Wednesday, March 23, 2011

Tidur Sebagai Rawatan

Friday, February 4, 2011
http://alkindi10autisme.blogspot.com/search/label/Attitude%20Theraphy

Tidur Sebagai Rawatan
Tidur yang lena pada tahap gelombang otak delta ketika waktu malam yang gelap ialah rawatan untuk segala bentuk masalah atau penyakit secara semulajadi yang amat berkesan, terbaik dan murah untuk diamalkan.



Jenis Tidur: Delta

Bawah 2 Hz

Tidur lena, mimpi yang jelas dan menyenangkan. Cergas setelah bangun. Rasa tidur yang puas.



Tidur delta mempunyai ciri-ciri seperti berikut;



1. Tidur yang amat lena.

2. Mendapat mimpi yang indah dan jelas.

3. Mendapat rasa tidur yang puas dan cukup.

4. Tidak rasa ingin tidur semula setelah bangun.

5. Mudah untuk memulakan tidur.

6. Tidak banyak lesak ketika tidur.

7. Tidak berdengkur, hadas angin atau discaj amilase ketika tidur.



Petua Mendapatkan Tidur Delta.

1. Mandi sebelum tidur. Sebaik-baiknya mandilah air sejuk atau air ais aromatherapy. Kesejukan akan merangsang otak Hipothalamus iaitu otak yang mengawal tidur untuk menyelaraskan kembali waktu tidur. Tetapi elakkan daripada tidur dalam keadaan tidak mengenakan pakaian selepas mandi. Elakkan juga daripada terkena tiupan kipas yang kencang ketika tidur selepas mandi. Angin yang kencang ketika tidur akan menyebabkan hidrasi berlebihan.

2. Minum air sejuk sebelum tidur. Sebaik-baiknya minunlah air yang beralkali atau air yang bermineral pottasium, magnesium. Mineral ini bersifat alkali dan membantu merangsang saraf atau membantu koordinasi saraf ketika tidur. Ketika tidur seseorang akan kehilangan banyak mineral melalui perpeluhan. Mineral ini juga penting untuk mengelakkan hidrasi ketika tidur. Seseorang yang terhidrasi akan merasa kehausan sepanjang waktu tidur (biasanya menyebabkan terjaga dari tidur) apatah lagi setelah bangun dari tidur.

3. Berniat dan bersedia untuk tidur. Tidur dalam keadaan terlelap tanpa disedari atau ketika sedang berbaring ialah tidur yang tidak bersedia. Jika tertidur dalam keadaan tidak bersedia, otak akan masih berfungsi atau bekerja dan tidak akan mendapat tahap delta. Misalnya ketika tertidur itu dalam keadaan sedang berfikir, maka pemikiran itu akan berterusan berpanjangan sepanjang tidur. Buktinya boleh dilihat sekiranya seseorang itu tertidur dalam keadaan menyanyi (sama ada zahir atau dalam hati), maka apabila terjaga dia akan menyambung semula nyanyiannya itu (biasanya dalam hati). Keadaan yang sama juga terjadi kepada pelajar yang tertidur ketika sedang mentelaah, apabila terjaga maka dia merasakan seolah-olah mentelaah sepanjang tidur.

4. Tidur dalam keadaan mengereng ke kanan dan mengadap kiblat. Mengereng ke kanan akan memberikan tekanan kepada Hati untuk membantu proses pencernaan yang sempurna. Seseorang yang tidur sejurus selepas makan akan menyebabkan proses pencernaan yang berlaku di dalam tubuh menjadikan aktiviti otak aktif ketika tidur. Keaktifan otak akan menyebabkan frekuensi otak sukar mencapai tahap delta.



Rahsia Kegelapan Malam.

1. Vibration sinar. Dalam kegelapan malam, terdapat vibration sinar yang tidak kelihatan. Ia hanya boleh melalui gegelapan. Dengan adanya sesuatu cahaya, sinar ini akan terhalang. Misalnya jika kita mendongak ke langit yang tidak berawan pada waktu malam di kawasan bandar yang banyak lampu jalan, kita sukar melihat bintang pada jumlah yang banyak. Tetapi jika keadaan tersebut kita berada di tengah padang yang tidak ada sumber cahaya lampu, kita akan dapati langit penuh dengan bintang. Keadaan yang sama jika kita lihat ke langit pada waktu siang dan malam. Bintang hanya kelihatan pada waktu malam sedangkan sebenarnya pada waktu siang juga bintang memang berada di langit. Frekuensi sinar ini ialah di bawah 2 Hertz atau hampir kepada Point Zero iaitu menyamai dengan frekuensi Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu malam yang gelap ialah waktu dan keadaan yang resonan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary.

2. Sel bertumbuh dengan lebih pantas dalam keadaan bersekitaran yang rendah frekuensinya kerana ia amat mempertenagakan. Frekuensi yang rendah ialah frekuensi yang amat senyap, hening dan bertenaga. Frekuensi yang tinggi adalah hingar, panas dan kehilangan tenaga. Malam yang gelap ialah keadaan yang terbaik untuk sel bertumbuh dengan pantas.

3. Kegelapan malam adalah semulajadi dan menyeluruh. Dalam pada waktu siang, bengkak dan luka akan cepat sembuh jika dibalut untuk membentuk kegelapan. Tetapi pada waktu siang, gelombang yang lebih tinggi frekuensinya tetap boleh menembusi balutan tersebut. Ketika dalam kegelapan malam, keadaan di luar balutan dan di dalam balutan adalah sama. Ketika itulah rawatan adalah amat menyeluruh dan semulajadi.

4. Ion-ion negatif akan keluar dengan banyak dalam kegelapan malam. Tetapi kegelapan waktu siang, ion-ion positif pula yang keluar dengan banyak. Ion negatif (daripada waktu malam) perlu untuk pertumbuhan sel serta mempertenagakannya. Ion negatif pada waktu siang hanya boleh diperolehi dalam rumah yang baik peredaran udaranya atau dewan berkubah, binaan berbentuk piramid, kawasan taman bunga, kawasan air terjun dan gua yang tidak dihuni kelawar.



Kelebihan Tidur Delta Dalam Kegelapan Malam

1. Merangsang Rembesan Metatonin. Apabila gelombang otak berada dalam keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika dalam keadaan Delta, Kelenjar Pineal akan resonan dengan persekitaran. Kelenjar Pineal akan mula merembeskan hormon melatonin yang secukupnya untuk keperluan tubuh. Hormon melatonin amat penting dalam proses mempertenagakan tubuh, merangsang pertumbuhan sel dan membaiki sel yang lemah. Mereka yang mendapat Tidur Delta dalam keadaan kegelapan malam akan lebih bersemangat untuk bekerja, berhasil segala yang diusahakan, mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi.

2. Mempertenagakan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu kegelapan malam, frekuensi sinar akan muncul dengan banyak. Ketika itu ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak (jika di kawasan tropika dan khatulistiwa) iaitu kira-kira pukul 11.00 malam dan berlangsung sehingga 2 jam iaitu kira-kira pukul 1.00 pagi. Frekuensi ini amat perlu untuk Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Kedua-dua kelenjar ini hanya boleh menerima frekuensi ini ketika otak berada dalam keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika otak dalam keadaan Gelombang Delta. Manusia biasa hanya boleh menjadikan otaknya berada dalam keadaan Gelombang Delta jika mengamalkan meditasi Yoga pada peringkat tertinggi atau tidur dengan lena. Kelenjar Pineal yang sihat akan menjadikan tubuh mendapat cukup tenaga serta mempengaruhi psikologi ke arah semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kelenjan Pituitary yang sihat akan menjadikan sel segar, awet muda, menghilangkan garis-garis halus pada kulit serta dari segi psikologi ia akan membantu menguatkan daya ingatan serta menjadikan pengurusan diri teratur.

3. Meningkatkan daya tumpuan. Bahagian otak yang mengawal tumpuan dan juga tidur ialah Hipothalamus (NW4). Dengan daya tumpuan, kita dapat menjadikan tubuh kita tidur. Mereka yang mendapat Tidur Delta akan mendapat lebih tumpuan untuk belajar atau menjalani kehidupan seharian. Bahagian ini juga membatu seseorang menjadi mudah memahami sesuatu ilmu, fakta atau sesuatau perkara.

4. Merawat segala jenis penyakit Fizikal. Apabila sel tumbuh dengan pantas ketika Tidur Delta dalam kegelapan malam, sel baru akan tubuh kurang daripada 3 hari untuk membentuk lapisan tisu. Berbanding dengan ketika keadaan terang dan frekuensi tinggi, sesuatu sel memerlukan 44 hari untuk tumbuh. Oleh itu, penyakit pada peringkat fizikal seperti masalah prostat, buah pinggang, kepatahan tulang, kereputan tulang, masalah darah, masalah saraf, masalah usus dan sebagainya akan sembuh dengan mudah.

5. Merawat segala jenis penyakit Mental. Depressions, atau tekanan perasaan atau kebuntuan adalah karektor atau pembawakan kesan daripada organ pencernaan yang dikawal oleh kawasan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7). Medulla Oblongata (NW8) akan mengawalatur pengurusan manakala Serebelum (NW7) akan mengawal citarasa dan kehendak. Kawasan penghadaman yang terbeban akan menyebabkan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7) menjadi lemah. Akibatnya seseorang menjadi sukar untuk mengawalatur sesuatu pekerjaan dan tertekan dengan keadaan persekitaran. Tidur Delta membantu sistem penghadaman menjalankan fungsinya dengan cekap. Oleh itu, kawasan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7) menjadi lebih cekap menghadapi segala masalah, krisis dan tekanan.

6. Merawat segala jenis penyakit emosi. Seseorang yang sedih akan lemah pada organ Paru-paru (NW10) dan Jantung (NW11). Tidur Delta akan mengembalikan kestabilan rentak Jantung (NW11) dan memaksimumkan keupayaan Paru-paru (NW10) menjalankan fungsinya. Mereka yang berada dalam kesedihan atau kehampaan atau kekecewaan akan dapat merawat emosi tersebut melalui Tidur Delta pada waktu kegelapan malam.

7. Merawat segala jenis penyakit spiritual. Kebanyakan deria terdapat di kawasan kepala. Deria ini berperanan sebagai pengesan terhadap semua keadaan sekeliling yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran logik. Organ-organ di bahagian kepala terutama Kelenjar Pineal mempunyai pembawakan kesan terhadap karektor spiritual. Seseorang yang mengalami gangguan spiritual atau yang mendakwa dirinya mendapat gangguan sihir atau saka atau santau, atau sebarang gangguan pelik yang sukar untuk difahami atau dirawat, maka Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan adalah penyelesaian yang terbaik.

8. Keheningan dan ketenteraman, intuisi, instinct. Sewaktu Tidur Delta, semua neuron akan tersusun semula dengan sempurna. Kesempurnaan penyusunan neuron otak akan turut memberi kesan refleks terhadap visual. Penyusunan yang baik akan memberi kesan mimpi yang baik. Penyusunan ini juga akan membantu memberikan intuisi (naluri) dan instinct (gerak rasa). Mereka yang mendapat tidur ini sebenarnya seorang yang hening. Keheningan menjadikan segala perbuatan yang dilakukan berjalan dengan lancar. Seolah-olah pernah tergambar atau seperti pernah dilalui (atau disebut fenomena Dejavu). Contohnya, seseorang yang hening kesan daripada Tidur Delta ini apabila memandu ke sesuatu destinasi, semua lampu isyarat berwarna hijau. Atau dalam keadaan jalan yang sesak, dia dapat melepasinya dengan mudah seperti dibuka lorong atau terdorong untuk jalan ke hadapan. Mereka yang hening ini apabila dilihat wajahya akan membuatkan kita rasa tenteram. Mereka ini juga seperti terurus dan teratur atau menjadi semua pekerjaannya. Sepanjang hari dalam keheningan tersebut mereka biasanya jauh daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan (sama ada daripada kecuaian diri atau akibat daripada kecuaian orang lain).



Waktu Tengah Malam

Waktu tengah malam (merujuk kepada kedudukan di kawasan Khatulistiwa dan Tropika) ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak dan berlansung selama 2 jam. Iaitu kira-kira pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi.

[untuk keterangan lanjut mengenai warna yang resonan dengan sesuatu waktu, sila rujuk post bertajuk Warna Resonan Waktu atau sila klik ayat ini]

Formula Tidur Sebagai Rawatan



Biasanya otak Thalamus mengambil masa antara 30 minit ke 2 jam Untuk mencapai tahap Tidur Delta. Tidur Delta itu sendiri sebenarnya tidak boleh dicapai tanpa resonan dengan waktu tengah malam dan tanpa kegelapan. Apabila seseorang itu tidur dalam keadaan bilik yang bercahaya, tidak ada peredaran udara yang mencukupi serta tidak berniat atau bersedia untuk tidur, maka formula ini sukar untuk dicapai.



Untuk mencapai formula ini, berikut ialah syarat yang perlu dipatuhi;

1. Tidur sekurang-kuranya 2 jam sebelum pukul 11.00 malam, iaitu sejurus selepas isyak atau sebelum pukul 9.30 malam.

2. Tidur dalam bilik yang gelap dan baik peredaran udaranya. Kehadiran sesuatu cahaya (biasanya daripada sumber lampu) akan menyebabkan otak akan aktif menterjemah cahaya tersebut dan menyukarkannya mencapai Gelombang Delta.

3. Tidur dalam ruang berbentuk segi empat (bilik tidur / katil atau lebih baik yang berkelambu), kerana ia lebih fokus. Maksudnya bukan di ruang yang terbuka di luar rumah atau dalam ruang yang berbentuk lain seperti bentuk piramid (piramid hanya untuk meditasi yang memberi Gelombang Beta).

4. Berniat dan bersedia untuk tidur. Maksudnya bukan terlelap tanpa disedari ketika sedang berbaring atau beristirehat. Sebaiknya ialah berdoa atau berzikir dan berniat untuk pulih atau berniat untuk mendapatkan manfaat ketika sedang tidur.

5. Elakkan daripada tidur dalam ruang yang terdapat peralatan yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Antara peralatan yang mengeluarkan EMF yang tinggi ialah komputer, TV, peti ais dan sebagainya. EMF akan menjadikan otak sukar mencapai peringkat Gelombang Delta.



Kesukaran Mencapai Matlamat Formula

Memang tidak dapat dinafikan, mereka yang mengalami sesuatu penyakit yang sukar untuk sembuh atau krisis yang berat atau gangguan emosi yang mendalam atau gangguan spiritual yang misteri sebenarnya tidak dapat melakukan formula ini.

Ikhtiar dan kesungguhan seseorang untuk melakukan formula ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan.

Biasanya pesakit yang pertama kali mendapatkan rawatan, akan diberikan formula



Aromatherapy Seri Wajah (sila klik untuk mendapatkan penjelasan mengenai formula ini), sebagai ikhtiar pertama supaya Formula Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan ini dapat dicapai.

Bagi sesetengah penyakit, setiap organ memberikan kesan tertentu terhadap kelakuan atau fenomena berkaitan tidur sehingga menyebabkan Formula Tidur Sebagai Rawatan tidak dapat dilaksanakan. Setelah seseorang itu mendapatkan rawatan pertama, biasanya mereka mudah untuk mencapai matlamat formula ini.



Sebenarnya salah satu matlamat daripada keseluruhan rawatan Colour Vibration Therapy ialah ingin supaya pesakit sembuh dengan cara Formula Tidur Sebagai Rawatan ini. Sekiranya otak gagal untuk berada dalam keadaan Gelombang Delta, maka penyembuhan amat sukar untuk berlaku atau mengambil masa yang agak lama.



Parameter



Sejauh mana anda dapat melaksanaan Formula Tidur Sebagai Rawatan ini dapat dijadikan kayu pengukur untuk menilai tahap kesihatan diri anda. Sekiranya ada sedang menjalani sesuatu rawatan, cuba lihat setakat mana peningkatan pencapaian ke arah matlamat formula ini. Dari sini insya Allah anda akan dapat mengesan tahap kesihatan anda sama ada berada dalam keadaan yang paling sempurna atau berlaku berlaku sedikit ketidaknormalan yang tidak disedari.



Aplikasi Tidur Delta tanpa disedari



Kesemua pesakit mental yang dirawat di hospital khas melalui kaedah allopathic medicine akan diberikan sejenis ubat yang akan menyahaktifkan aktiviti otak. Akibatnya berlaku kemerosotan neuron dan otak akan mengecil hingga menyebabkan pesakit akan kerap mengantuk atau tidur. Sekiranya secara kebetulan pesakit ini dapat Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan, maka penyakit mentalnya akan pulih. Tetapi malangnya, pesakit mental yang telah pulih biasanya akan mengalami kesan Dimentia (kekeliruan) dan Afasia (lembab).

Kanak-kanak yang menangis kerana kesakitan akan dapat mencapai Tidur Delta tanpa disedari. Kanak-kanak yang tertidur disebabkan menangis sebenarnya sedang menjalani rawatan semulajadi.

Amat malang sekali, pesakit yang berada di wad-wad allopathic medicine dibiarkan tidur dalam keadaan cahaya terang dan dikelilingi peralatan yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Keadaan ini tidak akan dapat membantu proses penyembuhan dengan berkesan.



Apabila kita selalu mengamalkan sehingga dapat tidur dengan lena hingga mencapai peringkat Tidur Delta pada waktu yang resonan dengan tengah malam serta dalam keadaan yang gelap, maka;

- segala bentuk penyakit yang sukar untuk dirawat,

- atau segala bentuk krisis atau kebuntuan yang rumit untuk diselesaikan,

- atau segala masalah emosi yang mengganggu ketenteraman jiwa,

- atau segala masalah spiritual yang misteri dan pelik untuk pulih,

insya Allah semuanya akan dapat diatasi.



Tidur ialah tanda kebesaran Allah. Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau jika ingin mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal,



Tidur Sebagai Rawatan

Posted by Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

No comments: