Saturday, February 26, 2011

PROSES KERJA PENUBUHAN PDK

PROSES KERJA PENUBUHAN PDK

http://www.ppdktc.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=73&Itemid=87

LANGKAH 1
PKMD menerima permohonan menubuhkan PDK daripada ibubapa OKU/ Komuniti/ pemimpin tempatan melalui faks, surat, telefon atau datang sendiri ke Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah

LANGKAH 2
PKMD mengenalpasti kawasan yang mempunyai OKU yang ramai iaitu melebihi daripada 7 orang melalui Rekod Pendaftaran OKU di pejabat Kebajikan Masyarakat/ Hospital/ Jabatan Kesihatan/ Penghulu Mukim.

LANGKAH 3
PKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibubapa/ penjaga OKU dan pemimpin tempatan. PKMD akan menerangkan Konsep Program PDK dan cara pelaksanaannya. Komuniti diminta berbincang dan memberi maklumbalas kepada PKMD dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh perjumpaan

LANGKAH 4
PKMD mendapat maklumbalas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk menubuhkan PDK. Sekiranya komuniti bersetuju, ahli Jawatankuasa PDK perlu dibentuk yakni yang terdiri daripada :
1. Ibubapa OKU
2. Komuniti setempat
3. Pemimpin tempatan
4. Wakil jabatan Kesihatan
5. Wakil Jabatan Pendidikan Khas
PKMD sebagai Penasihat dan Pembantu Kebajikan Masyarakat sebagai bendahari PDK.

LANGKAH 5
Ahli Jawatankuasa PDK mengenalpasti
1. Bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis PDK dan
2. Membuka Akaun PDK

LANGKAH 6
Setiausaha PDK perlu mengisi BORANG PERMOHONAN GERAN TAHUNAN PENUBUHAN PDK BARU yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD untuk tindakan selanjutnya.

LANGKAH 7
PKMD memeriksa pengisian borang tersebut dan sekiranya lengkap, PKMD akan menghantar permohonan kepada JKMM melalui Pengarah Negeri

LANGKAH 8
JKMM akan memproses permohonan daripada JKMN. Kelulusan diperolehi berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun memohon

LANGKAH 9
JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan (Lulus/ditangguhkan kelulusan). PKMN memaklumkan kepada PKMD

LANGKAH 10
Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli Jawatankuasa PDK mengenai :
1. Pelantikan Pekerja PDK
2. Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK
3. Akaun PDK yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun)

LANGKAH 11
Jawatankuasa PDK membuat iklan Jawatan Pekerja PDK (Rujuk Carta Aliran Pelantikan Pekerja PDK dan Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK)

LANGKAH 12
Temuduga bagi jawatan pekerja PDK akan dijalankan oleh Jawatankuasa PDK dengan kehadiran Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Surat lantikan akan disediakan oleh jawatankuasa PDK

LANGKAH 13
Kelas PDK akan dibuka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK

No comments: