Tuesday, February 16, 2010

Perlukah wujud hubungan di antara sekolah pendidikan khas dan PDK

Perlukah wujud hubungan di antara petugas di PDK dan guru di sekolah pendidikan khas?

Hubungan yang bagaimana?

Kenapa tidak wujud kerjasama yang erat di antara petugas di PDK dan guru pendidikan khas? adakah kerana perasaan rendah diri?

Adakah perlu dibawa pelatih dan petugas keseluruhannya ke sekolah pendidikan khas?

Kenapa ada perbezaan di antara Pembantu Pengurusan Murid dan petugas di PDK?

Bagaimana cara untuk mengatasi permasalahan tersebut secara lebih kreatif dan tuntas?

majoriti anak-anak di PDK boleh disekolahkan cuma mereka menghadapi masalah Pengurusan Diri tetapi jika dilatih insya allah dan di sini bagaimanakah tugas PPM pula ?

Adakah hendak dibiarkan anak di PDK terbiar dan tidak dapat menikmati hak yang sepatutnya kepada semua pelajar?

Perlukah diwujudkan hubungan yang lebih erat di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan bukannya hubungan yang di atas angin sahaja?

Jika PPM diberikan taraf sama rata dengan pegawai kerajaan dan diserapkan . Mengapakah guru di PDK yang ada di PDK termasuklah Pelatih di PDK diketepikan dari menikmati arus pendidikan sama seperti orang lain?


OH YE JKM DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN CUBALAH BUKA MINDA TU SEDIKIT DAN FIKIRKAN . JANGAN PULA DIKATAKAN PENDIDIKAN UNTUK SEMUA GOLONGAN TETAPI GOLONGAN YANG ADA DI PDK DIBIARKAN SAHAJA TERKAPAI-KAPAI.......



FIKIR-FIKIRKANLAH YE..............

No comments: