Wednesday, March 30, 2011

cadangan demi cadangan, rayuan demi rayuan daripada rakyat.. tindakan ?? BUKANKAH BAIK JIKA DAPAT MEMBERI KHABARAN GEMBIRA SEBELUM PILIHANRAYA?

SEDIH SEDIH SEDIH

sewaktu surf internet pada hari ni kasihan juga apabila tiba dalam Blog Dato Seri Najib berkaitan isu belanjawan 2011.....

walaupun draf belanjawan memang tip top tapi bagaimana pula dengan perlaksanaannya...???? Allah sahaja yang tahu dan rakyat jadi saksinya....


kasihan juga apabila dalam komen tu ada pelbagai rayuan demi rayuan, cadangan demi cadangan daripada rakyat.... namun komen hanya tinggal komen sahaja.... tindakan ???? Allah sahaja yang tahu....

Ada 1 cadangan dalam komen tu menyatakan agar semua pekerja khidmat singkat baik dalam singkat ke , kontrak ke atau apa2 aje nama agar mereka ini semuanya diserapkan dalam jawatan tersebut.....

cadangan ini kalau difikirkan2 tu pun kalau nak berfikir memang cadangan ini bagus dan manasabah kerana mereka ini dah mahir dan tahu tentang kerja tersebut...jadi kenapalah nak dijadikan sementara . sedangkan mereka ini dibayar dengan duit daripada kerajaan . sama jugalah dengan petugas di pusat pemulihan dalam komuniti, mereka ni pun tak berhak hinggakan nama gaji pun tak berhak walaupun elaun mereka dibayar daripada wang Jabatan Kebajikan Masyarakat. kasihan kasihan nasib mereka kan kan kan?????


lagipun tak lama lagi nak pilihanraya dan kalaulah kerajaan benar2 prihatin .... bukankah baik jika dapat memberi perkhabaran gembira kepada mereka dan menyerapkan mereka semua kepada skim perkhidmatan tetap. Apa yang perlu dibuat ialah meminta kerjasama daripada SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengubal beberapa pindaan. Susahkah untuk dilaksanakan bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. dan selalunya mereka itu (......) tak mahu memikirkan hal pekerja / petugas bertaraf khidmat singkat dan pelbagai nama dari pelbagai jabatan kerajaan ni

Namun biasalah pelbagai janji manis ditaburkan dan akhirnya kita menjadi dungu dan termakan gula2 tersebut dan selepas itu apabila usia menganjak ke senja , bakti ditabur , namun hasil tidak dapat dituai kerana dimakan oleh burung.....
namun menyesal dah tak berguna , bukankah begitu ???? dan pegawai akan mengatakan padan muka kamu...???? kenapa tak cari kerja lagi baik dan kerja tetap dan kenapa terlalu mengharap janji manis sahaja.... akhirnya kita sendiri yang terasa tempiasnya.....

bergemalah lagi ketawa ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

SOROTAN BAJET NEGARA 2011

http://www.1malaysia.com.my/zh/blog/ikuti-pembentangan-bajet-2011-secara-langsung/

SOROTAN BAJET NEGARA 2011
Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011 sejumlah RM212 bilion akan menumpu kepada empat strategi utama:
Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
Kedua : Membangunkan Modal Insan;
Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
1. Mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP).
a) Beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMK-10 yang akan mula dilaksanakan pada 2011 dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.
b) Projek PPP Academic Medical Centre melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.
2. Projek strategik berimpak tinggi seperti transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai 2011, dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion.
3. Mencergaskan pasaran modal. Antaranya:
a) Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia.
b) GLIC akan dibenarkan meningkatkan pelaburan di luar negara.
c) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit.
d) Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing atau usaha sama.
4. Untuk mengunggulkan pasaran modal Islam, Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.
5. Modal teroka, terutamanya sektor berteknologi tinggi.
a) Kerajaan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur.
b) Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah.
6. Skim Amanah Hartanah Bumiputera akan dilancarkan di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera tahun ini bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.
7. Dana Pencen Swasta akan dilancarkan pada 2011 untuk memanfaatkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
8. Peruntukan RM857 juta disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti industri Elektrik & Elektronik (E&E) bernilai tambah tinggi.
9. Industri minyak, gas dan tenaga:
a) Peruntukan RM146 juta untuk memperkembangkan industri terutamanya aktiviti hiliran.
b) Petronas akan melaksanakan projek regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka beroperasi bermula 2012.
10. Memajukan teknologi hijau termasuk:
a) Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
b) Pengecualian 100% duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.
11. Menggalakkan sektor pertanian termasuk:
a) Peruntukan RM252 juta untuk membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar di Sabah dan Sarawak.
b) RM235 juta diperuntukkan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi.
c) Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi dengan peruntukan RM135 juta untuk prasarana asas.
d) RM80 juta untuk menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju.
e) Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan.
12. Industri pelancongan termasuk:
a) Memperuntukkan RM80 juta untuk kemudahan infrastruktur untuk menarik pelancong ke kawasan pedalaman.
b) Membina laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
c) Memansuhkan duti import 5% – 30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian.
13. Memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan:
a) Menggalakkan penanaman semula klon pokok sawit lama bermutu tinggi.
b) Mengagihkan RM127 juta untuk menyokong syarikat oleo derivatives tempatan dan RM23 juta untuk industri hiliran minyak sawit.
14. Penjanaan ekonomi digital yang inovatif.
a) Melaksanakan program MY Creative Content dengan peruntukan RM119 juta.
b) Melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar sehingga 2012.
c) Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
15. Menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan untuk memenuhi permintaan membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter dengan peruntukan RM91 juta.
16. Pembangunan koridor dan wilayah:
a) Peruntukan RM339 juta untuk Wilayah Pembangunan Iskandar
b) Peruntukan RM133 juta untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan RM178 juta untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur
c) Peruntukan RM93 juta untuk Wilayah SCORE dan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah
17. Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) akan dipergiatkan dengan peruntukan RM411 juta.
18. Akta Insolvensi baru akan memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan, termasuk mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
19. Peruntukan RM200 juta untuk perolehan hasil tempatan berkualiti dalam industri kreatif meliputi animasi, pengiklanan, perfileman dan lain-lain.
20. Menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6%, termasuk perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
21. Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memperkukuhkan sistem kutipan cukai.
Membangunkan Modal Insan
1. Menambah bilangan tenaga kerja berkualiti dengan penubuhan Talent Corporation pada awal 2011.
2. Sistem pendidikan negara akan dirombak, termasuk:
a) Peruntukan RM6.4 bilion untuk membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
b) Pengagihan ganjaran sejumlah RM213 juta kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
c) Penambahan 1,700 kelas, memantapkan kurikulum dan melantik 800 guru pra-sekolah lepasan ijazah.
d) Memperuntukkan RM111 juta untuk program PERMATA.
e) Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
f) Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah dan menengah) dengan peruntukan RM95 juta.
g) Biasiswa bernilai RM576 juta disediakan bagi tenaga pengajar untuk melanjutkan pelajaran dan meningkatkan keupayaan.
h) Peruntukan RM213 juta untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, termasuk mengambil 375 guru penutur jati Bahasa Inggeris.
3. Memperkasa institusi pengajian tinggi seperti:
a) Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60% bagi IPTA lain.
b) Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.
4. Meningkatkan kemahiran graduan termasuk:
a) Mempergiatkan program Industrial Skill Enhancement di Pusat Latihan Kemahiran Negeri untuk graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal.
b) Peruntukan RM50 juta untuk melatih graduan bidang ICT.
c) Peruntukan RM200 juta untuk pelbagai program untuk mengembangkan kompetensi dan kebolehpasaran siswazah jurusan lain.
5. Pengagihan RM474 juta untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran golongan bukan siswazah.
6. Pelaksanaan Program Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru, dengan peruntukan RM500 juta.
7. Peningkatan produktiviti golongan pekerja termasuk:
a) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform utama penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.
b) Menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor ke atas pengambilan pekerja asing, serta mewajibkan insurans kesihatan ke atas majikan bagi pengambilan pekerja asing.
8. Golongan wanita
a) Peruntukan RM30 juta untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan.
b) Pelaksanaan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan.
c) Menjenamakan semula 40 buah TASKA 1Malaysia untuk golongan wanita tidak berkemampuan mendapatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal berkualiti bagi anak-anak.
d) Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.
9. Pembangunan dan penyelidikan sukan dengan peruntukan RM365 juta dan peruntukan RM20 juta untuk penubuhan Akademi Bola Sepak.
Mensejahterakan Hidup Rakyat
1. Golongan kurang bernasib baik diberi perhatian dengan peruntukan RM1.2 bilion, termasuk:
a) RM166 juta untuk program kebajikan warga emas.
b) RM121 juta untuk program bantuan bagi memanfaatkan 97 ribu kanak-kanak.
c) RM218 juta untuk program bantuan bagi memanfaatkan 80 ribu OKU.
d) Mengecualikan duti eksais 100% ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh OKU.
e) Membina pusat intervensi untuk golongan tuna wisma dan gelandangan dan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.
2. Program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan diteruskan.
3. Pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan sehingga RM5,000.
4. Kemudahan perumahan, termasuk:
a) Peruntukan RM568 juta untuk membina unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, Program Perumahan Rakyat Bandar dan Projek Bantuan Sewa Rumah.
b) Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh Bank Simpanan Nasional.
c) Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10% bagi harga rumah pertama di bawah RM220,000.
d) Pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama berharga tidak lebih dari RM350,000.
5. Rakyat luar bandar, sejumlah RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas termasuk:
a) Membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak sebanyak RM2.1 bilion dan Semenanjung sebanyak RM696 juta.
b) Menyediakan bekalan air dan elektrik dengan peruntukan RM1.5 bilion di Sabah, RM1.2 bilion di Sarawak dan RM556 juta di Semenanjung.
c) Program Bantuan Rumah sebanyak 12 ribu unit untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
d) Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar kerakyatan penduduk kawasan terpencil.
6. Peruntukan RM974 juta untuk subsidi padi dan RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi. Sebanyak RM170 juta diagihkan sebagai insentif untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan.
7. Pengguna
a) Memperuntukkan RM200 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu untuk menyeragamkan harga barangan.
b) Mewujudkan portal interaktif “1Malaysia Pengguna Bijak” untuk mengikuti perkembangan harga terkini barangan meliputi 7 ribu premis perniagaan di seluruh negara.
c) Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
8. Meneruskan Projek PIA dan PIAS dengan peruntukan RM500 juta.
9. Golongan pemimpin masyarakat diberi perhatian, antaranya:
a) Menaikkan elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru kepada RM800 dari RM450.
b) Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan bagi semua ahli JK dari RM30 ke RM50.
c) Menaikkan elaun bulanan Imam kepada RM750.
d) Menaikkan imbuhan guru KAFA kepada RM800 sebulan.
10. Bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi, RM100 juta diperuntukkan termasuk untuk merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli diperkukuhkan dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.
11. Kadar tol di 4 lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta.
12. Untuk memastikan kesihatan berkualiti:
a) Peruntukan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan.
b) Penambahan lagi 25 buah Klinik 1Malaysia.
13. Keselamatan awam diperuntukkan RM350 juta untuk pelaksanaan pelbagai program.
14. Peranan badan NGO diiktiraf dengan peruntukan RM70 juta untuk melaksanakan program bersepadu bersama agensi Kerajaan.
15. Peruntukan RM1.9 bilion untuk membiayai projek pemuliharaan alam sekitar.
16. Bagi membantu melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat:
a) 10 buah sekolah akan dijadikan Sekolah Amanah dan menerima sumbangan dari Khazanah Nasional Berhad.
b) Multi-vitamin akan disediakan bagi pelajar sekolah rendah seluruh negara.
c) Dana Belia 1Malaysia akan ditubuhkan dengan tabung RM20 juta.
d) 4 buah bas Klinik Bergerak 1Malaysia akan disediakan.
Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
1. Inisiatif MyCoID Gateway akan diperluaskan ke banyak lagi kementerian dan agensi Kerajaan.
2. Permohonan taraf Penduduk Tetap (PR) boleh dilakukan selepas 5 tahun.
3. Akta Setem 1949 dipinda untuk membolehkan penilaian hartanah dilakukan selepas duti setem dibayar.
4. Bagi penjawat awam:
a) Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
b) Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan.
c) Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
d) Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.
e) Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.
f) Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
g) Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000.

LAWATAN KE PUSAT-PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) DI TANAH-TANAH RANCANGAN FELDA SELURUH MALAYSIA (JULAI - NOVEMBER 2009)

http://www.gwgf.org.my/news_lawatan_pdk.htm

Sejak Julai yang lalu, Urusetia Sekretariat GWGF sedang giat melaksanakan kerja-kerja mengemaskini data dan maklumat mengenai pusat-pusat PDK di tanah-tanah rancangan Felda. Pada masa kini terdapat 64 buah pusat PDK di tanah-tanah rancangan tidak termasuk Johor. Urusetia GWGF telah turun melihat sendiri perkembangan yang berlaku di pusat-pusat PDK. Sehingga kini, negeri-negeri yang telah dilawati ialah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Terengganu. Manakala sesi lawatan ke Negeri Pahang, iaitu negeri yang paling banyak mempunyai pusat PDK di tanah rancangan masih lagi berjalan dan akan bersambung selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Sehingga 8 Sept. 2009, Urusetia Sekretariat GWGF telah selesai melawat 41 buah PDK yang melibat negeri Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Masih terdapat sebahagian PDK di negeri Pahang yang belum dilawati kerana Pahang adalah negeri yang mempunyai PDK yang paling banyak. Penyelia PDK diberikan tempoh masa yang sesuai untuk memberikan maklum balas mengenai maklumat yang diperlukan oleh GWGF. Kesemua PDK memberikan respon dan kerjasama yang amat baik dan mengalu-alukan kehadiran GWGF.

Semasa lawatan berkenaan, Urusetia Sekretariat GWGF melihat kesemua aspek di sesebuah PDK dari segi fizikal bangunan, pentadbiran, kepadatan, perjalanan aktiviti seharian PDK, modul-modul pembelajaran yang digunakan, aktiviti ekonomi sama ada pertanian atau kraftangan serta penyusunan aktiviti. Meskipun sebahagian besar PDK di tanah-tanah rancangan Felda telah memiliki premis mereka sendiri, namun masih ada lagi PDK yang menumpang atau menyewa sama ada di rumah kakitangan Felda, GPW atau belia. Sebahagiannya pula telah diluluskan peruntukan untuk mendirikan bangunan sendiri dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Berdasarkan pengamatan GWGF, kerjasama yang erat antara kesemua pihak akan mampu menjamin keberkesanan pemulihan anak-anak istimewa ini. Warga Felda bertuah kerana berada di bawah naungan pengurusan Felda yang tersusun. Jalinan kerjasama antara pengurusan Felda, Kerajaan Negeri, JKM, Jawatankuasa PDK dan badan-badan amal isteri wakil rakyat mampu memberikan impak yang positif kepada perkembangan dan pembangunan PDK sekaligus membela nasib golongan OKU di tanah-tanah rancangan Felda.

teknik temuduga maksimakan potensi sebenar anda

INTERVIEW TECHNIQUE:
“Unleashing True Self”
MAKSIMA POTENSI DIRI ANDA

OLEH:

ABDUL AZIZ YUSOF

NAIB PRESIDEN KANAN,

KUMPULAN SUMBER MANUSIA


OBJEKTIF PEMBELAJARAN


Sara Hidup

keperluan


PERSOALANNYA…

Mengapakah masih ada yang mengeluh
sukar untuk mendapatkan kerja?

Mengapakah kadar pengangguran masih
tinggi di kalangan sesetengah graduan?

APLIKASI PEMBELAJARAN DALAM DUNIA PEKERJAAN ??

SUBJEK TERAS ...Perakaunan, kejuruteraan, pengurusan perniagaan, perubatan
SUBJEK ELEKTIF ... Pengurusan sumber manusia, komunikasi
PEMBANGUNAN DIRI .... sahsiah, protokol, bahasa ke tiga

KENALI POTENSI DIRI SEBENAR

kekuatan dan kelemahan

TEMUDUGA MENERUSI PENDEKATAN BERBEZA

Temuduga biografi
temuduga bakat/sikap
temuduga situasi kerja

PROSES TEMUDUGA
2 jenis perasaan .... seronok
panik

PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA

1 Buat kajian mengenai ...syarikat/pdk,dan pekerjaan yang dimohon
2 mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan semasa dalam bidang tersebut
3. berlatih untuk menjawab dengan jawapan yang sesuai
4. semak semula resume anda
5. membuat pengesahan tempat, masa dan tarikh temuduga
6. penampilan diri yang sesuai
7. yakin dengan diri anda

TEMUDUGA

+ BERMULA sebaik sahaja anda masuk ke dalam bilik temuduga
+ panel temuduga akan memerhatikan gaya anda berjalan , berpakaian, bersalam dan duduk memperkenalkan diri

TIPS

Semasa temuduga anda harus:

1 tiba awal di tempat temuduga
2 berpakaian kemas
3 bersopan dalam berkomunikasi
4 pastikan anda menyebut nama panel dengan betul
5 jawab soalan dengan tenang dan yakin
6 senyum dan kawal pergerakan mata
7 dengar dengan teliti soalan penemuduga
8 jawab dengan ringkas, tepat dan padat
9 fokus kepada kekuatan dan kelemahan anda
10 bertanya soalan berkaitan
11 berterima kasih kepada penemuduga

PERKARA PERLU DIELAKKAN

1. lewat ke tempat temuduga
2 berpakaian selekeh dan tidak sesuai
3 terlupa membawa resume dan sijil berkaitan


apapun dan siapapun terpilih perlulah diingatkan bahawa anda bekerja untuk OKU, dan anda perlulah berminat dengan kerja ni dan jangan hanya terpaksa anda memilih kerja ni kerana kesan buruk akan berlaku seperti ............................................................ hal ini memang terjadi kerana ini kisah benar .....


wassalam

temuduga jawatan petugas pdk di daerah melaka ..... 31 mac 2011 ...selamat berjaya

esok 31 mac 2011 adalah hari temuduga buat calon -calon yang layak dan telah dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi jawatan petugas pdk.... tahniah kepada yang layak dan akan menghadiri temuduga ini...

siapakah bakal penemuduga anda?

tak tahu... baiklah untuk tips penemuduga anda ialah

1. pengerusi sesebuah pdk tersebut
2. penyelaras pdk daerah
3. penyelaras pdk negeri

apakah persediaan yang perlu dibuat?

1. Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga

• Pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
• Tenangkan diri anda sebelum sesi temuduga dijalankan.
• Dapatkan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan syarikat atau jawatan yang dipohon melalui internet atau sumber-sumber lain.
• Pengetahuan anda mengenai syarikat atau jawatan tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.


2. Sewaktu Sesi Temuduga

• Gunakan pakaian yang sopan dan sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.
• Pastikan telefon bimbit anda dimatikan sebelum memasukki bilik temuduga.
• Semua sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di dalam fail atau sampul surat yang sesuai. Sebaiknya gunakan fail lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama dihadapan.
• Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan gunakan kasut sukan, selipar, sandal atau but.
• Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki.
• Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan.
• Bawa bersama pen dan buku kecil untuk catatan jika perlu.
• Elakkan nafas berbau.
• Gunakan minyak wangi untuk keselesaan anda.


3. Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Sewaktu Ditemuduga

• Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan yang ada.
• Elakkan memuji diri sendiri.
• Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda.
• Pastikan percakapan anda jelas didengari dan jangan bercakap terlalu laju.
• Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap.
• Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan.
• Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti.
• Elakkan menanya penemuduga dengan tujuan menguji kebolehan penemuduga.

















4. Pertanyaan Kepada Majikan

• Di penghujung sesi temuduga, penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan.
• Elakkan terlalu banyak soalan.
• Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon.
• Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri.
• Tanyakan tempoh waktu kerja.
• Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan.
• Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima
• Tanyakan kemudahan kesihatan


5. Doa dan Tawakkal

Dalam apa jua usaha kita, haruslah diiringi dengan doa. Semoga kita berjaya mendapat pekerjaan yang berkat lagi diredhai. Jangan berputus asa sekiranya anda tidak mendapat apa yang dihajati. Percayalah, Tuhan pasti akan memberikan yang terbaik skepada hambanya sekiranya kita masih belum memperolehinya. Apa yang pasti, berusahalah dengan sebaiknya kerana perjuangan tiada sempadannya.

Persediaan Sebelum Masuk ke Bilik Temuduga
LIhat beberapa persediaan sebelum masuk ke bilik temuduga yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga.

Katakan anda dalam bilik menunggu sekarang. Anda masih mempunyai 5 atau 10 minit sebelum temuduga bermula. Gunakan masa tersebut sebaiknya. Jangan habiskan dengan merokok!

Dapatkan lokasi tandas. Buang air kecil atau besar jika perlu. Selepas selesai, jangan lupa menzipkan semula apa yang patut. Kemudian lihat diri anda di cermin. Betulkan apa yang patut, contohnya tudung atau tali leher, supaya anda tidak berbuat demikian di depan penemuduga kelak.

Sekiranya anda merokok, ini bukan masanya. Jangan merokok sejurus sebelum temuduga bermula, anda akan berbau seperti kilang rokok. Dan jangan pula menyembur minyak wangi secara maksima. Ia akan memberikan imej yang kurang baik, lebih - lebih lagi jika penemuduga anda benci kepada bau rokok atau minyak wangi.

Pastikan tiada makanan terlekat di celah - celah gigi. Gigi yang bersih membantu memberikan senyuman yang menawan. Anda perlu banyak senyum semasa temuduga,ia menolong anda relaks.

Setelah anda pasti anda kelihatan yang terbaik, sila kembali ke tempat anda.

Sekiranya anda tidak membawa bersama sebarang bahan bacaan, cuba lihat di persekitaran anda samada terdapat brochure, majalah atau buku tahunan syarikat. Anda mungkin boleh..

Persediaan Sehari Sebelum Temuduga Kerjaya
Jangan menanti ke saat akhir! Berikut adalah persediaan sehari sebelum temuduga kerjaya yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga.





* Keluarkan pakaian yang anda bercadang untuk pakai ke temuduga. Pastikan ia
bersih dan tidak berkedut. Bagi yang lelaki, kasut mestilah bergilap. Bagi yang
wanita, pilih aksesori yang boleh dipadankan dengan baju. Gantung atau letakkan
semuanya di satu tempat. Termasuk pakaian dalam. Jangan tercari - cari besok.

* Fail atau briefcase yang hendak dibawa besok telah dimasukkan dengan dokumen
dokumen yang sepatutnya. Jangan besok cari sijil SPM satu rumah. Buat salinan
yang diperlukan awal - awal.

* Berlatih semula jawapan yang telah anda sediakan untuk soalan - soalan
temuduga yang popular. Contohnya: Tell me about yourself?, Why are you the
right candidate for this job?, What is your greatest strength? Matlamatnya
bukanlah untuk menghafal tetapi untuk membiasakan diri dengan soalan yang
sebegitu.

* Jangan lupakan bersedia untuk soalan - soalan temuduga yang pelik juga.
Manalah tahu..

* Minta bantuan rakan atau ahli keluarga supaya menemuduga anda. Dapatkan
maklumbalas mereka dalam aspek - aspek seperti cara anda menjawab, kejelasan
suara, gerak badan, postur dan sebagainya.

Wednesday, March 23, 2011

Ibubapa Anak Istimewa Perlu Tabah

Ibubapa Anak Istimewa Perlu Tabah

http://alkindi10autisme.blogspot.com/2010/05/ibubapa-anak-istimewa-perlu-tabah.html


ANAK istimewa adalah anugerah Tuhan yang paling berharga. Apa yang perlu dititikberatkan ibu dan bapa ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Syed Yahya, ibu bapa perlu memahami kekuatan dan kelemahan anak-anak ini ketika membimbing mereka.

"Anak istimewa ialah ahli syurga yang dikurniakan Tuhan kepada sesebuah keluarga. Alangkah bertuah keluarga tersebut kerana memelihara mereka.

"Namun sudah tentu timbul pelbagai isu dan cabaran berkaitan penjagaan anak-anak ini. Begitu juga dengan implikasi yang timbul selepas kelahiran anak istimewa ini,'' ujar bekas presiden Persatuan Sindrom Down ini.

Sebagai seorang ibu yang juga mempunyai anak remaja istimewa (sindrom down), Sharifah Zainiyah turut berkongsi pengalaman mendalami perasaan ibu bapa yang dikurniakan anak-anak seperti ini.

Tidak dapat terima

Ujarnya, biarpun melalui fasa-fasa yang berbeza ibu bapa pasti pada mulanya berasa terkejut. Ada yang tidak dapat menerima keadaan anak mereka di samping perasaan bersalah dan marah. Namun akhirnya reda dengan kurniaan itu.

Tambahnya, persepsi masyarakat terhadap anak istimewa juga berbeza. Mereka dilihat sebagai liabiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Ada sebilangan kecil masyarakat yang berpandangan golongan ini tidak perlu dibantu atau berbuat apa-apa kerana mereka 'cacat'.

Malah ada yang menganggap terlalu mahal untuk membuat sebarang perubahan bagi membantu mereka. Apa lagi menubuhkan penempatan pendidikan khas, infrastruktur fizikal, tempat-tempat khusus dan pengangkutan awam.

Sharifah Zainiyah berkata, sebelum ibu bapa dapat menjaga anak-anak istimewa dengan baik, mereka perlu menangani isu-isu dan cabaran yang mereka bakal hadapi secara berkesan.

"Ibu bapa berperanan memberi yang terbaik untuk anak istimewa ini termasuk dari segi kasih sayang, kesabaran dan interaksi. Beri peluang anak untuk berinteraksi dengan masyarakat.

"Daftarkan mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri-negeri dan dapatkan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) serta beri peluang anak ke sekolah dengan menjalani program pendidikan khas,'' jelasnya.

Ujarnya, anak-anak OKU perlu dibawa ke hospital sekiranya mereka memerlukan rawatan akibat komplikasi kesihatan umpamanya jantung, mata, pendengaran dan lain-lain.

Anak-anak istimewa perlu dididik dengan nilai-nilai murni, berikan teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan dan berikan pujian apabila melakukan sesuatu yang baik.

Tambahnya, terdapat empat kesan utama yang bakal dihadapi oleh ibu bapa dan keluarga OKU terhadap tanggungjawab menjaga ahli keluarga yang memerlukan penjagaan spesifik seperti ini.

Kesan yang pertama, masa yang lebih banyak diperuntukkan oleh ibu bapa dan keluarga untuk melakukan penjagaan terhadap anak-anak istimewa berbanding aktiviti rumah tangga dan sosial lain.

Kesan kedua ialah impak kepada pekerjaan keluarga apabila mereka terpaksa membahagi masa antara tugas penjagaan dan pekerjaan mereka, sama ada terpaksa berhenti kerja atau menghalang mereka untuk menerima tawaran bekerja yang baik.

Kesan yang ketiga ialah keadaan kewangan keluarga yang turut terjejas memandangkan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk rawatan, penjagaan dan pendidikan anak-anak khas ini.

Pada masa yang sama ada ibu bapa yang terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan mereka.

Tekanan psikologi

Sudah pasti kesan yang keempat ialah tekanan psikologi yang dialami oleh penjaga yang seringkali dikaitkan dengan kepenatan yang tidak terhingga, kehilangan atau ketiadaan privasi diri, sentiasa berada dalam kebimbangan dan keresahan mahupun perasaan malu, sedih, kecewa, sakit hati dan gelisah.

Justeru, Sharifah Zainiyah turut memberi panduan kepada ibu bapa bagi mengurangkan kesan atau impak tersebut.

Beliau meminta penjaga memperuntukkan masa dengan cekap dalam membahagikan tugas penjagaan serta kerja rumah.

"Minta ahli keluarga lain membantu sama dalam dalam urusan penjagaan. Latih anak istimewa ini berdikari dengan mengajar mereka makan sendiri, mandi dan pakai baju sendiri.

"Maklumkan kepada ketua atau majikan tentang anak istimewa dan kekangan yang anda hadapi. Lakukan kerja mengikut keutamaan dan dateline. Sekiranya diperlukan, mohon bantuan rakan sekerja,'' tegasnya.

Ibu bapa juga tegasnya, perlu bijak merancang kewangan, berjimat cermat dan mengurus kewangan dengan cekap.

Sekiranya mengalami kekurangan dalam kewangan ibu bapa boleh melakukan kerja sambilan.

Bagi ibu bapa yang mengalami tekanan psikologi, mereka perlu tahu menguruskan perasaan yang dalam keadaan tertekan akibat penat dan rasa rendah diri.

"Di negara maju mereka mempunyai pusat-pusat penjagaan respite bagi membantu penjaga yang menghadapi tekanan untuk 'bernafas' semula meringankan tekanan atau dapatkan bantuan pakar sekiranya tidak dapat tangani masalah ini sendirian.

"Bagi kakitangan perkhidmatan dalam komuniti (PDK) pula, fahami kekuatan dan kekurangan anak-anak istimewa. Sematkan bentuk teknik pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada kekuatan anak-anak ini untuk membentuk kaedah pembelajaran yang menyeronokkan.

"Ibu bapa, kakitangan PDK serta masyarakat setempat dapat berganding bahu dan memain peranan yang sepadu dalam penjagaan dan pendidikan anak-anak istimewa,'' katanya.

Sharifah Zainiyah berkata, fasa pembesaran anak-anak ini dari lahir hingga tiga tahun akan mengalami perkembangan otak paling cepat.

Oleh itu paling penting menjalani program rangsangan bayi yang disediakan di PDK atau NGO atau melakukannya sendiri di rumah.

Beri juga kefahaman kepada anak-anak lain tentang kedudukan abang, adik atau kakak mereka dan kenapa lebih perhatian perlu diberikan kepadanya.

Pupuk kasih sayang di kalangan semua ahli keluarga, bina sokongan keluarga yang kuat dan padu.

Pada fasa tiga hingga enam tahun, ketika perkembangan otak masih berjalan, ibu bapa perlu dedahkan anak kepada early intervention program yang disediakan di PDK dan juga NGO.

"Harapan kami sebagai ibu bapa yang mempunyai anak istimewa agar mereka ini satu hari nanti mampu hidup berdikari. - Rosmah Dain

Autism: Demi Sebuah Kesedaran

Autism: Demi Sebuah Kesedaran

http://alkindi10autisme.blogspot.com/2011/02/autism-demi-sebuah-kesedaran.html


SAYA MENULIS ARTIKEL INI SEBAGAI USAHA MENINGKATKAN KESEDARAN IBU BAPA TENTANG MASALAH AUTISM DI KALANGAN KANAK-KANAK. IA MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI SAYA. PEMBACA DINASIHATKAN SUPAYA MENDAPATKAN NASIHAT PAKAR PERUBATAN UNTUK PANDUAN KHUSUS – disclaimer


“Anak ana sudah pun didiagnos sebagai pesakit Autism“, beritahu rakan saya.

Saya mengurut dada. Ia kali pertama saya berdepan dengan teman yang anaknya didiagnos dengan Autism, selepas proses screening dibuat oleh doktor pakar kanak-kanak.

Wajah teman saya amat sugul. Isterinya juga begitu.

“Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah tahu masalah Ahmad, dan boleh mengusahakan langkah-langkah berhadapan dengannya”, itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.

SAKIT TELINGA

Asalnya Abang Rahim menyangkakan kelewatan Ahmad bertutur berpunca daripada masalah telinga anaknya itu. Ahmad sering sakit telinga, dan doktor telah pun melakukan sedikit pembedahan untuk memperbaiki struktur telinga Ahmad. Pembedahan itu disusuli pula dengan terapi percakapan selama beberapa bulan. Namun terapi tersebut telah akhirnya membawa Ahmad kepada penemuan yang lebih serius.

Ahmad didiagnos sebagai pesakit Autism.

Abang Rahim tidak pernah menyangka bahawa beberapa tabiat ganjil anak lelakinya, Ahmad, merupakan simptom-simptom penting kepada Autism tersebut. Ahmad yang comel itu sentiasa secara konsisten mengipas-ngipaskan tangannya ketika bermain. Ahmad juga sangat obses dengan benda-benda yang berkilau terutamanya air kosong di dalam gelas.

“Ehh, jangan tarik cermin mata ustaz tu!”, kata Abang Rahim kepada anaknya Ahmad.

Saya hanya ketawa. Namun dalam ketawa itu, kami semua faham bahawa obsesi Ahmad kepada kilauan cahaya pada cermin mata saya adalah salah satu simptom Autism yang dihidapi oleh Ahmad.

SIMPTOM

Pada hitungan kami, simptom Autism yang ada pada Ahmad amat ketara.

Selepas penerangan oleh doktor pakar, serta pembacaan jurnal perubatan yang dicari di perpustakaan, kami dapat mengesan banyak tanda Autism pada Ahmad. Ia meliputi obsesinya kepada kilauan cahaya, suka meletakkan lidahnya pada dinding yang sejuk, mengibaskan tangan (hand flapping), tetapi apa yang paling ketara adalah kegagalan Ahmad berinteraksi.

Ahmad tidak pernah berpaling atau menyahut apabila namanya dipanggil. Beliau juga tidak sama sekali dapat membuat hubungan mata (eye to eye contact) dengan sesiapa. Ini merupakan petanda-petanda penting kepada Autism, yang diertikan sebagai perkembangan tidak teratur otak yang mengurangkan daya interaksi sosial dan komunikasi seseorang. Ia menyebabkan tingkah laku pengidap Autism itu menjadi terbatas, dan berlaku secara berulang-ulang. Simptom ini boleh dikesan pada usia awal seorang kanak-kanak, di sekitar usia 3 tahun sebagai misal.

Malah Ahmad juga mempunyai kecenderungan yang kuat untuk menyusun permainannya dalam bentuk satu barisan yang lurus dan ia merupakan satu petanda kritikal terhadap gejala Autism yang dihidapi oleh Ahmad.

JURUTERA

“Tu, future engineer tu!“, saya pernah bergurau dengan Abang Rahim tentang ‘bakat’ Ahmad menyusun blok permainannya dalam barisan yang amat lurus. Abang Rahim hanya tersenyum.



Biar pun ia hanya gurauan, saya sendiri terpegun kerana adanya kajian yang menunjukkan hubungan di antara profesyen kejuruteraan dengan Autism. Seseorang yang mempunyai datuk dan ayah seorang jurutera, mempunyai statistik berganda terhadap Autism.

Setelah Ahmad didiagnos dengan Autism, beliau telah mengikuti program persekolahan khas. Pesakit Autism biar pun kebanyakannya berdepan dengan kesulitan menguruskan diri, termasuk soal mengawal rasa mahu membuang air besar, dan ada kalanya boleh pula secara sengaja mencederakan diri sebagai usaha untuk ‘memberitahu’ sesuatu, ramai juga pesakit Autism yang berjaya dibantu mengatasi kelemahan asas itu.

Lebih awal seorang anak dikesan dengan Autism, lebih segera langkah mendidiknya dengan pendidikan khas dapat dilakukan dan lebih besarlah potensi anak itu tadi untuk dibekalkan dengan skill asas kehidupan yang diperlukan pada hari-hari mendatang.



Ada juga kanak-kanak Autistic yang mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi dari orang lain. Obsesinya, boleh memberikan bakat luar biasa di dalam bidang seni lukis, matematik dan daya ingatan yang tinggi seperti yang ditonjolkan melalui watak Raymond lakonan Dustin Hoffman di dalam filem kegemaran saya, RAIN MAN. Filem yang memenangi banyak anugerah ini adalah pengenalan yang baik untuk kita memahami apakah Autism dan bagaimanakah tingkah laku mereka.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

AUTISM DAN VAKSIN

Diagnosis ke atas Ahmad, berlaku ketika UK dihebohkan dengan dakwaan bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autism di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.

“Kita nak bagi ke Saiful Islam vaksin MMR ni?”, saya bertanya kepada Ummu Saif.

Tidak dapat kami sembunyikan perasaan bimbang apabila dilanda dengan isu ini. Ingatan kami segera pergi kepada Ahmad, anak Abang Rahim.

“Susah nak cakap. Banyak sangat bercampur dengan politik”, kata Ummu Saif.

Ketika itu Ummu Saif sendiri baru sahaja menghabiskan internship beliau. Masih hijau dalam profesyen perubatan. Kesulitan mendapatkan maklumat yang tidak bias berlaku akibat banyaknya campur tangan politik. UK pada masa itu ‘mengugut’ bahawa ibu bapa yang enggan menyuntik anak mereka dengan MMR, akan dihentikan daripada menerima child benefit.

Saintis di Amerika Syarikat umumnya lebih vokal dalam mempertahankan dakwaan bahawa MMR sememangnya mempunyai kaitan dengan Autism.

“Logik pun. Isu Autism adalah kebarangkalian. Tetapi enggan memberi vaksin MMR kepada anak hampir pasti menjadikan anak kita sebagai mangsa sakit yang jauh lebih merbahaya, malah boleh juga menjadi punca penyebaran wabak berbahaya itu”, kata Ummu Saif merasionalkan fikiran saya.

Measles, mumps dan rubella adalah penyakit berjangkit yang AMAT berbahaya dan tidak boleh dipandang enteng.

Benar.

Vaksin bukan perkara kecil. Sikap ibu bapa mengabaikan vaksin anak-anak bukan sahaja mendedahkan anak itu kepada wabak maut, malah anak itu juga boleh menjadi punca penyebaran wabak tersebut kepada orang lain.


“Tertolak segala perkara yang mudarat lagi memudaratkan”

Berdasarkan hadith tersebut yang juga menjadi kaedah penting di dalam prinsip Islam, saya meletakkan vaksin sebagai suatu kewajipan syar’ie ke atas ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Juga ke atas kerajaan untuk membekalkannya sebaik mungkin.

Namun disebabkan oleh kebimbangan yang ada, apa yang saya dan Ummu Saif buat ialah melewatkan sedikit vaksin MMR kepada Saiful Islam, juga Naurah dan Imaduddin. Mungkin berat bagi tubuh si anak untuk menerima 3 vaksin serentak. Kami memberi vaksin tersebut atas ijtihad peribadi kami sebagai ibu bapa, ketika anak-anak kami berusia 18 bulan, lewat 6 bulan dari tarikh yang ditetapkan. Alasan ketika itu, anak-anak kami dibesarkan di rumah dan bukan di nursery, lantas risiko terdedah kepada jangkitan berbahaya jauh lebih rendah. Ia sekadar pertimbangan peribadi.

KESEDARAN IBU BAPA

Biar pun Abang Rahim sedikit terlewat dalam mengesan masalah anaknya Ahmad, sikap positif beliau dan isteri amat saya kagumi. Mereka berlapang dada, kembali kepada Allah dalam mencari kekuatan dan hikmah di sebalik ketentuan ini, dan tidak bertangguh dalam menyegerakan rawatan pendidikan untuk Ahmad.

Saya kagum dengan kesungguhan Abang Rahim menyediakan pelbagai perkara, termasuklah cermin besar di dalam rumahnya, untuk menjadi tempat Ahmad ‘berlatih bercakap’. Selepas setahun Ahmad mengikuti program khas di sekolahnya, saya dapat melihat serba sedikit perkembangan Ahmad terutamanya dari aspek keupayaan bersosial. Sekurang-kurangnya dia sudah sedikit responsif apabila namanya dipanggil oleh ibu bapanya sendiri.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Apa yang lebih penting ialah ibu bapa harus menjauhkan diri dari denial syndrome, enggan membawa anak kepada pemeriksaan semata-mata kerana tidak sanggup untuk mendengar ‘berita rasmi’ berkenaan abnormatili yang berlaku kepada anak-anak. Ibu bapa harus sedar, betapa semakin lewat anak ini didiagnos dan diberikan rawatan susulan, semakin sukar untuk si anak beroleh bekalan asas hidupnya bagi kegunaannya masa hadapan.

MENGESAN SIMPTOM

Perhatikanlah perkembangan anak-anak dengan teliti, khususnya di usia pra sekolah. Lima simptom berikut, adalah petanda penting yang mungkin menandakan anak kita mengidap Autism:

1. Percakapan yang amat terhad

Kanak-kanak Autistic tidak mencantumkan perkataan. Lazimnya seorang kanak-kanak berusia 2 tahun boleh mencantumkan dua atau tiga perkataan dalam percakapannya. Tetapi kanak-kanak Autistic tidak bercakap dengan jelas. Malah kadang-kadang mereka semacam mempunyai bahasa mereka sendiri, atau hanya mengulang apa yang disebut oleh orang lain. Ini diistilahkan sebagai echolalia.

2. Menolak hubungan mata

Seorang kanak-kanak normal berusia 2 tahun boleh memandang muka kita hingga 30 saat. Kanak-kanak Autistic tidak akan melihat mata kita dan sentiasa cuba mengelak, mengalihkan wajahnya malah menyembunyikan wajahnya seperti ‘itik yang menyembunyikan kepala di bawah kepak’.

3. Hanya boleh melakukan satu perkara dalam satu masa.

Bebanan sensori menyebabkan kanak-kanak Autistic hanya mampu menggunakan satu derianya secara aktif dalam satu masa. Sama ada kanak-kanak itu memandang wajah kita, atau mendengar percakapan kita. Melakukan kedua-keduannya secara serentak adalah amat keterlaluan buatnya, sedangkan ibu bapa lazimnya akan menyuruh si anak melihat wajah mereka sambil mendengar. Keadaan yang sama juga lazim berlaku di sekolah.

4. Tiada keinginan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Kanak-kanak Autistic biasanya lebih gemar bermain sendirian. Mereka juga tidak tahu bermain dengan permainan biasa bagi kanak-kanak. Misalnya, jika diberi kereta, kanak-kanak Autistic ini bukan bermain dengannya sebagai kereta, sebaliknya menyusun kereta-kereta itu dalam satu barisan lurus. Anda juga tidak dibenarkan untuk menyentuh kereta-kereta itu.

5. Menganggap sesuatu yang bukan permainan sebagai permainan.

Dalam kes Ahmad, beliau amat obses kepada kilauan dan imej wajahnya pada kilauan tersebut. Maka dalam kes ini, amat penting untuk peralatan rumah seperti pisau disembunyikan. Kanak-kanak Autistic mungkin akan menjadi begitu obses dengan wajahnya yang kelihatan pada mata pisau yang berkilau itu, dan ini amat berbahaya.

Jika ada di kalangan anak-anak kita yang mempunyai tiga daripada simptom-simptom di atas, segeralah dibawa anak itu berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. Anak itu mungkin mengidap Autism, atau mungkin juga sindrom-sindrom PDD (pervasive developmental disorder) yang lain seperti Sindrom Rett, Asperger dan sebagainya.

Kepada teman-teman saya yang menerima ujian dari Allah dengan kurniaan cahaya mata yang didiagnos dengan Autism, kuatkanlah semangat dan positifkan pandangan serta sikap kita kepada mereka.

Jika fitrah anak-anak diubah oleh ibu bapa kepada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi, ibu bapa jugalah penentu terbesar dalam membawa anak-anak Autistic kepada kehidupan normal terdekat, asalkan ibu bapa itu sendiri melakukannya dengan penuh keyakinan diri.

Di Malaysia, maklumat berkenaan Autism, boleh diperolehi dari organisasi seperti Early Autism Project Malaysia dan Parent’s Resource for Autism Malaysia (PR4A).



Salam sokongan dari saya buat pesakit Autism dan ibu bapa mereka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Tidur Sebagai Rawatan

Friday, February 4, 2011
http://alkindi10autisme.blogspot.com/search/label/Attitude%20Theraphy

Tidur Sebagai Rawatan
Tidur yang lena pada tahap gelombang otak delta ketika waktu malam yang gelap ialah rawatan untuk segala bentuk masalah atau penyakit secara semulajadi yang amat berkesan, terbaik dan murah untuk diamalkan.



Jenis Tidur: Delta

Bawah 2 Hz

Tidur lena, mimpi yang jelas dan menyenangkan. Cergas setelah bangun. Rasa tidur yang puas.



Tidur delta mempunyai ciri-ciri seperti berikut;



1. Tidur yang amat lena.

2. Mendapat mimpi yang indah dan jelas.

3. Mendapat rasa tidur yang puas dan cukup.

4. Tidak rasa ingin tidur semula setelah bangun.

5. Mudah untuk memulakan tidur.

6. Tidak banyak lesak ketika tidur.

7. Tidak berdengkur, hadas angin atau discaj amilase ketika tidur.



Petua Mendapatkan Tidur Delta.

1. Mandi sebelum tidur. Sebaik-baiknya mandilah air sejuk atau air ais aromatherapy. Kesejukan akan merangsang otak Hipothalamus iaitu otak yang mengawal tidur untuk menyelaraskan kembali waktu tidur. Tetapi elakkan daripada tidur dalam keadaan tidak mengenakan pakaian selepas mandi. Elakkan juga daripada terkena tiupan kipas yang kencang ketika tidur selepas mandi. Angin yang kencang ketika tidur akan menyebabkan hidrasi berlebihan.

2. Minum air sejuk sebelum tidur. Sebaik-baiknya minunlah air yang beralkali atau air yang bermineral pottasium, magnesium. Mineral ini bersifat alkali dan membantu merangsang saraf atau membantu koordinasi saraf ketika tidur. Ketika tidur seseorang akan kehilangan banyak mineral melalui perpeluhan. Mineral ini juga penting untuk mengelakkan hidrasi ketika tidur. Seseorang yang terhidrasi akan merasa kehausan sepanjang waktu tidur (biasanya menyebabkan terjaga dari tidur) apatah lagi setelah bangun dari tidur.

3. Berniat dan bersedia untuk tidur. Tidur dalam keadaan terlelap tanpa disedari atau ketika sedang berbaring ialah tidur yang tidak bersedia. Jika tertidur dalam keadaan tidak bersedia, otak akan masih berfungsi atau bekerja dan tidak akan mendapat tahap delta. Misalnya ketika tertidur itu dalam keadaan sedang berfikir, maka pemikiran itu akan berterusan berpanjangan sepanjang tidur. Buktinya boleh dilihat sekiranya seseorang itu tertidur dalam keadaan menyanyi (sama ada zahir atau dalam hati), maka apabila terjaga dia akan menyambung semula nyanyiannya itu (biasanya dalam hati). Keadaan yang sama juga terjadi kepada pelajar yang tertidur ketika sedang mentelaah, apabila terjaga maka dia merasakan seolah-olah mentelaah sepanjang tidur.

4. Tidur dalam keadaan mengereng ke kanan dan mengadap kiblat. Mengereng ke kanan akan memberikan tekanan kepada Hati untuk membantu proses pencernaan yang sempurna. Seseorang yang tidur sejurus selepas makan akan menyebabkan proses pencernaan yang berlaku di dalam tubuh menjadikan aktiviti otak aktif ketika tidur. Keaktifan otak akan menyebabkan frekuensi otak sukar mencapai tahap delta.



Rahsia Kegelapan Malam.

1. Vibration sinar. Dalam kegelapan malam, terdapat vibration sinar yang tidak kelihatan. Ia hanya boleh melalui gegelapan. Dengan adanya sesuatu cahaya, sinar ini akan terhalang. Misalnya jika kita mendongak ke langit yang tidak berawan pada waktu malam di kawasan bandar yang banyak lampu jalan, kita sukar melihat bintang pada jumlah yang banyak. Tetapi jika keadaan tersebut kita berada di tengah padang yang tidak ada sumber cahaya lampu, kita akan dapati langit penuh dengan bintang. Keadaan yang sama jika kita lihat ke langit pada waktu siang dan malam. Bintang hanya kelihatan pada waktu malam sedangkan sebenarnya pada waktu siang juga bintang memang berada di langit. Frekuensi sinar ini ialah di bawah 2 Hertz atau hampir kepada Point Zero iaitu menyamai dengan frekuensi Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu malam yang gelap ialah waktu dan keadaan yang resonan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary.

2. Sel bertumbuh dengan lebih pantas dalam keadaan bersekitaran yang rendah frekuensinya kerana ia amat mempertenagakan. Frekuensi yang rendah ialah frekuensi yang amat senyap, hening dan bertenaga. Frekuensi yang tinggi adalah hingar, panas dan kehilangan tenaga. Malam yang gelap ialah keadaan yang terbaik untuk sel bertumbuh dengan pantas.

3. Kegelapan malam adalah semulajadi dan menyeluruh. Dalam pada waktu siang, bengkak dan luka akan cepat sembuh jika dibalut untuk membentuk kegelapan. Tetapi pada waktu siang, gelombang yang lebih tinggi frekuensinya tetap boleh menembusi balutan tersebut. Ketika dalam kegelapan malam, keadaan di luar balutan dan di dalam balutan adalah sama. Ketika itulah rawatan adalah amat menyeluruh dan semulajadi.

4. Ion-ion negatif akan keluar dengan banyak dalam kegelapan malam. Tetapi kegelapan waktu siang, ion-ion positif pula yang keluar dengan banyak. Ion negatif (daripada waktu malam) perlu untuk pertumbuhan sel serta mempertenagakannya. Ion negatif pada waktu siang hanya boleh diperolehi dalam rumah yang baik peredaran udaranya atau dewan berkubah, binaan berbentuk piramid, kawasan taman bunga, kawasan air terjun dan gua yang tidak dihuni kelawar.



Kelebihan Tidur Delta Dalam Kegelapan Malam

1. Merangsang Rembesan Metatonin. Apabila gelombang otak berada dalam keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika dalam keadaan Delta, Kelenjar Pineal akan resonan dengan persekitaran. Kelenjar Pineal akan mula merembeskan hormon melatonin yang secukupnya untuk keperluan tubuh. Hormon melatonin amat penting dalam proses mempertenagakan tubuh, merangsang pertumbuhan sel dan membaiki sel yang lemah. Mereka yang mendapat Tidur Delta dalam keadaan kegelapan malam akan lebih bersemangat untuk bekerja, berhasil segala yang diusahakan, mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi.

2. Mempertenagakan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu kegelapan malam, frekuensi sinar akan muncul dengan banyak. Ketika itu ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak (jika di kawasan tropika dan khatulistiwa) iaitu kira-kira pukul 11.00 malam dan berlangsung sehingga 2 jam iaitu kira-kira pukul 1.00 pagi. Frekuensi ini amat perlu untuk Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Kedua-dua kelenjar ini hanya boleh menerima frekuensi ini ketika otak berada dalam keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika otak dalam keadaan Gelombang Delta. Manusia biasa hanya boleh menjadikan otaknya berada dalam keadaan Gelombang Delta jika mengamalkan meditasi Yoga pada peringkat tertinggi atau tidur dengan lena. Kelenjar Pineal yang sihat akan menjadikan tubuh mendapat cukup tenaga serta mempengaruhi psikologi ke arah semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kelenjan Pituitary yang sihat akan menjadikan sel segar, awet muda, menghilangkan garis-garis halus pada kulit serta dari segi psikologi ia akan membantu menguatkan daya ingatan serta menjadikan pengurusan diri teratur.

3. Meningkatkan daya tumpuan. Bahagian otak yang mengawal tumpuan dan juga tidur ialah Hipothalamus (NW4). Dengan daya tumpuan, kita dapat menjadikan tubuh kita tidur. Mereka yang mendapat Tidur Delta akan mendapat lebih tumpuan untuk belajar atau menjalani kehidupan seharian. Bahagian ini juga membatu seseorang menjadi mudah memahami sesuatu ilmu, fakta atau sesuatau perkara.

4. Merawat segala jenis penyakit Fizikal. Apabila sel tumbuh dengan pantas ketika Tidur Delta dalam kegelapan malam, sel baru akan tubuh kurang daripada 3 hari untuk membentuk lapisan tisu. Berbanding dengan ketika keadaan terang dan frekuensi tinggi, sesuatu sel memerlukan 44 hari untuk tumbuh. Oleh itu, penyakit pada peringkat fizikal seperti masalah prostat, buah pinggang, kepatahan tulang, kereputan tulang, masalah darah, masalah saraf, masalah usus dan sebagainya akan sembuh dengan mudah.

5. Merawat segala jenis penyakit Mental. Depressions, atau tekanan perasaan atau kebuntuan adalah karektor atau pembawakan kesan daripada organ pencernaan yang dikawal oleh kawasan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7). Medulla Oblongata (NW8) akan mengawalatur pengurusan manakala Serebelum (NW7) akan mengawal citarasa dan kehendak. Kawasan penghadaman yang terbeban akan menyebabkan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7) menjadi lemah. Akibatnya seseorang menjadi sukar untuk mengawalatur sesuatu pekerjaan dan tertekan dengan keadaan persekitaran. Tidur Delta membantu sistem penghadaman menjalankan fungsinya dengan cekap. Oleh itu, kawasan Medulla Oblongata (NW8) dan Serebelum (NW7) menjadi lebih cekap menghadapi segala masalah, krisis dan tekanan.

6. Merawat segala jenis penyakit emosi. Seseorang yang sedih akan lemah pada organ Paru-paru (NW10) dan Jantung (NW11). Tidur Delta akan mengembalikan kestabilan rentak Jantung (NW11) dan memaksimumkan keupayaan Paru-paru (NW10) menjalankan fungsinya. Mereka yang berada dalam kesedihan atau kehampaan atau kekecewaan akan dapat merawat emosi tersebut melalui Tidur Delta pada waktu kegelapan malam.

7. Merawat segala jenis penyakit spiritual. Kebanyakan deria terdapat di kawasan kepala. Deria ini berperanan sebagai pengesan terhadap semua keadaan sekeliling yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran logik. Organ-organ di bahagian kepala terutama Kelenjar Pineal mempunyai pembawakan kesan terhadap karektor spiritual. Seseorang yang mengalami gangguan spiritual atau yang mendakwa dirinya mendapat gangguan sihir atau saka atau santau, atau sebarang gangguan pelik yang sukar untuk difahami atau dirawat, maka Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan adalah penyelesaian yang terbaik.

8. Keheningan dan ketenteraman, intuisi, instinct. Sewaktu Tidur Delta, semua neuron akan tersusun semula dengan sempurna. Kesempurnaan penyusunan neuron otak akan turut memberi kesan refleks terhadap visual. Penyusunan yang baik akan memberi kesan mimpi yang baik. Penyusunan ini juga akan membantu memberikan intuisi (naluri) dan instinct (gerak rasa). Mereka yang mendapat tidur ini sebenarnya seorang yang hening. Keheningan menjadikan segala perbuatan yang dilakukan berjalan dengan lancar. Seolah-olah pernah tergambar atau seperti pernah dilalui (atau disebut fenomena Dejavu). Contohnya, seseorang yang hening kesan daripada Tidur Delta ini apabila memandu ke sesuatu destinasi, semua lampu isyarat berwarna hijau. Atau dalam keadaan jalan yang sesak, dia dapat melepasinya dengan mudah seperti dibuka lorong atau terdorong untuk jalan ke hadapan. Mereka yang hening ini apabila dilihat wajahya akan membuatkan kita rasa tenteram. Mereka ini juga seperti terurus dan teratur atau menjadi semua pekerjaannya. Sepanjang hari dalam keheningan tersebut mereka biasanya jauh daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan (sama ada daripada kecuaian diri atau akibat daripada kecuaian orang lain).



Waktu Tengah Malam

Waktu tengah malam (merujuk kepada kedudukan di kawasan Khatulistiwa dan Tropika) ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak dan berlansung selama 2 jam. Iaitu kira-kira pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi.

[untuk keterangan lanjut mengenai warna yang resonan dengan sesuatu waktu, sila rujuk post bertajuk Warna Resonan Waktu atau sila klik ayat ini]

Formula Tidur Sebagai Rawatan



Biasanya otak Thalamus mengambil masa antara 30 minit ke 2 jam Untuk mencapai tahap Tidur Delta. Tidur Delta itu sendiri sebenarnya tidak boleh dicapai tanpa resonan dengan waktu tengah malam dan tanpa kegelapan. Apabila seseorang itu tidur dalam keadaan bilik yang bercahaya, tidak ada peredaran udara yang mencukupi serta tidak berniat atau bersedia untuk tidur, maka formula ini sukar untuk dicapai.



Untuk mencapai formula ini, berikut ialah syarat yang perlu dipatuhi;

1. Tidur sekurang-kuranya 2 jam sebelum pukul 11.00 malam, iaitu sejurus selepas isyak atau sebelum pukul 9.30 malam.

2. Tidur dalam bilik yang gelap dan baik peredaran udaranya. Kehadiran sesuatu cahaya (biasanya daripada sumber lampu) akan menyebabkan otak akan aktif menterjemah cahaya tersebut dan menyukarkannya mencapai Gelombang Delta.

3. Tidur dalam ruang berbentuk segi empat (bilik tidur / katil atau lebih baik yang berkelambu), kerana ia lebih fokus. Maksudnya bukan di ruang yang terbuka di luar rumah atau dalam ruang yang berbentuk lain seperti bentuk piramid (piramid hanya untuk meditasi yang memberi Gelombang Beta).

4. Berniat dan bersedia untuk tidur. Maksudnya bukan terlelap tanpa disedari ketika sedang berbaring atau beristirehat. Sebaiknya ialah berdoa atau berzikir dan berniat untuk pulih atau berniat untuk mendapatkan manfaat ketika sedang tidur.

5. Elakkan daripada tidur dalam ruang yang terdapat peralatan yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Antara peralatan yang mengeluarkan EMF yang tinggi ialah komputer, TV, peti ais dan sebagainya. EMF akan menjadikan otak sukar mencapai peringkat Gelombang Delta.



Kesukaran Mencapai Matlamat Formula

Memang tidak dapat dinafikan, mereka yang mengalami sesuatu penyakit yang sukar untuk sembuh atau krisis yang berat atau gangguan emosi yang mendalam atau gangguan spiritual yang misteri sebenarnya tidak dapat melakukan formula ini.

Ikhtiar dan kesungguhan seseorang untuk melakukan formula ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan.

Biasanya pesakit yang pertama kali mendapatkan rawatan, akan diberikan formula



Aromatherapy Seri Wajah (sila klik untuk mendapatkan penjelasan mengenai formula ini), sebagai ikhtiar pertama supaya Formula Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan ini dapat dicapai.

Bagi sesetengah penyakit, setiap organ memberikan kesan tertentu terhadap kelakuan atau fenomena berkaitan tidur sehingga menyebabkan Formula Tidur Sebagai Rawatan tidak dapat dilaksanakan. Setelah seseorang itu mendapatkan rawatan pertama, biasanya mereka mudah untuk mencapai matlamat formula ini.



Sebenarnya salah satu matlamat daripada keseluruhan rawatan Colour Vibration Therapy ialah ingin supaya pesakit sembuh dengan cara Formula Tidur Sebagai Rawatan ini. Sekiranya otak gagal untuk berada dalam keadaan Gelombang Delta, maka penyembuhan amat sukar untuk berlaku atau mengambil masa yang agak lama.



Parameter



Sejauh mana anda dapat melaksanaan Formula Tidur Sebagai Rawatan ini dapat dijadikan kayu pengukur untuk menilai tahap kesihatan diri anda. Sekiranya ada sedang menjalani sesuatu rawatan, cuba lihat setakat mana peningkatan pencapaian ke arah matlamat formula ini. Dari sini insya Allah anda akan dapat mengesan tahap kesihatan anda sama ada berada dalam keadaan yang paling sempurna atau berlaku berlaku sedikit ketidaknormalan yang tidak disedari.



Aplikasi Tidur Delta tanpa disedari



Kesemua pesakit mental yang dirawat di hospital khas melalui kaedah allopathic medicine akan diberikan sejenis ubat yang akan menyahaktifkan aktiviti otak. Akibatnya berlaku kemerosotan neuron dan otak akan mengecil hingga menyebabkan pesakit akan kerap mengantuk atau tidur. Sekiranya secara kebetulan pesakit ini dapat Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan, maka penyakit mentalnya akan pulih. Tetapi malangnya, pesakit mental yang telah pulih biasanya akan mengalami kesan Dimentia (kekeliruan) dan Afasia (lembab).

Kanak-kanak yang menangis kerana kesakitan akan dapat mencapai Tidur Delta tanpa disedari. Kanak-kanak yang tertidur disebabkan menangis sebenarnya sedang menjalani rawatan semulajadi.

Amat malang sekali, pesakit yang berada di wad-wad allopathic medicine dibiarkan tidur dalam keadaan cahaya terang dan dikelilingi peralatan yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Keadaan ini tidak akan dapat membantu proses penyembuhan dengan berkesan.



Apabila kita selalu mengamalkan sehingga dapat tidur dengan lena hingga mencapai peringkat Tidur Delta pada waktu yang resonan dengan tengah malam serta dalam keadaan yang gelap, maka;

- segala bentuk penyakit yang sukar untuk dirawat,

- atau segala bentuk krisis atau kebuntuan yang rumit untuk diselesaikan,

- atau segala masalah emosi yang mengganggu ketenteraman jiwa,

- atau segala masalah spiritual yang misteri dan pelik untuk pulih,

insya Allah semuanya akan dapat diatasi.



Tidur ialah tanda kebesaran Allah. Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau jika ingin mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal,



Tidur Sebagai Rawatan

Posted by Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Thursday, March 17, 2011

Bahan bantu mengajar ?????

Bahan-bantu mengajar

http://pkhastementi.blogspot.com/p/bahan-bantu-mengajar_17.html


Pengenalan

Semua bilik darjah pendidikan khas bermasalah pembelajaran hendaklah dilengkapi dengan bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini berubah mengikut kemampuan dan kepentingan individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Tanpa pengetahuan dan cara pemakaian, Bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam kelas dan membazir sahaja. Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:


1. Bahan Keperluan Asas


Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dan rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


Bahan carta


wall pocket: RPI, data murid, dll


Alat tulis


Bahan tulis


Bahan dinding


Bahan tekapan getah

2. Bahan Pusat Sumber

•Bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan, bahan bacaan, atau bahan pengulangandalam bacaan dan sebutan untuk membina pengamatan yang baik terhadap subjek pengajaran dan pembelajaran
•Bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman murid-murid kepada sesuatu topik semasa atau tolik silam
•Bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk meransang proses pembelajaran
•Bahan rakam-OHP, VCR, VCD, TV dan komputer
•Bahan pengemas-sarung plastik, laminator dll

3. Bahan-bahan matematik

•Bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan nilai
•Bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat, tinggi dan panjang
•Bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor
•Bahan pengamalan tambah,tolak, baki, darab, bahagi dsb

4. Bahan-bahan bahasa melayu

•Bahan mengenal bentuk dan nama
•sudut bercerita
•bahan-bahan potongan akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain
•bahan bacaan bergred
•Kad dll

5. Bahan-bahan pendidikan seni

•Sudut penghayatan seni
•Bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis
•alatan pembancuh warna
•apron
•Bahan kerja tangandari bahan terbuang, rotan, kertas dsb
•Bahan-bahan lukisan tentang haiwan dsb

6. Bahan-bahan pendidikan muzik

•radio
•VCD
•alat genderang
•Kaset-kaset
•Kastenet
•Tamborin
•dll

7. Bahan-bahan urus diri

•Sinki basuh muka
•cermin muka
•bahan-bahan pembersih diri yang sesuai

8. Bahan-bahan pendidikan agama islam

•Papan rehal
•sejadah
•tasbih
•al-quran
•kitab
•telekong
•songkok
•kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat al-quran
•buku-buku cerita nabi dll

9. Peralatan pendidikan jasmani

•Bahan-bahan permainan padang
•Sekital dan gelung rotan
•pundi kacang/ beg pasir
•bola berbagai saiz

10. Bahan-bahan rekreasi luar/dalam

•trampolin
•gelongsor
•petak pasir
•tali lompat dll

11. Bahan-bahan permainan dalam

•catur
•dam
•tangga dan ular
•monopoli dll

12. Peralatan vokasional

•Peralatan yang boleh meransang kognitif dan memajukan daya pemikiran
•peralatan dapur
•peralatan berkebun
•peralatan bengkel/pertukangan kayu
•peralatan jahitan

13. Bahan-bahan latihan mengikut keupayaan murid

•Peralatan pengawalan pernafasan
•bahan-bahan terapi pertuturan
•bahan-bahan latihan untuk murid palsy selebral yang ringan
•bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu dll

Monday, March 14, 2011

KONSEP KECACATAN

KONSEP KECACATAN

WHO (2001) International Classification of Function Disability and Healtih)

Health condition disorder or disease)

body functions and structures (impairements)

activity (a. limitation)

participation

environment factors

personal factors

example:.....

IMPAIRMENT

+ tidak ada kaki
+ tidak ada tangan
+ tidak ada mata
+ kaki tidak berfungsi
+ tangan tidak berfungsi
+ tidak boleh ingat
+ tidak boleh dengar
+ tidak boleh lihat
+ jantung kurang berfungsi
+ otak kurang berfungsi dll

ACTIVITY LIMITATION

+ susah pergi tandas
+ susah mandi sendiri
+ susah makan sendiri
+ susah menulis
+ susah mengira
+ susah berkomunikasi
+ kurang tumpuan perhatian
+ susah kendali diri
+ susah cuci baju
+ susah memasak dll

PARTICIPATION RESTRICTION

+ tidak boleh pergi ke sekolah
+ tidak boleh bekerja
+ tidak boleh berkahwin
+ tidak boleh pergi membeli belah dengan sendiri
+ tidak boleh keluar dengan kawan
+ tidak ada tugas di rumah dll

PEMULIHAN ??

FAKTOR PERSEKITARAN

+ keluarga / komuniti tidak faham masalah atau keperluan OKU
+ keluarga / komuniti tidak memberi peluang kepada OKU
+ bangunan /kenderaan / sistem masyarakat tidak sesuai untuk OKU

FAKTOR SESEORANG ???

OKU tidak ada
+ motivasi
+ keyakinan
+ kepuasan
+ percaya kepada diri sendiri
+ pengetahuan dll

KONSEP PEMULIHAN ???

SASARAN PEMULIHAN OKU ... HIDUP BERDIKARI DI DALAM KOMUNITI

CARA2 PEMULIHAN OKU

DAHULU (KONSEP LAMA)

PEMULIHAN ...... KEPADA OKU ..... DIPULANGKAN KEPADA MASYARAKAT

SEKARANG...???

(KONSEP BARU )

PENYERTAAN PENUH DAN PENYAMAAN PELUANG

MASYARAKAT (termasuk keluarga)... memberi peluang / kefahaman tentang ...OKU

OKU .... penyertaan dalam masyarakat



KESEDARAN MASYARAKAT ................. LATIHAN PENDIDIKAN

.....................................

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

berdikari ????

KONSEP BERDIKARI?

Di dalam kehidupan seseorang, OKU mempunyai peluang di dalam:

1. menyatakan keperluan
2. menyatakan perasaan
3. pilihan
4. keputusan
5. menikmati seronok

Di dalam kehidupan masyarakat, OKU mempunyai

- perhubungan baik dengan orang lain
- tugas di dalam komuniti

APAKAH HALANGAN BERDIKARI ???

1. terlalu mengawal OKU (over protective, over education, over training, tidak peduli)

2. tidak ada peluang menyatakan perasaan, pilihan, komunikasi dengan orang lain, tugas yang bertanggungjawab dan lain-lain

3. bergantung kepada orang lain atau menyisihkan diri di dalam masyarakat

KONSEP HIDUP DI DALAM KOMUNITI/ HIDUP BIASA ???

Apakah hidup biasa?

Hidup biasa ialah mempunyai

1. pendapatan
2. tempat tinggal
3. tempat aktiviti yang bermakna (pendidikan/latihan/kerja)
4. hobi/aktiviti budaya
5. tugas di dalam komuniti/masyarakat

Saturday, March 12, 2011

Perlu sabar didik anak autisma

http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story8846766.asp

Perlu sabar didik anak autisma

KUANTAN - Kemahiran yang bersesuaian dan sistematik diperlukan penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk membimbing dan mendidik kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) terutama autisma.

Justeru, penganjuran kursus Kemahiran Kejurulatihan Untuk Pe-nyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) ternyata memberi input berguna kepada 125 penyelia yang terlibat.

Penyelia PDK Kompleks Penyayang, Kemaman, Haliza Ariffin berkata, kursus yang memberi fokus kepada bimbingan untuk kanak-kanak autisma itu sangat berguna kerana menerangkan kaedah pendidikan terbaik.

Menurutnya, kaedah yang sistematik di samping tumpuan penuh kepada kanak-kanak terbabit mampu memberi hasil yang mengagumkan.

“Di PDK saya terdapat 64 kanak-kanak pelbagai kecacatan justeru, sebagai penyelia, saya perlu membahagikan tugas kepada tenaga pengajar dengan tersusun.

“Cara didikan kanak-kanak autisma memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka berbeza dengan kanak-kanak sindrom down,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Penyelia PDK Seri Nilam Cahaya, Balok, Mimi Azura Zaidin berkata, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai dan pelbagai mampu merangsang deria dan perkembangan otak kanak-kanak autisma dengan lebih efektif.

“Sepanjang lebih 15 tahun mengendalikan kanak-kanak autisma, mereka agak sukar menyesuaikan diri malah cepat memberontak.

“Bagaimana pun, jika kaedah sesuai digunakan, tempoh sebulan diambil untuk mereka sesuaikan diri dan setahun adalah tempoh paling lama,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti, Prof Datin Sri Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim berkata, program itu akan dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat bagi memberi pendedahan kepada penyelia PDK mengenai tanggungjawab dan cabaran mereka terhadap kanak-kanak autisma.

contoh jadual waktu kelas Pendidikan Khas....

JADUAL WAKTU KELAS
TAHUN 2011

Nama Guru : PUAN ZAITON BT. MOHAMED
Nama Kelas : MURNI 1 (B)


Masa / Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
07.40 - 08.10 Perhimpunan PJK PI/MRL PSV MT
08.10 - 08.40 UD PJK PI/MRL PSV BI
08.40 - 09.10 UD UD UD PJK BI
09.10 - 09.40 BM BI UD PJK UD
09.40 - 10.10 BM BI UD MT UD
10.10 - 10.30 R E H A T
10.30 - 11.00 MZ PI/MRL BI KM PTL
11.00 - 11.30 MZ PI/MRL BI PTL MZ
11.30 - 12.00 KM MT MZ PTL MZ
12.00 - 12.30 UD MT MZ UD
12.30 - 1.00 PI/MRL AMALI SOLAT/MORAL) PI/MRL AMALI SOLAT/MORAL)

ANALISA

Bil. Mata Pelajaran Kali Masa
1 Pengurusan Diri 10 300
2 Pengurusan Tingkah laku 3 90
3 Kemahiran Manipulatif 2 60
4 Bahasa Melayu 4 120
5 Bahasa Inggeris 4 120
6 Matematik 4 120
7 Pendidikan Seni Visual 2 60
8 Pendidikan Muzik 6 180
9 Pendidikan Islam & Moral 6 180
10 Pendidikan Jasmani 4 120
11 Perhimpunan 1 30
Jumlah 46 1380
















JADUAL WAKTU KELAS
TAHUN 2011


Nama Guru : ENCIK LAILY BIN JOHARI
Nama Kelas : MURNI 1 (A)


Masa / Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
07.40 - 08.10 Perhimpunan PJK UD PSV MZ
08.10 - 08.40 BM PJK BI PSV MT
08.40 - 09.10 BM KM BI PJK MT
09.10 - 09.40 MT KM MZ PJK BI
09.40 - 10.10 MT PI/MRL MZ PI/MRL BI
10.10 - 10.30 R E H A T
10.30 - 11.00 UD PTL PTL PSV PI/MRL
11.00 - 11.30 UD PTL PTL PSV UD
11.30 - 12.00 PTL UD BM MZ UD
12.00 - 12.30 PI/MRL UD BM UD
12.30 - 1.00 PI/MRL (AMALI SOLAT/MORAL) Kokurikulum PI/MRL AMALI SOLAT/MORAL)

ANALISA

Bil. Mata Pelajaran Kali Masa
1 Pengurusan Diri 8 240
2 Pengurusan Tingkah laku 5 150
3 Kemahiran Manipulatif 2 60
4 Bahasa Melayu 4 120
5 Bahasa Inggeris 4 120
6 Matematik 4 120
7 Pendidikan Seni Visual 4 120
8 Pendidikan Muzik 4 120
9 Pendidikan Islam & Moral 6 180
10 Pendidikan Jasmani 4 120
11 Perhimpunan 1 30
Jumlah 46 1380













ROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( Pembelajaran )
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA
78300 MASJID TANAH MELAKA


JADUAL WAKTU KELAS
TAHUN 2011


Nama Guru : PUAN FARIDAH BT. MD. YUSOF
Nama Kelas : MURNI 6


Masa / Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
07.40 - 08.10 Perhimpunan UD SN PJK KH
08.10 - 08.40 BI UD SN PJK KH
08.40 - 09.10 BI PJK KH PSV MT
09.10 - 09.40 BM PJK KH PSV MT
09.40 - 10.10 BM SN PI SN PTL
10.10 - 10.30 R E H A T
10.30 - 11.00 KM BI UD PI PTL
11.00 - 11.30 KM BI PI BM PI
11.30 - 12.00 MM BM MT BM MZ
12.00 - 12.30 MM BM MT MZ
12.30 - 1.00 PI/MRL (AMALI SOLAT/MORAL) Kokurikulum PI/MRL AMALI SOLAT/MORAL)
1.00 - 1.30 Kokurikulum

ANALISA

Bil. Mata Pelajaran Kali Masa
1 Bahasa Melayu 6 180
2 Bahasa Inggeris 4 120
3 Matematik 4 120
4 Pengurusan Diri 3 90
5 Pendidikan Islam & Moral 6 180
6 Pendidikan Seni Visual 2 60
7 Pendidikan Jasmani & Kesihatan 4 120
8 Pendidikan Muzik 2 60
9 Pengurusan Tingkah laku 2 60
10 Kemahiran Manipulatif 2 60
11 Sains 4 120
12 Kemahiran Hidup 4 120
13 Multimedia 2 60
14 Perhimpunan 1 30
Jumlah 46 1380

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


……………………………………….
(HJH. SITI HAMIDAH BT. SELAMAT)
GPK Pendidikan Khas

Petugas PDK : Tugas dan Tanggungjawab petugas PDK

Senarai Tugas Petugas PDK

1. bertanggungjawab kepada penyelia pdk, jawatankuasa PDK dan PKMD serta menjalankan tugas2 yang diarahkan oleh mereka dari semasa ke semasa.

2. bertanggungjawab mendaftar OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada minggu pertama kehadiran OKU di PDK

3. Bertanggungjawab menjalankan aktiviti pemulihan , pembelajaran dan kegiatan lain bagi OKU mengikut nisbah 1:5 mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.

4. menggunakan daya kreativiti bagi aktiviti OKU

5. mengurus dan mengemaskini rekod di PDK

6. mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa PDK dengan persetujuan keluarga terbabit.

7. menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jawatankuasa pdk dan dinasihatkan oleh PKMD dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan pdk

......................

Adakah anda ????

Tanyalah diri sendiri dan jawab sendiri ok???

Penyelia PDK : Tugas dan Tanggungjawab Penyelia PDK

Tugas dan Tanggungjawab Penyelia PDK..

1. bertanggungjawab kepada jawatankuasa PDK dan PKMD serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh mereka dari masa ke semasa berkaitan pengurusan PDK

2. Menyedia dan mengemaskini profail PDK semasa yang termasuk....

a. statistik OKU di kawasan setempat
b. Penyediaan bahan2 taklimat mengenai PDK
c. Pangkalan data pelatih PDK, pekerja dan jawatankuasa PDK
d. penyediaan buletin bulanan PDK

3. Menyelia tugas2 yang dikendalikan oleh petugas PDK

4. Bertanggungjawab sebagai perantara di antara petugas PDK dengan jawatankuasa PDK serta Jabatan Kebajikan Masyarakat

5. Merancang jadual aktiviti pemulihan , pembelajaran dan kegiatan OKU di PDK setelah berbincang dengan petugas PDK lain

6. Bertanggungjawab menyediakan dan membentangkan Laporan Kemajuan PDK setiap kali mesyuarat Jawatankuasa PDK

a. Rekod kewangan PDK
b. Rekod harta modal dan Inventori PDK
c. Buku Lawatan PKMD dan tetamu
d. Laporan Perangkaan
e. Rekod saguhati petugas dan OKU
f. Rekod kehadiran petugas PDK
g. Rekod kehadiran kursus petugas pdk dan penyelia pdk
h. rekod dan buletin pdk
i. rekod pelepasan petugas pdk

7. bertanggungjawab membentangkan Laporan Prestasi OKU bagi mesyuarat Panel Penilai PDK

8. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras kerjasama dengan agensi utama PDK iaitu Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Tenaga Kerja serta agensi lain yang berkaitan

9. merancang aktiviti dan program mingguan, bulanan, dan tahunan yang bersesuaian dengan OKU dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PDK untuk mendapat kelulusan.

10. menyemak dan menandatangani rekod2 yang dikendalikan oleh petugas pdk

11. melaporkan dengan kadar segera kepada Jawatankuasa dan PKMD jika berlaku sebarang kecemasan dan perkara luar biasa terhadap kepentingan dan kesejahteraan pelatih PDK

12. memastikan bekalan makanan adalah bersih dam berkhasiat kepada OKU di PDK

13. mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK dengan persetujuan keluarga terlibat.


Adakah anda ???????

Tanyalah diri sendiri ok dan jawablah sendiri ....???

Perlu sabar didik anak autisma

http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story8846766.asp

KUANTAN - Kemahiran yang bersesuaian dan sistematik diperlukan penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk membimbing dan mendidik kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) terutama autisma.

Justeru, penganjuran kursus Kemahiran Kejurulatihan Untuk Pe-nyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) ternyata memberi input berguna kepada 125 penyelia yang terlibat.

Penyelia PDK Kompleks Penyayang, Kemaman, Haliza Ariffin berkata, kursus yang memberi fokus kepada bimbingan untuk kanak-kanak autisma itu sangat berguna kerana menerangkan kaedah pendidikan terbaik.

Menurutnya, kaedah yang sistematik di samping tumpuan penuh kepada kanak-kanak terbabit mampu memberi hasil yang mengagumkan.

“Di PDK saya terdapat 64 kanak-kanak pelbagai kecacatan justeru, sebagai penyelia, saya perlu membahagikan tugas kepada tenaga pengajar dengan tersusun.

“Cara didikan kanak-kanak autisma memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka berbeza dengan kanak-kanak sindrom down,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Penyelia PDK Seri Nilam Cahaya, Balok, Mimi Azura Zaidin berkata, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai dan pelbagai mampu merangsang deria dan perkembangan otak kanak-kanak autisma dengan lebih efektif.

“Sepanjang lebih 15 tahun mengendalikan kanak-kanak autisma, mereka agak sukar menyesuaikan diri malah cepat memberontak.

“Bagaimana pun, jika kaedah sesuai digunakan, tempoh sebulan diambil untuk mereka sesuaikan diri dan setahun adalah tempoh paling lama,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti, Prof Datin Sri Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim berkata, program itu akan dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat bagi memberi pendedahan kepada penyelia PDK mengenai tanggungjawab dan cabaran mereka terhadap kanak-kanak autisma.

PENYELIA OH PENYELIA...???? merancang, mengurus dan penyeliaan????

DEFINISI

1 Definisi Penyelia

Seseorang yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk merancang dan mengawal tugas-tugas dalam sesuatu organisasi di bawah pengawasan beliau.

2 Peranan Penyelia

Elemen-elemen asas :-

A) Membina dan mengekalkan satu organisasi yang cekap
Mencipta dan mengekalkan suasana bekerja yang berkesan
Mengawal tugas-tugas tersebut

B) Membina dan merancang satu organisasi yang cekap

* Merancang objektif organisasi
* Memastikan orang bawahan faham objektif organisasi
* Mengekalkan hubungan organisasi dan orang bawahan
* Menjelaskan, mengarah dan
* mengawal segala aktiviti organisasi
* Kumpulan perlu dalam organisasi
* Mencadangkan perubahan dalam
organisasi - jika perlu
* Gunakan kepakaran sewajarnya
* Menyelaras semua aktiviti kumpulan bagi mencapai objektif

C) Mencipta dan mengekalkan suasana bekerja yang berkesan

* Hubungan yang baik di kalangan pekerja
* Ujudkan komunikasi yang baik
* Maklumat yang tepat dan lengkap - polisi,misi,visi,objektif
* Pertingkatkan morale kakitangan
* Kekalkan tindakan tatatertib
* Kursus orientasi / Induksi
* Latihan pekerja baru / baru bertukar
* Menyelaras hal berkaitan pertukaran, naik pangkat atau tatatertib
* Kenaikan gaji

D) Mengawal Kerja-kerja Tersebut

* Penurunan kuasa / tanggungjawab
* Keputusan yang baik dan tepat
* Peraturan dalaman
* Motivasi
* Kawalan kualiti

Tugas dan Tanggungjawab Penyelia

Tanggungjawab kepada :-

* Pengurusan Atasan
* Kakitangan Lain
* Kakitangan Unit/Seksyen Lain
* Penyelia Lain
* Kesatuan Sekerja

Kemahiran seorang Penyelia

* Kemahiran Teknikal
* Kemahiran Mengurus / Mentadbir
* Kemahiran Hubungan Manusia
* Kemahiran Konseptual - idea, merancang dsb.

Peranan Penyelia

1 Perancangan :-

* Tetapkan objektif
* Tentukan andaian/anggapan/sasaran
* Menyemak segala kemungkinan perancangan/strategi
* Kenalpasti plan tindakan yang sesuai/plan kotegensi
* Pilih pilihan plan terbaik
* Tukar plan kepada tindakan dan laksanakan
* Tindakan susulan

2 Organising / Mengelola :-

* Kerja dijelaskan mengikut objektif organisasi
* Membahagikan tenaga kerja dengan sewajarnya
* Kumpul aktiviti tertentu dalam satu kumpulan tertentu
* Pilih mekanisma yang sesuai / pilih anggota sesuai
* Memantau keberkesanannya dan buat penyelarasan jika perlu untuk meningkatkan keberkesanan tersebut

3 Staffing (Menyelaras) :-

* Tentukan pekerja diletakkan mengikut kepakaran
* Latihan dan Perkembangan Staf
* Penempatan
* Program Orientasi
* Persekitaran Yang Produktif

4. Leading (Mengetuai) :-

* Menentukan pekerja membuat mengikut apa yang telah ditetapkan
* Berkaitan kualiti pemimpin/penyelia atau gaya, kuasa dan aktiviti komunikasi, kepimpinan, motivasi dan disiplin
* Aktiviti ‘Directing’ / Mengarah :-
- Komunikasi
- Membuat Keputusan
- Penyelesaian Masalah
- Motivasi
- Kepimpinan
- Penugasan (Delegation)

5 Kawalan/Mengukur (Controlling) :-

* Proses untuk memastikan matlamat / objektif organisasi tercapai
* Proses Kawalan/Pengukuran
* Menetapkan sasaran atau indikator
* Mengukur pencapaian prestasi berdasarkan standard
* Analisa dan mengukur prestasi dan mengambil tindakan pembetulan berdasarkan standard yang telah ditetapkan.


MENGATUR/MENGELOLA (ORGANISING)??????

“Organising” ialah “mengumpulkan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk mencapai objektif organisasi dan menugaskan tiap-tiap kumpulan aktiviti kepada seseorang berserta dengan autoriti untuk menguruskannya”

Melibatkan 3 langkah utama :-
1. Menetapkan kerja yang hendak dibuat
2. Membuat struktur
3. Memperuntukkan sumber-sumber

MENETAPKAN KERJA ?????

Gunakan prinsip “Persamaan Tugas”

MEMBENTUK STRUKTUR ?????

* Carta Organisasi - menunjukkan kedudukan kerja dan kepada siapa ia bertanggugjawab.

* Memberi panduan kepada ‘superior’ dan ‘surbordinat’ arah sebenar yang hendak ditujui.

* Menolong menyelesaikan masalah

* Kunci kepada penyusunan semula.

MEMPERUNTUKKAN SUMBER ?????

Manusia dan peralatan - pekerja dipertugaskan dengan kerja yang boleh dilaksanakannya.

Kebolehan, minat dan kecenderungan pekerja perlu diambilkira.


PLACE THE RIGHT MAN TO THE RIGHT JOB ?????

Menyediakan peralatan dan mesin yang sesuai dengan kerja (dan pekerja).

ORGANISASI ?????

PRINSIP-PRINSIP

* PANDUAN ARAHAN
(Prinsip Seorang Ketua)
* PERSAMAAN TUGAS
* BIDANG KAWALAN
* MENYERAHKAN TUGAS DAN KUASA

PANDUAN ARAHAN ???

Setiap Individu perlu bertanggungjawab kepada seorang ketua sahaja.
Tidak menugaskan beberapa orang menjadi ketua bagi kerja yang sama.


PERSAMAAN TUGAS ???

Setiap pekerja diberi tugas yang ada persamaan/berkaitan.

Setiap unit dipertanggungjawabkan dengan fungsi-fungsi yang ada persamaan.


BIDANG KAWALAN ???

Bilangan pekerja yang boleh dikawal oleh seorang ketua secara berkesan.

Berasaskan kepada jenis kerja, kecepatan kerja dan kedudukan ketua dengan pengikut.

MENGAMANAHKAN AUTORITI ???

Mengamanahkan tugas kepada orang lain yang berkeupayaan membuat kerja

Masih mengekalkan tanggungjawab orang yang mengamanahkan.

AUTORITI ! ! TANGGUNGJAWAB


MENGATUR KERJA ???
LANGKAH-LANGKAH ???


MENGETAHUI OBJEKTIF
? ? ?

BOLEH TAHU >......

* KERJA-KERJA YANG TERLIBAT

* JENIS KAKITANGAN

* BILANGANNYA

* TEMPAT DAN BENTUKNYA

* ALAT-ALAT DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

* WANG YANG DIKEHENDAKI

LANGKAH 2


A. SENARAIKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERLIBAT

CAWANGAN PUNGUTAN HASIL

* MEMUNGUT HASIL
* MINYIMPAN KIRA-KIRA
* TAIP MENAIP
* PENGUATKUASAAN
* SURAT MENYURAT
* FAIL MEMAIL

B. KUMPULAN YANG KAIT MENGAIT


1. MEMUNGUT HASIL
MENYIMPAN KIRA-KIRA
2. PENGUATKUASAAN
3. FAIL MEMAIL (SURAT
MENYURAT, TAIP MENAIP)

C. BAHAGIAN KERJA KEPADA TUGAS

(1) MEMUNGUT HASIL
MENYIMPAN KIRA-
KIRA

(1) MENERIMA WANG

(II) KELUARKAN RESIT
(III) CATIT DALAM BUKU TUNAI
(IV) MENYEDIAKAN BANK SLIP
(V) PENYATA PEMUNGUT
(VI) “BANK IN”
(VII) PENYATA BULANAN

D. KUMPULAN TUGAS KEPADA
KERJA BAGI TIAP-TIAP
JAWATAN

PRINSIPNYA ? ? ?

(I) MENERIMA WANG
(II) CATIT DALAM BUKU
TUNAI


(III) SEDIAKAN BANK SLIP
(IV) BANK IN

* JAWATAN
* SPECIALISATION


LANGKAH 3

A. BENTUK STRUKTUR
* CARTA ORGANISASI
- PANDUAN ARAHAN
- BIDANG KAWALAN

B. PERHUBUNGAN KERJA
* KUASA DAN TANGGUNGJAWAB
- TINGGI/RENDAH
- SENIOR/JUNIOR
- PENGALAMAN TAK
PENGALAMAN ?

C. TETAPKAN

* PERATURAN-PERATURAN
* CARA-CARA
* STANDARD

D. SEDIAKAN

* SENARAI TUGAS


LANGKAH 4

DAPATKAN SUMBER

* TEMPAT
* MANUSIA
* ALAT-ALAT
* BAHAN
* MESIN
* WANG PASTIKAN PEMBEKALAN

LANGKAH 5

MEMPERUNTUKAN SUMBER

* MANUSIA -
SESUAI DENGAN KERJA
* ALAT-ALAT -
SESUAI DENGAN PEKERJA DAN KERJA

Sifat Kepimpinan Penyelia ????

* Dapatkan keyakinan / hormat dari staff
* Kerapkali berbincang dgn individu/ahli kumpulan
* Penyertaan ahli kumpulan dalam perancangan
* Perjelaskan sebarang perubahan perancangan segera
* Ujud cadangan dalam setiap tindakan
* Gunakan pengetahuan ahli kumpulan dan kenalpasti personaliti ahli kumpulan
* Beri penghargaan kepada ahli yang menyumbang
* Kawal sensitiviti tingkahlaku ahli kumpulan
* Beri pengiktirafan jika perlu
* Kritikan membina
* Be consistent (tetap dalam tingkahlaku)
* Tentukan matlamat jelas dan berkesan
* Demonstrate pride (maruah kumpulan)

MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA ?????

* Pembangunan Kendiri
* Peningkatan Produktiviti/Kualiti
* Kemahiran Mengurus
* Kepuasan Bekerja
* Motivasi dan inovasi

FOKUS PENGURUS & PEMIMPIN ???

PENGURUS
Matlamat (Goals/objectives)
Lurus/Benar(Honesty)
Pelan (Strategy)
Memperolehi (Gettings)
Struktur Kumpulan (Sense of Teams)
Ganjaran/Hukuman(Rewards/Penalties)
Menyelesai Masalah/Membuat Keputusan

PEMIMPIN

* Visi(Vision)
* Kejujuran dan ketelusan (Integrity)
* Nilai (Value)
* Keadaan Fikiran (State of Mind)
* Struktur Kemasyarakatan (Sense of Community)
* Penghargaan (Acknowledge)
* Kehadiran (Presence)

KEPIMPINAN

* Boleh merangsang pekerja bekerja dan menjalinkan perhubungan
* Memastikan matlamat organisasi difahamai untuk peningkatan prestasi
* Kepimpinan bercorak person-oriented supaya kakitangan lebih inisiatif
* Kepimpinan melalui teladan

HUBUNGAN MANUSIA ???

* Pekerja dilayan sebagai manusia yang berperasaan...?
* Meningkatkan persefahaman sosial dan informal...?


KOMUNIKASI ???

Proses dinamik untuk memujuk dan mempengaruhi
Komunikasi berkesan mengelakkan syak wasangka

MOTIVASI ???

* Motivasi merupakan kuasa-kuasa penggerak, keperluan dan mekanisma psikologi dalaman yang memulakan dan mengekalkan segala aktiviti ke arah mencapai matlamat peribadi
* Manusia akan bertindak untuk mencapai basic needs sehingga esteem needs
* Pengurusan perlu menyediakan insentif untuk menggerakkan individu ke arah pencapaian matlamat organisasi

Delegation/Penugasan ???

Penyelia yang baik perlu kepada penugasan kerja. Penugasan kerja bukan bermaksud memberi kuasa memimpin secara total kepada orang bawahan atau orang yang dipimpin. Penugasan adalah memberi kepercayaan kepada pekerja bawahan agar mereka bertanggungjawab terhadap kerja dengan memberikan sedikit kuasa.

Kenapa ada penyelia TIDAK mahu penugasan kerja/delegation ????

Ada beberapa sebab baik dan buruk, jika pekerja baru kepada tugas atau tiada kemahiran atau memerlukan latihan.
Kakitangan tidak mempunyai masa/sumber
Penugasan hanya menyebabkan kerja penyelia ringan
Penyelia rasa dia sahaja yang tahu tentang kerja itu
Tidak yakin kepada orang lain
Tidak mahu ambil risiko
Suka berahsia dan tak percaya staff
Takut silap
Takut hilang kuasa/penghargaan

Kenapa orang bawahan TIDAK mahu penugasan kerja/delegation ???

Tidak yakin kepada pengurusan atasan
Tidak yakin kepada penyelia dalam penugasan kerja berdasarkan pengalaman lepas
Kurang yakin terutama pekerja baru, takut dikritik atau takut gagal
Penolakan dari pihak bawahan sebab pihak atasan tidak beri pengiktirafan
Kurang yakin pada keupayaan diri sendiri

Kenapa Perlu Kepada Penugasan ? ? ? ?

Anda tidak boleh membuat semua kerja
Kerja anda adalah untuk mengurus
Mereka yang hampir dengan masalah lebih mudah menyelesaikannya
Penugasan menjurus kepada kepercayaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada individu/kumpulan
Penugasan menjurus kepada pengembangan dan pembangunan staff

Sebagai penyelia, tidak semua kuasa dan tanggungjawab boleh diturunkan. Tidak boleh menurunkan semua tanggungjawab dan kuasa yang ada. Kepercayaan, keyakinan dan pengetahuan staff adalah penting dalam penentuan penugasan kerja. Latihan adalah perlu. Pemahaman staff adalah elemen penting dalam penugasan kerja iaitu sebagai garis pemisah setiap kuasa.

BILA BOLEH PENUGASAN KERJA ? ???

Bila tidak ada masa untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diserahkan kepada anda
Bila penyelesaian masalah yang lebih bersifat domestik/bawahan
Bila penyelia mementingkan pembangunan staff
Bila ahli kumpulan sanggup menerima sebarang obligasi untuk melakukannya demi kejayaan organisasi

TAMAT...........

YANG BAIK DAN SEMPURNA DARI ALLAH
YANG LEMAH DAN KEKURANGAN DARI SAYA SENDIRI
SEKIAN
TERIMA KASIH....


+++++++++++++++++++++++++

ada 57 slide powerpoint untuk tajuk ini merancang dan mengurus kerja khas buat penyelia ......?????

Thursday, March 10, 2011

MAJLIS PERASMIAN KURSUS KEMAHIRAN KEJURULATIHAN UNTUK PENYELIA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SELURUH MALAYSIA : speeches by Datin Seri Rosmah

Date : 08/03/2011

Title Kursus Kemahiran Kejurulatihan Untuk Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seluruh Malaysia

KUANTAN, 8 Mac 2011 -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) beramah mesra dengan kanak-kanak Orang Upaya Upaya (OKU) ketika merasmikan Kursus Kemahiran Kejurulatihan Untuk Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seluruh Malaysia di sini, hari ini.

Kursus selama seminggu itu disertai oleh 125 peserta dari Pahang, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Source : fotoBERNAMA


Speeches

By : Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Date : 08/03/2011

Venue : THE ZENITH HOTEL, KUANTAN, PAHANG

Title : MAJLIS PERASMIAN KURSUS KEMAHIRAN KEJURULATIHAN UNTUK PENYELIA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SELURUH MALAYSIA


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama hadir pada pagi yang cukup bermakna ini sempena Majlis Perasmian Kursus Kemahiran Kejurulatihan Untuk Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Malaysia. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para penyelia pusat PDK yang datangnya dari negeri Pahang, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dari Beluru ke Kampung Bintang
Singgah bertanak di Pulau Malang
Selamat datang ke negeri Pahang
Rakyatnya mesra tidak terbilang

Para Hadirin sekalian,

2. Saya sangat berbangga kerana BAKTI melalui Program Semai Bakti telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seumpama ini kepada para penyelia pusat-pusat PDK bagi kumpulan pertama pada tahun ini.

3. Saya pasti ramai di antara hadirin sekalian yang sedia maklum tentang Program Semai Bakti, namun di kesempatan ini, izinkan saya memaklumkannya secara sepintas lalu mengenai Program Semai Bakti. Ianya merupakan program khusus untuk menyalurkan khidmat bakti kepada golongan OKU di peringkat negeri. Sejak ia mula diasaskan, Program Semai Bakti telahpun menyumbang kepada pembangunan golongan OKU melalui pelbagai aktiviti sosial bagi membantu meningkatkan keupayaan diri golongan tersebut. Antara aktiviti yang telah dijayakan ialah dengan penganjuran pelbagai kursus kepada para penyelia dan petugas pusat PDK serta pemimpin komuniti setempat, membaik pulih prasarana PDK, serta meningkatkan lagi mutu kemudahan latihan dan pemulihan PDK.

4. Selain itu, program ini juga turut membantu mewujudkan rangkaian jalinan kerjasama atau networking dengan mengenalpasti pakar-pakar dari pusat pengajian tinggi serta badan-badan professional yang berkaitan bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengisian aktiviti-aktiviti di bawah Program Semai Bakti. Program ini merupakan usahasama BAKTI, Badan Amal Negeri, pihak kerajaan dan pihak swasta yang bergabung tenaga bagi melahirkan rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat terhadap golongan masyarakat yang memerlukan. Ini amat bersesuaian dengan seruan YAB Perdana Menteri kita yang ingin melihat terbinanya sebuah negara Malaysia yang masyarakatnya prihatin dan penyayang. Saya juga mempunyai kepercayaan penuh bahawasanya di bawah gagasan 1Malaysia, keadilan dan kesaksamaan digunapakai bukan hanya kepada mereka yang sempurna sifatnya sahaja, malahan ia juga meliputi golongan kelainan upaya ini.

Para Hadirin sekalian,

5. Memang tidak dinafikan lagi bahawa peranan para penyelia serta petugas pusat PDK adalah amat penting memandangkan merekalah yang bertanggungjawab bagi memastikan tugas-tugas penyeliaan, pengurusan serta pentadbiran di pusat PDK lebih efisien dan efektif. Oleh yang demikian, melalui penganjuran kursus ini, saya berharap setiap penyelia dan petugas di pusat PDK dapat memberikan bimbingan yang sewajarnya kepada golongan kelainan upaya ini seterusnya mendidik mereka dengan cara dan metadologi yang betul.

6. Saya dimaklumkan bahawa kursus pada kali ini menjurus kepada pengenalan kepada autisma dan kemahiran asas kaunseling. Subjek autisma ini ataupun dikenali sebagai ‘Autistic Spectrum Disorder' merupakan gangguan perkembangan fungsi otak yang kompleks. Biasanya gangguan perkembangan ini meliputi cara berkomunikasi, berinteraksi sosial dan kemampuan berimaginasi. Menurut kajian daripada National Centre on Birth Defects and Developmental Disabilities (NCBDDD), kadar autisma telah meningkat daripada 4:10,000 kanak-kanak pada tahun 1990 kepada 1:150 kanak-kanak pada tahun 2008. Di Malaysia umumnya, dianggarkan satu daripada 600 kanak-kanak mengalami masalah itu dan statistik pada tahun 2010 mendapati kira-kira 47,000 penduduk di negara ini mengalami autisma. Oleh sebab itu, Program Semai Bakti telah memberi penekanan kepada subjek autisma ini kerana pendedahan awal mengenainya mampu memberi sinar harapan baru kepada kanak-kanak autisma di negara kita.

7. Dalam hubungan ini, para penyelia dan petugas pusat PDK akan diajar dengan kemahiran dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran berstruktur ataupun structured teaching supaya mereka boleh memberi bimbingan kepada kanak-kanak yang menghidapi autisma ini. Pendekatan yang telah diperkenalkan oleh University of North Carolina ini lebih menjurus kepada sokongan visual supaya mereka mampu mengikuti silibus pembelajaran di dalam kelas dengan lebih sempurna. Dalam keadaan ini, sekiranya mereka tidak boleh memproses maklumat verbal, masih lagi terdapat saluran visual untuk membantu mereka memproses maklumat. Tambahan lagi, sekiranya mereka melaksanakan sesuatu tugasan dengan menggunakan keupayaan yang ada, maka mereka akan lebih senang mengingat. Bak kata pepatah orang tua, "Saya dengar; saya lupa, saya lihat, saya tahu; saya buat, dan saya faham". Justeru. seberapa yang boleh, kita perlu berusaha untuk memberi bimbingan yang terbaik kepada kanak-kanak autisma ini waima dengan apa cara sekalipun.

8. Selain itu, saya telah difahamkan kursus ini juga menekankan aspek kemahiran asas kaunseling. Pada hemah saya, kecekapan menguasai kemahiran asas kaunseling ini sangat berguna ketika berhadapan dengan kebanyakan kanak-kanak autisma yang berada di dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Di antara kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh para penyelia dan petugas PDK adalah seperti kemahiran membina perhubungan, mengalakkan kanak-kanak autisma ini berkomunikasi, kemahiran membalas dan menyoal, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membina refleksi perasaan, kemahiran memfokus, kemahiran menghadapi kesenyapan serta kemahiran membuat interpretasi. Justeru, melalui kursus kemahiran asas kaunseling ini, saya berharap para penyelia serta petugas PDK akan menjadi ‘kaunselor' dan seterusnya mengaplikasikan segala kemahiran yang dipelajari serta memahami strategi-strategi dalam meningkatkan tahap dan kualiti pembelajaran di dalam kelas supaya kanak-kanak autisma ini mampu berdikari.

Para Hadirin sekalian,

9. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisma ini mempunyai gangguan perkembangan mental, namun melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan yang lebih baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Kanak-kanak autisma yang disangka kurang bijak, sebenarnya mereka lebih bijak daripada pelajar lain, kerana lazimnya kecenderungan mereka adalah dalam bidang matematik, lukisan dan muzik, cuma mereka terkongkong dalam dunia sendiri. Nyatanya di sini, kanak-kanak autisma ini juga boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran.

10. Malangnya, kurang pengetahuan serta kesedaran di kalangan ibu bapa dan guru-guru telah menyebabkan ramai kanak-kanak autisma membesar di bawah paras kemampuan sebenar. Sikap masyarakat yang kurang berpengetahuan menyebabkan mereka terus terasing dalam kelompok kecil sedangkan jika diberi pendidikan khas, mereka mampu menjalani kehidupan normal. Jelasnya, masyarakat sering menganggap kanak-kanak ini tidak mampu berkomunikasi atau bergaul manakala ibu bapa pula sering bertelagah kerana tekanan situasi.

11. Saya ingin menasihati ibu bapa dan guru-guru, meskipun golongan istimewa ini mempunyai kebolehan yang terbatas, mereka seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada kanak-kanak autisma ini dalam apa jua bidang yang mereka ingin pelajari. Melalui program Semai Bakti ini, kami menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak autisma dengan keperluan khas dan menyediakan pendidikan yang sesuai serta relevan, malahan menyediakan peluang seluas-luasnya kepada kanak-kanak autisma ini untuk mengembangkan bakat dan potensi diri. Untuk itu, saya berharap sebarang usaha Program Semai Bakti seharusnya perlu lebih kolaboratif dengan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa serta masyarakat dan dibuat secara kolektif untuk mencapai hasil yang lebih baik kerana kanak-kanak autisma mempunyai keistimewaan tersendiri. Potensi inilah yang tidak dapat dilihat oleh ibu bapa sebaliknya ia perlu dicungkil dengan mekanisme pendidikan khas. Adalah menjadi harapan saya dan seluruh jawatankuasa Program Semai Bakti ingin melihat kanak-kanak autisma ini membesar sebagai seorang dewasa, mempunyai kerjaya, serta keluarga mereka sendiri.

Para Hadirin sekalian,

12. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang prihatin terhadap kesejahteraan golongan kelainan upaya ini, saya percaya bahawasanya peranan NGO telah membantu meringankan beban kerajaan, masyarakat serta ibu bapa. Kita sedar bahawa pihak kerajaan serta agensi bertanggungjawab telah sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada golongan ini, malahan pelbagai kemudahan dan infrastruktur telahpun diwujudkan. Namun begitu, atas dasar prihatin, BAKTI sedar yang kita harus sama-sama berganding bahu dengan pelbagai pihak, tidak kiralah dari pihak kerajaan, NGO, serta badan-badan korporat. Kita yakin jika kesedaran begini kian meluas ditambah pula dengan sokongan dan dorongan pelbagai pihak, maka semakin ramailah golongan kelainan upaya ini dapat menikmati kemudahan ini.

13. Adalah menjadi harapan saya agar kerja-kerja amal serta khidmat bakti ini dapat dicontohi dan dijadikan rolemodel kepada NGO yang lain. Ingin saya mengingatkan badan-badan sukarela serta badan-badan korporat agar sentiasa memberi perhatian sewajarnya terhadap kepentingan rakyat terutamanya golongan kelainan upaya di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka sehari-hari. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak supaya tampil memberikan sokongan dari segi kepakaran, pendidikan mahupun wang ringgit kerana setinggi mana Gunung Ledang, tinggi lagi hajat kami agar golongan istimewa ini dapat sama-sama menikmati kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.

14. Lantaran itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan terima kasih serta syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa Program Semai Bakti di atas usaha serta komitmen berterusan dalam memberikan khidmat bakti kepada golongan istimewa ini. Rasa penghargaan dan terima kasih juga kepada isteri YB Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua Menteri di atas komitmen dan kerjasama jitu bagi menjayakan kursus ini. Mudah-mudahan sumbangan serta usaha kerdil kita ini diterima oleh Allah dan menjadi pemberat amalan kita di akhirat kelak. Ingatlah janji Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 7,"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya".

Hadirin yang dihormati sekalian,

Puan datang dari dekat dan dari jauh
Memanjat tujuh gunung
Menyeberangi tujuh lautan
Akhirnya sampai juga ke tempat kami

Agar,
Apa yang dijahit, manjadi baju
Apa yang ditanam, cepat tumbuh
Apa yang disiram, basah
Apa yang dijemur, kering
Apa yang ditawar menjadi murah
Apa yang dijual, cepat dibeli

Puan umpama geliga sakti
Apa dipelajari mesti menjadi
Demi kepentingan anak negeri

15. Akhir kata, dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan segala sukacitanya merasmikan Majlis Perasmian Kursus Kemahiran Kejurulatihan Untuk Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seluruh Malaysia.

Sekian, Wabilahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih.