Berfikiran rasional ..........
adakah pewujudan taska OKU memberi impak positif atau impak negatif????
seperti juga pewujudan supermarket bertaraf 5 bintang di kawasan peniaga kecil..... yang besar tidak menerima impak tetapi yang kecil menerima impak ..... dan ada di antaranya muflis atau tutup perniagaan.....
tujuan utama pelatih berusia di bawah 5 tahun yang berada di pdk adalah ingin dihantar ke sekolah setelah perkara asas utama seperti pengurusan diri diatasi.
jika mereka telah berusia melebihi 18/19 tahun adalah untuk dibawa ke arah bekerja dan diberikan elaun bekerja sebanyak RM 300 melainkan jika mereka tidak boleh untuk bekerja maka dimohonkan elaun tidak bekerja sebanyak RM 150.
jadi pertanyaannya sekarang adakah taska ingin mengambil kanak2 OKU seperti ini di taska OKU mereka????? malahan pihak sekolah juga terpaksa memulangkan mereka ke pdk kerana permasalahan tersebut yang kritikal......
Saranan saya seharusnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memperkayakasakan lagi pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) kerana majoriti pelatih di pdk adalah terdiri dari kategori orang miskin malahan petugas di pdk yang berpendapatan RM 712 juga dalam kategori miskin.
maksud saya.... memperkayakasakan dari semua aspek ...
a. pengurusan
b. pengajaran......
1. kurikulum standard
2. latihan diploma kepada petugas pdk......
3. jadual latihan sama di setiap pdk
4. pengajaran berteknologi (bukannya hanya diwarkan pada tahun 2010 kata nak beri latihan pengajaran menggunakan teknologi tapi tidak pernah pun dikotakan janji)
5. alat bantu mengajar yang mencukupi
6. rancangan mengajar disediakan bukannya menyerahkan bulat2 kepada petugas dan mengatakan ajarlah guna daya kreatif sendiri .
c. kebajikan petugas pdk..........................
1. menaikkan elaun mereka kepada maksimum RM 900
2. menyerapkan mereka dalam perjawatan tetap bukannya kontrak sukarela
3. memberi elaun milleage / perjalanan
4. menukarkan nama kepada guru seperti dahulu
5. memberi kursus bertaraf diploma
6, memberi cuti sama seperti cuti persekolahan
7. memberi perawatan doktor
d. kebajikan pelatih oku di pdk
e. kelengkapan dan kesuaian ruang di pdk... ada ruangan berbeza bagi tujuan berbeza.
f. menukarkan nama pdk kepada sekolah oku. Harus ada perbezaan dengan sekolah yang lebih berteraskan akademik semata-mata.
g. mewujudkan bengkel bagi OKU yang tidak berupaya bekerja dan memberikan gaji yang sesuai bukannya upah sebanyak Rm 10/20 sebulan.....
h. mewujudkan syarikat tetap bagi bengkel tersebut.
baiklah hanya itu yang dapat saya fikirkan... jika dibrainstorming secara usrah dan profesional insyaallah akan mendapat idea lebih bernas....
sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang daripada saya....
cuma yang perlu dielakkan ialah penyelia perlulah yakin bahawa petugas tidak ingin merampas jawatan mereka....yang penting berilah tanggungjawab sesuai dengan kebolehan mereka dan percayalah pada mereka ............. yang penting ialah KERJASAMA..... betul tak?
dan satu lagi pihak Jabatan/ Bakti berilah kursus / tanggungjawab kepada semua dan bukannya hanya orang tertentu sahaja sehingga mereka gah dan riak ......... . Bukankah itu dimurkai oleh ALLAH......
Mohon maaf jika saya terkasar bahasa atau terusik hati / jiwa nurani orang lain .... Maafkan saya....