Wednesday, March 28, 2012

SOALAN LAZIM KPWKM

PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM? Sebab utama adalah seperti berikut: - Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. - Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. - Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU. - Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. - Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan. - Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU? Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut: - OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. - Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta. - Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar. - Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran. PERINGKAT JKM - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI Q Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)? A Â Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/ penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagikeberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain. Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK? Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan. PERINGKAT JKM - KERJA KESUKARELAAN Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela? - Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenai peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan. - Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri - Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas-tugas dan tanggungjawab lain. - Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan daripada JKM? Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. - Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966. - Pertubuhan bertaraf tempatan. - Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan. - Pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-akta berkaitan. - Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian. jAWAPAN ANDA MUNGKIN ......................
BAIKLAH HANYA NI YANG DAPAT DIKUTIP LAIN KALI DISERTAKAN SOALAN LAIN...K?