Saturday, October 8, 2011

BAJET 2012 : BERITA GEMBIRA UNTUK KAKITANGAN AWAM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga berita baik untuk kakitangan awam iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

“Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

“Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember, katanya.

Najib berkata dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

“Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai SBPA, Perdana Menteri berkata sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

“Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja,” katanya.

Beliau berkata di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

Dengan itu katanya, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Najib berkata di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat.

Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun.

“Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah ‘time-based’ lapan tahun turut diterima pakai,” katanya.

Beliau berkata di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Najib berkata kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat.

Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Beliau berkata tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.

Najib berkata kerajaan juga menghargai khidmat dan jasa 4,300 kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

“Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak RM3,000 secara one-off,” katanya. – BERNAMA

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA-RAMADHAN 2012

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA-RAMADHAN 2012

Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012 dan mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.


• UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES


2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 - September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 - November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010



2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 - August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 - November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011



2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 - October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012

Ramadhan 15 2012, Benar Atau Fitnah Akhir Zaman? -

Siapa disini yang pernah mendengar mengenai cerita 15 Ramadhan 2012? Rasanya ada yang pernah mendengar dan ada juga yang tidak.

2012 di kaitkan dengan satu cerita yang kononnya akan terjadi sesuatu bencana besar. Puak Maya dalam catatan calendar mereka mengatakan 2012 adalah hari terjadinya bencana yang bakal melenyapkan semua hidupan di bumi. Filem 2012 pun dibuat berdasarkan calendar puak Maya nih.

Mungkin ada yang pernah mendapat e-mail yang mengatakan 15 Ramadan 2012 akan berlaku seuatu berdasarkan satu petikkan hadith. Belalang sendiri mendengar perkara ini daripada seorang kawan pada pertengahan tahun sudah.

Buat renungan teman-teman.

Cuba kira… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.

(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu… ALLAH sahaja maha mengetahui… cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.




Salam sahabat2 sume..
ni jawapan daripada jakim..

"Walaikum salam….

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…

Wassalam…

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009"

إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك

Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471

Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN :

sekadar mampu…

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam

jadi sahabat2 semua,jganlah terus menerus sebarkan benda ni..hadis ni adalah hadis palsu..same2 kita berdoa supaya iman dan taqwa kita tak goyah dengan perkara2 macam ni..allah je yang tahu segala2nya,kita yang hidup ni kena kuatkan iman dan taqwa kepada Allah..semoga kita sentiasa kuatkan amal ibadat kita kepadaNYa..insyaAllah..(^_^)

sorotan bajet 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

•Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
•Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
•Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
•Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan


Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid


Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.



RM1 bilion untuk sekolah


Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.


RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.



Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

FELDA Global Ventures Holdings


Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.



Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.



RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah


Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen



600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.




Kakitangan awam


Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320



Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.



Polis


RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.



Keluarga tentera


RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi


Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.



Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50



Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35



Skim rumah pertama


Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.



Subsidi rumah


Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.



Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian


Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.



Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.



Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.



Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.




Perlindungan kepada gelandangan


Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.



Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP


Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.



Pinjaman TEKUN


Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam


Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup


Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.



Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;



Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.



Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.



Rancangan Tebatan Banjir


Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.



Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.



Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.



Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.



di 5:43:00 PM

SOROTAN BAJET NEGARA 2011

SOROTAN BAJET NEGARA 2011Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”,

Bajet 2011 sejumlah RM212 bilion akan menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;

Kedua : Membangunkan Modal Insan;

Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan

Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Mendaya Kembali Pelaburan Swasta

1. Mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP).

a) Beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMK-10 yang akan mula dilaksanakan pada 2011 dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

b) Projek PPP Academic Medical Centre melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

2. Projek strategik berimpak tinggi seperti transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai 2011, dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion.

3. Mencergaskan pasaran modal. Antaranya:

a) Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia.

b) GLIC akan dibenarkan meningkatkan pelaburan di luar negara.

c) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit.

d) Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing atau usaha sama.

4. Untuk mengunggulkan pasaran modal Islam, Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.

5. Modal teroka, terutamanya sektor berteknologi tinggi.

a) Kerajaan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur.

b) Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah.

6. Skim Amanah Hartanah Bumiputera akan dilancarkan di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera tahun ini bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.

7. Dana Pencen Swasta akan dilancarkan pada 2011 untuk memanfaatkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

8. Peruntukan RM857 juta disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti industri Elektrik & Elektronik (E&E) bernilai tambah tinggi.

9. Industri minyak, gas dan tenaga:

a) Peruntukan RM146 juta untuk memperkembangkan industri terutamanya aktiviti hiliran.

b) Petronas akan melaksanakan projek regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka beroperasi bermula 2012.

10. Memajukan teknologi hijau termasuk:

a) Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.

b) Pengecualian 100% duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.

11. Menggalakkan sektor pertanian termasuk:

a) Peruntukan RM252 juta untuk membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar di Sabah dan Sarawak.

b) RM235 juta diperuntukkan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi.

c) Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi dengan peruntukan RM135 juta untuk prasarana asas.

d) RM80 juta untuk menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju.

e) Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan.

12. Industri pelancongan termasuk:

a) Memperuntukkan RM80 juta untuk kemudahan infrastruktur untuk menarik pelancong ke kawasan pedalaman.

b) Membina laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

c) Memansuhkan duti import 5% – 30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian.

13. Memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan:

a) Menggalakkan penanaman semula klon pokok sawit lama bermutu tinggi.

b) Mengagihkan RM127 juta untuk menyokong syarikat oleo derivatives tempatan dan RM23 juta untuk industri hiliran minyak sawit.

14. Penjanaan ekonomi digital yang inovatif.

a) Melaksanakan program MY Creative Content dengan peruntukan RM119 juta.

b) Melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar sehingga 2012.

c) Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

15. Menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan untuk memenuhi permintaan membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter dengan peruntukan RM91 juta.

16. Pembangunan koridor dan wilayah:

a) Peruntukan RM339 juta untuk Wilayah Pembangunan Iskandar.

b) Peruntukan RM133 juta untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan RM178 juta untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

c) Peruntukan RM93 juta untuk Wilayah SCORE dan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah.

17. Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) akan dipergiatkan dengan peruntukan RM411 juta.

18. Akta Insolvensi baru akan memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan, termasuk mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

19. Peruntukan RM200 juta untuk perolehan hasil tempatan berkualiti dalam industri kreatif meliputi animasi, pengiklanan, perfileman dan lain-lain.

20. Menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6%, termasuk perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

21. Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memperkukuhkan sistem kutipan cukai.

Membangunkan Modal Insan

1. Menambah bilangan tenaga kerja berkualiti dengan penubuhan Talent Corporation pada awal 2011.

2. Sistem pendidikan negara akan dirombak, termasuk:

a) Peruntukan RM6.4 bilion untuk membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

b) Pengagihan ganjaran sejumlah RM213 juta kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

c) Penambahan 1,700 kelas, memantapkan kurikulum dan melantik 800 guru pra-sekolah lepasan ijazah.

d) Memperuntukkan RM111 juta untuk program PERMATA.

e) Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

f) Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah dan menengah) dengan peruntukan RM95 juta.

g) Biasiswa bernilai RM576 juta disediakan bagi tenaga pengajar untuk melanjutkan pelajaran dan meningkatkan keupayaan.

h) Peruntukan RM213 juta untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, termasuk mengambil 375 guru penutur jati Bahasa Inggeris.

3. Memperkasa institusi pengajian tinggi seperti:

a) Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60% bagi IPTA lain.

b) Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.

4. Meningkatkan kemahiran graduan termasuk:

a) Mempergiatkan program Industrial Skill Enhancement di Pusat Latihan Kemahiran Negeri untuk graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal.

b) Peruntukan RM50 juta untuk melatih graduan bidang ICT.

c) Peruntukan RM200 juta untuk pelbagai program untuk mengembangkan kompetensi dan kebolehpasaran siswazah jurusan lain.

5. Pengagihan RM474 juta untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran golongan bukan siswazah.

6. Pelaksanaan Program Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru, dengan peruntukan RM500 juta.

7. Peningkatan produktiviti golongan pekerja termasuk:

a) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform utama penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.

b) Menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor ke atas pengambilan pekerja asing, serta mewajibkan insurans kesihatan ke atas majikan bagi pengambilan pekerja asing.

8. Golongan wanita

a) Peruntukan RM30 juta untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan.

b) Pelaksanaan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan.

c) Menjenamakan semula 40 buah TASKA 1Malaysia untuk golongan wanita tidak berkemampuan mendapatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal berkualiti bagi anak-anak.

d) Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

9. Pembangunan dan penyelidikan sukan dengan peruntukan RM365 juta dan peruntukan RM20 juta untuk penubuhan Akademi Bola Sepak.

Mensejahterakan Hidup Rakyat

1. Golongan kurang bernasib baik diberi perhatian dengan peruntukan RM1.2 bilion, termasuk:

a) RM166 juta untuk program kebajikan warga emas.

b) RM121 juta untuk program bantuan bagi memanfaatkan 97 ribu kanak-kanak.

c) RM218 juta untuk program bantuan bagi memanfaatkan 80 ribu OKU.

d) Mengecualikan duti eksais 100% ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh OKU.

e) Membina pusat intervensi untuk golongan tuna wisma dan gelandangan dan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.

2. Program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan diteruskan.

3. Pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan sehingga RM5,000.

4. Kemudahan perumahan, termasuk:

a) Peruntukan RM568 juta untuk membina unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, Program Perumahan Rakyat Bandar dan Projek Bantuan Sewa Rumah.

b) Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh Bank Simpanan Nasional.

c) Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10% bagi harga rumah pertama di bawah RM220,000.

d) Pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama berharga tidak lebih dari RM350,000.

5. Rakyat luar bandar, sejumlah RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas termasuk:

a) Membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak sebanyak RM2.1 bilion dan Semenanjung sebanyak RM696 juta.

b) Menyediakan bekalan air dan elektrik dengan peruntukan RM1.5 bilion di Sabah, RM1.2 bilion di Sarawak dan RM556 juta di Semenanjung.

c) Program Bantuan Rumah sebanyak 12 ribu unit untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

d) Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar kerakyatan penduduk kawasan terpencil.

6. Peruntukan RM974 juta untuk subsidi padi dan RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi. Sebanyak RM170 juta diagihkan sebagai insentif untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan.

7. Pengguna

a) Memperuntukkan RM200 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu untuk menyeragamkan harga barangan.

b) Mewujudkan portal interaktif “1Malaysia Pengguna Bijak” untuk mengikuti perkembangan harga terkini barangan meliputi 7 ribu premis perniagaan di seluruh negara.

c) Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

8. Meneruskan Projek PIA dan PIAS dengan peruntukan RM500 juta.

9. Golongan pemimpin masyarakat diberi perhatian, antaranya:

a) Menaikkan elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru kepada RM800 dari RM450.

b) Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan bagi semua ahli JK dari RM30 ke RM50.

c) Menaikkan elaun bulanan Imam kepada RM750.

d) Menaikkan imbuhan guru KAFA kepada RM800 sebulan.

10. Bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi, RM100 juta diperuntukkan termasuk untuk merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli diperkukuhkan dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

11. Kadar tol di 4 lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta.

12. Untuk memastikan kesihatan berkualiti:

a) Peruntukan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan.

b) Penambahan lagi 25 buah Klinik 1Malaysia.

13. Keselamatan awam diperuntukkan RM350 juta untuk pelaksanaan pelbagai program.

14. Peranan badan NGO diiktiraf dengan peruntukan RM70 juta untuk melaksanakan program bersepadu bersama agensi Kerajaan.

15. Peruntukan RM1.9 bilion untuk membiayai projek pemuliharaan alam sekitar.

16. Bagi membantu melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat:

a) 10 buah sekolah akan dijadikan Sekolah Amanah dan menerima sumbangan dari Khazanah Nasional Berhad.

b) Multi-vitamin akan disediakan bagi pelajar sekolah rendah seluruh negara.

c) Dana Belia 1Malaysia akan ditubuhkan dengan tabung RM20 juta.

d) 4 buah bas Klinik Bergerak 1Malaysia akan disediakan.

Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

1. Inisiatif MyCoID Gateway akan diperluaskan ke banyak lagi kementerian dan agensi Kerajaan.

2. Permohonan taraf Penduduk Tetap (PR) boleh dilakukan selepas 5 tahun.

3. Akta Setem 1949 dipinda untuk membolehkan penilaian hartanah dilakukan selepas duti setem dibayar.

4. Bagi penjawat awam:

a) Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

b) Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan.

c) Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.

d) Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.

e) Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.

f) Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

g) Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000.


Tags: Budget

Wednesday, October 5, 2011

10: Penyelia PDK (buku garis panduan )

10 Penyelia PDK

10.1 Definisi penyelia pdk

(i) Penyelia pdk adalah petugas pdk yang dilantik oleh jawatankuasa pdk untuk menjalankan tugas penyeliaan dan tugas2 lain secara sukarela di bawah kontrak untuk perkhidmatan


10.2 Perlantikan penyelia pdk

(i) jawatankuasa pdk bertanggungjawab dalam perlantikan penyelia pdk dengan nasihat PKMD

(ii) penyelia yang dilantik hendaklah mempunyai kelayakan, berpengalaman serta mempunyai prestasi kerja yang cemerlang

(iii) Perlantikn penyelia pdk adalah tertakluk kepada garis panduan pdk ini dan BUKAn sebagai pekerja di bawah Akta kerja 1955

(iv) Status penyelia pdk adalah bersifat sukarelawan kontrak dan BUKAn merupakan seorang penjawat awam serta TIDAK LAYAk mendapat apa2 keistimewaan sebagai penjawat awam.

(v) setiap penyelia pdk perlu menandatangani surat akujanji perlantikan sebagai penyelia sukarela pdk di bawah kontrak untuk perkhidmatan

(vi) tempoh perkhidmatan penyelia bagi satu2 kontrak adalah selama 3 tahun . selepas tamat kontrak jawatankuasa pdk boleh melanjutkan kontrak atau membuat perlantikan baru.


10.3 kelayakan penyelia pdk:

(i) penyelia pdk yang dilantik hendaklah memenuhi syarat kelayakan:

(a) warganegara : Malaysia
(b) kesihatan : sihat tubuh badan
(c) jantina : lelaki atau perempuan
(d) umur : tidak melebihi 60 tahun
(e) kelulusan: SPM atau setaraf
(f) pengalaman: 5 tahun bertugas sebagai petugas pdk

(i) kriteria tambahan

(a) mempunyai rekod yang baik semasa bertugas sebagai petugas pdk
(b) mempunyai kemahiran asas komputer
(c0 mempunyai perhubungan yang baik dengan petugas dan komuniti


10,4 pengurusan perkhidmatan penyelia pdk

10.4.1 perlantikan penyelia pdk


(i) pengurusan berkaitan perkhidmatan penyelia pdk adalah tangggungjawab jawatankuasa pdk

(ii) urusan pemilihn penyelia pdk dibuat oleh panel temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD . Ahli panel temuduga terdiri daripada pengerusi dan setiausaha jawatankuasa pdk
rujuk surat JKM PDK 13 dan 14

(iii) surat perlantikan dikeluarkan oleh pengerusi jawatankuasa pdk
rujuk surat JKM PDK 14B


10.4.2 kemudahan penyelia pdk

(i) bayaran sagu hati seperti mana yang ditetapkan

(ii) pelepasan cuti daripada tugas selama 14 hari setahun dan perlu diambil atau dihabiskan dalam tempoh tahun semasa
rujuk JKM PDK 25 dan carta JKM PDK 8

(iii) penyelia pdk yang melahirkan anak layak mendapat pelepasan cuti dari tugas selama 60 hari termasuk hari minggu dan kelepasan am. bayaran sagu hati penuh yang dibenarkan sehingga 3 kali kelahiran sahaja

10.4.3 waktu bertugas bagi penyelia pdk

(i) di pusat pdk : 5 hari seminggu

pemulihan bersama OKU : 4 jam sehari
pengurusan PDK : 4 jam sehari

pengurusan pdk ialah membuat kerja2 pentadbiran, penyediaan pelaporan serta mengadakan perbincangan dengan petugas pdk mengenai lain2 urusan pentadbiran dan persediaan mengajar

10.4.4 penamatan kontrak penyelia pdk


(i) jawatankuasa boleh menamatkan kontrak penyelia pdk dengan memberi notis secara bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja

(ii) jawatankuasa juga boleh menamatkan kontrak penyelia pdk serta merta dengan membayar sagu hati sebanyak 7 hari bekerja

(iii) penamatan kontrak perkhidmatan penyelia pdk adalah tertakluk kepada keputusan bersama mesyuarat jawatankuasa pdk

(iv) penyelia yang ingin menamatkan kontrak hendaklah mengemukakan notis secara bertulis kepada jawatankuasa dalam tempoh 7 hari bekerja

(v) jawatankuasa pdk boleh mengeluarkan surat tunjuk sebab ketidakhadiran bertugas penyelia pdk dalam tempoh masa tertentu


10.4.5 tugas dan tanggungjawab penyelia pdk

(i) bertanggungjawab kepada jawatankuasa pdk serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan pdk

(ii) merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian untuk OKU dan menyediakan ringkasan mengajar hrian dan lain2 urusan pdk

(iii) menyedia dan mengemaskini PROFAIL PDK iaitu:

(1) statistik OKU di kawasan setempat
(2) pengkalan data pelatih, petugas dan jawatankuasa pdk
(3) penyediaan bahan taklimat mengenai pdk
(4) penyediaan buletin bulanan pdk\
(5) merekod dan mengemaskini pengurusan peralatan pdk
(6) menyelia tugas petugas pdk
(7) merancang jadual aktiviti pemulihan,pembelajaran dan kegiatan OKU setelah berbincang dengan petugas lain dan membentangkannya kepada jawatankuasa pdk bagi tujuan perlaksanaan
(8) menyedia dan membentang laporan kmajuan pdk di mesyuarat jawatankuasa pdk
(9) menyedia dan membentang laporan kmajuan OKU bagi mesyuarat panel penilai pdk
(10) merancang aktiviti dan program mingguan, bulanan dan tahunan yang bersesuaian di peringkat pdk dan membentangkannya dalam mesyuarat jawatankuasa pdk
(11) bertanggungjawab dalam membuat laporan da merekod SEMUA REKOD di pdk
(12) melaporkan dengan kadar segera kepada jawatankuasa pdk jika berlaku sebarang kecemasan/perkara luar biasa berkaitan kepentingan kebajikan dan kesejahteraan OKU
(13) memastikan bekalan makanan utk OKU di pdk adalah bersih dan berkhasiat
(14) mengadakan lawatan ke rumah OKU secara berkala.


10.5 latihan dan kursus penyelia pdk

(i) penyelia pdk hendaklah menghadiri kursus asas penyelia pdk yang ditetapkan oleh Jabatan pembangunan OKU dalam tempoh 1 tahun dari tarikh lantikan

(ii) penyelia pdk digalakkan menghadiri kursus2 lain yang bersesuaian

9 Petugas PDK

9.0 Petugas PDK

9.1 Definisi Petugas PDK

(i) Petugas PDK adalah individu yang dilantik oleh jawatankuasa pdk untuk bertugas secara sukarela di bawah kontrak untuk perkhidmatan (contract for service)

Nota: Kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) bermaksud apa2 perkhidmatan secara sukarela yang ditawarkan serta boleh diberikan saguhati berdasarkan perkhidmatan tersebut.


9.2 Perlantikan Petugas PDK

(i) Jawatankuasa PDK bertanggungjawab dalam perlantikan petugas PDK

(ii) Perlantikan sebagai petugas PDK adalah tertakluk kepada Garis Panduan PDK ini dan BUKAN sebagai pekerja di bawah Akta kerja 1955

(iii) Status petugas PDK adalah bersifat SUKARELAWAN KONTRAK dan BUKAN seorang penjawat awam serta TIDAK LAYAK mendapat apa2 keistimewaan sebagai penjawat awam.

(iv) Setiap petugas perlu menandatangani surat akujanji perlantikan sebagai petugas pdk di bawah kontrak untuk perkhidmatan
rujuk surat JKM PDK 12

(v) tempoh perkhidmatan petugas bagi satu2 kontrak adalah selama 3 tahun.selepas tamat tempoh kontrak ,jawatankuasa pdk boleh melanjutkan kontrak atau membuat perlantikan baru.


9.3 kelayakan petugas pdk

petugas pdk yang dilantik hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut:

(a) warganegara : Malaysia
(b) kesihatan : sihat tubuh badan
(c) jantina : perempuan / lelaki
(d) umur: berusia 18 hingga 60 tahun
(e) kelulusan : SPM atau setaraf dengannya
(f) kriteria tambahan : (i) berminat dan komited untuk bekerja dengan OKU
(ii) penyayang dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi


9.4 Pengurusan perkhidmatan petugas pdk


9.4.1 perlantikan petugas pdk

(i) pengurusan berkaitan perkhidmatan petugas pdk adalah tanggungjawab jawatankuasa pdk
rujuk carta PDK JKM 7
borang JKM pDK 24

(ii) urusan pemilihan petugas pdk dibuat oleh panel temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD. Ahli panel temuduga terdiri daripada pengerusi pdk dan setiausaha jawatankuasa pdk
rujuk surat jkm pdk 13

(iii) surat perlantikan dikeluarkan oleh pengerusi jawatankuasa pdk
rujuk surat JKM PDK 14A

(iv) Petugas pdk yang baru perlu menjalani latihan praktikal selama 2 minggu di pdk berkenaan atau yang berhampiran.


9.4.2 kemudahan kepada petugas pdk

(i) bayaran sagu hati seperti mana yang ditetapkan

(ii) pelepasan tugas (cuti) sebanyak 10 hari setahun dan perlu diambil atau dihabiskan dalam tempoh tahun semasa.
rujuk borang JKM PDK - 25 dan carta JKM PDK 8

(iii) petugas pdk yang melahirkan anak layak mendapat pelepasan tugas selama 60 hari termasuk hari minggu dan kelepasan am. Bayaran sagu hati penuh yang dibenarkan sehingga 3 kali kelahiran sahaja.

(iv) petugas pdk hanya dibenarkan mengambil cuti sakit tidak melebihi 7 hari dalam setahun

(v) petugas pdk yang mengambil cuti lebih daripada kelayakan tidak layak mendapat sagu hati bagi hari berkenaan.


9.4.3 Waktu bertugas petugas pdk


(i) di pusat pdk : 4 hari seminggu
pemulihan bersama OKU : 4 jam sehari
pengurusan PDK : 2 jam sehari


(ii) di rumah : 1 hari seminggu : 6 jam sehari

jadual lawatan ke rumah disediakan oleh penyelia PDK pada setiap bulan.


9.4.4 penamatan kontrak petugas pdk


(i) jawatankuasa boleh menamatkan kontrak petugas pdk dengan memberi notis secara bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja

(ii) jawatankuasa juga boleh menamatkan kontrak petugas pdk serta merta dengan membayar sagu hati sebanyak 7 hari bekerja

(iii) penamatan kontrak petugas pdk adalah tertakluk kepada keputusan bersama mesyuarat jawatankuasa pdk

(iv) petugas yang ingin menamatkan kontrak hendaklah mengemukakan notis secara bertulis kepada jawatankuasa pdk dalam tempoh 7 hari bekerja

(v) jawatankuasa pdk boleh mengeluarkan surat tunjuk sebab ketidakhadiran bertugas petugas pdk dalam tempoh tertentu


9.4.5 Tugas dan tanggungjawab petugas pdk

(i) mengendalikan program pemulihan OKU mengikut modul latihan pdk

(ii) mengurus dan mengemaskini rekod di pdk:

(a) buku kehadiran OKU
(b) rekod pendaftaran OKU
(c) rancangan pemulihan OKU
(d) rekod penilaian kemajuan OKU
(e) rekod aktiviti harian penyelia / petugas pdk
(f) rekod lawatan ke rumah
(g) rekod aktiviti pdk

(iii) memastikan program / aktiviti dikendalikan dengan teratur dan baik

(iv) membantu penyelia pdk menyediakan laporan penilaian kemajuan pelatih OKU untuk dibentangkan di mesyuarat panel penilai pdk
rujuk borang JKM PDK 26

(v) mengadakan lawatan ke rumah OKU

(vi) membantu mendaftarkan OKU dengan JKM

(vii) memberi maklumat, khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan perkhidmatan OKU kepada ibubapa OKU

(viii) membantu penyelia pdk menyediakan senarai penyertaan pelan perlindungan berkelompok OKU rujuk borang JKM PDK 27 dan senarai penyertaan pelan perlindungan berkelompok OKU (ibubapa / penjaga)
rujuk borang JKM PDK 28


9.5 Latihan dan kursus petugas pdk


(i) petugas pdk hendaklah menyertai kursus asas petugas pdk yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan OKU dalam tempoh setahun dari tarikh lantikan

(ii) petugas hendaklah digalakkan menghadiri latihan lain yang bersesuaian

8 Operasi PDK

8.0 OPERASI PDK


8.1 NIsbah Petugas dengan pelatih OKU


(i) Nisbah petugas OKU di pusat pdk
1 orang petugas : 5 orang pelatih

(ii) Nisbah petugas OKU di rumah
1 orang petugas : 10 orang pelatih

(iii) sekiranya terdapat lebih daripada 10 OKU yang tidak dapat hadir ke pusat PDk, jawatankuasa PDK boleh melantik seorang petugas pdk untuk menjalankan aktiviti / pemulihan di rumah
rujuk carta JKM PDK - 6


8.2 kriteria pelatih di pdk


(i) warganegara malaysia
(ii) berdaftar dengan JKM
(iii) semua kategori OKU


8.3 Daftar kemasukan pelatih OKU


(i) setiap pelatih OKU yang mengikuti program pemulihan di pusat PDK dan di rumah perlu mengisi borang pendaftaran pelatih pdk dan didaftarkan di dalam Buku Daftar PDK

8.4 Hari dan waktu operasi PDK

(i) Hari / waktu operasi pdk bagi negeri2 adalah seperti berikut:

(a) hari isnin hingga khamis di pusat dan lawatan ke rumah pada hari jumaat

(b) bagi negeri kedah,kelantan dan terengganu waktu operasi pdk pada hari ahad hingga rabu dan lawatan ke rumah pada hari khamis

(ii) PDK beroperasi selama empat (4) jam sehari


8.5 pelepasan operasi pdk


(i) hujung minggu iaitu jumaat dan sabtu (kedah,terenganu dan kelantan) atau sabtu dan ahad bagi negeri2 lain

(ii) cuti yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri

(iii) cuti yang diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri

(iv) cuti pertengahan tahun dan akhir tahun selama 1 minggu


8.6 Aktiviti di pdk


aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:
* perhimpunan
* senaman pagi
* aktiviti pengurusan diri
* kemahiran moto kasar/halus
* perkembangan pertuturan
* 3M (membaca,menulis,mengira)
* muzik
* kemahiran pra vokasional
* program pemulihan
* aktiviti dalam komuniti
* sukan/ kebudayaan / rekreasi
* sosialisasi

8.7 Aktiviti selepas waktu operasi


(i) Jawatankuasa pdk boleh mengelolakan sebarang aktiviti (contohnya jagaan, kelas agama dan lain2 aktiviti yang sesuai) selepas waktu operasi pdk

(ii) keselamatan pelatih semasa menjalani aktiviti tersebut adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pdk berkenaan


8.8 Pakaian seragam pelatih di pusat pdk


baju kemeja/baju kurung ---- warna ungu cerah

seluar panjang / kain ----- warna ungu gelap


8.9 Premis dan bangunan


(i) premis pdk hendaklah bersesuaian dan selamat digunakan

(ii) setiap pdk digalakkan mewujudkan ruang berkenaan:

* ruang pembelajaran
* ruang pemulihan
* bilik multisensori
* ruang vokasional
* laman riadah di luar bangunan
* pusat sumber
* ruang pentadbiran / pejabat
* ruang rehat
* ruang dapur / makan
* ruang mempamerkan gambar2 pelatih, program/aktiviti.carta organisasi bergambar dan produk pdk

(iii) semua premis pdk hendaklah dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api dan peti keselamatan

(iv) premis perlu diperiksa oleh bomba dan dibuat latihan kebakaran 2 kali setahun

(v) premis pdk hendaklah menggunakan papan tanda pdk mengikut saiz yang bersesuaian dan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan OKU


8.11 Pengurusan Program / aktiviti di pdk


(i) Jawatankuasa pdk perlu menyediakan takwim tahunan bagi program dan aktiviti kepada jawatankuasa penyelarasan pdk daerah sebelum 1 disember setiap tahun bagi tujuan perancangan program tahun berikutnya

(ii) program dan aktiviti yang dirancangkan hendaklah merangkumi perkara2 berikut mengikut keutamaannya:

(a) Program intervensi awal
(b) program pemulihan
(c) Program OKU berdikari, pra vokasional dan vokasional
(d) kursus pembangunan kapasiti jawatankuasa pdk
(e) program kesedaran/penglibatan keluarga OKU
(f) Latihan bagi ibubapa/penjaga.komuniti, petugas dan penyelia PDK
(g) Advokasi untuk keluarga OKU dan komuniti
(h) sukan special olympics dan sukaneka
(i) kursus ketahanan dan motivasi diri
(j) kursus kemahiran keibubapaan
(k) program keseniaan dan kebudayaan
(l) gotong royong atau aktiviti bersama OKU
(m) lawatan sambil belajar

(iii) jawatankuasa pdk menyediakan laporan kepada jawatankuasa penyelarasan pdk daerah selepas program dijalankan

(iv) jawatankuasa pdk digalakkan mencari sumber kewangan lain bagi membiayai program dan aktiviti

(v) Aktiviti yang dijalankan hendaklah melibatkan OKU , ibubapa,jawatankuasa pdk,penyelia,petugas pdk dan komuniti setempat

(vi) jawatankuasa penyelarasan pdk negeri bertanggungjawab melaksanakan latihan dan program seperti berikut:

(a) kursus asas petugas pdk
(b) kursus lanjutan petugas pdk
(c) kursus penyelia pdk
(d) kursus penyelaras pdk daerah
(e) program pembangunan kapasiti AJK
(f) sukan special Olympics
(g) program keseniaan dan kebudayaan OKU
(h) lain2 program dan aktiviti untuk manfaat petugas dan pelatih pdk


8.12 Rekod-rekod PDK


(i) setiap pdk perlu mewujudkan rekod-rekod seperti berikut:

(a) Buku kehadiran OKU
(b) Buku kehadiran penyelia/petugas pdk
(c) rekod pendaftaran Oku di PDK
(d) Rancangan pemulihan individu
(e) rekod penilaian kemajuan OKU
(f) rekod aktiviti harian penyelia/petugas pdk
(g) rekod kehadiran kursus penyelia / petugas pdk
(h) rekod lawatan ke rumah
(i) rekod aktiviti pdk
(j) rekod kewangan pdk
(k) rekod peralatan
(l) rekod seliaan/lawatan ahli jawatankuasa
(m) rekod penerimaan derma/hadiah
(n) rekod pemeriksaan PKMD
(o) Buku Lawatan tetamu

(ii) rekod2 ini hendaklah dikemaskini


8.13 Penutupan sementara pdk


(i) Pengerusi hendaklah memaklumkan kepada PKMD penutupan sementara PDK
rujuk borang JKM PDK 23

7. Pengurusan kewangan dan peralatan PDK

7.0 PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERALATAN PDK

7.1 SUMBER KEWANGAN

(i) PERUNTUKAN DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

(A) Peruntukan hanya akan disalurkan bagi PDK baru dan PK sedia ada setelah mendapat kelulusan JKM untuk membiayai :

* elaun khas OKU
* Bayaran saguhati kepada Penyelia dan Petugas PDK
* sewa premis
* pembayaran utiliti
* perlaksanaan program / aktiviti
* pembeliaan peralatan (PDK baru sahaja)

sial rujuk borang JKM PDK-4 dan surat JKM PDK-8

(b) Peruntukan diberi untuk tempoh satu (1) tahun dan akan dikaji semula untuk tahun berikutnya.

(c) Jawatankuasa PDK hendaklah mengemukakan permohonan Peruntukan Tahunan kepada PKMD sebelum 30 oktober setiap tahun.

(d) Jawatankuasa PDK yang gagal mengemukakan permohonan sebelum tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan

(e) Jawatankuasa PDK yang memerlukan tambahan peruntukan bolehlah mengisi Permohonan Geran Tambahan
rujuk boran JKM PDK - 6

7.2 PENGURUSAN KEWANGAN

(i) AKAUN JAWATANKUASA PDK

(a) Satu (1) akaun hendaklah dibuka atas nama PDK yang diluluskan. Pembayaran peruntukan PDK kepada Jawatankuasa PDK akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

(b) Peruntukan berkaitan Bayaran saguhati penyelia dan petugas , Elaun khas OKU, Perlaksanaan program dan aktiviti, pembelian peralatan, sewa premis, dan utiliti disalurkan terus ke akaun jawatankuasa PDK dan dikawal selia oleh PKMD.

(c) Sebelum peruntukan disalurkan, satu perjumpaan MESTI diadakan oleh PKMD dengan semua pengerusi dan bendahari jawatankuasa PDK di daerah untuk perkara berikut:
(i) menjelaskan kegunaan peruntukan
(ii) menandatangani surat pematuhan kegunaan peruntukan pdk
rujuk surat JKM PDK-10

(d) jawatankuasa PDK hendaklah menandatangani surat akuan penerimaan geran permulaan program pdk kepada PKMN salinan kepada PKMD dan JKMM
rujuk surat JKM-9

(ii) Kuasa menandatangani cek
Setiap pengeluaran cek hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang yang terdiri daripada Bendahari (wajib) dan Pengerusi atau setiausaha.

7.3 KUTIPAN DERMA

(a) Permohonan kutipan derma perlu mendapat kelulusan polis
(b) Hasil kutipan derma perlu dilaporkan kepada PKMD

7.4 Penerimaan derma/hadiah

(i) Derma / hadiah secara tunai atau barangan di PDk hendaklah diterima oleh Penyelia / petugas / Jawatankuasa PDk direkodkan , dikeluarkan resit/ akuan terima dan disimpan dalam akaun jawatankuasa PDK

(ii) Derma melalui cek hendaklah atas nama JAWATANKUASA PDK berkenaan

(iii) Bendahari bertanggungjawab untuk merekod dan menyimpan penerimaan cek dan mengeluarkan resit.

7.5 INSURAN BERKELOMPOK BAGI OKU

(i) OKU yang mengikuti program PDK wajib menyertai skim Insurans berkelompok

(ii) Pembayaran insuran berkelompok dibuat oleh jawatankuasa PDK melalui potongan dari elaun khas OKU sekali dalam setahun.

7.6 Urusan Pembayaran Saguhati dan sumbangan kepada penyelia / petugas PDK

(i) jawatankuasa PDK bertanggungjawab terhadap semua bayaran saguhati dan sumbangan kepada penyelia dan petugas pdk
rujuk carta JKM PDK-4 dan Borang JKM PDK 7

(a) saghati dan sumbanga hendaklah dibayar sebelum 28 haribulan setiap bulan. rujuk boran JKM PDK-8

(b) pembayaran hendaklah direkod dan slip pembayaran dikeluarkan kepada penyelia dan petugas pdk

(c) penyelia dan petugas pdk hendaklah membuat akuan penerimaan saguhati yang telah diterima.
rujuk borang JKM PDK-9

7.7 sewaan premis

(i) program pdk tidak boleh dijalankan di ppremis sewa yang dimiliki oleh ahli jawatankuasa pdk,penyelia, petugas, atau mana2 pihak yang mempunyai kepentingan dengan pengurusan pdk.

(ii) pemilihan dan penyewaan premis pdk perlu mendapat persetujuan PKMD

(iii) dokumen perjanjian sewa yang telah ditandatangani di antara penyewa dan pemilik premis perlu dimatikan setem dan disimpan ole jawatankuasa pdk dan satu salinan kepada PKMD

(iv) Elemen berikut perlu dimasukkan dalam dokumen perjanjian sewa iaitu:

apa-apa bencana yang berlaku ke atas premis bukan disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan pdk adalah di bawah tanggungjawab pemilik premis.

(v) perpindahan pdk ke premis baru hendaklah dibuat pada awal tahun atau penghujung tahun dan hendaklah dipersetujui oleh PKMD bagi pengiraan peruntukan.

7.8 Utiliti di pdk

peruntukan utiliti bertujuan membayar bil elektrik / air / telefon / internet di pdk

7.9 Elaun khas OKU

(i) semua pelatih oku yang menghadiri program pdk layak menerima elaun khas oku RM 150 sebykan dengan syarat hadir sekurangnya 8 hari dalam sebulan

(ii) pelatih oku yang mengikuti program pdk di rumah layak menerima RM 50 sebulan

(iii) pembayaran elaun khas oku hendaklah dibuat terus ke akaun bank pelatih oleh jawatankuasa pdk pada setiap bulan

(iv) pelatih boleh menerima elaun ini daripada satu sumber sahaja

(v) jawatankuasa pdk boleh membuat permotongan ke atas elaun khas oku sebanyak 20 % melalui suratpersetujuan ibubapa berkenaan pemotongan elaun khas OKU PDK rujuk JKM PDK -11 dan Borang JKM PDK-11 bagi tujuan berikut:

(a) bayaran pengangkutan
(b) bayaran makan minum
(c) kperluan harian lain

(vi) semua perbelanjaan mesti diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa pdk dengan kehadiran PKMD/wakil

7.10 penyelengaraan peralatan pdk

(i) peralatan yang dibeli atau disumbangkan hendaklah direkodkan dan diselenggara dengan baik

(ii) peralatan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi perlu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pdk sebelum dilupuskan

(iii) semua penerimaan peralatan perlu direkodkan rujuk borang JKM PDK 12, 13,14,15,16,17,18,19,20,21)

7.11 pembeliaan peralatan pemulihan dan kelengkapan pdk

(i) sebarang pembelian peralatan/kelengkapan pemulihan OKU perlu dibincangkan oleh jawatankuasa pdk bersama dengan jurupulih anggota/jurupulih cara kerja/ jurupulih pertuturan,penyelia pdk dan pegawai penyelaras pdk daerah

(ii) jawatankuasa pdk hendaklah mengemukakan senarai peralatan kepada jawatankuasa penyelaran pdk daerah dengan menyertakan sekurangnya 3 sebutharga

7.12 ketidakpatuhan tatacara kewangan

(i) sekiranya terdapat senarang aduan ketidakpatuhan/penyelewengan/salahguna kewangan di pdk,aduan berkenaan perlu dimaklumkan segera kepada jawatankuasa pdk/pkmd/pkmn

(ii) PKMN/PKMD menjalankan siasatan dan menyediakan laporan siasatan kepada JPOKU/PKMN

(iii) sekiranya didapati aduan berasas,laporan polis boleh dibuat

Sunday, September 4, 2011

sambungan Garis Panduan PDK: Ex-Offcio ??

6 Ex- Officio

6.1 Ex-Officio
(a) Ex-Officio adalah terdiri daripada Pegawai Pelajaran Daerah (Pendidikan) , Pegawai Kesihatan Daerah, dan Pegawai Jabatan Tenaga Kerja

(b) Surat perlantikan dihantar oleh PKMN kepada semua Ex-Officio seperti di 6.1 (a) sila rujuk Surat JKM PDK-7

6.2 Peranan Ex-Officio

(i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PDK

(ii) menghadiri mesyuarat jawatankuasa Penyelarasan PDK Daerah

(iii) memberi khidmat nasihat , bimbingan dan kepakaran mengikut bidang tugas masing-masing.