diletakkan atas nama komuniti ............ keterlibatan komuniti kepada pdk ..................Allah susah nak cakap ............. melainkan perlu dibuat kajian secara terperinci ..............

Kesimpulannya

Perubahan perlu dilakukan ke atas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti  ........jika hendak diseragamkan bukanlah mengikut bulat-bulat idea penyelia pdk yang senior ataupun idea daripada pengerusi pdk sahaja  tetapi perlulah dibuat perbincangan yang lebih teliti dengan membawa keterlibatan semua pihak bukan hanya pengawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mengharapkan penyelia sahaja.......... Jsnganlah dibuang dicampakkan  idea petugas kerana petugas lebih mengetahui apa yang diperlukan di pdk ................? ???   Fikir-fikirkanlah ye ..............

p/s  sekarang ni pun Buku Rancangan Mengajar dah le macam ala-ala guru di sekolah pendidikan khas berjawatan tetap ditambah lagi pula dengan Buku Rancangan Mengajar hasil idea penyelia senior .......... sedangkan petugas hanyalah  berjawatan KONTRAK .......... Tolonglah FIKIR_FIKIRKANLAH YE ............