Monday, June 11, 2007

pekerja PDK bakal nikmati kenaikan elaun bulanan...

The Borneo Post Online - http://www.theborneopost.com -

Pekerja PDK bakal nikmati kenaikan elaun bulanan

Posted By Web Master On 12th July 2006 @ 10:00 In Tempatan

KUCHING, 11 Jul: Pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bakal menikmati kenaikan elaun bulanan sebanyak RM100, kata Menteri Muda Hal Ehwal Beliau Hamden Ahmad.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memproses menaikkan elaun itu dan diharapkan dapat dilaksanakan dalam tahun ini.

“Dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin mencabar, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang dalam proses menaikkan elaun para pekerja PDK dari RM500 ke RM600 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan kursus asas pekerja PDK 2006 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hamden yang mewakili Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Datuk William Mawan berharap para pekerja PDK dapat meningkatkan mutu kerja dengan kenaikan elaun.

PDK yang dilaksanakan kerajaan sejak 1983 merupakan program pemulihan untuk golongan kurang upaya. Pada masa ini, bilangan pusat PDK berjumlah 274 di seluruh negara.

Beliau turut berharap, 36 peserta kursus lima hari itu - bermula 7 Julai - dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan tanggungjawab harian di pusat PDK.

“Diharapkan anda dapat memanfaatkan kursus ini dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan, pentadbiran, pemulihan dan peranan masing-masing dalam program PDK agar lebih profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JKM Sarawak Kendy Edward dan wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Asmah Othman.

No comments: