Saturday, December 10, 2011
RM1000 boleh bantu 34 keluarga miskin
RM1000 boleh bantu 34 keluarga miskin
http://www.malaysiakini.com/letters/181868
RM1000 boleh bantu 34 keluarga miskin
Rozmal Malakan
12:52PM Nov 20, 2011
Baru-baru ini, tiba-tiba ada orang beri saya RM1000 minta saya belanjakan untuk kebajikan dan amal jariah. Pening juga kepala fikirkan, saluran mana yang terbaik untuk dimanafaatkan sepenuhnya RM1000 ini.
Kalau beri RM100 pada seorang pelajar, tak kiralah ibu bapa pelajar tadi gaji RM1000 ke, RM10,000 ke, RM100,000 ke sebulan, baru 10 pelajar yang dapat.
Itu pun tak tentu lagi pelajar tadi beri emak ayahnya untuk beli baju sekolah atau bayar yuran PIBG yang mungkin lebih RM100. Silap-silap ada yang pergi kafe siber, beli rokok, tengok wayang, beli top up dan sebagainya.
Fikir punya fikir punya fikir, sebab tak nak pegang duit orang lama-lama, kalau ikut Nabi SAW, dengar cerita baginda tak akan balik rumah selagi duit yang orang sedekahkan tidak habis diberikan kepada orang yang memerlukan (kalau silap tolong betulkan ya).
Jadi saya telefonlah kawan saya seorang ni, yang selalu agihkan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan. Tanya ada nak beras tak. Dia kata stok memang dah habis, lalu dia kata tambahlah beberapa bahan makanan lain.
Lalu saya pun pergilah ke sebuah kedai runcit yang terletak tidak jauh dari pejabat kawan saya tadi. Buat kira-kira dengan tauke kedai, kalau satu keluarga saya peruntukkan beras sekampit, gula, kicap, minyak, tepung dan dua tin susu, dapatlah buat 34 bungkusan. Bermakna dapat memberi makanan asas kepada 34 keluarga yang memerlukan.
Lepas tu saya minta tauke kedai tadi beri barang yang berkualiti, tak mahu yang kualiti generik macam …. (faham-fahamlah sendiri).
Tauke kedai tadi tanya bila nak hantar barang ni. Saya kata, hubungi sahabat saya bila dia perlukan barang ni, agar tidak penuh pula pejabat dia. Saya pun bayarlah, jumlah semuanya RM1003.
Alhamdulillah, fuh, bukan main lega, lepas tanggungjawab saya.
Saya harapkan dan doakan agar Allah menerima hajat kawan saya tadi dan hajat orang yang memberikan RM1000.
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan tetapi tidak tahu caranya, atau tidak kenal siapa keluarga yang susah sekeliling kita, cubalah tanya tok-tok imam dan mereka yang sewaktu dengannya.
Ulasan daripada pendengar
Mohd Yusri · Pengulas Tertinggi · PA YB.Dato'Hj.Abdul Halim Hussain (Speaker DUN P.Pinang) di Kerajaan Negeri Pulau Pinang
teringat aku kat laporan Audit Negara..hampir RM800 biliion duit negara 'hilang' sejak 15 tahun..pehh hebat kerajaan BN..kalo 'terjumpe' balik duit tu..aku rase x de rakyat yg MINTA SEDEKAH bila anak sakit nak berubat..x de rakyat yg menangis di pagi raya x ada kemampuan sambut raya..wahai org2 MELAYU ramai join PEKASA dan jgn lupa pangkah BN lg ye..PRU 13 ne..
Balas · 12 · Suka· pada 20hb November pukul 9.46 pagi
Tanda sebagai SpamLaporkan Salah Laku
Bamkorso Korso · Pengulas Tertinggi · Singapore Management
pangkah lah lagi biar kamu semua hidup mewah macam si Rosmoh boros tu.
Balas · 1 · Suka· pada 24hb November pukul 8.37 ptg.Tambah balas... Reply using...FacebookYahooAOLHotmailReply using...FacebookYahooAOLWindows Live..
No comments:
Post a Comment