Thursday, February 17, 2011

Beri peluang staf awam lanjut pengajian percuma di IPTA

Beri peluang staf awam lanjut pengajian percuma di IPTA
July 22, 2010

http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-496223.html

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Senator Noriah Mahat berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.

“Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini.

“Oleh yang demikian, setiap individu dalam perkhidmtan awam memainkan peranan untuk meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti kerja untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,” katanya semasa membahaskan RMK-10 di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Noriah turut meminta kerajaan mengkaji kedudukan dan kebajikan pesara-pesara penjawat awam agar kebajikan mereka dijaga dan pengetahuan serta pengalaman mereka diguna pakai untuk membangunkan negara.
Katanya terdapat kira-kira 48,000 pesara sektor awam yang telah membuat pelbagai sumbangan terutama dalam memberi panduan membuat dasar dan polisi untuk membangunkan negara.
“Atas sumbangan mereka ini kerajaan wajar mengkaji dari semasa ke semasa manfaat dan kebajikan seperti pemberian wang ehsan, peningkatan kadar bayaran pencen agar selaras keadaan semasa,” katanya.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula skim perkhidmatan awam agar dapat diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kemahiran dan pengalaman, sekali gus meningkatkan peluang kerja pada kalangan penjawat awam. – Bernama
[b]p/s Belajar semula memang baik tapi sekali dah melangkah eloklah jangan berundur. Kata orang, klu bujang okey gak tapi aku tengok orang bujang pun huru hara gak idupnya bila mula berlajar. Tak cukup tidur la, sen tak cukuplah akhirnya kantoi tengah jalan. Manakala yang kawen , lagi lah triple pengorbanan. Mana dak , kerja lagi, keluarga lagi dan pengajian lagi, pastu tiap-tiap kelas jumpa makwe lain...yang kawin lain pun ada tapi pengajian tah kemana ! Yang berjaya pun ramai gak tapi sampai sekarang tak naik pangkat pun sebab garduan fresh pun melambak. Oleh itu....timbang-timbang lah mana yang baik.[/b]

No comments: