Thursday, February 18, 2010

permasalahan yang dihadapi oleh petugas pdk

jika itu adalah permasalahan yang dihadapi oleh ppm . ini pula permasalahan dihadapi oleh petugas PDK.

1. kebajikan kami semasa membuat lawatan ke rumah tiada kerana kami tiada perlindungan misalnya sosco ataupun insuran

2. kerja kami hanyalah bertaraf sukarela sahaja dan kami bukannya bertaraf tetap. jadi ini memang perbezaan ketara antara ppm dan petugas pdk

3. kami juga bagi yang baru mula bertugas ada kalanya hingga 2/3 bulan tidak mendapat elaun

4. kami hanya mendapat elaun dan bukannya gaji

5. kami juga perlu membuat sendiri alat bantuan mengajar / pemulihan untuk kanak-kanak OKU ini tanpa dibantu oleh sesiapa

6. penyelia kami juga selain dibebani dengan kerja-kerja pentadbiran terpaksa juga membuat pemulihan dan mengajar anak-anak OKU ini. Ditambah lagi dengan kerja pembersihan bilik air, ruang dalam dan ruang luar

7. kami juga tiad cuti sekolah . hanya satu minggu sahaja untuk pelatih di pdk dan jika kami nak bercuti terpaksalah menggunakan cuti daripada 14 hari yang diberi.

8. Di samping itu juga pihak PDK boleh diberi kebenaran untuk membuang kami andai mereka tidak suka. Dan kalian pun tahukan komuniti ada di antaranya pilih bulu. dan mereka boleh membuat sesuka hati mereka sahaja. Berlainan dengan saudari yang lebih terjamin kerjanya daripada kami di PDK.

9. Kami juga tiada pencen sedangkan saudari ada juga untuk simpanan yang boleh digunakan pada hari tua kelak. tapi kami tiada. Ini menyebabkan ramai di antara kami dalam bekerja terpaksalah mencari kerja tetap demi masa depan kami....

10 Pernah juga saya mendengar daripada mulut pegawai kerajaan mengatakan kami di pdk tiada masa depan berbanding dengan saudari yang bekerja tetap. Tapi apapun alahamdullilah kerana ada lagi teruk dan tidak berkerja. Ini tidak termasuk lagi yang bekerja di kilang-kilang. Malahan AKIBAT DARIPADA TINDAKAN KERAJAAN YANG MEMBEZAKAN DI ANTARA PEKERJA KERAJAAN BERTARAF TETAP, PEKERJA KEBAJIKAN YANG TIADA STATUS DAN PEKERJA SWASTA MENGAKIBATKAN SAYA ADA MENDENGAR DARIPADA MULUT MEREKA SENDIRI YANG MEREKA TIDAK AKAN MENYOKONG KERAJAAN KEPEMIMPINAN BN. MALAHAN ADA YANG SANGGUP MEMBUATKAN UNDI ROSAK HANYA KERANA TINDAKAN MEMBEZA-BEZAKAN INI.

Saya rasa jika ibubapa kita membezakan kita mesti jugalah anak - anak mereka marah dan macam2 berlaku... fikir-fikirkanlah ye...


jika ppm mengatakan yang dia adalah lebih teruk berbanding tugasan petugas di PDK jadi fikirlah ada lagi yang insan lebih teruk berbanding dengan saudari/saudara. jika cik ada gaji dan berjawatan tetap... kami tidak malahan wang untuk sakit semasa berada di hospital pun terpaksalah dibayar sendiri.


ah ye fikir - fikirkanlah ye sebab kita mempunyai satu tujuan yang sama iaitu membantu golongan OKU namun kita dibatasi kerana perbezaan tempat berkerja dan taraf jawatan


apapun kami di PDk mengucapkan ALHAMDULILLAH kepada Illahi kerana memberi kami rezeki dan dapat membantu kami menampung perbelanjaan harian dan perbelanjaan keluarga. Alhamdullillah

No comments: