Thursday, February 18, 2010

masalah yang dihadapi oleh PPM

Assalamualaikum w.b.t,
kami merupakan ppm bagi jawatan diatas ingin meminta kerjasama pihak pengurusan agar memberi kami senarai tugas yang sepatutunya kami laksanakan kerana terdapat beberapa kemusykilan dan pendapat yang bercanggah ketika kami diberi taklimat di orientasi. Ini membuatkan kami rungsing dan tertekan diatas kesempatan yang diambil oleh guru-guru. Contoh kerja-kerja yang diarahkan:-

-kerja- kerja guru yang sepatutnya disiapkan oleh guru telah ditolak kepada kami bulat- bulat tanpa penjelasan yang munasabah.
-kami juga diarahkan untuk memasak untuk meeting guru dan membasuh semua pinggan mangkuk yg telah digunakan dalam meeting tersebut ( tiada murid yang terlibat ).
-masa rehat kami juga tidak menentu. kami tidak diberi sebarang maklumat yang lengkap.
-kerja yang diberi tidak pernah diiringi guru, malah hanya melalui telefon.
-Inventori diserahkan bulat-bulat kami tanpa pengawasan guru.
-Tidak masuk mengajar, malahan membiarkan murid-murid hanya di bawah pengawsan ppm. Kalau masuk kelas pun, tanpa sebarang ABM dan ada cikgu yg hanya bermain sms.
-Kebajikan kami tidak dijaga, locker untuk meyimpan barang pun tiada. Hanya menumpang dibilik media yang selalu digunakan oleh murid-murid.
-Ada perbezaan di antara guru-guru dan ppm yang amat ketara.
-Adakah kami diberi sebarang perlindungan insuran ketika membuat sebarang kerja-kerja pembersihan kelas seperti memcuci kipas siling.
-Guru-guru memberi arahan yang tidak sepatutnya kepada murid, contoh:-
- JANGAN membuka dan menutup kelas
- JANGAN kemas kelas ketika hendak pulang
Sedangkan kami diamanahkan utk mendidik membantu murud-murid pendidikan khas dalam pengurusan diri.
-pertikaikan kewujudan kami di sekolah. Setahu kami, elaun diberikan kepada guru tetapi guru seolah-olah lepas tangan setelah kewujudan kami.
-Bukan sahaja guru-guru, malahan cleaner juga mengambil kesempatan. pembersiahan di tandas murid khas tidak memnuaskan malahan berbau berbeza dengan tandas murid aliran perdana. sampah di dalam tandas tidak diangkut selama sebulan dan menyatakan ITU BUKAN TUGAS MEREKA. HAMPEH.
Minta kerjasama secepat mungkin sebelum TERLAMBAT.



petikan ruangan forum pendidikan guru

No comments: