Tuesday, February 15, 2011

penubuhan pdk ....

FAKTA BENAR TENTANG BILANGAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI YANG ADA DI MALAYSIA.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau nama singkatannya PDK kini telah menjangkau ke 297 PDK se Malaysia dengan bilangan pelatih yang menerima latihan pemulihan seramai 757 orang .

Bagaimana pdk mula bertapak daripada sebuah PDK hingga menjadi 379 buah PDK di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada 9,514 orang kurang upaya di seluruh Negara. Persoalan yang sentiasa bermain dalam minda.

PENUBUHAN PDK

Kisahnya bermula apabila Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa.

PDK Batu Rakit merupakan PDK yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1984. Penubuhan ini adalah inisiatif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketika itu menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu. Jumlah pelatih PDK sekarang adalah 43 orang yang memulakan sesi pembelajaran seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, 5 hari seminggu.



Dalam memberi pemulihan kepada pelatih, PDK telah menetapkan beberapa objektif:

Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. Antara aktiviti yang dijalankan oleh PDK ialah memberi kemahiran motor kasar, Kemahiran motor halus, perkembangan sosial, perkembangan bahasa, pengurusan diri sendiri, pra-menulis, membaca, mengira dan melukis, kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain, latihan Vokasional, terapi muzik, sukan dan rekreasi.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kurang Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks stuktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada. PDK bertujuan untuk memulihkan kanak- kanak Kurang Upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa, memberi kesedaran kepada komuniti/ masyarakat setempat bahawa ada segolongan masyarakat yang tidak berkeupayaan perlukan bantuan, memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada Kanak- kanak Kurang Upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan dan membentuk
Jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan professional, sukarelawan
dan komuniti tempatan dalam merancang program.
Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa.

Alamat pengasas pdk Batu Rakit

PDK Batu Rakit
9570 Kg. Mengabang,
Telipot Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu


DEFENISI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kurang Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks stuktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada. PDK bertujuan untuk memulihkan kanak- kanak Kurang Upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa, memberi kesedaran kepada komuniti/ masyarakat setempat bahawa ada segolongan masyarakat yang tidak berkeupayaan perlukan bantuan, memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada Kanak- kanak Kurang Upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan dan membentuk Jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan professional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merancang program.
Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).

FAEDAH PENUBUHAN PDK

Terdapat banyak faedah dalam kewujudan pusat ini. Ia dapat membantu golongan ibu bapa untuk mendapat pengetahuan secara lebih terperinci cara mendidik anak ±anak istimewa ini. Dengan adanya pusat pemulihan ini, ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa yang mempunyai anak seperti mereka. Selain itu, kanak-kanak istimewa ini juga menapat pendidikan yang bersesuaian dengan keadaan mereka dan ini dapat meminimunkan kecacatan yang dialami oleh kanak- kanak ini. Apabila menyetai program ini, ia dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan dan keistimewaan sekiranya di beri peluang untuk mendapat bimbingan dan latihan secara sistematik dan ini akan meringankan ibubapa dari segi jagaan dan latihan serta membantu kanak-kanak menguruskan diri dan berkomunikasi dengan persekitaran. Dengan adanya latihan secara berterusan dan sistematik, anggota badan kanak-kanak dapat berfungsi setelah di buat pergerakan dan dapat berinteraksi dengan rakan-rakan untuk mewujudkan pergaulan positif ini sekaligus dapat memupuk sikap berdikari dalam diri kanak-kanak istimewa ini.


KONSEP PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PDK' One Stop Centre '' sebagai' Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi komitmen dalam pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui beberapa tindakan iaitu Konvensyen mengenai Hak Kanak- kanak, Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan peluang di Rantau Asia dan Pasifik, Biwako MelenniumFrameworkFor Actoin dan PDK sebagai satu pendekatan altenatif dalam pemulihan OKU
Melalui PDK' One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Antara peranan PDK ialah Pusat Intervensi Awal OKU, Pusat Sumber maklumat OKU, Pusat Rujukan OKU,Pusat Pendaftaran OKU. Dan Pusat Advokasi.

Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.

Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan.
Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 orang.

Individu yang terlibat dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

1. kumpulan pertama Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM) yang terdiri daripada pegawai-pegawai JKM bertugas sebagai

a. Penyelaras PDK peringkat negeri terdiri daripada pegawai JKM Bahagian Pembangunan OKU dan kakitangannya
b. Penyelaras PDK peringkat daerah terdiri daripada pegawai JKM peringkat daerah

2. kumpulan kedua pula hasil gabungan komuniti yang terdiri daripad

a. Pengerusi - terdiri daripada komuniti setempat / ibubapa pelatih/ pegawai gred A
b. Setiausaha - terdiri daripada komuniti setempat/ ibubapa pelatih / pegawai gred A
c. Bendahari - terdiri daripada komuniti setempat/ ibubapa pelatih/ pegawai gred A dsb
d. Ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya 8 orang terdiri daripada komuniti setempat termasuklah ibubapa pelatih

3. kumpulan seterusnya daripada pegawai 2 daripada Jabatan Pendidikan

4. Pegawai daripada Jabatan Kesihatan

5. Pegawai daripada Jabatan Tenaga Kerja

6. BAKTI / kumpulan isteri wakil rakyat

7. Kumpulan Pengurusan PDK yang terdiri daripada penyelia PDK

8. Kumpulan terakhir dalam hierarki ini ialah petugas yang bertugas untuk membuat pemulihan, pengajaran, pengasuhan dan penjagaan kepada kanak-kanak OKU ini. Kumpulan ini yang paling hampir dengan kanak2 OKU kerana mereka sama2 bermain, belajar, dan sebagainya.

Bagi setiap pdk , golongan yang terlibat adalah berbeza tapi ini hanyalah yang paling asas sahaja


sekian, terima kasih

No comments: