Saturday, December 10, 2011

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PDK memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi membantu....




Benarlah kata saudara Rozmal Malakan


di dalam blog entri pada kali ini.... wang yang diperolehi sebanyak RM 1000 sememangnya amat berharga kepada golongan orang-orang fakir miskin dan juga miskin asnaf....

Mereka majoritinya berpendapatan di bawah RM 500. Pelikkan walaupun dalam alaf baru ini masih ada lagi golongan yang berpendapatan di bawah RM 500. Pendapatan yang diperolehi tidak akan dapat menampung perbelanjaan kerana harga barang sememangnya berlipat kali ganda berbanding dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Oh ya sebut sahaja sumbangan orang ramai yang dermawan. PDK sebagai salah sebuah pertubuhan NGO walaupun mendapat sumber kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk elaun pelatih OKU, elaun petugas dan elaun penyelia, wang aktiviti dan bajet untuk elektrik, dan air . Terbaharu keperluan peralatan pemulihan dan pengajaran sebanyak RM 50,000 hanya 1 off sahaja maknanya sekali sahaja diberikan.



Untuk perbelanjaan yang lain aktiviti dan sebagainya perlulah diraih simpati daripada orang ramai. KEPERLUAN SUMBER KEWANGAN BAGI PEMBELIAN PERALATAN PEMULIHAN DAN AKTIVITI UNTUK PELATIH OKU SEMEMANGNYA DIPERLUKAN SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI...




OLEH ITU BAGI PARA DERMAWAN YANG BAIK HATI DIGALAKKAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN DALAM BENTUK APA SAHAJA KEPADA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SAMA ADA:




1. SUMBER KEWANGAN BOLEH DIBELIKAN PERALATAN PEMBELAJARAN ,PERALATAN PEMULIHAN, KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN BANGUNAN DSB
2. SUMBER TENAGA SEBAGAI TENAGA SUKARELAWAN.
3. KEPAKARAN DI DALAM SESUATU ILMU MISALNYA PEMULIHAN/FISIOTERAPI/PERTUTURAN DLL
4. PERLAKSANAAN AKTIVITI BUAT PELATIH OKU
5. PEMBERIAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA PELATIH OKU
6. PEMBERIAN PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN / TAJAAN KEPADA PETUGAS DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
7. SUMBANGAN IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN PDK
8. DAN LAIN-LAIN



SEMUGA JASA BAIK PARA DERMAWAN YANG BERMURAH HATI INI DIBALAS OLEH ALLAH S.W.T.
BAGI YANG SUDI MENDERMA DIGALAKKAN ........





AAAMMIN....

No comments: