Monday, December 19, 2011

GSTT Layak Ikuti Program Latihan Perguruan

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/GSTT_Layak_Ikuti_Program_Latihan_Perguruan.html GSTT_Layak_Ikuti_Program_Latihan_Perguruan 7,079 guru sandaran tidak terlatih, GSTT layak mengikuti program latihan perguruan dikelolakan Kementerian Pelajaran, bermula Januari tahun depan. Mereka adalah antara 13,184 GSTT yang sudah berkhidmat sejak Jun tahun lalu dan diberi keutamaan kerana memenuhi syarat ditetapkan. Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran: "Kita membuat keputusan di mana setelah dibuat proses saringan dan permohonan daripada GSTT, kaedah penerapan ke dalam Skim Perkhidmatan Pelajaran pada Kementerian Pelajaran, 7079 orang akan dihantar mengikuti latihan perguruan mulai Januari di mana ianya dibahagi kepada 5, 1 dihantar ke IPGM di bawah Kementerian Pelajaran dan 1 lagi di bawah IPTA." Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Isu GSTT dan graduan pendidikan di Kementerian Pelajaran, Putrajaya. Bagi yang layak senarai nama calon boleh disemak menerusi laman web Kementerian. Sejumlah 4,433 GSTT akan memulakan latihan ke IPTA bermula Februari, manakala kemasukkan ke IPGM pada 9 Januari, 2012. Mereka adalah antara 13,184 GSTT yang sudah berkhidmat sejak Jun tahun lepas dan diberi keutamaan kerana memenuhi syarat ditetapkan. Antaranya berkhidmat lebih 2 tahun serta tidak melebihi usia 35 tahun pada 31 Disember 2010. Katanya, sebagai guru pelatih dalam IPGM, mereka bukan lagi GSTT dan akan menerima elaun yang diseragamkan iaitu 1,300 ringgit. IPTA = 4433 ORANG IPGM = 2646 ORANG TAHNIAH .....TAHNIAH ..... TAHNIAH....