Wednesday, November 14, 2012

rasional ????

 rasional di sebalik pewujudan taska oku

Berfikiran rasional ..........

 

adakah  pewujudan taska OKU memberi impak positif  atau  impak  negatif????

seperti juga pewujudan  supermarket  bertaraf 5 bintang di kawasan peniaga kecil..... yang besar tidak menerima impak tetapi yang kecil menerima impak ..... dan ada di antaranya muflis atau tutup perniagaan.....



tujuan utama pelatih berusia di bawah 5 tahun yang berada di pdk adalah ingin dihantar ke sekolah setelah perkara asas utama seperti pengurusan diri diatasi.

jika mereka telah berusia melebihi 18/19 tahun adalah untuk dibawa ke arah bekerja dan diberikan elaun bekerja sebanyak RM 300 melainkan jika mereka tidak boleh untuk bekerja maka dimohonkan elaun tidak bekerja sebanyak RM 150.

  adakah saya boleh menjadi normal jika masuk taska ini?
 
 
sekarang berbalik pula kepada pelatih yang berusia di bawah 6 tahun..... penguasaan akademik memerlukan masa kerana setiap murid OKU dari segi permasalahan mereka tidak sama .... ada yang cepat dan ada yang lambat.... malahan ada juga yang menghadapi cerebral palsy sukar diri/duduk dan ada juga yang menghadapi permasalahan pengurusan diri kritikal dan hyper active teruk kerana tidak diberikan ubat oleh ibubapa.....

jadi pertanyaannya sekarang adakah taska ingin mengambil kanak2 OKU seperti ini di taska OKU mereka????? malahan pihak sekolah juga terpaksa memulangkan mereka ke pdk kerana permasalahan tersebut yang kritikal......


Saranan saya  seharusnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memperkayakasakan lagi pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) kerana majoriti pelatih di pdk adalah terdiri dari kategori orang miskin malahan petugas di pdk yang berpendapatan RM 712 juga dalam kategori miskin.

maksud saya.... memperkayakasakan dari semua aspek ...

a.  pengurusan

b. pengajaran......
                               1. kurikulum standard
                                2. latihan diploma kepada petugas pdk......
                                3. jadual latihan sama di setiap pdk
                                4. pengajaran berteknologi  (bukannya hanya diwarkan pada tahun 2010 kata nak beri latihan pengajaran menggunakan teknologi tapi tidak pernah pun dikotakan janji)
                                 5. alat bantu mengajar yang mencukupi
                                 6. rancangan mengajar disediakan bukannya menyerahkan bulat2 kepada petugas dan mengatakan ajarlah guna daya kreatif sendiri .

c. kebajikan petugas pdk..........................

                               1. menaikkan elaun mereka kepada maksimum RM 900
                               2. menyerapkan mereka dalam perjawatan tetap bukannya kontrak sukarela
                               3. memberi elaun milleage / perjalanan
                               4. menukarkan nama kepada guru seperti dahulu
                               5. memberi kursus bertaraf diploma
                               6, memberi cuti sama seperti cuti persekolahan
                               7. memberi perawatan doktor

d. kebajikan pelatih oku di pdk

e. kelengkapan dan kesuaian ruang di pdk... ada ruangan berbeza bagi tujuan berbeza.

f.  menukarkan nama pdk kepada sekolah oku. Harus ada perbezaan dengan sekolah yang lebih berteraskan akademik semata-mata.  

g. mewujudkan bengkel bagi OKU yang tidak berupaya bekerja dan memberikan gaji yang sesuai bukannya upah sebanyak Rm 10/20 sebulan.....

h. mewujudkan syarikat tetap bagi bengkel tersebut.


baiklah hanya itu yang dapat saya fikirkan... jika dibrainstorming secara usrah dan profesional insyaallah akan mendapat idea lebih bernas....



sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang daripada saya....



cuma yang perlu dielakkan ialah penyelia perlulah yakin bahawa petugas tidak ingin merampas jawatan mereka....yang penting berilah tanggungjawab sesuai dengan kebolehan mereka dan percayalah pada mereka ............. yang penting ialah KERJASAMA..... betul tak?
dan satu lagi pihak Jabatan/ Bakti berilah kursus / tanggungjawab kepada semua dan bukannya hanya orang tertentu sahaja sehingga mereka gah dan riak ......... . Bukankah itu dimurkai  oleh ALLAH......

Mohon maaf jika saya terkasar bahasa atau terusik hati / jiwa nurani orang lain .... Maafkan saya....




KENAPAKAH PERLU DIWUJUDKAN TASKA OKU ?

KENAPAKAH PERLU DITUBUHKAN TASKA OKU SEDANGKAN SUDAH BANYAK PERTUBUHAN 1. PERSATUAN DOWN SYNDROME 2. NASOM 3. PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI YANG MAJORITI KHAS BUAT OKU DARI GOLONGAN MISKIN 4. SYARIKAT SWASTA DLL SAMA ADA NGO'S ATAU SEPARA NGO YANG MEMBERI PENDIDIKAN DAN PEMULIHAN KEPADA KANAK-KANAK OKU DI MALAYSIA INI??? INI ADALAH HASIL CADANGAN DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK SELAKU PERDANA MENTERI MALAYSIA....YANG SEMEMANGNYA BERKUASA UNTUK MELULUSKAN SESUATU SETELAH DIKEMUKAKAN TANPA BANGKANGAN DARIPADA ORANG BAWAHAN....
BERIKANLAH 10 ALASAN MUNASABAH SUPAYA MASING-MASING TIDAK TERTANYA DALAM JAGA DALAM MIMPI MEREKA?????????
ADAKAH SELAMA INI SEMUA PUSAT TERSEBUT MEMPUNYAI KELEMAHAN MASING-MASING SEHINGGA DIRASAKAN SEMEMANGNYA PERLU DITUBUHKAN TASKA OKU UNTUK OKU DARI GOLONGAN MISKIN... HAH KAMU FIKIR-FIKIRKANLAH HAL POLITIK NI YE SEBELUM KAMU SEMUA HILANG PUNCA REZEKI ... FIKIR-FIKIRKANLAH YE.....

Pre-school for disabled children in December

Pre-school for disabled children in December Ministry identifying six locations for early childhood education centres Wednesday, October 24, 2012 - 15:35 by T.K. Letchumy Tamboo Location: KUALA LUMPUR MALAYSIA will set up it's first pre-school for disabled children or Taska OKU (Orang Kurang Upaya) by year end. Deputy Women, Family and Community Development Minister Datuk Heng Seai Kie told The Malay Mail the government was looking forward to launch at least one such school on Dec 3, in conjunction with the International Day of Persons with Disabilities. Heng said the initiative to set up pre-schools for disabled children came from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who is also the Women, Family and Community Development minister. "Initially, the initiative was not in the ministry's wishlist to the government for the 2013 Budget but the PM felt there is a need to assist parents with disabled children to have early education and care. "He wanted to ensure everyone, including the disabled, to equally benefit from the prosperous development of the nation," she said. Heng said currently, the ministry was still trying to identify prime locations to build the pre-schools. She said the pre-schools would be built in six different locations, catering to six types of disabilities that included down syndrome, autism, blind or partially sighted, hearing and speaking disabilities, physical disability and learning difficulties. "The ministry has conducted two engagement sessions with the relevant stakeholders and government agencies such as Housing and Local Government Ministry, Health Ministry and Perbadanan Putrajaya to get their views on the mechanism needed to implement this initiative. "From the discussions held on Oct 10 and 17, we have received positive feedbacks and they are interested to support the Taska OKU establishment," she said. Heng said other stakeholders include six non-government organisations (NGOs) representing different type of disabilities namely Down Syndrome Association of Malaysia (PSDM), National Autism Society of Malaysia (Nasom), Malaysian Federation of the Deaf (MDF), Spastic Children's Association of Selangor and Federal Territory, Malaysian Association of the Blind and Dyslexia Association of Malaysia. "In view of this, the NGOs have been requested to come up with proposals for their target groups and submit to us for consideration and approval. "Based on the proposals, we will form a committee to monitor the implementation." At the same time, Heng said the ministry would also appoint an NGO with expertise in early childhood education and care, as a consultant to assist other NGOs in the training, advising as well as on operational matters between six to 12 months. Heng said the pre-schools, which would cater for children below four-years-old, would cost about RM3 million. "Each school is expected to take up RM500,000 to be built with RM350,000 for the setting up and RM150,000 for operational cost," she said. Currently, there are 405,441 people with disabilities registered with the Social Welfare Department (JKM) and out of this figure, 2,288 are children below four. Heng believed there are thousands more unregistered children with disabilities out there, making it difficult for the government to reach out to them.

TASKA OKU CIPTA SEJARAH BAHARU BUAT WARGA OKU - HENG SEAI KIE

SINAR HARIAN TASKA OKU CIPTA SEJARAH BAHARU BUAT WARGA OKU - HENG SEAI KIE PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak lagi akan terpinggir daripada menerima pendidikan awal apabila projek perintis Taska OKU diwujudkan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. Beberapa pihak berkepentingan melihat pelaksanaan projek perintis Taska OKU yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas sebagai ''buah tangan'' terbaik bagi golongan itu mendapat sistem pendidikan efektif dan ideal. Langkah itu juga dilihat sebagai satu mekanisme dan komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti ke arah Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi dan Wawasan 2020. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie berkata pelaksanaan projek perintis taska OKU itu secara percuma dalam tempoh setahun akan dilancarkan pada Disember merupakan satu pendekatan komprehensif bagi mencari sukatan kurikulum bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak OKU di negara ini. Beliau yang menyifatkan penubuhan enam taska OKU itu mencipta ''sejarah'' baharu golongan berkenaan berkata Taska OKU dapat membantu mengurangkan kos dan masa, malah memenuhi keperluan semasa bagi tujuan perkembangan awal kanak-kanak OKU. -- LAGI HENG-TASKA 2 PUTRAJAYA "Kanak-kanak OKU akan diberikan pengasuhan berkualiti malah setiap pengasuh atau pengusaha taska adalah tertakluk kepada Akta Taska 1984," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Heng, yang juga Naib Pengerusi Wanita MCA berkata enam Taska OKU itu merangkumi sindrom down, autisme, penglihatan, pekak, fizikal dan masalah pembelajaran. Beliau berkata setiap taska OKU ini akan menempatkan antara 35 dan 40 kanak-kanak OKU berusia bawah empat tahun dengan sukatan pengasuhan khusus bersesuaian dengan kekurangan keupayaan masing-masing. "Penempatan kanak-kanak OKU di taska ini merupakan satu program intervensi awal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak OKU. "Kita percaya jika diberi bimbingan dan pendidikan yang sewajarnya mereka dapat dipulihkan dan menjadi kanak-kanak normal malah dapat diintegrasikan dalam masyarakat apabila mereka dewasa nanti," katanya. -- LAGI HENG-TASKA 3 PUTRAJAYA Beliau berkata kerajaan juga bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi tujuan operasi dan membentuk modul sukatan pengajaran. "Antaranya, ialah Persatuan Sindrom Down Malaysia, Persatuan Austisme Kebangsaan Malaysia, Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Majlis Kebangsaan Bagi Persatuan-Persatuan Untuk Kanak-kanak Spastik Malaysia, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dan Persatuan Dyslexia Malaysia," katanya sambil mengalu-alukan penyertaan sektor swasta untuk bekerjasama menjayakan projek berkenaan. Heng berkata kementerian turut mengadakan perbincangan bersama persatuan dan agensi berkaitan berhubung projek tersebut, yang rata-rata menyambut baik usaha penubuhan Taska OKU ini. Mengulas lanjut, Heng berkata pada peringkat awal, lokasi Taska OKU akan tertumpu di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan lokasi bersesuaian dikenal pasti menerusi bantuan serta cadangan pihak berkepentingan. Peruntukan bagi mewujudkan enam Taska OKU adalah RM3 juta dengan kos maksimum untuk setiap taska ini adalah RM500,000, katanya. -- LAGI HENG-TASKA 4 PUTRAJAYA "Daripada RM500,000 ini, geran pelancaran adalah berjumlah RM350,000 sebagai kos penubuhan dan geran subsidi berjumlah RM150,000 setahun bagi tujuan kos operasi taska tersebut," kata Heng. Mengenai pendaftaran OKU, beliau berkata melalui kempen pendaftaran OKU yang dijalankan kementerian sejak 2007, bilangan OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah 450,000 orang. Daripada jumlah berkenaan, kanak-kanak OKU di bawah umur enam tahun adalah sebanyak 11.1 peratus. "Kita percaya bahawa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bahawa setiap negara sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus jumlah penduduknya adalah golongan OKU. "Jadi berdasarkan jumlah penduduk semasa di Malaysia yang berjumlah 28.6 juta orang ini bermaksud mengikut piawaian PBB, jumlah OKU yang harus berdaftar dengan JKM adalah kira-kira 2.8 juta orang tetapi melihat statistik JKM hanya 450,000 ini memberikan gambaran bahawa masih terdapat golongan OKU yang tidak berdaftar dengan JKM," katanya. Heng berkata terdapat beberapa faktor menyebabkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU enggan mendaftarkan anak-anak mereka kepada JKM, termasuk kemungkinan ada di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka adalah tergolong dalam status OKU. -- LAGI HENG-TASKA 5 (AKHIR) PUTRAJAYA "Contohnya kanak-kanak autisme dia mungkin boleh disalahtafsirkan sebagai kanak-kanak yang nakal atau hiperaktif atau kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Bagi ibu bapa, mereka tidak terfikir bahawa anak-anak mereka ini sebenarnya boleh didaftarkan sebagai kanak-kanak OKU bagi mendapatkan bantuan sewajarnya," katanya. Beliau berkata terdapat juga segelintir ibu bapa yang malu untuk mendedahkan identiti anak-anak OKU kepada masyarakat umum atau tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka adalah tergolong dalam warga OKU. "Saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai anak-anak OKU supaya segera mendaftarkan mereka dengan JKM kerana melalui statistik atau data yang lengkap membolehkan kerajaan membuat perancangan menyeluruh daripada segi kemudahan dan kebajikan warga OKU ini," katanya. -- BERNAMA KNAZ HS RHM .

Taska OKU bantu ringankan beban ibu bapa

Sinar Harian 6 Oktober 2012 Taska OKU bantu ringankan beban ibu bapa GEORGE TOWN - Idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan projek perintis Taska Orang Kurang Upaya (OKU) bagi enam kategori kanak-kanak dalam pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini disifatkan paling baik dalam membantu meringankan beban ibu bapa menjaga golongan berkenaan. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata cadangan itu juga dapat memberi peluang kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan ilmu pengetahuan serta bimbingan untuk mengendalikan golongan berkenaan. "Satu mesyuarat akan diadakan bersama ibu bapa, persatuan OKU dan pihak berkaitan minggu depan bagi membincangkan mengenai penubuhan taska itu dan ia dijangka akan dilancarkan Disember depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Merisik Khabar'anjuran KPWKM di Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong di sini,hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Noraini Mohd Hashim dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman. Noorul Ainur berkata taska pertama untuk OKU itu nanti diharap dapat dijadikan model dalam mewujudkan taska-taska OKU lain di negara ini. "Dengan adanya taska OKU itu nanti, ibu bapa boleh menghantar anak-anak kurang upaya sementara mereka boleh keluar bekerja. Cara ini bukanlah untuk melepaskan tanggungjawab ibu bapa menjaga anak kurang upaya, tetapi memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk berdikari dan bersama masyarakat," katanya. Sementara itu, Noorul Ainur menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak atau anggota keluarga dari kalangan OKU supaya mendaftarkan mereka agar mendapat bantuan sewajarnya. "Jangan disebabkan malu, ibu bapa tidak mendaftarkan anak-anak mereka yang OKU sedangkan, kementerian menerusi JKM menyalurkan pelbagai bantuan, termasuk bantuan bulanan. Ibu bapa perlu mendaftar anak atau ahli keluarga OKU dengan JKM berhampiran supaya kemudahan bersesuaian dan bertepatan dengan keperluan OKU dapat disediakan," katanya. Noorul Ainur berkata sehingga kini, hanya 405,441 OKU berdaftar dengan JKM di seluruh negara dan jumlah itu jauh masih rendah kerana pihaknya percaya lebih ramai lagi OKU yang masih belum mendaftar. Mengulas mengenai program Merisik Khabar, beliau berkata Pulau Pinang adalah destinasi keenam dalam program itu selepas Melaka, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur dan mengikut perancangan destinasi seterusnya ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di Selangor. Katanya program yang membabitkan penglibatan semua agensi di bawah kementerian itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk bertemu dengan pegawai tertinggi dalam kementeriannya dan menyatakan masalah yang dihadapi agar bantuan sewajarnya dapat diberikan. "Jika masalah yang dibangkitkan bukan dalam bidang kuasa KPWKM sekalipun kita akan bantu. Saya akan tulis surat kepada agensi berkaitan, sekurang-kurangnya masalah mereka akan didengari di peringkat atasan,” katanya. - Bernama

Saturday, October 13, 2012

Petugas PDK mohon perhatian

ARKIB : 26/09/2012 Utusan online PEMBELA OKU Dabong, Kelantan
DALAM keadaan negara yang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, masih ramai pekerja kontrak ibarat dipinggirkan. Salah satunya ialah penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tugas mereka mendidik dan melatih kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang terdiri daripada kanak-kanak syndrome down, autisma cerebral palsy dan sebagainya untuk berdikari tidak dihargai. Hal ini jauh berbeza dengan guru pendidikan khas yang diberi banyak kemudahan oleh kerajaan. Mereka diberi taraf sukarelawan kontrak dengan diberi elaun RM800 untuk petugas atau guru dan RM1,200 untuk penyelia. Ini sukar diterima akal dengan beban kerja dan keadaan ekonomi semasa. Mereka yang dipilih bekerja juga bukan mereka memiliki kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma dan ramai juga terdiri daripada mereka berijazah. Ada antara mereka sudah berkhidmat selama belasan tahun tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka tidak diberi pengkhususan seperti mereka berkhidmat di tadika Kemas yang diberi kursus pendidikan awal kanak-kanak. Dengan tidak diberi kursus ini, mereka mudah dinafikan untuk kenaikan gaji dan pelbagai kemudahan lain. Oleh itu, ada antara mereka sudah bekhidmat dua atau tiga tahun berhenti kerja apabila mendapat tawaran kerja lain, sedangkan kanak-kanak OKU di PDK memerlukan kepakaran mereka untuk membentuk pelatih OKU untuk berdikari, bukan semata-mata menjaga makan minum mereka. Jika petugas atau guru bersilih ganti di mana kita mahu mendapat kepakaran mereka, sedangkan mereka yang sudah tahu selok-belok OKU berhenti untuk mencari kerja lain dan sebagainya. Dalam melatih petugas atau guru dan penyelia PDK yang baru, kerajaan juga ibarat terlepas pandang. Mujurlah ada pertubuhan yang prihatin terhadap nasib pekerja ini seperti Yayasan Sultan Idris Shah, Ipoh dan Semai Bakti yang memberi kursus asas kepada mereka. Jika keadaan ini berterusan, sampai bila-bila pun nasib OKU di Malaysia tidak akan terbela, sedangkan mereka terdiri daripada pekerja dan OKU memerlukan pembelaan sebaik-baiknya. Hal ini berbeza dengan negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat yang memberi banyak kemudahan kepada mereka bekerja dengan OKU. Diharapkan dalam pembentangan bajet kerajaan 2013 nanti, secebis harapan agar mereka yang bekerja di PDK mendapat sesuatu. Pekerja ini bukan meminta kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti permintaan CUEPACS dalam Bajet 2013 nanti tetapi mereka mengharapkan sedikit ehsan daripada kerajaan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120926/fo_03/Petugas-PDK-mohon-perhatian#ixzz29AYQn0Pt © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, August 28, 2012

balasan mengenai entri Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK?

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T Saya tidak minta admin pdk ini atau mana2 penyelia pdk dsb..... mengikuti blog saya sebab ini adalah blog peribadi saya dan bukannya blog mana2 pdk....... baiklah entri yang saya keluarkan betajuk Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK dalam blog peribadi saya itu adalah hanya untuk makluman peribadi saya dan tiada kena mengena dengan pdk lain ..... cuma saya mengaku dalam entri tersebut ada meminta agar Dato Seri Najib jika prihatin dapatlah membantu kami petugas di pdk semalaysia...... sebelum ini pun kursus - kursus yang saya ikuti di makpem kos untuk pergi ke sana pergi dan balik adalah ditanggung oleh saya sendirian berhad tanpa dibiayai oleh JKM ataupun pdk .... inilah adalah kerana untuk mendapat ilmu agar dapat membantu OKU dan mengajar pemulihan ke atas mereka..... NAMUN RUMAH DAN EKONOMI SETIAP KELUARGA TIDAK SAMA ...BUKANKAH BEGITU??? RUMAH TUAN, RUMAH TUAN .EKONOMI TUAN EKONOMI TUAN ..........RUMAH SAYA TIDAK SAMA RUMAH TUAN ......DAN EKONOMI SETIAP PETUGAS PDK TIDAK SAMA SEPERTI EKONOMI TUAN???? BUKANKAH BEGITU??? namun begitu sayang seribu kali sayang ...... admin pdk tersebut hanya tahu menghentam sahaja dan tidak berusaha untuk memajukan diri petugas -petugas di pdk seluruh malaysia...??? Konon katanya dah buat persatuan pdk semalaysia ......kenapa senyap je??????? apa usaha anda selama ini????? apalah salah jika admin sama2 membantu petugas pdk seluruh malaysia untuk memajukan dan menaikkan taraf mereka dengan mengemukakan idea-idea yang dapat memajukan diri mereka dan menanam cinta demi mengajar dan membuat pemulihan kepada OKU.... saya tahu maklumlah pdk itu gah namanya seantero dunia....tapi jika gah di sana tanpa memberi apa2 sumbangan kepada petugas pdk apalah gunanya ....... ??? Saya tahu jawatan ini sukarela kontrak tapi tak salahkan jika nawaitu saya ingin membantu OKU memberi pemulihan pengajaran dan di samping itu turut membantu diri saya dan diri semua petugas di pdk ....dengan memerah idea dan mengeluarkannya walaupun sudah larut malam dan awal pagi demi memajukan diri petugas di pdk............ walaupun saya tahu idea itu tidak akan diterima bulat2 tapi setakat ini alhamdulillah 80 peratus diterima oleh pihak pengurusan. selama ini pun segala idea yang saya kemukakan dalam blog ini seperti pewujudan penyelia, Kenaikan elaun ke RM 1200 setaraf ijazah dsb telah diaplikasikan dalam pdk .........dan saya rasa pihak tuan pun telah dapat merasakannya ....janganlah tuan marahkan saya dan memaksa saya membakar kelambu dan menuangkan pasir ke periuk nasi saya dan memaksa saya ADA BERANI ADA BERANI ??????? tuan tidak mengenali saya dan kita bukannya bekerja bersama di bawah satu bumbung jadi janganlah menuduh melulu .......... baiklah saya sebagai manusia kerdil memohon maaf jika ada salah dan silap harap dimaafkan ....... apapun tuan dengan entri pdk tuan dan saya dengan entri blog periadi saya ......jika tak nak dengar dan ikuti celoteh saya yang menyakitkan hati tuan , maka saya mintalah janganlah masuk dan ikut apa yang saya tulis dalam blog peribadi saya ini ........... MAAF JIKA TERKASAR BAHASA DAN TERSILAP DIKSI DIPILIH ......... assalammualaikum

refleks daripada blog pdk selayang mengenai entri bertajuk MAKPEM : Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK?

ditulis oleh admin pdk selayang pada Thursday, August 23, 2012 baiklah mari kita ikuti refleks yang ditulis oleh admin pdk selayang (jika tidak silap saya encik Yusof) mengenai entri bertajuk MAKPEM : Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK? Rasanya tiada masalah untuk Penyelia/Petugas PDK tanggung sendiri perbelanjaan untuk mengikuti kursus, kerana: Untuk kebaikan Penyelia/Petugas PDK tersebut, dapat menambah pengalaman dan pengetahuan, yang kena bayar sendiri pun cuma tambang pergi dan balik sahaja (cuma ada 2 atau 3 kursus yang kena bayar yuran, tu pun cuma RM50.00 sahaja) tempat tinggal dan makan minum dah MAKPEM tanggung. tetapi kalau yang dah kerja lama tu, nampak macam tak akan berhenti, OK jugalah kalau PDK tolong bayarkan yuran ke, tambang ke (biasanya kalau ke MAKPEM, dua pekara tu jelah yang kena tanggung) Juga untuk kebaikkan PDK (Jawatankuasa PDK dan JKM) juga, sebab boleh dikatakan antara 15-20% Petugas PDK sentiasa silih berganti, samada berhenti sendiri atau diberhentikan (diberhentikan???). Kalau diberhentikan ok jugalah, sebab mungkin kalau dia terus kerja akan menyusahkan Jawatankuasa PDK, PDK dan JKM. tetapi yang berhenti sendiri tu yang menjadi masalah besar (berhenti atas sebab cari kerja lainlah, dapat kerja lainlah, tak cukup makanlah (siapa suruh minta kerja kat PDK-dah tahu SAGUHATI (bukan gaji) rendah), sebab nak kahwinlah, macam-macam alasan bila dah taknak kerja ngan PDK). Jadi ianya akan merugikan PDK, Jawatankuasa PDK dan JKM, dah bayar macam-macam, tanggung macam-macam, last-last berhenti juga. Ialah, nama pun sukarela (sebab jawatan anda yang menyandang jawatan penyelia/petugas PDK adalah sukarela sambilan-dah lah sukarela, sambilan plak tuh! (mode nya senang je Boleh Berhenti Bila-Bila Masa-Boleh Diberhentikan Bila-Bila Masa), jangan PERASAN, ADA YANG KATA KERJA DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KONON, KONON, KONON-tak caya tengok dalam profail facebook), jadi kenalah rela juga untuk merelakan diri pada: Masa; dan/atau (X) Tenaga; dan/atau (X) Idea; dan/atau (X) RM; dan/atau (X) Kesemuanya di atas.......! (BETUL-BETUL-BETUL) Ada brani! Ada Brani!! ADA BRANI!!! KERJA DENGAN PDK BUKANLAH SATU PROFESSION, TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEMASYARAKATAN DALAM KESUKARELAWANAN

Saturday, August 4, 2012

makpem ...... kos untuk mengikuti kursus tidak ditanggung oleh pdk tetapi ditanggung sendiri oleh petugas/penyelia

beberapa hari yang lalu menerima surat daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengatakan bahawa kos untuk mengikuti kursus di makpem akan ditanggung sendiri oleh penyelia atau petugas yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut. sebelum ini jika mereka ingin mengikuti kursus tersebut di makpem kos perjalanan pergi dan balik akan ditanggung oleh majikan yakni pdk. Namun malang sekali selepas ini apabila kos tersebut ditanggung oleh penyelia / petugas itu sendiri. sudahlah elaun diterima oleh petugas hanya setakat RM 712 dan harga barangan berlipat kali ganda kerana gaji penjawat awam dinaikkan beserta bonus sekali dapat .... contoh sahajalah baju raya sudah menjangkau ke RM 150-RM 200 sehelai. sedangkan elaun diperolehi oleh petugas PDK hanya dapat menampung bil2 dan hutang ...JADI BAGAIMANALAH NAK MENDAPAT KURSUS UNTUK MENGAJAR PELATIH OKU DAN AKIBATNYA YANG MENDAPAT BIASANNYA IALAH PELATIH OKU TU SENDIRI DAN PDK JUGALAH.... BIASALAH ITU KAN NASIB PETUGAS SUKARELA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI YANG TIDAK DIPANDANG OLEH MANA2 PIHAK TERMASUKLAH OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WALAUPUN ELAUN MEREKA DIPEROLEHI DARIPADA PERUNTUKAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT...MAKLUMLAH SUKARELA KONTRAK LW KATAKAN ........????? JIKA BENAR DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK PRIHATIN DENGAN NASIB KAMI ..... TOLONGLAH BUAT SESUATU AGAR NASIB KAMI DIBELA DAN KAMI MENDAPAT HAK SAMA SEPERTI PEKERJA TETAP DAN BUKAN BERTARAF SUKARELA KONTRAK ...... FIKIR-FIKIRKANLAH YE......

Mengajar Anak Menulis

Mengajar Anak Menulis by Mommy Lyna on July 14, 2010 · 0 comments daripada laman blog http://mysuperkids.net/mengajar-anak-menulis Fine motor skill adalah antara asas bagi anak-anak untuk menulis. Kemahiran motor halus (?) ini melibatkan pergerakan otot-otot yang kecil seperti jari-jari, mata, dan sebagainya. Kalau yang melibatkan otot besar seperti berjalan, melompat, mengimbangkan badan tu adalah gross motor. Fine motor skill bagi kanak-kanak kecil adalah sesuatu yang susah, tak macam kita bila menggerakkan tangan, kita boleh buat macam-macam. Bagi budak2 ni, nak buat PEACE pun kena practise banyak-banyak kali. Bukan sebab dia tak boleh, tapi tak biasa. Skill ini penting untuk anak-anak melakukan aktiviti, terutama yang melibatkan tangan contohnya menulis. Aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak kita semasa kecil, biasanya adalah preparation untuk mereka menguasai fine motor skill, walaupun kita tak sedar. Bila bayi kita yang merangkak, kelihatan mengutip barang-barang di lantai, sebenarnya itu adalah petanda dia memiliki fine motor skill yang baik. Antara aktiviti biasa yang boleh membantu membina fine motor skill pada anak-anak: ■Buka-tutup botol dan kabinet di dapur. ■Mengutip objek di atas lantai atau meja. ■Mengoyakkan kertas atau tisu. ■Menconteng. ■Merenyukkan kertas. ■Mencucuk sesuatu, walaupun lubang hidung sendiri. ■Bermain play-doh atau tepung. Kadang-kadang kita marah bila anak buat benda2 di atas, kan? Kan? Ini adalah Fahry yang sedang scribbling di kertas. Saya just nak tunjukkan cara dia pegang pensil. Pandai kan? Hahaha. Sejak hari pertama memegang pensil, tangannya dah begitu. Fahry kena puji dengan cikgu taska, kata cikgu-cikgunya “Fahry pandai pegang pensel, pegang macam kita pegang, lepas tu dia pandai gerakkan wrist dia instead of elbow”. Hafiy pun masih menggenggam lagi. Fahry kalau suruh scribble, memang tak tahu apa dia nak buat, sebab dia tak pandai cakap. Tapi hasilnya sama je dengan Hafiy, yang katanya nak buat train la, car la Tapi anak-anak ni, walau cemana pun hasil kerja mereka, tak boleh la kita bagi remark tak elok macam “Train apa macam tu? Tak jadi pun!” sebab mereka melukis tu umpama kita melukis di depan cermin, dan hasilnya adalah yang dalam refleksi cermin tu.Harusla terbalik kuang semua. Ini adalah kerana fine motor skill dan hand-eye-coordination mereka yang masih belum matang. Mereka memerlukan encouragement dan kasih sayang supaya mereka terus bersemangat. So far skill menulis, menconteng, melukis dan mewarna Hafiy masih di tahap ‘mendapat komen –belum mengusai lagi- dari cikgu taskanya. Kawan2 sekelas dah pandai kaler dalam garisan objek, dia masih conteng-conteng. Kat rumah pun macam tu. Bila Mommy nak tunjuk contoh, tak dibaginya Tapi tak apa… learning is ongoing process. Yang penting terus nak belajar. Kalau rasa dah pandai pastu terus malas belajar, tu lagi bahaya.

Wednesday, May 30, 2012

Teori Pelbagai kecerdasan

Teori Pelbagai kecerdasan
Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Jenis-jenis kecerdasan
Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam patern, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. Faedah Teori pelbagai kecerdasan Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan Melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA:PEMULIHAN PENGAYAAN DAN KEPERLUAN KHAS

????????????????????? Bagaimanakah cara anda mengajar atau pemulihan kepada anak-anak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti? adakah anda melakukan secara 1. chalk anda talk? macam cikgu2 dulu mengajar anda di sekolah 2. berasaskan kepada pemulihan dalam kumpulan 3. berasaskan kepada pemulihan seorang demi seorang Anda perlulah tahu bahawa kanak2 OKU di PDK ada pelbagai jenis daripada a. Attention defisit disorder b. hyper active c. masalah autisme d. masalah slow learner e. down ayndrome f. masalah otak kecil g. masalah otak besar h. masalah fizikal/anggota i. masalah pelbagai bercampur aduk 2/3 masalah umur yang berlainan kecacatan yang berlainan kehendak berbeza.... Adakah di pdk anda kelas anda ditemani oleh ibu/bapa/ penjaga? setiap tempat / pdk dengan penyelia dan kehendak berbeza.... jadi bagaimanakah supaya tidak timbul percanggahan di antara kanak2 OKU, ibu bapa, AJK , petugas, penyelia, JKM, Bakti???? Oh itu ada perlulah berfikiran profesional dan matang... gunakanlah kaedah yang sesuai.... Untuk makluman silalah baca maklumat di bawah ini ...K/ PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PEMULIHAN, PENGAYAAN, PELBAGAI KECERDASAN DAN BERKEPERLUAN KHAS PEMULIHAN - - Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 ‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. - Menurut Pringle (1966) ‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. -Menurut Kamus Dewan , pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. •Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. PENGAYAAN Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Faktor-faktor masalah pembelajaran Faktor peribadi Faktor kurang kecerdasan Faktor fizikal Faktor psikologi Kurikulum di sekolah tidak sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh pelajar. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat . Faktor peribadi keadaan ekonomi keluarga : kerja rumah menjaga adik-adik membuat kerja sambilan masalah sosial segan dan malu Faktor kurang kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental Ciri-ciri: lebih lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan Faktor fizikal Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan pelajar:cepat berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya Kekurangan tenaga dan semangat kurang sihat :mengambil cuti sakit Masalah kecacatan fizikal Peranan guru kelas biasa dalam pelaksanaan pemulihan mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya Langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas 1 Mengenal Pasti murid 2 Penganalisian masalah 3 Perancangan dan penyediaan bahan 4 Pengajaran dan pembelajaran 5 Ujian dan penilaian 6 Tindakan susulan Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi lebih mudah berperasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri Langkah-langkah proses pengelolaan sesi pemulihan kelas 1 Pengajaran guru 2 Pembelajaran murid 3 Latihan lisan/ bertulis 4 Ujian dan penilaian Strategi pengajaran- pembelajaran pemulihan Boleh dibahagikan kepada 2 strategi:
a Secara kumpulan
b Secara individu Konsep pengayaan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu Objektif-objektif pengayaan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada:  bacaan (membaca)  tulisan (menulis)  kiraan (mengira) Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca) Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita. Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis) Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik. Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira) 1. Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. 2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi. 3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang. Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan 1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar. Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan Kumpulan cerdas .................. pengayaan Kumpulan sederhana ................pengayaan Kumpulan lambat ...................pemulihan PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Definisi Kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif: i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. RUJUKAN Dr. Ragbir, (2009). “Panduan Ulangkaji ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI )”. Kumpulan Budiman,Kuala Lumpur. Mok Soon Sang, ( 2003 ). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi ). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya. Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 1997 ), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur http://www.moe.gov.my http://drragbirnet MUHAMMAD FARHAN BIN ISHAK - DB100343 NORZULINAH BINTI ZOLKEFLI - DB100332 MASDIANA BINTI AHMAD KAMIL - DB100933 NORMALA BINTI ABU TALIB - DB100027 NOR HAZEAN BINTI ISMAIL - DB100066 ZAIFIRUS SINAR SURIATI BINTI MAHMUD - DB100334 NAZARUDIN BIN ALI - DB100331 LIM AI PING - DB100509 LAM JIUN MEE - DB100553 YAP KIEN HUI - DB100554 sekian , terima kasih kerana berkongsi info bersama kami .....

Cadangan buat Pdk dan JKM. Fikirkanlah demi pembangunan bersama..... ??????

Cadangan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 1. Petugas - petugas PDK acapkali disuruh oleh ???????+++++ untuk membuat kajian kes bagi kes kajisemula OKU . Mereka akan diminta mencari alamat OKU, menemuramah klien OKU tersebut . Kemudian menggula-gulakan pekerja pdk untuk diberikan elaun mileage....tapi malang sekali seringkali pekerja pdk tidak diberikan elaun mileage. Pertanyaan yang ingin dipaparkan di sini. Adakah itu termasuk dalam tugasan pekerjapdk ataupun ingin memudahkan pekerjaan pihak atasan lalu dipasskan kepada pekerja pdk.... cadangan agar pekerja pdk tidak diberikan tugasan tersebut kerana hakikinya pekerja pdk perlu membuat tugasan mengajar dan pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pdk.Jika pemulihan mereka tidak nampak , petugas pdk juga yang dipersalahkan sedangkan mereka dibebani dengan tugasan-tugasan lain misalannya perkeranian dan sebagainya.... banyak tuuuu jika nak disenaraikan.....
2. Jawatan Penyelia di pusat pemulihan dalam komuniti dibubarkan. Namun demikian elaun mereka tetap diberikan kepada mereka sebanyak RM 1200 cuma yang ingin dibuat perubahan ialah setiap pekerja/petugas pdk yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun diberikan elaun sebanyak RM 1200 sama seperti penyelia pdk. Namun mereka dikehendaki untuk menjadi fasilitator kepada petugas baru dalam membuat pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti. 3. Cadangan agar cuti akhir tahun diberikan selama 2 bulan kepada pelatih-pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti setara seperti di sekolah, pendidikan khas, tadika dan pusat pemulihan yang lain. Ini secara tidak langsung mereka dapat berehat kerana bebanan pemulihan pembelajaran melebihi orang normal pula. Hubungan di antara ahli keluarga akan lebih rapat apabila mereka bersama2 keluar beriadah atau melancung ke negeri lain. Selalunya apabila cuti sekolah pelatih di pdk pun tidak ingin ke pdk kerana mereka berpendapat cuti apabila melihat kakak dan adik mereka cuti tidak ke sekolah. Selama ini pun mereka menganggap yang pdk itu ialah sekolah mereka dan kami petugas pdk dipanggil sebagai cikgu bukannya penyelia ataupun petugas. Pelikkan jika tugas utama mengajar, memberi pendidikan dan pemulihan dipanggil sebagai petugas. Jika begitu bagaimana pula dengan di pendidikan khas ? apa gelaran mereka gunakan? Jangan kita memalukan diri sendiri dengan kekurangan istilah bahasa Melayu? tak gitu?
4. Jawatan petugas pdk diserapkan dalam perkhidmatan perjawatan tetap. Ini secara tidak langsung akan memberi suntikan kepada mereka untuk lebih komited dalam perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan lebih baik. KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat. Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad. Ini petikan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menyerapkan Guru sandaran tidak terlatih dalam perkhidmatan tetap. bagaimana pula tindakan Jabatan kebajikan Masyarakat. jangan hanya kerana pelbagai alasan tidak munasabah pula diberikan misalannya oh kamu tu sukarela... oh kamu tu di bawah komuniti. Tolonglah berfikiran profesional. Ini untuk mengelakkan tenaga berwibawa hilang kerana mencari kerja lain. Bahkan disarankan jika boleh semua pekerja kontrak di bawah kementerian / komuniti atau gaji/elaun mereka diberikan oleh kementerian/jabatan agar diserapkan dalam perkhidmatan tetap bukannya berstatus kontrak. 5. Petugas petugas pdk disarankan agar diberikan kursus yang menjurus ke arah profesional . Ini adalah ilmu yang dimiliki oleh mereka adalah di peringkat sijil penyertaaan sahaja dan di peringkat asas. Jadi bagaimanalah mereka akan nampak lebih profesional sedangkan ilmu hanya tiris sahaja. 6. Kursus yang menjurus ke arah pemulihan dan pendidikan kanak-kanak OKU ini diminta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bakti agar diberikan kepada sasaran utama mereka iaitu petugas bukannya penyelia .Ilmu yang disampaikan terus kepada sasaran akan lebih bermanafaat daripada ilmu yang disampaikan kepada orang kedua dan seterusnya orang ketiga. akhirnya jadilah seperti telefon karat.
7. Elaun pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti dinaikkan daripada RM 150 kepada tahap yang berpatutan . Ini adalah kerana elaun diperolehi mereka / pelatih OKU ini dibeza-bezakan antara pelatih OKU yang terlantar, tidak terlantar, tidak boleh bekerja, boleh bekerja. Jadi jika boleh pihak JKM perlulah mewujudkan satu mekanisme yang adil supaya tidak timbul perasaan irihati di kalangan ibubapa pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti seluruh Malaysia.
8. Bagi menjaga kualiti pendidikan dan pemulihan OKU perlulah diwujudkan mekanisma bagi menjaga kualiti pendidikan pemulihan OKU. Perlulah diwujudkan ketua panitia / ketua bidang setiap bidang pemulihan. Peluang perlulah diberikan kepada mereka yang telah lebih berkhidmat melebihi 5 tahun dengan didasari dengan ilmu pendidikan. Maksudnya lebih baik jika mereka ada pengalaman sebagai guru pendidikan khas atau guru sandaran. Jika perlu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bakti , PDK bekerjasama bersama kementerian pendidikan/kesihatan dan sebagainya perlulah dibuat. Ini sudah tahun 2012 dan tahun hadapan 2013 tetapi kualiti masih lagi sedih dibincangkan.
9. Jawatan job coach di pdk perlulah diwujudkan bagi memberi peluang kepada petugas pdk untuk mengenjak ke hadapan. Elaun mereka ini perlulah diupkan sedikit dengan mileage.
10 . Oh ye satu lagi setiap petugas pdk perlulah diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Jika mereka bawa kereta berilah elaun sesuai dan jika bawa motosikal biarlah berpadanan. Namun demikian malang sekali di setengah-setengah pdk , petugas tidak diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Lagipun jika nak diisikan air tidak berjalan pula kereta malahan bertambah rosak pula.... ha fikir-fikirkanlah ye....
11. Seharusnyalah dielakkan pertindanan dalam menerima elaun sama ada daripada JKM ataupun PDK . Oleh itu haruslah dielakkan daripada berlaku pertindanan tersebut . Aduan perlulah disemak dengan teliti dan bukan hanya menerima sahaja bulat2 aduan tersebut tanpa dilakukan siasatan terperinci dan adil. Fikir-fikirkanlah. kesimpulannya itu hanyalah cadangan daripada saya sahaja. Yang baik bolehlah diambil demi memajukan lagi pdk dan yang tidak baik bolehlah dibakulsampahkan . Tidak dipaksa menerima idea tersebut. Namun demi mengelakkan pekerja yang baik terlepas perlulah dibuat sesuatu akan sumber tenaga manusia ini. PDK penting kerana diibaratkan sebagai perantaraan kepada OKU yang hendak ke sekolah dan dalam perantaraan untuk bekerja. Tak gitu? Yang baik daripada Allah dan yang buruk hanya daripada manusia sesungguhnya kita manusia yang lemah ..... Wabillah hi taufik wal hidayah...........

Wednesday, March 28, 2012

PANAS...... PANAS... PANAS............

ADA ISU PANAS DI KALANGAN MEREKA YANG DUDUK SEBUMBUNG DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ....
Memang panas sehinggakan setiap hari setiap minit setiap saat terdengar rungutan daripada mereka.... Saya tidak akan dedahkan isu ini di dalam entri pada kali ini tapi saya mintalah atas jasa baik pihak pengurusan JKM supaya dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera..... Lihatlah gambar bayi ini ... inilah kehendak mereka......
sedangkan yang lain di pdk lain pula kehendak mereka ...jadi fikir-fikirkanlah ye.... jika mereka sedih mereka akan ..............
jika mereka suka mereka akan ............
fikir-fikirkanlah ye ....

SOALAN LAZIM KPWKM

PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM? Sebab utama adalah seperti berikut: - Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. - Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. - Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU. - Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. - Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan. - Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU? Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut: - OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. - Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta. - Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar. - Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran. PERINGKAT JKM - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI Q Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)? A Â Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/ penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagikeberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain. Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK? Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan. PERINGKAT JKM - KERJA KESUKARELAAN Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela? - Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenai peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan. - Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri - Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas-tugas dan tanggungjawab lain. - Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan daripada JKM? Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. - Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966. - Pertubuhan bertaraf tempatan. - Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan. - Pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-akta berkaitan. - Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian. jAWAPAN ANDA MUNGKIN ......................
BAIKLAH HANYA NI YANG DAPAT DIKUTIP LAIN KALI DISERTAKAN SOALAN LAIN...K?

KEHENDAK PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 PTK PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT JPA.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 (PTK2) BAGI PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S27 1. Matlamat Sukatan 1.1 Berupaya memahami prinsip-prinsip berkaitan pengetahuan kerja sosial, pengurusan sumber dan arahan pentadbiran; 1.2 Mempunyai kecekapan mengaplikasikan prinsip-prinsip dan peraturanperaturan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan bidang tugas jawatannya; 1.3 Mampu mengemukakan cadangan-cadangan pembaikan dan membuat keputusan dengan baik. 2. Tujuan Peperiksaan Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai satu syarat anjakan gaji dan pertimbangan untuk kenaikan pangkat. 3. Pegawai yang Layak Menduduki Peperiksaan Ini 3.1 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 yang berada di tanggagaji P2 atau P3; dan 3.2 Diperakukan oleh Ketua Jabatan. 4. Sukatan Peperiksaan Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus. Bahagian I 4.1 Kompetensi Umum 4.1.1 Keutuhan Peribadi Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti Perkhidmatan sosial seperti: Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2 2 ô€‚¤ Piagam Pelanggan Jabatan ô€‚¤ Kod Etika Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat ô€‚¤ Prinsip Kerja Sosial ô€‚¤ Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam 4.1.2 Dasar-dasar Negara ô€‚¤ Dasar Kebajikan Masyarakat Negara ô€‚¤ Dasar Sosial Negara ô€‚¤ Dasar Warga Tua ô€‚¤ Dasar Bersih, Cekap dan Amanah ô€‚¤ Dasar Pembangunan Negara 4.1.3 Kualiti Perkhidmatan Pentadbiran Am ô€‚¤ Perkhidmatan Kaunter ô€‚¤ Kualiti layanan telefon ô€‚¤ Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja ô€‚¤ Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) ô€‚¤ Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ô€‚¤ MS ISO 9000 4.1.4 Kemahiran Kerja Sosial ô€‚¤ Penyiasatan ô€‚¤ Merakam Kes/Merekod Kes ô€‚¤ Laporan Kes ô€‚¤ Diagnosa ô€‚¤ Rancangan Pemulihan ô€‚¤ Kajian Semula 4.1.5 Konsep Kerja Sosial ô€‚¤ Kerja kes ô€‚¤ Kerja kumpulan ô€‚¤ Persidangan kes ô€‚¤ Organisasi komuniti ô€‚¤ Perancangan sosial ô€‚¤ Penyelidikan sosial ô€‚¤ Tindakan sosial Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2 ______________________________________________________________________________________ 3 BAHAGIAN II 4.2 Kompetensi Khusus 4.2.1 Pengendalian Program Pembangunan Komuniti ô€‚¤ Pemulihan Dalam Komuniti ô€‚¤ Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak ô€‚¤ Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak ô€‚¤ Briged Kebajikan Perdana ô€‚¤ Pembangunan Sosial ô€‚¤ Pembangunan NGO/Bengkel Terlindung ô€‚¤ Lembaga Pelawat Institusi ô€‚¤ Geran Pelancaran [contoh: Geran Pelancaran, Bantuan Pertubuhan Sukarela Kebajikan] 4.2.2 Pengendalian Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga ô€‚¤ Perkhidmatan yang disediakan ô€‚¤ Perkembangan kanak-kanak ô€‚¤ Konvensyen Hak Kanak-kanak ô€‚¤ Institusi kanak-kanak ô€‚¤ Institusi akhlak ô€‚¤ Akta berkaitan [contoh: akta Kanak-kanak 2001, Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Pengangkatan 1952, Akta Pendaftaran pengangkatan 1952]. ô€‚¤ Kaedah dan Peraturan berkaitan ô€‚¤ Skim bantuan berkaitan [contoh: Bantuan Sekolah, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Am Negeri]. 4.2.3 Pengendalian Perkhidmatan Orang Kurang Upaya ô€‚¤ Perkhidmatan OKU ô€‚¤ Biwako Millennium Frame of Action 2003 – 2012 ô€‚¤ Isu-isu kecacatan ô€‚¤ Institusi OKU ô€‚¤ Skim bantuan berkaitan [contoh: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Alat Otopedik/Alat tiruan, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri] 4.2.4 Pengendalian Perkhidmatan Warga Tua dan Orang Papa ô€‚¤ Dasar Warga Tua Negara ô€‚¤ Perkhidmatan yang disediakan ô€‚¤ Konsep dan teori penuaan ô€‚¤ Keperluan dan penjagaan warga tua ô€‚¤ Pemulihan orang papa Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2 ______________________________________________________________________________________ 4 ô€‚¤ Akta, Kaedah dan Peraturan berkaitan [contoh: Akta Orang Papa 1977] ô€‚¤ Institusi warga tua ô€‚¤ Institusi Pemulihan Pengemis ô€‚¤ Skim bantuan berkaitan [contoh: Bantuan Orang Tua, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri]. 4.2.5 Pengendalian Perkhidmatan Pemulihan Dadah ô€‚¤ Perkhidmatan yang disediakan ô€‚¤ Pusat Pemulihan Serenti ô€‚¤ Akta, Kaedah dan Peraturan berkaitan [contoh: Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta Dadah Berbahaya 1952]. ô€‚¤ Program pencegahan - Pencegahan awalan - Pencegahan umum ô€‚¤ Modaliti pemulihan ô€‚¤ Pengawasan - Dalam komuniti - Selepas pembebasan Soalan : Bahagian I – 40 soalan Bentuk Peperiksaan: Aneka Pilihan Bahagian II – 40 soalan Bentuk Peperiksaan : Aneka Pilihan 6. Masa : Bahagian I - 1 jam Bahagian II - 1 jam 7. Tahap Kesukaran: Kefahaman dan Aplikasi 8. Rujukan: Calon tidak dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan semasa peperiksaan 9. Pengecualian: Calon-calon yang telah lulus mana-mana Bahagian adalah dikecualikan dari mengambil Bahagian tersebut. 10. Keputusan: Lulus/Kandas Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2 ______________________________________________________________________________________ 11. Pemeriksa Dilantik : Pengerusi Panel Penilai Oleh Tahap Kecekapan (PTK) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 12. Bahasa (Soalan : Bahasa Malaysia & Jawapan) 13. Permohonan : Urusetia Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Dikemukakan Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 14. Pusat Peperiksaan : Urusetia Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Ditetapkan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 15. Kekerapan Peperiksaan : Sekali setahun 16. Tarikh Akhir Mengemukakan: 1 ½ bulan sebelum tarikh Permohonan peperiksaan Bahan Rujukan 1. Buku Panduan Pelanggan 1.1 Pengurusan Kes Penderaan Kanak-Kanak 1.2 Proses Permohonan Anak Angkat/Anak Peliharaan 1.3 Prosedur Penubuhan Taman Asukan Kanak-Kanak (TASKA) 1.4 Prosedur Pendaftaran Pusat Jagaan 1.5 Prosedur Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang-orang Tua) 1.6 Prosedur Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) 1.7 Prosedur Permohonan Bantuan Alat Tiruan (Alat Sokongan) 1.8 Prosedur Kemasukan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) Bangi 1.9 Prosedur ke Taman Sinar Harapan (Pusat Pemulihan OKU Akal) 1.10 Prosedur Kemasukan ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) 1.11 Pengurusan Kes Keganasan Rumahtangga 1.12 Prosedur Permohonan Kutipan Derma 1.13 Prosedur Permohonan Bantuan Kewangan 1.14 Undang-undang Jabatan Kebajikan Masyarakat Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2 ______________________________________________________________________________________ 6 2. Akta-akta Berkaitan 2.1 Akta Kanak-Kanak 2001 2.2 Akta Pengangkatan 1952 2.3 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 2.4 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 2.5 Akta Pusat Jagaan 1993 2.6 Akta Orang Papa 1977 2.7 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 2.8 Akta Dadah Berbahaya 1952 2.9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 3. Peraturan dan Kaedah Berkaitan 3.1 Peraturn-peraturan Perlindungan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 1992 3.2 Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994 3.3 Old Persons Homes (Management) Rules 1959 3.4 Kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-orang Papa 1981 [PU(A)376] 3.5 Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982 3.6 Arahan-arahan Pusat Pemulihan bagi Orang-orang Cacat Anggota Cheras, Selangor 1969 (No. 5308) 3.7 Arahan-arahan Pusat Pemulihan Orang-orang Cacat Anggota Cheras, Selangor (Lembaga Pelawat) 1969 (No. 5309) 3.8 Kaedah-kaedah Bagi Pusat-pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 [PUM(A)47] 3.9 Kaedah-kaedah Wokshop Terlindung 1979 3.10 Peraturan Tetap Operasi Pengurusan dan Bantuan Bencana 4. Dasar-dasar/Pelan Tindakan/Konvensyen Berkaitan 4.1 Dasar Kebajikan Masyarakat Negara 4.2 Dasar Warga Tua Negara 4.3 Dasar Sosial Negara 4.4 Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara 4.5 Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara 4.6 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 4.7 Dekad Orang Kurang Upaya Asia Pasifik 1993 – 2002 4.8 Biwako Millennium Framework of Action 2003 – 2012 5. Buku-buku Terbitan JKMM Yang Lain 5.1 Laporan Tahunan 5.2 Jurnak Kebajikan 5.3 Berita Kebajikan 5.4 Piagam Pelanggan JKMM 5.5 Kod Etika Pekerja JKMM Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2 ______________________________________________________________________________________ 7 5.6 Panduan Amalan Terbaik dan Aktiviti Membenteras Gejala Sosial Juvana 5.7 Panduan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya 5.8 Risalah-risalah 6. Kod Etika dan Prinsip Kerja Sosial 7. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam – PKPA Bil. 1/91, PKPA Bil. 4/91, PKPA Bil. 7/91, PKPA Bil. 8/91, PKPA Bil. 10/91, PKPA Bil. 1/92 dan PKPA Bil. 4/92 8. Kaunseling Organisasi: Satu Pengenalan, Jabatan Perkhidmatan Awam, 1998. 9. Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 1992. 10. MS ISO 9000. 11. Buku Nilai dan Etika – INTAN Citra Karya. 12. Buku/majalah/jurnal yang berkaitan dengan teknologi maklumat. 13. Lain-lain penerbitan/majalah/buku yang berkaitan. CUMA YANG DI ATAS ITU ADALAH LANTIKAN DARIPADA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SEDANGKAN KAMI PENYELIA DAN PETUGAS PDK ........??? HAHAHAH LAWAKNYA ...MASA DEPAN PUN GELAP .....

peperiksaan penyelia petugas pdk se malaysia....

dengar khabar peperiksaan bagi penyelia dan petugas akan diadakan tidak beberapa lama lagi menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian maklumat berkenaan tarikh, masa, tempat tidak pula dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Begitu juga apa yang perlu dipelajari dan yang akan ditanya dalam peperiksaan juga tidak diterangkan kepada semua penyelia dan petugas . Jadi ibarat anda perlulah belajar di dalam gelap gelita ...nasiblah tidak diketahui apa akan ditenya kelak.... Bukankah ini menganiaya nampaknya... nasib nasib pandai kamulah ye....
Masa semakin menghampiri ...jadi pandai-pandailah kalian sekelian ...apa yang perlu dipelajari dan sebagainya.... Oh satu lagi perlu diingati yang kita ni hanyalah tahap Sijil Pelajaran Malaysia je dan tahap ilmu dalam pemulihan serta pengajaran pendidikan pemulihan bukanlah tinggi ya...Ha yang ni pihak JKM perlulah sedari ya... Jangan pula soalan-soalan yang melangkui tahap minda mereka ataupun tahap ilmu mereka dikeluarkan ...mati tak terjawab mereka...lagipun mereka bukannya nak mengejar DG41..... tak gitu? fikir-fikirkanlah ye