Sunday, March 31, 2013

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Pendapatan bertambah….?????????????


Secara keseluruhan, terdapat peningkatan ketara dalam pendapatan

kasar bulanan isi rumah purata bagi negeri di Malaysia bagi tahun 1990,

2002 dan 2007. Walaupun Pekali Gini bagi tahun tersebut menunjukkan

adanya agihan pendapatan yang tidak saksama namun ianya semakin

berkurangan.
 
 
 
Purata pendapatan isi rumah semua etnik meningkat….


Pendapatan isi rumah purata bagi semua kumpulan etnik didapati
meningkat dari tahun 2004 ke tahun 2009 dengan kadar pertumbuhan
purata 4.4 peratus. Semua kumpulan etnik juga mencatat peningkatan
Pekali Gini kecuali kumpulan etnik lain-lain. Ketidaksaksamaan atau jurang
pendapatan di kalangan Bumiputera adalah tertinggi berbanding
dengan etnik Cina dan India.


Jadual 6.2: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini
mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 2004 dan 2009
 
 
 
Agihan pendapatan bandar semakin saksama


Pekali Gini bagi Malaysia juga didapati meningkat dari 0.462 pada tahun

2004 kepada 0.441 pada tahun 2009 yang menggambarkan agihan

pendapatan yang semakin saksama. Walau bagaimana pun, bagi luar

bandar, Pekali Gini telah menurun dari 0.397 (2004) ke 0.407 (2009) yang

menunjukkan agihan pendapatan tidak saksama atau jurang

pendapatan di kalangan isi rumah luar bandar yang masih lebar.
 
 
Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata semua kumpulan
pendapatan meningkat


Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi semua kumpulan
pendapatan didapati meningkat dalam tempoh 1992 hingga 2007.
Pendapatan bulanan purata isi rumah bagi kumpulan 40 peratus
terendah secara keseluruhannya telah meningkat daripada RM535 (1992)
ke RM865 (1999) dan ke RM1,345 (2007). Bagi kumpulan 40 peratus
pertengahan pula, pendapatan bulanan isi rumah secara keseluruhannya
(Malaysia) telah meningkat daripada RM1,392 (1992) ke RM2,204 (1999)
dan ke RM3,282 (2007) manakala bagi 20 peratus tertinggi meningkat dari
RM4,022 (1992) ke RM6,268 (1999) kepada RM9,173 pada tahun 2007.
 
 
 
 

Bagi tempoh 1992 – 2007, pendapatan kasar bulanan isi rumah purata

semua kumpulan etnik bagi semua kumpulan pendapatan juga telah

meningkat. Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi

rumah 20 peratus tertinggi, 40 peratus pertengahan dan 40 peratus

terendah mengikut strata juga telah meningkat bagi tempoh yang sama.
 
 


Rumah  yang diduduki oleh ketiga-tiga kelas ini pun tidak sama......rumah pegawai kerajaan tidak sama dengan rumah pekerja kilang.........rumah peniaga tidak sama dengan rumah pekerja buruh kasar dan rumah buruh kasar pun tidak sama dengan rumah penganggur......... perhatikan rumah di bawah ini

 
kenderaan yang mereka gunakan pun tidak sama bagi setiap kelas golongan masyarakat tersebut ............. maklumlah ada kasta la katakan
 


Carta 6.3: Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi

rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan dan 40% terendah

mengikut strata , Malaysia, tahun 1992, 1999 dan 2007
 
 
 

Senarai 15 individu terkaya di Malaysia, 2009
 
 

jika dilihat statistik itu hanya 2 orang Melayu sahaja yang terkaya berbanding 13 orang berbangsa Cina dan India .........hah sekarang fikirkanlah kedudukan orang Melayu di bumi Malaysia..................


yang kaya semakin kaya ........... yang miskin semakin miskin

tengok sahaja di depan mata ......pegawai di Jabatan dan kami petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti jauh sangat jurangnya .............

fikir-fikirkanlah ye...............