Wednesday, May 30, 2012
Cadangan buat Pdk dan JKM. Fikirkanlah demi pembangunan bersama..... ??????
Cadangan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
1. Petugas - petugas PDK acapkali disuruh oleh ???????+++++ untuk membuat kajian kes bagi kes kajisemula OKU . Mereka akan diminta mencari alamat OKU, menemuramah klien OKU tersebut . Kemudian menggula-gulakan pekerja pdk untuk diberikan elaun mileage....tapi malang sekali seringkali pekerja pdk tidak diberikan elaun mileage.
Pertanyaan yang ingin dipaparkan di sini. Adakah itu termasuk dalam tugasan pekerjapdk ataupun ingin memudahkan pekerjaan pihak atasan lalu dipasskan kepada pekerja pdk....
cadangan agar pekerja pdk tidak diberikan tugasan tersebut kerana hakikinya pekerja pdk perlu membuat tugasan mengajar dan pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pdk.Jika pemulihan mereka tidak nampak , petugas pdk juga yang dipersalahkan sedangkan mereka dibebani dengan tugasan-tugasan lain misalannya perkeranian dan sebagainya.... banyak tuuuu jika nak disenaraikan.....
2. Jawatan Penyelia di pusat pemulihan dalam komuniti dibubarkan. Namun demikian elaun mereka tetap diberikan kepada mereka sebanyak RM 1200 cuma yang ingin dibuat perubahan ialah setiap pekerja/petugas pdk yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun diberikan elaun sebanyak RM 1200 sama seperti penyelia pdk. Namun mereka dikehendaki untuk menjadi fasilitator kepada petugas baru dalam membuat pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti.
3. Cadangan agar cuti akhir tahun diberikan selama 2 bulan kepada pelatih-pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti setara seperti di sekolah, pendidikan khas, tadika dan pusat pemulihan yang lain. Ini secara tidak langsung mereka dapat berehat kerana bebanan pemulihan pembelajaran melebihi orang normal pula. Hubungan di antara ahli keluarga akan lebih rapat apabila mereka bersama2 keluar beriadah atau melancung ke negeri lain. Selalunya apabila cuti sekolah pelatih di pdk pun tidak ingin ke pdk kerana mereka berpendapat cuti apabila melihat kakak dan adik mereka cuti tidak ke sekolah. Selama ini pun mereka menganggap yang pdk itu ialah sekolah mereka dan kami petugas pdk dipanggil sebagai cikgu bukannya penyelia ataupun petugas. Pelikkan jika tugas utama mengajar, memberi pendidikan dan pemulihan dipanggil sebagai petugas. Jika begitu bagaimana pula dengan di pendidikan khas ? apa gelaran mereka gunakan? Jangan kita memalukan diri sendiri dengan kekurangan istilah bahasa Melayu? tak gitu?
4. Jawatan petugas pdk diserapkan dalam perkhidmatan perjawatan tetap. Ini secara tidak langsung akan memberi suntikan kepada mereka untuk lebih komited dalam perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan lebih baik.
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.
Ini petikan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menyerapkan Guru sandaran tidak terlatih dalam perkhidmatan tetap. bagaimana pula tindakan Jabatan kebajikan Masyarakat. jangan hanya kerana pelbagai alasan tidak munasabah pula diberikan misalannya oh kamu tu sukarela... oh kamu tu di bawah komuniti. Tolonglah berfikiran profesional. Ini untuk mengelakkan tenaga berwibawa hilang kerana mencari kerja lain.
Bahkan disarankan jika boleh semua pekerja kontrak di bawah kementerian / komuniti atau gaji/elaun mereka diberikan oleh kementerian/jabatan agar diserapkan dalam perkhidmatan tetap bukannya berstatus kontrak.
5. Petugas petugas pdk disarankan agar diberikan kursus yang menjurus ke arah profesional . Ini adalah ilmu yang dimiliki oleh mereka adalah di peringkat sijil penyertaaan sahaja dan di peringkat asas. Jadi bagaimanalah mereka akan nampak lebih profesional sedangkan ilmu hanya tiris sahaja.
6. Kursus yang menjurus ke arah pemulihan dan pendidikan kanak-kanak OKU ini diminta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bakti agar diberikan kepada sasaran utama mereka iaitu petugas bukannya penyelia .Ilmu yang disampaikan terus kepada sasaran akan lebih bermanafaat daripada ilmu yang disampaikan kepada orang kedua dan seterusnya orang ketiga. akhirnya jadilah seperti telefon karat.
7. Elaun pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti dinaikkan daripada RM 150 kepada tahap yang berpatutan . Ini adalah kerana elaun diperolehi mereka / pelatih OKU ini dibeza-bezakan antara pelatih OKU yang terlantar, tidak terlantar, tidak boleh bekerja, boleh bekerja. Jadi jika boleh pihak JKM perlulah mewujudkan satu mekanisme yang adil supaya tidak timbul perasaan irihati di kalangan ibubapa pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti seluruh Malaysia.
8. Bagi menjaga kualiti pendidikan dan pemulihan OKU perlulah diwujudkan mekanisma bagi menjaga kualiti pendidikan pemulihan OKU. Perlulah diwujudkan ketua panitia / ketua bidang setiap bidang pemulihan. Peluang perlulah diberikan kepada mereka yang telah lebih berkhidmat melebihi 5 tahun dengan didasari dengan ilmu pendidikan. Maksudnya lebih baik jika mereka ada pengalaman sebagai guru pendidikan khas atau guru sandaran.
Jika perlu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bakti , PDK bekerjasama bersama kementerian pendidikan/kesihatan dan sebagainya perlulah dibuat. Ini sudah tahun 2012 dan tahun hadapan 2013 tetapi kualiti masih lagi sedih dibincangkan.
9. Jawatan job coach di pdk perlulah diwujudkan bagi memberi peluang kepada petugas pdk untuk mengenjak ke hadapan. Elaun mereka ini perlulah diupkan sedikit dengan mileage.
10 . Oh ye satu lagi setiap petugas pdk perlulah diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Jika mereka bawa kereta berilah elaun sesuai dan jika bawa motosikal biarlah berpadanan. Namun demikian malang sekali di setengah-setengah pdk , petugas tidak diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Lagipun jika nak diisikan air tidak berjalan pula kereta malahan bertambah rosak pula.... ha fikir-fikirkanlah ye....
11. Seharusnyalah dielakkan pertindanan dalam menerima elaun sama ada daripada JKM ataupun PDK . Oleh itu haruslah dielakkan daripada berlaku pertindanan tersebut . Aduan perlulah disemak dengan teliti dan bukan hanya menerima sahaja bulat2 aduan tersebut tanpa dilakukan siasatan terperinci dan adil.
Fikir-fikirkanlah.
kesimpulannya itu hanyalah cadangan daripada saya sahaja. Yang baik bolehlah diambil demi memajukan lagi pdk dan yang tidak baik bolehlah dibakulsampahkan . Tidak dipaksa menerima idea tersebut. Namun demi mengelakkan pekerja yang baik terlepas perlulah dibuat sesuatu akan sumber tenaga manusia ini. PDK penting kerana diibaratkan sebagai perantaraan kepada OKU yang hendak ke sekolah dan dalam perantaraan untuk bekerja. Tak gitu?
Yang baik daripada Allah dan yang buruk hanya daripada manusia sesungguhnya kita manusia yang lemah .....
Wabillah hi taufik wal hidayah...........