Tuesday, February 16, 2010

Hari Orang Kurang Upaya

Hari Orang Kurang Upaya

Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut pada 3 Disember tiap-tiap tahun selaras dengan pengistiharan Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya oleh Resolusi Bangsa-bangsa Bersatu.

Objektif
Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna
Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk OKU
Mempertingkatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan serta kemahiran golongan OKU ke arah pencapaian yang cemerlang dan sekaligus manfaatkan pembangunan negara
Merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara Kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta sektor korporat dan komuniti di dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya
Mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi OKU

Realiti Kehidupan
(Lagu Tema Hari Orang Kurang Upaya)
Lihatlah realiti kehidupan
pasti tidak kesunyian
suka duka kehidupan
hadapilah dengan ketabahan

hati ini sering terusik
dalam syahdu kesyukuran
meskipun diriku ini
terbukti dalam serba kekurangan
yang amat memerlukan ketabahan

oh, insan mulia
hulurkan ruang simpati
keprihatinan mu
beri sinar harapan

sama berdiri
seiring kejar impian
jasa baktimu tiada bandingan
moga berkekalan

ayuh kita bergandingan
menuju satu wawasan
membina insan
warga yang penyayang

(corus)

moga berkekalan ....

No comments: